Bagaimana Mengingat dan Menyerap Buku yang Dibaca?

bagaimana mengingat buku?
Bagaimana menyerap buku hingga ke salur darah otak?

Bagaimana untuk mengingati buku yang dibaca?

Membaca buku yang baik boleh menjadi satu pengalaman yang berharga.

Tetapi ia juga boleh menjadi satu perkara yang mengecewakan apabila maklumat yang kita baca hanya terapung melalui kepala tanpa melekat dalam ingatan kita.

Namun terdapat beberapa kaedah yang benar-benar boleh memberi kesan dalam mengekalkan maklumat dan menyerap buku yang kita baca.

Kaedah ini berguna dan efektif dalam mengingat informasi yang kita baca dari sesebuah buku.

Mari saya terangkan satu persatu.

 

Ada 3 Jenis ‘Pemilik Buku’ Yang Perlu Anda Tahu..

Jenis yang pertama

 

Terdapat jenis orang yang suka membeli buku tetapi tidak pernah membacanya.

Selalunya orang yang sebegini hanya ‘minat’ kepada penulis. Mereka hanya mengikut trend semasa. Mereka terpikat dengan senireka muka depan, dan terjebak dalam perlumbaan mengumpul buku edisi ‘collector item’.

Orang sebegini hanya mencintai buku dengan kekayaan, bukan dengan kebijaksanaan.


Jenis yang kedua

 

Kemudian, terdapat juga jenis pemilik buku yang membeli tetapi hanya jarang-jarang membaca setiap helaian buku tersebut sampai habis.

Mereka hanya membelek-belek beberapa helai muka depan sebelum semakin memperlahankan rentak, dan akhirnya terhenti.

Seperti jenis orang pertama, buku-bukunya akan kelihatan masih baru walaupun selepas 10 tahun membelinya.


Jenis ketiga

 

Dan jenis orang yang terakhir, pemilik buku yang mempunyai buku-buku yang berkumal, helaiannya hampir longgar, dan paling penting, terdapat conteng-contengan dan tanda dari depan hingga ke belakang buku.

Jenis pemilik buku yang terakhir inilah selalunya pembaca yang mampu menyerap buku hingga ke salur darah. Mereka mengingat apa yang mereka telah baca.

Dan pembaca jenis terakhir inilah kita semua patut jadi.

 

5 Sebab Untuk Anda ‘Menconteng’ di Dalam Buku

Menconteng di dalam buku bukanlah satu seni yang boleh dibanggakan.

Tetapi ia perbuatan yang wajar. Ia adalah simbol yang menandakan bahawa kita telah bertukar daripada pemilik buku kepada penyerap buku yang sebenar.

Ia seperti pembeli daging vs memakan daging..

Sebelum ia berada dalam salur darah kita, kita hanya memastikan ia hanya sejuk beku didalam peti ais. Anda masih belum menikmati daging tersebut selagi ia belum dimakan.

Dan sama juga sebelum anda menconteng dalam buku tersebut, anda masih tidak memilikinya. Anda hanya penjaga buku tersebut, hanya menyusun didalam rak.

Oleh itu, sebelum saya memberi idea bagaimana untuk menanda dalam buku, mari saya tunjukkan mengapa menanda dan menconteng di dalam buku sebenarnya satu perbuatan yang wajar.

Disini adalah lima sebab:

1. Mengaktifkan minda

Daripada menjadi pembaca yang hanya duduk diam dan cuba untuk memahami segala sesuatu yang masuk ke dalam kepala, cara ini akan mendorong minda ke hadapan dan mula menyoal siasat apa yang dibaca.

Apa yang penting anda tidak membaca secara pantas


2. Menanda wilayah anda

Membaca kembali buku dua tahun kemudian selepas ditanda akan menjadi sesuatu yang sangat menghiburkan: kita boleh meneroka kembali fikiran, perasaan, dan emosi dari masa lalu. Ia merupakan satu diari intelek.


3. Meninggalkan jejak

Tanda contengan anda dalam buku memberitahu anda helaian mana yang telah anda liputi dalam pembacaan.

Dan ia akan menolong kamu mengingat idea dan konsep yang telah anda baca jika anda akan masuk membaca buku tersebut untuk kali kedua.


4. Mengajar kita bagaimana menulis

Setelah membaca beberapa bab, anda secara semulajadi mula menyerap gaya penulisan si penulis. Ianya penting jika anda sedang berusaha untuk menjadi penulis.


5. Mendedahkan apa yang kusut

Menandakan sebuah buku akan mendedahkan gaya penulis, corak pemikiran dan maksud yang ingin disampaikan..

Ianya sama seperti seorang ahli arkeologi membersih debu dari periuk seramik yang tertanam dalam tanah selama tiga ribu tahun yang lalu, lama-kelamaan kita akan dapat melihat dengan jelas seni dan reka bentuk periuk seramik tersebut.

 

Mengapa Kita Bersusah Payah Melakukan Ini?

Tujuan utama menconteng buka adalah BUKAN untuk melihat sejauh mana kita telah baca.

Tetapi tujuan utama yang sebenarnya adalah untuk melihat seberapa banyak tekah anda dapat. Banyak mana telah anda ingat dan serap. Dan cara terbaik untuk melakukannya adalah menulis di dalam buku tersebut.

Disini ada beberapa tips untuk melakukanya secara betul.

 

10 Tips Untuk ‘Menconteng Cara Betul’ di Dalam Buku:

  1. Bulatkan perkataan yang menarik
  2. Gariskan ayat menarik. Gunakan pen. Gunakan highlighter.
  3. Tulis soalan atau komen dalam bahagian margin.
  4. Lukiskan anak panah dari nota dalam margin ke bahagian buku nota merujuk kepada.
  5. Merekodkan nombor halaman dimana terdapat idea yang telah diulangi.
  6. Tuliskan ringkasan setiap bab pada halaman kosong di antara bab.
  7. Buat outline buku itu pada muka surat kosong di hadapan buku tersebut.
  8. Tulis kesimpulan untuk idea utama buku tersebut di ruangan kosong pada bahagian belakang.
  9. Membuat rumusan terhadap beberapa idea-idea sokongan.
  10. Menulis indeks topik, buku atau idea untuk senang dicari pada masa depan.

Jika anda berasa sayang dan tak dapat menconteng dalam buku, sekurang-kurangnya ambil sekeping kertas dan tulis padanya. Sekeping kertas yang anda akan simpan di dalam buku tersebut.

 

Apa Pendapat Anda Mengenai Kaedah Mengingat Buku Ini?

Adakah anda rasa kaedah mengingat ini menjengkelkan?

Atau anda ada petua atau teknik mengingat buku yang ingin dikongsikan bersama saya? Jika ada, saya berharap anda dapat kongsikan pada ruangan komen dibawah.

Saya menghargai setiap komen dan pandangan daripada anda semua.

P/S: saya juga ada menulis mengenai perkara ini di blog peribadi saya menggunakan kaedah 3 komponen pembinaan memori.

Baca disini: Bagaimana mengingati buku yang dibaca dengan mudah?

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

24 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Wardyawaty
Wardyawaty
8 tahun yang lalu

1 perkongsian yg baik… sy sgt cintakan buku…byk buku dn kitab d beli cuma masa x mengizinkan utk baca… stakat ini alhamdulillah sy beriltizam utk bca buku minimum 15-20 minit sehari…biasanya sblm tidur… utk menjaga keupayaan otak dn mata instead of tgk hp.. (^_^)

1 lg cara yg sy amalkan utk ingat fakta sy baca adalah:

Dengan berkongsi maklumat dgn orang lain…. sampaikan kpd org lain… mulakan dgn berborak dgn perkara yg bermanfaat dn berisi…

NaRo
NaRo
8 tahun yang lalu

Saya tertunggu-tunggu contoh gambarnya

Suriati
Suriati
8 tahun yang lalu

terima kasih..menarik.sebelum ni dah buat,tapi masa rajin je sbb tak tahu rupanya ini suatu tips menyerap isi pembacaan.

siti rohayu
siti rohayu
8 tahun yang lalu

Wow… Rasa nak cubalah…

jida
jida
8 tahun yang lalu

Selalu buat masa study dulu.Habis berwarna warni jadinya..sekarang ni, rasa syg pula nk tulis apa2 notes atas buku..Nanti org lain nk baca nmpk comot pulak bukunye..

Fauzan
Fauzan
8 tahun yang lalu

Outline buku tu camne eh?

Anuar Zainal
Anuar Zainal
8 tahun yang lalu

saya memang teah lama memgamalkan kaedah yang tuan nyatakan. Ianya amat berkesan dan mudah menglngati apa yang telah dibaca.Pada saya selagi tidak membuat contengan ke atas buku yang dibaca, saya menganggap buku itu belum dibaca.

Farid Majid
Farid Majid
8 tahun yang lalu

Terima kasih Tuan. Tip yang bermanfaat. :)

syawal
syawal
8 tahun yang lalu

Menarik…..mesti cuba.

Zarqasyi
Zarqasyi
8 tahun yang lalu

Penulisan yang baik. Harap terus rajin menulis. :)