Apakah tilam paling selesa dan terbaik?
Dalam artikel ini, saya akan menerangkan kelebihan-kelebihan tilam coway yang menjadikan ia tilam terbaik dan paling selesa untuk dimiliki.
Apa yang menarik:
Saya juga akan kongsikan panduan untuk memilih tilam secara betul agar berbaloi dengan wang ringgit yang dilaburkan.
Mari kita mulakan..
Mengapa Penting Untuk Memilih Tilam Yang Tepat?
Adakah anda tahu bahawa:
Secara purata, manusia menghabiskan satu pertiga daripada usianya di tempat tidur.
Ini bermakna sangat penting kita memilih tilam yang tepat.
Pemilihan tilam yang salah akan mengundang kepada sakit otot, sakit belakang dan tidur yang tidak berkualiti.
Tidur malam yang nyenyak di atas tilam yang baik, secara tidak langsung akan menjadikan hidup kita lebih berkualiti.
Panduan Membeli Tilam
Disini saya kongsikan beberapa panduan memilih tilam yang sesuai dengan anda:
1. Beli Mengikut Gaya Tidur
Bagaimana anda tidur?
Tidur secara mengiring atau baring ke belakang?
- Jika anda tidur secara mengiring – Anda memerlukan permukaan yang menyokong berat badan anda dan mengikut bentuk tubuh anda. Oleh itu, tilam yang lembut adalah lebih sesuai untuk side sleeper seperti anda.
- Jika anda tidur secara baring belakang – Anda memerlukan permukaan yang mampu menyokong badan, tetapi tidak terlalu lembut agar kedudukan tulang belakang anda sentiasa sejajar dan sihat. Oleh itu, anda memerlukan tilam yang sedikit anjal untuk memberikan sokongan terbaik terhadap badan.
2. Adakah Anda Mempunyai Allergik?
Tilam adalah perangkap bakteria dan hama!
Latex dan foam (busa) mempunyai sifat antimicrobial dan tahan terhadap serangan hama dan kulat.
Jika anda membeli tilam spring yang diisi dengan gentian, maka pastikan ia dilitupi dengan bahan allergen-resistant ini supaya dapat mengelakkan hama.
3. Gemarkan Tilam Yang Melantun?
Tilam yang mempunyai spring di dalam, akan memberikan rasa lantunan.
Spring yang bersambung (interconnected coils) akan lebih tahan lama..
… tetapi spring yang berasingan (pocketed coils) akan mengurangkan ripple effect, dimana ia berlaku apabila pasangan anda disebelah melakukan pergerakan.
4. Jika Pasangan Jenis Tak Tidur “Diam”
Jika anda mempunyai masalah ini, maka pertimbangkan untuk memilih tilam yang dilengkapi pocket spring.
Tilam sebegini akan “mengasingkan” pergerakan dengan baik dan tidak akan mengganggu tidur orang di sebelah.
5. Pertimbangkan Saiz Bilik Anda
Saiz keseluruhan bilik tidur haruslah diambil kira.
Jika bilik terlalu kecil, maka katil yang besar tidak sesuai untuk anda.
Untuk berehat dengan baik, anda perlu mempunyai ruang yang mencukupi disekitar katil anda.
Kelebihan Tilam Coway Berbanding Jenama Lain
Apa kelebihan yang terdapat pada tilam Coway Prime Series?
Antara kelebihan yang menarik terdapat pada tilam Coway Prime Series ini adalah:
1. Anti-static Fabric
Tilam Coway Prime Series menggunakan jalinan fabrik dengan bebenang karbon yang berfungsi untuk menyahcas elektro-statik badan.
Teknologi ini akan mengurangkan stress anda secara efektif.
Pasti anda akan terasa lebih segar dan ceria apabila bangun dari tidur nanti!
2. Lapisan 5 Zone Pocket Spring
5 Zone Pocket Spring adalah satu sistem sokongan yang direka khas untuk memberikan sokongan badan terbaik.
Lapisan spring ini akan memberikan sokongan tindak balas yang berbeza mengikut lengkungan semulajadi badan dan berat kita.
Ia akan mengurangkan kesan pergerakan pasangan anda secara drastik agar anda tidak terganggu dan mendapat tidur yang nyenyak.
Mendapat tidur yang berkualiti bukan lagi satu masalah yang perlu dirisaukan.
3. Lapisan Memori Foam, Latex dan Coconut Fibre
Sebenarnya tilam Coway Prime Series terdiri daripada beberapa lapisan dengan material yang berbeza.
Dengan ketebalan keseluruhan 13 inci, lapisan-lapisan ini akan memberikan pengalaman tidur yang menakjubkan.
Bagaimana setiap material ini berfungsi?
Mari saya jelaskan:
- Memori Foam – Memberikan sokongan terhadap badan secara sekata mengikut bentuk countour semulajadi badan.
- Latex – Diperbuat daripada 100% latex akan memberikan keseimbangan yang unik untuk menyokong tulang belakang anda. Selain daripada sifat utamanya yang allergen-free (bebas bakteria dan hama), latex juga membenarkan pergerakan udara keluar dan masuk ke dalam lapisan tilam.
- Coconut Fibre – Lapisan serat kelapa bukan sahaja bertindak untuk menyokong badan, tetapi dalam masa yang sama ia mempunyai sifat menyerap kelembapan untuk menyerap sebarang kelembapan yang wujud dalam tilam, seterusnya merencatkan sebarang pertumbuhan kulat dan hidupan mikro yang lain.
4. Changeable Topper
Lapisan atas yang boleh ditukar akan memastikan anda tidur di atas tilam yang sentiasa berkeadaan tip-top dengan kebersihan yang optimum.
Lapisan atas ini akan ditukar setiap tiga tahun bagi membanteras pembiakan hama.
Ya, penukaran ini juga diberikan secara PERCUMA!
Servis Cuci Tilam Coway PERCUMA!
Coway menawarkan servis membersihkan katil anda secara PERCUMA bagi setiap 4 bulan selama 5 tahun[1]
Proses pembersihan bukan sahaja menggunakan penyedut hampagas yang sangat berkuasa, malah turut melibatkan kaedah pembasmian bakteria yang canggih seperti UV Sterilisation.
Ini akan memastikan semua lapisan tilam berada pada tahap kebersihan yang terbaik dan optimum.
Harga Tilam Coway
Dengan serendah RM139 sebulan, anda boleh memilih tilam bersaiz Queen.
Malah, anda boleh memilih set tilam dengan katil, ataupun tilam sahaja. Sangat fleksible bukan?
Coway Malaysia menawarkan kaedah pembayaran secara sewa beli mahupun secara langsung.
Berikut adalah harga secara sewa beli[2]:
PRODUK |
HARGA (BULANAN) |
Tilam Queen |
RM 139 |
Tilam Queen + Katil |
RM 169 |
Tilam King |
RM 159 |
Tilam King + Katil |
RM 189 |
2Kontrak sewa beli adalah selama 5 tahun (sama seperti produk coway yang lain)
Apa yang menarik:
Pembelian secara sewa beli akan diberikan servis pembersihan katil secara percuma sepanjang 5 tahun tersebut
Bagaimana Saya Boleh Mengetahui Dengan Lebih Lanjut Berkenaan Tilam Coway?
Untuk pertanyaan lebih lanjut, anda semua boleh terus hubungi agen Coway yang berdaftar melalui pautan dibawah.
Klik sahaja butang whatsapp dibawah untuk maklumat lanjut serta tempahan.
Semoga artikel ini dapat bantu anda dan keluarga tidur dengan lebih berkualiti dengan tilam premium dari Coway Malaysia.
[1] Mengikut terma dan syarat
[2] Kontrak sewa beli adalah selama 5 tahun (sama seperti produk coway yang lain)
Tinggalkan Komen Anda..