Bisnes Internet – Perniagaan yang indah khabar dari rupa!

panduan bisnes onlineMereka yang berjaya dengan bisnes internet melakukan dua perkara dengan cemerlang:

Pertama, mereka meletakkan 100% usaha & fokus mereka dalam menjayakan apa yang dibuat.

Kedua, paling penting, mereka belajar & mengenalpasti apakah kaedah dan faktor yang memberikan mereka hasil.

Tetapi anda mungkin tertanya-tanya:

“Apakah strategi bisnes internet yang benar-benar berkesan?”

InsyaaAllah hari ini saya akan mendedahkan beberapa perkara yang ‘tak beberapa’ enak mengenai bisnes internet ini.

Apa yang anda perlu buat adalah luangkan masa beberapa minit sahaja dan mengambil tindakan terhadap perkara yang saya akan beritahu dibawah ini.

1. Anda gagal kerana anda fokus kepada benda yang salah.

Mengikut pengalaman saya, kebanyakan orang yang mula-mula menceburkan diri dalam bisnes internet akan gagal dalam tahun pertama kerana fokus kepada benda yang salah.

Itu pun kalau boleh bertahan sehingga setahun.

Didalam bisnes kontemporari, istilah yang biasa kita dengar adalah ‘masa adalah wang’

Ya, ia bukan salah tapi tidak tepat, terutamanya dalam bisnes internet. we don’t trade time for money.

Sebaliknya, anda digalakkan untuk melaburkan masa anda untuk mencipta nilai kepada produk anda dahulu. Kerja keras dulu untuk mendapat hasil kemudiannya secara berterusan.

2. Menjana pendapatan pasif, TIDAK MUDAH dan memerlukan banyak kerja keras

Dalam hidup ini tiada benda yang mudah.

Membuat duit secara online juga tiada bezanya. Pasti banyak usahawan internet lain akan cuba untuk meyakinkan anda supaya berfikir sebaliknya.

Mengapa?

Kerana mereka cuba untuk mengambil duit anda dengan harapan palsu.

Sebenarnya tak. Sejujurnya apa yang saya boleh beritahu adalah bisnes internet ini adalah sukar.

Anda boleh mencari panduan dan informasi yang anda perlukan, namun saya tidak boleh paksa anda untuk bertindak.

Ianya bergantung kepada anda.

 

3. Menjana pendapatan pasif (bisnes internet) tidak berlaku dalam masa satu malam sahaja

Jangan mudah percaya dan terpedaya kepada ayat skim cepat kaya.

Bersedialah untuk meluangkan masa yang banyak.

Bisnes internet pertama saya mengambil masa lebih dari satu tahun sebelum ia dapat memberi pendapatan tetap kepada saya setiap bulan.

Disepanjang tempoh itu, tiada perkara yang mudah untuk dilakukan dalam memastikan bisnes online saya itu berkembang dan berjalan lancar.

Namun, jika anda bersungguh-sungguh, tiada apa yang mustahil. Banyak orang sekarang ini mampu berhenti kerja dan menyara keluarga dengan pendapatan dari bisnes internet sahaja.

Anda yang menentukan masa depan dan nasib anda sendiri.

 

4. Tiada benda yang ‘bernama pendapatan pasif’ secara 100%

Goyang kaki dapat duit? Ada, kerja menjahit baju.

Sebenarnya tiada kerja yang kita duduk saja-saja tetapi dapat duit seperti yang digambarkan oleh program MLM. Itu semua mengarut, khurafat dan harus dibuang jauh-jauh daripada pemikiran anda.

Walaupun anda menjalankan perniagaan hartanah seperti sewaan rumah, anda masih harus perlu menguruskan hartanah dan asset anda.

Begitu juga dalam bisnes internet, dimana kita perlu sentiasa keep in touch dan mesti mendapat kepercayaan penuh daripada pelanggan kita.

Untuk itu, kita mesti sentiasa menyelenggara, memperbaiki, dan menambahbaik apa yang perlu – dan itu memakan sangat-sangat banyak masa.

 

5. Menjana pendapatan pasif bukanlah mustahil

Menjana pendapatan secara pasif hanyalah angan-angan kepada saya sehinggalah tahun 2011, dimana saya menerima bayaran sebanyak RM3000 dan semakin bertambah dari masa ke semasa.

Selain itu, ia juga membolehkan saya keluar bercuti ke luar negara tanpa mengusik duit gaji dan simpanan saya.

Itu cerita saya (yang melakukan bisnes online secara kecil-kecilan), orang lain? Ramai.

Lihat sahaja Irfan Khairi, Saiful Bahari, Tengku Faris, dan ramai lagi telah membuktikan bahawa perkara ini tidak mustahil.

Jika anda kenal Rahman Basri, dia adalah salah seorang insan yang benar-benar pure dalam bisnes online. Keyakinan beliau terhadap bisnes online membuatkan beliau sanggup melepaskan jawatan tetap dan berpencen sebagai guru di KPM dan fokus 100 peratus menjana rezeki secara online.

Kenapa dia sebegitu yakin?

Pastilah kerana perkara ini NYATA, tidak mustahil dan semua orang boleh melakukannya.

Dan apabila kita telah membina platform yang kukuh, pasti kita dapat bertahan dengan setiap dugaan yang datang dan mampu menjadi tempat untuk kita bergantung.

Yang penting, anda haruskan lakukan dengan betul dan penuh yakin.

 

Bagaimana nak dapatkan IDEA, bimbingan & strategi memulakan bisnes internet dari rumah dengan modal yang rendah, risiko yang rendah, dan keuntungan yang lumayan?

Dapatkan ilmu yang betul, dari orang yang betul.

Bagi anda yang ingin memulakan bisnes internet / online, pasti ada beberapa perkara yang bermain difikiran anda.

Contohnya,

  • apakah yang boleh anda niagakan?
  • Apakah produk ini bakal mendapat permintaan tinggi?
  • Bagaimana memulakan langkah pertama?

Alhamdulillah, disini ada panduan (dalam bentuk CD) yang akan diberikan secara percuma.

bisnes internet rahman basri

Ianya lengkap dengan video tutorial langkah demi langkah yang disampaikan dalam Bahasa Malaysia. InsyaAllah mudah difahami.

Sekali lagi, ia adalah PERCUMA.

Cuma anda perlu mendaftar disini: http://bit.ly/1oKfNTO dan tunggu DVD tersebut dipos ke rumah anda

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.