Anda sedang berniat untuk berubah memakai tudung labuh?
Alhamdulillah, itu adalah satu berita gembira. Ini bermakna anda seorang yang mementingkan syariat dengan lebih peka terhadap aurat dan pakaian.
Tetapi bagaimana caranya supaya perubahan ini tidak dirasakan sukar?
Disini terdapat beberapa tips ringkas untuk bertudung labuh secara berperingkat.
1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan.
Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung.
Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar.
Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah
3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri.
InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya.
Boleh rujuk ustaz / ustazah, sahabat-sahabat yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).
5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya.
Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya.
Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan.
Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut).
Paling popular, T-shirt Muslimah.
Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus.
Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.
Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna.
Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? )
9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit.
Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya.
Bahkan lebih manis dipandang mata. :)
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum wrt wbt…. sy bekerja di Badan Beruniform. Spt sedia mklum pemakaian beruniform telah di spesifikasikan mengikut kesesuaian tugas. Namun pemakaian tersebut dari segi hukum tidak menepati ciri langsung sebagai seorang muslimah. Dengan pemakaian tersebut penampilan kami sebagai muslimah berubah dari segi perwatakan, tuturkata dan perbuatan. Sebenarnya Alhamdulillah sy sedang belajar dalam proses ke arah itu, namun tatkala memakai uniform sy rasa tidak selesa dengan pemakaian tersebut dalam bidang tugas yg sy ceburi. Sy tidak berniat pun menidakkan rezeki yang Allah bagi cuma sy perlu berubah demi kebaikan agama tercinta.
Assalamualaikum… Terima kasih penulis kerana serba sedikit memberi saya lebih keyakinan dengan pilihan saya ini.. Doakan saya istiqamah dalam membuat kebaikan.
Salam.. saya ingin bertanya sedikit. Biasanya yang bertudung labuh, menutupi dada dan belakang tinggi orangnye. Nampak sesuai sangat. Kalau orang yg rendah dan berbadan kecil bagaimana pula?
Alhamdulillah, moga Allah swt memberi petunjuk dan hidayahNya ke arah istiqomah.. Masih membaca comments 2….
Alhamdulillah. Semoga Allah menjaga hati kita semua :)
Alhamdulillah . Saya juga dah bertudung labuh . Pada mulanya saya cuma belajar tentang solat dan agama , selepas faham cara solat yang sebenar iaitu dengan kehadiran hati , saya terus bertudung labuh . Apa yang saya percaya tudung labuh ni sebagai dinding antara saya yang sekarang dengan saya yang dulu . Sungguh , semakin saya cuba mengejar cinta ilahi , semakin banyak dugaan yang menimpa . Orang panggil saya hipokrit , benci segala kata-kata agama yg keluar dr mulut saya sehinggakan dalam kelas hampir semua tak berkawan dengan saya . Saya cuma ditegur bi-a mereka perlukan sesuatu . Sedihnya hati hanya Allah yang tahu . Tapi tudung labuh lah yang buat saya terus usaha . Bila saya pandang tudung ini , terdetik dalam hati yang aku dah pun selangkah menuju Allah . Kalau aku berhenti , maka aku memang tergolong orang2 yg rugi . Firman Allah dan kasih sayangNya jadi kekuatan pada saya . Walaupun saya sentiasa berseorangan , Allah ada disisi . Walaupun saya menangis setiap malam , Allah lah yang menenangkan hati . Dia yang maha memahami . Sungguh , Isstiqomah memang payah tapi jika cinta dan lasih sayang Allah lah balasannya , tiada yang lebih Indah . :) semoga kita terus beristiqomah . Ukhti fillah
Alhamdulillah :)
Salam. tips yang sangat membantu….saya pon dalam proses membaiki diri, belum sampai tahap pakai tudung bidang 60, awal2 tu memang agak janggal pakai stokin dengan sarung lengan sebab saya berada dalam komuniti yang biasa-biasa pemakaiannya. doakan saya untuk terus istiqomah memperbaiki diri kerana orang kata nak berubah tu senang tapi nak istiqomah tu yang susah…
Alhamdulilah. Inilah yang saya lakukan..dan kini saya telah istiqamah. Memang x dinafikan, ramai yang berkata apabila kita berubah..namun lakukanlah kerana Allah, in sha allah..Tenang dapat di rasa. Syukur, kerana Allah telah memberi hidayah…
Bagus tips ni. Saya mengharigainya sesangat. Terima kasih Naim dan kepada mu Ya Rabbi yang maha pengasih dan penyayang.
nur..jika anda ingin terus bertudung labuh tidak ada salahny..jika hati telah tetap dan bulat utk terus berhijrah itu tandanya hidayah itu telah sampai mungkin..tidak perlu berfikir panjang untuk melakukan sesuatu kebaikan yg tidak memudaratkan pun..saya faham..saya juga begitu dahulu..percayalah..sangat indah bila kita berhijrah benar2 kerana Allah..kemudian t.up la dengan amalan2..ianya sangat indah dan menenangkan..insya Allah. :)
terima kasih atas tips nie.. :)
bagaimana kalau saya terus bertdung labuh? saya sudah lama tergeka hati ingin melakukannya tapi tidak pernah lagi benar2 berbuat demikian. saya sebelum ini tidaklah berpakaian yang terlalu terdedah..namun saya rasakan pemakaian saya masih tidak lengkap mengikut syarak. dan sekarang…saya benar2 ingin berhijrah memakai tdung labuh seterusnya mnmbh amal ibdt. bagaimana? masih bolehkah? atau perlu sedikit2?
..