NIAT & CARA SOLAT TAHAJJUD (Doa Tahajud Lengkap Rumi)

Cara Solat Tahajjud

Ini adalah panduan lengkap niat dan cara melakukan Solat Tahajjud. Panduan ini akan membimbing anda melakukan Solat Sunat Tahajjud dengan betul beserta dengan Doa Tahajjud lengkap.

Apa yang penting:

Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai. Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam transliterasi rumi dan audio (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)

Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Ringkasan Pantas Solat Tahajjud

  • Waktu: Selepas Isyak hingga masuk waktu Subuh. Menurut pengertian yang lazim, Tahajjud dilakukan selepas bangun daripada tidur.
  • Waktu terbaik: Sepertiga malam terakhir.
  • Bilangan rakaat: Minimum dua rakaat. Lakukan dua rakaat, satu salam dan ulang mengikut kemampuan.
  • Niat: Berniat di dalam hati ketika takbiratul ihram. Lafaz Arab atau Melayu bukan syarat sah.
  • Surah: Selepas al-Fatihah, baca mana-mana surah yang diingati. Tiada surah khusus yang diwajibkan.
  • Selepas solat: Berdoalah dengan bahasa yang difahami. Jika belum berwitir, sunat menutup solat malam dengan Solat Witir.

Jika anda baru bermula: Dua rakaat yang ringkas tetapi dilakukan dengan tenang dan istiqamah sudah memadai.

Solat Sunat Tahajjud (صلاة سنة التهجد) ialah solat malam yang dilakukan selepas seseorang bangun daripada tidur, walaupun tidurnya hanya sebentar. Ia merupakan sebahagian daripada amalan Qiamullail, iaitu menghidupkan malam dengan solat, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar dan berdoa.

Solat Tahajjud ialah solat sunat yang sangat dituntut. Allah SWT berfirman:

“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat Tahajjud padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”

— Surah al-Isra’, ayat 79 [1]

Video dua minit daripada TV3 MALAYSIA Official ini memberi gambaran ringkas tentang Solat Sunat Tahajjud:

Youtube video

Qiamullail ialah istilah yang lebih luas. Ia merangkumi semua ibadah malam selepas Isyak seperti solat, zikir, doa dan bacaan al-Quran, sama ada seseorang tidur dahulu atau tidak.

Tahajjud pula lazimnya merujuk kepada solat malam selepas bangun daripada tidur. Terdapat perincian pandangan ulama tentang penggunaan istilah ini. Ringkasnya, jika anda sudah tidur kemudian bangun, namakan solat itu Tahajjud. Jika anda belum tidur, anda tetap boleh bersolat malam dan ibadah tersebut termasuk Qiamullail. Jangan meninggalkan solat malam hanya kerana belum sempat tidur. [2] [3]

Suasana malam yang tenang memberi ruang untuk seseorang bermunajat, memohon keampunan dan mengadu kepada Allah dengan lebih khusyuk. Pada saat itu, kita dapat menginsafi kelemahan diri serta memperbaharui rasa pergantungan kepadaNya.

Ustaz Azhar Idrus ada menjelaskan persoalan tidur dahulu dan kaitannya dengan istilah Tahajjud serta Qiamullail.

Youtube video
Infografik Solat Tahajjud

Waktu solat malam bermula selepas menunaikan Solat Isyak dan berakhir apabila masuk waktu Subuh. Bagi Tahajjud, lakukanlah selepas anda bangun daripada tidur.

  1. Awal malam: Selepas Isyak. Jika anda belum tidur, ibadah ini termasuk Qiamullail. Jika sudah tidur dan bangun semula, anda boleh mengerjakan Tahajjud.
  2. Pertengahan malam: Selepas berehat dan bangun semula.
  3. Sepertiga malam terakhir: Waktu yang paling afdal untuk solat, istighfar dan berdoa.

Gunakan waktu Maghrib dan Subuh di tempat anda:

  1. Kira tempoh dari masuk Maghrib hingga masuk Subuh.
  2. Bahagikan jumlah tempoh itu kepada tiga.
  3. Tolak satu bahagian daripada waktu Subuh. Itulah anggaran permulaan sepertiga malam terakhir.
CONTOH

Maghrib 7:20 malam dan Subuh 5:50 pagi. Tempoh malam ialah 10 jam 30 minit. Satu pertiga bersamaan 3 jam 30 minit. Maka sepertiga malam terakhir bermula kira-kira 2:20 pagi hingga masuk Subuh.

Angka “2, 3 atau 4 pagi” bukan waktu tetap. Semak waktu solat setempat kerana ia berubah mengikut lokasi dan tarikh.

Pastikan syarat umum solat dipenuhi, iaitu berwuduk, menutup aurat, menghadap kiblat serta memastikan badan, pakaian dan tempat solat suci daripada najis.

  • Tidur lebih awal jika boleh dan pasang penggera.
  • Letakkan telefon atau jam penggera sedikit jauh daripada tempat tidur.
  • Mulakan dengan sasaran dua rakaat sahaja.
  • Bangun secukupnya untuk mengambil wuduk dan bersolat tanpa tergesa-gesa sebelum Subuh.
  • Jika terlalu mengantuk sehingga tidak memahami bacaan, berehatlah terlebih dahulu agar solat dilakukan dengan sedar dan tertib.

Niat ialah tujuan di dalam hati. Ketika mengucapkan takbiratul ihram, hadirkan dalam hati bahawa anda sedang menunaikan Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah SWT.

Lafaz niat Solat Sunat Tahajjud adalah seperti berikut

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala

Anda juga boleh melafazkan niat Tahajjud dalam Bahasa Melayu seperti ini:

Sahaja aku Solat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

Lafaz di atas hanya membantu menghadirkan niat. Anda tidak wajib menghafaz atau melafazkannya. Niat di dalam hati ketika takbiratul ihram sudah memadai.

Niat Solat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat. Tiada ketetapan bahawa ia mesti berhenti pada lapan atau dua belas rakaat. Lakukanlah mengikut kemampuan, dua rakaat dengan satu salam. [4]

“Solat malam itu dua rakaat, dua rakaat. Apabila kamu bimbang masuk waktu Subuh, maka solatlah satu rakaat untuk menjadikan solatmu ganjil.”

— Riwayat al-Bukhari dan Muslim [5] [6]

Contoh Susunan Yang Mudah

  • Baru bermula: Tahajjud 2 rakaat + Witir 1 atau 3 rakaat.
  • Ada sedikit masa: Tahajjud 2 + 2 rakaat, kemudian Witir.
  • Mampu lebih lama: Tahajjud 2 + 2 + 2 + 2 rakaat, kemudian Witir.

Bilangan yang sedikit tetapi dilakukan dengan tenang lebih baik daripada memaksa diri sehingga bacaan dan pergerakan menjadi tergesa-gesa.

Jika anda belum berwitir, sunat menjadikan Solat Witir sebagai penutup solat malam.

Jika anda sudah berwitir sebelum tidur kemudian terjaga, anda masih boleh bersolat dua rakaat-dua rakaat. Apa yang harus dibuat ialah tidak mengulang Witir untuk kali kedua. [7]

Susunan Tahajjud, Taubat, Hajat Dan Witir

Ramai pembaca tertanya-tanya solat yang mana perlu didahulukan apabila mahu mengerjakan beberapa solat sunat pada malam yang sama.

Tiada tertib wajib yang menyebabkan solat anda tidak sah jika susunannya berbeza. Setiap solat dilakukan dengan niat dan salamnya sendiri.

Contoh susunan yang mudah:

  1. Solat Tahajjud — mulakan dengan dua rakaat atau lebih mengikut kemampuan.
  2. Solat Taubat — mohon keampunan dan perbaharui taubat kepada Allah.
  3. Solat Hajat — jika anda mempunyai permohonan atau urusan tertentu.
  4. Solat Witir — jadikan sebagai penutup jika anda belum berwitir.

Susunan ini ialah panduan praktikal, bukan syarat. Jika perkara yang paling mendesak ialah taubat, anda boleh mendahulukan Solat Taubat.

Jika masa sangat singkat, lakukan sahaja dua rakaat dengan tenang.

Yang penting, jangan menganggap semua solat dalam senarai ini mesti dilakukan setiap kali bangun malam. [8]

Cara Mengerjakan Solat Tahajjud

  • Solat Tahajjud dilakukan dua rakaat dengan satu salam.
  • Mulakan dengan niat dalam hati dan takbiratul ihram.
  • Pada setiap rakaat, baca al-Fatihah diikuti mana-mana surah, kemudian sempurnakan solat seperti biasa.
  • Pada rakaat kedua, baca tahiyat akhir dan akhiri dengan salam.
  • Jika mahu menambah rakaat, ulangi dua rakaat demi dua rakaat. Jika belum berwitir, jadikan Solat Witir sebagai penutup solat malam. Selepas selesai, bolehlah berdoa.

Tatacaranya sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain. Bahagian seterusnya menerangkan bacaan dan pergerakan untuk pembaca yang memerlukan panduan lebih terperinci.

Bahagian ini penting supaya anda tidak menganggap solat terbatal hanya kerana terlupa satu bacaan sunat.

  • Yang mesti dijaga: niat bersama takbiratul ihram, al-Fatihah pada setiap rakaat, rukuk, iktidal, dua kali sujud, duduk antara dua sujud, tumakninah, tahiyat akhir, selawat ke atas Nabi SAW, salam pertama dan tertib. Berdiri lebih afdal bagi Solat Tahajjud, tetapi solat sunat tetap sah jika dilakukan secara duduk.
  • Yang sunat: Doa Iftitah, surah selepas al-Fatihah, takbir perpindahan, bacaan iktidal, tasbih rukuk dan sujud, doa antara dua sujud serta salam kedua.

Jika bacaan sunat tertinggal kerana terlupa, teruskan solat. Anda tidak perlu mengulang solat semata-mata kerana tertinggal tasbih rukuk, tasbih sujud atau surah tambahan. [9]

Rakaat Pertama

1

Solat Tahajjud Dimulakan Dengan Takbiratul ihram dan Niat

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Tahajjud dalam hati seperti berikut:

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala

Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja, “Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

Cara mengangkat takbir (takbiratul ihram) dalam solat

Ucapkan takbir “Allahuakbar” dengan jelas (dapat didengari oleh telinga sendiri) sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati.

اَللَّهُ أَكْبَرُ

Allahuakbar!



Maksudnya

Allah Maha Besar!

Nota

Pada asasnya, niat perlu hadir di dalam hati ketika melafazkan takbiratul ihram. Bagi orang awam, memadai niat hadir pada mana-mana bahagian lafaz takbir—sama ada pada awal, pertengahan atau akhir. Jika anda mengalami waswas, jangan mengulang niat dan takbir berkali-kali. Keraguan yang datang selepas takbir tidak perlu dilayan apabila anda sudah mengetahui solat yang hendak dilakukan ketika memulakannya. Bagi orang yang benar-benar mengalami kesukaran menghadirkan niat ketika takbir, terdapat kelonggaran untuk berniat sejurus sebelum takbir tanpa sela yang panjang, berdasarkan pandangan mazhab lain. Kelonggaran ini bukan bermaksud memulakan niat beberapa detik selepas takbir selesai.


2

Bacalah Surah al-Fatihah.

Selepas takbir, membaca Doa Iftitah adalah sunat. Jika tidak membacanya, teruskan dengan al-Fatihah dan solat tetap sah.

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn



Maksud Bacaan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


3

Kemudian, Baca Surah Pilihan

Selepas baca al Fatihah, bacalah mana-mana surah yang anda hafal. Membaca surah tambahan adalah sunat. Jika hanya membaca al-Fatihah sahaja, solat tetap sah.

Antaranya surah pendek yang boleh dibaca adalah al-Kafirun:

قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn



Maksud Bacaan

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


4

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Posisi dan cara melakukan rukuk dalam solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan dalam rukuk adalah sama seperti bacaan rukuk solat fardu iaitu:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”


5

Kemudian Bangun Iktidal

Kedudukan ketika iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal). Kemudian bacalah bacaan iktidal seperti ini:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami Allahu Liman Hamidah



Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”


6

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Turun Melakukan Sujud

Kedudukan atau posisi yang betul ketika sujud dalam solat

Semasa dahi menyentuh lantai dalam sujud, maka bacakan bacaan sujud seperti ini:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


7

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Posisi istirahah atau cara duduk antara dua sujud dalam solat

Setelah selesai bacaan sujud, bangkitlah daripada sujud dan duduk antara dua sujud seperti posisi di atas.

Kemudian bacalah bacaan tasbih antara dua sujud seperti ini:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni



Maksud Bacaan

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”


8

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sujud kali kedua dalam solat

Selesai bacaan tasbih antara dua sujud, turunlah bersujud sekali lagi. Seperti sujud sebelumnya, bacalah bacaan dalam sujud.

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya”


9

Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, sunat duduk istirahat seketika sebelum berdiri untuk rakaat seterusnya.

Posisi atau cara duduk istirahat
Posisi Duduk Istirahat

Dalam kedudukan ini tidak perlu dibaca apa-apa. Hanya perlu diam menghayati solat.

Rakaat Kedua

10

Bangun Untuk Rakaat Kedua Dengan Takbir

Selepas sujud kedua dan duduk istirahat seketika, bangunlah berdiri untuk rakaat kedua sambil mengucapkan:

Posisi berdiri pada rakaat kedua dalam solat

اَللَّهُ أَكْبَرُ

Allahuakbar!

Lafaz ini dinamakan takbir intiqal, iaitu takbir sunat yang dibaca ketika berpindah daripada satu rukun solat kepada rukun yang lain.

Ia bukan takbir yang dikhususkan untuk memulakan rakaat kedua. Jika terlupa membacanya, solat tetap sah.


11

Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn



Maksud Bacaan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


12

Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Setelah selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah seterusnya. Antara surah yang boleh dibacakan adalah surah al-ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.



Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita sukai atau ingat.


13

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

cara rukuk solat

Asas dalam melakukan rukuk adalah keadaan belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”


14

Kemudian Bangun Iktidal

Posisi dan cara iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami Allahu Liman Hamidah



Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”


15

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

cara sujud dalam solat

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


16

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Posisi duduk antara dua sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni



Maksud Bacaan

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”


17

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sujud kali kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya”


18

Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 

Posisi atau cara tahiyat akhir

Seperti bacaan tahiyat akhir solat-solat fardu, bacaan tahiyat adalah seperti berikut:

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

At-taḥiyyātu al-mubārakātu aṣ-ṣalawātu aṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhi aṣ-ṣāliḥīn. Ash-hadu alla ilāha illallāh, wa ash-hadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣolli ‘alā Muḥammad, wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣollaita ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm. Wa bārik ‘alā Muḥammad wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīn, innaka ḥamīdun majīd.



Maksud Bacaan

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia


19

Setelah Selesai Membaca Tahiyat, Akhiri Solat Dengan Memberi Salam.

Palingkan muka ke kanan dan ucapkan salam. Kemudian palingkan muka ke kiri untuk salam kedua.

memberi salam dalam solat

Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ

Assalamualaikum Warahmatullah



Maksud Bacaan

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Salam pertama ialah rukun yang mengeluarkan seseorang daripada solat. Salam kedua adalah sunat.

Jika mahu menambah rakaat Tahajjud, berdiri semula dan lakukan dua rakaat yang baharu.

Selepas Solat Tahajjud, anda boleh beristighfar dan berzikir terlebih dahulu sebelum berdoa. Tiada lafaz doa tertentu yang diwajibkan. Anda boleh membaca doa yang bersumberkan hadis atau berdoa dalam bahasa yang difahami. Panduan di bawah menyediakan wirid pilihan, doa lengkap dalam tulisan Arab, Rumi dan maksud, serta contoh doa ringkas.

Jika anda ingin terus membaca doa lengkap, lompat ke bahagian Doa Selepas Solat Tahajjud. Wirid di bawah ialah amalan pilihan dan bukan syarat khusus Solat Tahajjud.

Tiada wirid panjang yang diwajibkan khusus selepas Tahajjud. Selepas salam, anda boleh:

  • Beristighfar dan berzikir secara ringkas.
  • Berdoa untuk keampunan, petunjuk, keluarga dan apa-apa hajat yang baik.
  • Berdoa dalam Bahasa Melayu atau bahasa lain yang difahami.
  • Meneruskan solat sunat yang lain.
  • Menutup solat malam dengan Solat Witir jika belum melakukannya.

Jika anda mahu membaca susunan zikir yang lebih panjang, rujuk panduan wirid dan doa selepas solat. Jangan menganggap susunan tersebut sebagai syarat atau wirid khas Tahajjud.

Antara bacaannya yang boleh dibacakan adalah seperti berikut:

1

Membaca Istighfar

أَسْتَغْفِرُ اللّٰهَ الْعَظِيمَ، الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (٣ مَرَّات)

AsTaghFirullahal–‘Azim AllaDzi Laa IlaaHa IlLaa Huwal-Hayyul Qayyum Wa AtuuBu ILaiHi

Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, tiada tuhan selain Dia, yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadaNya


2

Membaca Pengakuan Tauhid

لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٣ مَرَّات)

Laa iLaaHa ilLallahu WahDahu Laa SyariKa Lahu, Lahul-Hamdu Yuhyi WaYuMiiTu WaHuwa ‘ALaa Kulli Syai-In QoDirr

Tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujiaan. Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa atas segala sesuatu.


3

Seterusnya, Memohon Dijauhkan Azab Neraka

اللّٰهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ (٣/٧ مَرَّات)

AllahumMa AjirNa MinanNar

Ya Allah jauhkan aku daripada azab api neraka

Nota: Boleh ganti Ajirna (أَجِرْنَا) dengan AjirNi (أَجِرْنِى) jika solat sendirian


4

Seterusnya, Memohon Keselamatan

اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ، وَمِنْكَ السَّلَامُ، وَإِلَيْكَ يَعُودُ السَّلَامُ، فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَام، وَأَدْخِلْنَا الْـجَنَّةَ دَارَ السَّلَامِ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَاذَا الْـجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

AllahumMa Antas-Salam, Wa Minkas-Salam, Wa iLaiKa Ya ‘UuDus-Salam, FaHayyiNa Rabbana BisSalam, Wa AdHilNal-JannaTa DaaRas-Salam, TaBaaRakTa RabbaNa Wa Ta’AaLaiTa Yaa Dzal-JalaaLi Wal Ikram.

Ya Allah Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, kepada Engkaulah kembalinya kesejahteraan itu, oleh yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga, negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah Tuhan kami dan Maha Tinggi, ya Allah yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan.


5

Seterusnya, Membaca Ta’awuz

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Aa-‘UuDzu Billahi Minasy-SyaiThonir-Rojim

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam


6

Seterusnya Membaca Al-Fatihah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


7

Seterusnya Membaca Ayat Kursi

ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ ٢٥٥

Allāhu lā ilāha illā huw, al-ḥayyul-qayyūm, lā ta’khużuhū sinatuw wa lā naum, lahū mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, man żallażī yasyfa‘u ‘indahū illā bi’iżnih, ya‘lamu mā baina aidīhim wa mā khalfahum, wa lā yuḥīṭūna bisyai’im min ‘ilmihī illā bimā syā’, wasi‘a kursiyyuhus-samāwāti wal-arḍ, wa lā ya’ūduhū ḥifẓuhumā, wa huwal-‘aliyyul-‘aẓīm

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)


8

Seterusnya Membaca al-Ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤

Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yūlad. Wa lam yakul lahū kufuwan aḥad.

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.


9

Seterusnya Membaca al-Falaq

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ ١ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ٢ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ ٤ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥

Qul a‘ūżu birabbil-falaq. min syarri mā khalaq. wa min syarri gāsiqin iżā waqab. wa min syarrin-naffāṡāti fil-‘uqad. wa min syarri ḥāsidin iżā ḥasad

Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan, Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk, Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan), Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.


10

Seterusnya Membaca an-Nas

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣ مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤ ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦

qul a‘ūżu birabbin-nās. malikin-nās. ilāhin-nās. min syarril-waswāsil-khannās. allażī yuwaswisu fī ṣudūrin-nās. minal jinnati wan-nās

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.


11

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَىٰ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.

AllahumMa Aa-‘inNaa ‘ALaa DzikRiKa Wa ShukriKa Wa HusNi ‘IbaaDaaTik

Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan memperelokkan ibadah kami terhadapMu


12

Membaca Tasbih “SubHaaNallah”

إِلَـٰهِى يَا رَبِّـى ــ سُبْحَانَ اللَّهِ

iLaaHii Yaa Rabbi — SubHaaNallah

Ya Allah Ya Tuhanku — Maha Suci Allah


13

Membaca SubhaaNallah 33 Kali

سُبْحَانَ اللّٰهِ (٣٣ مَرَّة)

SubHaaNallah (33 Kali)

Maha Suci Allah


14

Membaca Tahmid

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِـحَمْدِهِ دَآئِمًا أَبَدًا ـــ اَلْـحَمْدُ لِلَّهِ

Subḥānallāhi Wa Bi-Ḥamdihi Dā’iman Abadaa — Al-Ḥamdu Lillāh

Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, sentiasa dan selama-lamanya — segala puji bagi Allah.


15

Membaca Alhamdulillah Sebanyak 33 Kali

اَلْـحَمْدُ لِلَّهِ (٣٣ مَرَّة)

Alhamdulillah (33 Kali)

Segala pujian hanya bagi Allah


16

Membaca Takbir

اَلْـحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَـمِينَ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَنِعْمَةٍ ــ اَللَّهُ أَكْبَرُ

Alhamdulillahi Rabbil-‘AaLaMin ‘Alaa Kulli HaaLin Wa Ni’Matin — Allahu Akbar

Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam, mana-mana juga keadaan dan nikmat pengurniaanNya — Allah Maha Besar


17

Membaca Allahu Akbar Sebanyak 33 Kali

اَللَّهُ أَكْبَرُ (٣٣ مَرَّة)

Allahu Akbar (33 Kali)

Allah Maha Besar


18

Membaca Pelengkap Tasbih, Tahmid dan Takbir

اَللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلًا.

Allahu Akbar KabiiRaw WalhamDulillahi KaTsiRaw WaSubHaaNallahi BukRataw Wa ASiiLaa

Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang.

لَا إِلـٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Laa iLaaHa ilLallahu WahDaHu Laa SyariiKa LaHu, LaHul-Mulku WaLahul-Hamdu YuhYi Wa YumiiTu WaHuWa ‘ALaa Kulli Syai-in Qadir

Tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Baginya Segala kekuasaan dan bagiNya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيْمَ

WaLaa HawLa Walaa QuwWaTa ilLaa Billahil-‘Aliyyil ‘Azim, Astaghfirullāhal-‘Aẓīm.

Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung.


19

اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا رَادَّ لِمَا قَضَيْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ.

AllahumMa Laa MaaNi’A LiMaa A’Thoit, Wa Laa Mu’ThiYa LiMaa MaNa’Ta WaLaa RadDa LiMaa QoDhoit, Wa Laa YanFa’U DzaalJaddi MinKal Jadd

Ya Allah, Wahai Tuhan kami, tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi apa yang Engkau halangkan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menolak apa yang Engkau putuskan dan tidak memberi manfaat kemuliaan kepada pemiliknya, daripadaMu (datangnya) segala kemuliaan.


20

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ.

WaQooLa RobbukuMud-‘UuNii AsTajib Lakum

Dan Allah berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku akan menerimanya daripada kamu


21

Kemudian bacalah doa selepas Solat Tahajjud

Berikut ialah doa yang diriwayatkan daripada Nabi SAW ketika Baginda bangun malam untuk bertahajjud. Ia disediakan dalam tulisan Arab, transliterasi Rumi, audio dan terjemahan supaya lebih mudah dibaca serta difahami. Doa ini bukan bacaan wajib atau formula khusus selepas salam.

Daripada Ibn Abbas RA, terdapat riwayat sahih bahawa Nabi SAW membaca doa berikut ketika Baginda bangun malam untuk bertahajjud. Riwayat ini mengaitkan doa tersebut dengan qiamullail.

Ia bukan bacaan wajib dan jangan dianggap sebagai formula tetap selepas salam.

Doa Selepas Solat Tahajjud
Doa Selepas Solat Tahajjud

Maksudnya

Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah yang mengurus dan menegakkan langit, bumi serta segala yang ada di dalamnya. Bagi-Mu segala puji; milik-Mu kerajaan langit, bumi serta segala yang ada di dalamnya. Bagi-Mu segala puji; Engkaulah cahaya langit dan bumi.

Bagi-Mu segala puji. Engkaulah Yang Maha Benar, janji-Mu benar, pertemuan dengan-Mu benar, firman-Mu benar, syurga benar, neraka benar, para nabi benar, Nabi Muhammad SAW benar dan Hari Kiamat benar.

Ya Allah, kepada-Mu aku menyerahkan diri, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku kembali bertaubat, dengan pertolongan-Mu aku menghadapi pertikaian dan kepada-Mu aku memohon keputusan. Ampunilah apa yang telah aku lakukan dahulu dan apa yang aku lakukan kemudian, apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku nyatakan. Engkaulah Yang Mendahulukan dan Yang Mengemudiankan. Tiada Tuhan selain Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah. [10]

Tiada satu lafaz khusus yang diwajibkan selepas salam.

Anda boleh berdoa dalam Bahasa Melayu dan menyebut hajat yang baik dengan kata-kata yang difahami.

Berikut hanyalah contoh doa umum yang boleh diubah mengikut keperluan:

“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, rahmatilah aku, berilah aku petunjuk dan kekuatan untuk mentaati-Mu. Perbaikilah urusanku, lindungilah keluargaku, lapangkanlah rezekiku yang halal dan kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia serta di akhirat. Amin.”

Doa ini bukan bacaan yang dinisbahkan secara khusus kepada Rasulullah SAW dan bukan syarat sah Tahajjud.

Anda boleh memendekkan, menambah atau menggantikannya dengan doa lain yang baik.

Fadhilat & Kelebihan Solat Tahajjud Berdasarkan Dalil

Youtube video

Kelebihan Tahajjud tidak perlu dihiasi dengan janji rezeki atau kesihatan yang tidak pasti. Dalil yang kukuh sudah cukup untuk mendorong seorang Muslim menghidupkan malam.

Bahagian ini memberikan ringkasan. Untuk huraian yang lebih khusus, lihat panduan fadhilat dan kelebihan Solat Tahajjud berdasarkan dalil.

Nabi SAW menunaikan solat malam sehingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Apabila ditanya, Baginda bersabda: “Tidakkah aku patut menjadi seorang hamba yang bersyukur?”

— Sahih al-Bukhari, no. 1130 [11]

Hadis ini bukan tuntutan supaya seseorang memudaratkan diri. Ia menggambarkan syukur dan kesungguhan Rasulullah SAW. Bagi orang awam, mulakan mengikut kemampuan dan jaga Solat Subuh.

1. Solat Sunat Yang Paling Afdal Selepas Solat Fardu

“Solat yang paling afdal selepas solat fardu ialah solat malam.”

— Riwayat Muslim, no. 1163 [12]

Hadis ini menunjukkan kedudukan yang tinggi bagi solat malam dalam kalangan solat sunat. Keutamaannya tidak bermakna seseorang perlu memaksa diri; lakukanlah mengikut kemampuan tanpa mengabaikan Solat Subuh, kesihatan dan tanggungjawab wajib.

2. Waktu Untuk Berdoa Dan Memohon Keampunan

Hadis sahih menerangkan keistimewaan sepertiga malam terakhir sebagai waktu seorang hamba memohon, berdoa dan beristighfar kepada Allah. Ini bukan jaminan bahawa setiap permintaan akan berlaku tepat seperti yang dibayangkan, tetapi ia adalah galakan besar untuk mendekatkan diri kepada-Nya. [13]

3. Membina Jiwa Yang Sedar Dan Bersungguh-sungguh

Rasulullah SAW menerangkan bahawa orang yang bangun, mengingati Allah, berwuduk dan bersolat akan memulakan pagi dengan jiwa yang baik dan bersemangat. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. [14]

4. Sifat Orang Yang Mengingati Allah Pada Waktu Malam

“Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur; mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut dan penuh harap…”

— Surah al-Sajdah, ayat 16 [15]

Ayat ini menggambarkan keseimbangan hati seorang mukmin: takut kepada Allah dan pada masa yang sama berharap kepada rahmatNya. Bangun malam bukan sekadar untuk meminta sesuatu. Ia melatih hati supaya tunduk, berharap dan bergantung kepada Allah.

Tips Mudah Untuk Istiqamah Tahajjud

  1. Mulakan dengan dua rakaat. Jangan terus menetapkan sasaran yang membebankan.
  2. Tetapkan hari tertentu. Contohnya malam hujung minggu sebelum membina rutin yang lebih kerap.
  3. Tidur lebih awal. Kurangkan perkara yang melengahkan tidur selepas Isyak.
  4. Sediakan tempat solat. Letakkan telekung, kain pelikat atau sejadah lebih awal.
  5. Jangan mengejar bacaan panjang. Al-Fatihah dan surah pendek sudah mencukupi.
  6. Jika terlepas, jangan berputus asa. Mulakan semula pada malam berikutnya tanpa menyalahkan diri secara berlebihan.

Jika anda memerlukan strategi yang lebih terperinci tentang tidur, penggera dan rutin sebelum tidur, baca panduan mudah bangun Tahajjud dan Qiamullail.

Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Solat Tahajjud

Soal Jawab Solat Tahajjud

Berikut disenaraikan soal jawab bagi beberapa masalah lazim yang berkaitan dengan perlaksanaan Solat Tahajjud

Saya belum tidur. Bolehkah saya terus bersolat malam?

Boleh. Jika belum tidur, solat itu termasuk Qiamullail. Istilah Tahajjud lazimnya digunakan apabila seseorang tidur dahulu kemudian bangun untuk bersolat. Yang penting, jangan meninggalkan ibadah malam hanya kerana belum sempat tidur. Lihat penjelasan perbezaan Tahajjud dan Qiamullail. Untuk huraian fiqh yang lebih khusus, baca panduan Solat Tahajjud jika tidak tidur dahulu.

Bolehkah Solat Tahajjud dilakukan secara berjemaah?

Boleh dilakukan secara berjemaah sekali-sekala. Namun, Tahajjud bukan solat sunat yang secara khusus dituntut berjemaah seperti Solat Tarawih; kebiasaannya ia dilakukan bersendirian. Jangan menganggap berjemaah sebagai syarat atau menjadikannya amalan tetap yang khusus. Riwayat Ibn Abbas RA menunjukkan beliau pernah menyertai solat malam Nabi SAW.

Saya terjaga selepas waktu Subuh masuk. Perlukah saya teruskan Tahajjud?

Tidak. Waktu Tahajjud telah tamat apabila masuk waktu Subuh. Bersedia untuk menunaikan Solat Subuh dan jangan meneruskan Tahajjud selepas masuk waktunya. Anda boleh mencuba lagi pada malam berikutnya. Lihat panduan waktu Solat Tahajjud.

Saya bekerja syif malam. Bagaimana mahu melakukan Tahajjud?

Jika sempat, tidur sebentar selepas pulang kemudian bangun sebelum Subuh untuk Tahajjud. Jika anda tidak tidur, anda masih boleh mengerjakan solat malam sebagai Qiamullail. Jangan memaksa diri sehingga membahayakan kesihatan atau menyebabkan Solat Subuh terlepas.

Bolehkah Solat Tahajjud dilakukan ketika bangun untuk sahur atau hampir Subuh?

Boleh, selagi waktu Subuh belum masuk. Jika masa masih mencukupi, anda boleh menunaikan dua rakaat terlebih dahulu sebelum bersahur. Jika waktunya singkat, utamakan sahur sekadar perlu dan pastikan Solat Subuh tidak terlepas. Lakukan Tahajjud dengan ringkas tetapi tetap menjaga tumakninah. Apabila masuk waktu Subuh, waktu Tahajjud telah berakhir.

Bolehkah tidur semula selepas Tahajjud?

Boleh. Tiada larangan tidur semula selepas Tahajjud. Pasang penggera dan pastikan anda bangun untuk menunaikan Solat Subuh pada waktunya.

Saya sudah berwitir sebelum tidur. Bolehkah saya bertahajjud?

Boleh. Jika terjaga, lakukan solat sunat dua rakaat-dua rakaat. Tidak perlu mengulang Witir kerana tidak dihimpunkan dua Witir dalam satu malam.

Adakah Solat Witir wajib selepas Tahajjud?

Tidak wajib. Witir ialah solat sunat yang sangat dituntut sebagai penutup solat malam. Jika anda belum berwitir, lakukanlah mengikut kemampuan; jika tidak melakukannya, Solat Tahajjud tetap sah.

Adakah bacaan khas pada sujud terakhir Solat Tahajjud?

Tiada bacaan khas yang wajib atau ditetapkan secara khusus untuk sujud terakhir Solat Tahajjud. Memadai membaca tasbih sujud seperti biasa. Anda boleh berdoa ketika mana-mana sujud, bukan hanya sujud terakhir. Jika menggunakan ayat al-Quran yang berbentuk doa, niatkan sebagai doa, bukan sebagai bacaan al-Quran. Jangan menetapkan Surah al-Isra’ ayat 80 atau bilangan tertentu sebagai amalan khas Tahajjud tanpa dalil. Jika anda tidak membaca doa tambahan, solat tetap sah.

Betulkah surah tertentu perlu dibaca 11 kali?

Tidak ada syarat bahawa Surah al-Kafirun, al-Ikhlas atau Ayat Kursi mesti dibaca 11 kali untuk menjadikan Tahajjud sah. Selepas al-Fatihah, bacalah mana-mana surah yang mudah. Sekali pun memadai; jangan menganggap bilangan tertentu sebagai kewajipan tanpa dalil yang jelas.

Perlukah bacaan dikuatkan atau diperlahankan?

Kedua-duanya dibolehkan dalam solat malam. Pilih kadar suara yang membantu anda khusyuk dan tidak mengganggu orang yang sedang tidur atau beribadah berhampiran.

Bolehkah membaca daripada telefon atau kertas?

Selepas solat, anda boleh membaca doa daripada telefon atau kertas. Ketika solat, pandangan Mazhab Syafi‘i membenarkan membaca al-Quran daripada mushaf atau telefon, tetapi elakkan pergerakan yang banyak dan gangguan kepada khusyuk. Bagi pemula, lebih mudah membaca surah pendek yang dihafal.

Saya terlupa tasbih rukuk, tasbih sujud atau doa antara dua sujud. Sahkah solat?

Sah. Bacaan-bacaan tersebut ialah sunat dalam panduan Mazhab Syafi‘i. Teruskan solat dan jaga pergerakan serta tumakninah. Rujuk bahagian yang mesti dijaga dan yang sunat.

Perlu mandi dahulu atau cukup berwuduk?

Cukup berwuduk selagi anda tidak berada dalam keadaan yang mewajibkan mandi. Mandi untuk menyegarkan badan adalah pilihan, bukan syarat khusus Tahajjud.

Bolehkah Solat Tahajjud dilakukan secara duduk atau menggunakan kerusi?

Boleh. Solat sunat sah dilakukan secara duduk walaupun seseorang mampu berdiri, tetapi berdiri lebih afdal. Jika anda duduk kerana sakit atau keuzuran, lakukan rukuk dan sujud mengikut kadar kemampuan serta panduan solat orang uzur.

Bolehkah berdoa dalam Bahasa Melayu selepas Tahajjud?

Boleh. Selepas selesai solat, berdoalah dalam Bahasa Melayu atau bahasa lain yang anda fahami. Untuk doa yang dilafazkan ketika masih berada dalam solat, terdapat perincian hukum; pilihan paling selamat bagi orang awam ialah berdoa dengan lafaz Arab yang diketahui atau berdoa dalam hati.

Apakah yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang haid?

Wanita yang sedang haid tidak menunaikan solat. Namun, waktu malam masih boleh dihidupkan dengan doa, zikir, selawat, istighfar, mendengar bacaan al-Quran dan amalan lain yang dibenarkan.

Bolehkah Tahajjud dilakukan untuk hajat seperti jodoh, rezeki atau hutang?

Boleh memohon apa-apa hajat yang baik. Namun Tahajjud bukan cara memaksa sesuatu berlaku mengikut kehendak kita. Berdoalah, berusaha melalui jalan yang halal dan serahkan keputusan serta waktunya kepada Allah.

Bila waktu yang sesuai untuk memohon hajat?

Anda boleh berdoa ketika sujud, selepas tahiyat akhir sebelum salam atau selepas selesai solat. Jika belum menghafal doa Arab untuk dibaca dalam solat, sampaikan hajat dengan bahasa yang difahami selepas salam.

Perlukah melakukan Tahajjud tujuh malam berturut-turut?

Tidak ada syarat tujuh malam atau bilangan malam tertentu. Yang lebih baik ialah istiqamah mengikut kemampuan walaupun hanya dua rakaat pada beberapa malam.

Bagaimana jika saya benar-benar tidak mampu bangun malam?

Jangan berputus asa. Anda boleh melakukan ibadah malam selepas Isyak sebelum tidur sebagai Qiamullail dan menunaikan Witir lebih awal jika bimbang tidak terjaga. Tahajjud ialah amalan sunat; jangan sehingga usaha mengejarnya menyebabkan Solat Subuh terlepas atau kesihatan terabai.

Penutup: Mulakan Dengan Dua Rakaat

Solat Tahajjud bukan perlumbaan untuk membaca doa paling panjang atau melakukan rakaat paling banyak. Tujuannya ialah mendekatkan diri kepada Allah pada waktu yang sunyi dengan hati yang tunduk dan berharap.

Mulakan dengan dua rakaat. Baca surah yang anda ingat, jaga tumakninah dan berdoalah dengan bahasa yang difahami. Apabila rutin itu sudah terasa ringan, tambahlah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan.

Semoga panduan ini membantu anda menunaikan Solat Tahajjud dengan lebih yakin, tenang dan istiqamah.

Nota Kaki & Rujukan

  1. Al-Quran menerangkan anjuran bangun malam untuk Tahajjud dalam Surah al-Isra’ ayat 79. Antara ayat lain tentang ibadah malam ialah Surah al-Sajdah ayat 16 serta Surah al-Dhariyat ayat 17–18. [Surah al-Isra’ 17:79] ↩︎
  2. Panduan Qiamullail terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menghimpunkan penerangan asas tentang ibadah malam, termasuk waktu, tatacara dan doa. [Panduan Qiamullail JAKIM] ↩︎
  3. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menghuraikan maksud Tahajjud serta hubungannya dengan tidur dan Qiamullail. [AL-KAFI #793] ↩︎
  4. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan membincangkan bilangan rakaat dan kaedah salam bagi solat sunat. Untuk panduan ini, susunan dua rakaat dengan satu salam dipilih sebagai cara yang paling mudah diikuti. [AL-KAFI #1843] ↩︎
  5. Hadis Ibn Umar RA dalam Sahih al-Bukhari menerangkan bahawa solat malam dilakukan dua rakaat-dua rakaat, kemudian ditutup dengan satu rakaat Witir apabila bimbang masuk waktu Subuh. [Sahih al-Bukhari 990] ↩︎
  6. Riwayat yang sama tentang solat malam dua rakaat-dua rakaat terdapat dalam Sahih Muslim. [Sahih Muslim 749] ↩︎
  7. Panduan Qiamullail JAKIM menyentuh kedudukan Witir sebagai penutup solat malam. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan kaedah melakukan Witir dan larangan menghimpunkan dua Witir dalam satu malam. [Panduan Qiamullail JAKIM] [AL-KAFI #1729] ↩︎
  8. Panduan Qiamullail JAKIM mencadangkan Tahajjud diikuti solat-solat sunat lain seperti Taubat dan Hajat, manakala Witir dijadikan penutup. Susunan ini ialah panduan amali, bukan syarat sah setiap solat. [Panduan Qiamullail JAKIM] [AL-KAFI #1729] ↩︎
  9. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa zikir ketika rukuk dan sujud, bacaan iktidal serta doa antara dua sujud ialah sunat dalam Mazhab Syafi‘i. Meninggalkannya tidak membatalkan solat. [AL-KAFI #1460] [AL-KAFI #1804] ↩︎
  10. Hadis Ibn Abbas RA dalam Sahih al-Bukhari meriwayatkan doa yang dibaca oleh Rasulullah SAW ketika Baginda bangun malam untuk menunaikan Tahajjud. [Sahih al-Bukhari 1120] ↩︎
  11. Hadis Aisyah RA dalam Sahih al-Bukhari menerangkan bahawa Rasulullah SAW menunaikan solat malam sehingga kaki Baginda bengkak, sebagai tanda syukur kepada Allah. [Sahih al-Bukhari 1130] ↩︎
  12. Hadis Abu Hurairah RA dalam Sahih Muslim menerangkan bahawa solat yang paling afdal selepas solat fardu ialah solat malam. [Sahih Muslim 1163] ↩︎
  13. Hadis sahih menerangkan keistimewaan sepertiga malam terakhir sebagai waktu berdoa, meminta dan memohon keampunan. [Sahih al-Bukhari 1145] [Sahih Muslim 758] ↩︎
  14. Hadis dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim menerangkan bahawa orang yang bangun, mengingati Allah, berwuduk dan bersolat akan memulakan pagi dengan jiwa yang baik serta bersemangat. [Sahih al-Bukhari 1142] [Sahih Muslim 776] ↩︎
  15. Untuk bacaan lanjut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menghuraikan kelebihan solat malam dan waktu mustajab pada malam hari. [Irsyad al-Hadith #436] [Irsyad al-Hadith #393] ↩︎

Rujukan Tambahan

Lihat Rujukan Tambahan (11 sumber)
  1. Fiqh Populer: Terjemah Fathul Mu‘in ialah antara rujukan fiqh umum yang digunakan dalam penyediaan panduan ini.
  2. Bughyah al-Mustarsyidin, halaman 136, turut dirujuk sebagai sumber fiqh.
  3. Buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Allahyarham Dato’ Ismail Kamus digunakan sebagai rujukan umum berkaitan amalan dan ibadah harian. [Indahnya Hidup Bersyariat]
  4. Buku Ensiklopedia Solat oleh Rohidzir Rais, Fuad Ismail dan Mohd Wahid Abd Hanif menjadi rujukan umum mengenai pelaksanaan dan persoalan solat.
  5. Buku Ensiklopedia A–Z Tentang Solat oleh Dr. Nik Yusri Musa digunakan sebagai rujukan umum mengenai hukum dan amalan solat.
  6. Video Ensiklopedia Solat: Solat Tahajjud terbitan TV3 Official menjadi rujukan audiovisual tambahan bagi penerangan ringkas mengenai Tahajjud. [Video TV3 Official]
  7. Buku Bimbingan Lengkap Solat Sunat oleh Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib dan Rohidzir Rais menjadi rujukan tambahan berkaitan tatacara solat sunat. [Bimbingan Lengkap Solat Sunat]
  8. Buku Solat Sunat Harian oleh Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi digunakan sebagai rujukan tambahan bagi amalan solat sunat harian.
  9. Buku 1157 Persoalan Solat oleh Ustaz Muhadir Haji Joll menjadi rujukan bagi persoalan praktikal berkaitan solat. [1157 Persoalan Solat]
  10. Nihayah az-Zain, halaman 113, turut dirujuk dalam perbahasan fiqh berkaitan solat sunat.
  11. Tuhfah al-Muhtaj bersama Hawasyi asy-Syarwani wa al-‘Ubbadi, jilid 3 halaman 276, turut dirujuk sebagai sumber fiqh.
Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

2,750 komentar pada “NIAT & CARA SOLAT TAHAJJUD (Doa Tahajud Lengkap Rumi)”

  1. Assalamualaikum ustaz. Pertama sekali t kasih atas perkongsian blog ustaz.
    Saya nak bertanya, bolehlah kita membaca surah yg sama ketika solat tahajud dan taubat ? Atau adakah lebih afdhal jika kita guna surah yg berbeza. T kasih ustaz.

    Balas
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Dalam solat sunat seperti tahajud dan taubat, tiada ketetapan khusus mengenai surah yang mesti dibaca selepas Al-Fatihah. Oleh itu, jika awak ingin membaca surah yang sama dalam kedua-dua solat tersebut, ia adalah dibolehkan dan solat itu sah. Yang penting adalah keikhlasan dalam melaksanakan ibadah.

      Namun, jika awak berhasrat untuk membaca surah yang berbeza bagi menambah variasi dan menambah penghayatan, itu adalah sesuatu yang baik dan digalakkan. Membaca surah yang berbeza dapat membantu meningkatkan fokus dan tadabbur terhadap ayat-ayat Al-Quran yang dibaca.

      Kesimpulannya, tiada halangan untuk membaca surah yang sama dalam solat tahajud dan taubat, tetapi membaca surah yang berbeza adalah satu amalan yang baik untuk menambah kepelbagaian dalam ibadah.

      Semoga Allah SWT menerima solat dan amalan kita.
      Wallahu a’lam.

      Balas
  2. Assalammualaikum ustaz, saya nak tanya sikit boleh ke kita berdoa sambil melihat bacaan doa yang ada didalam henfon sebab saya da lama tinggalkan solat jadi saya tak ingat bacaan2 dalam doa……boleh ke ustaz???
    Saya harap ustaz dapat memberikan penerangan yang lengkap untuk orang macam saya yang da lama tinggalkan solat nie. Terima kasih ustaz assalammualaikum

    Balas
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Tidak mengapa untuk berdoa atau membaca bacaan solat sambil merujuk kepada teks di dalam telefon jika tuan belum hafal atau ingat sepenuhnya bacaan-bacaan dalam solat.

      Dalam keadaan di mana seseorang sedang belajar atau berusaha untuk mengingati semula bacaan solat setelah lama meninggalkan solat, ini adalah dibenarkan. Tujuannya adalah untuk membantu tuan kembali istiqamah dalam melaksanakan solat dengan betul.

      1/ Merujuk Bacaan dalam Telefon:

      • Dalam situasi di mana tuan tidak ingat sepenuhnya bacaan solat atau doa, tuan boleh melihat teks doa di dalam telefon semasa berdoa. Ini termasuk bacaan seperti tahiyat, doa qunut, atau zikir lain dalam solat.
      • Tujuan utama adalah untuk membantu tuan memulakan semula amalan solat dan berusaha mengingati bacaan yang tepat sedikit demi sedikit.

      2/ Keutamaan untuk Menghafal:

      • Walaupun dibenarkan melihat bacaan di telefon buat sementara waktu, adalah lebih baik untuk berusaha menghafal bacaan-bacaan tersebut secara beransur-ansur. Tuan boleh memulakan dengan bacaan yang pendek dahulu, seperti bacaan Al-Fatihah, dan secara perlahan-lahan menambah bacaan lain.

      3/ Jangan Tinggalkan Solat:

      • Usaha untuk kembali kepada solat sangat dihargai dalam Islam, dan Allah SWT menyukai hamba-Nya yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Jangan merasa putus asa atau terbeban jika belum dapat menghafal semua bacaan dengan sempurna. Yang penting ialah tuan kembali kepada solat dan terus berusaha.

      4/ Menggunakan Panduan Visual:

      • Selain menggunakan telefon, tuan juga boleh menggunakan kertas panduan atau buku kecil yang mudah dibawa sebagai rujukan ketika solat. Ini boleh membantu mempercepatkan proses pembelajaran dan memudahkan tuan mengingati bacaan-bacaan yang penting.

      Kesimpulan:

      • Boleh merujuk kepada bacaan doa di telefon semasa solat jika belum hafal.
      • Usaha untuk menghafal dan memahami bacaan perlu dilakukan secara beransur-ansur.
      • Kembali kepada solat adalah langkah yang sangat besar dan penting, teruskan dengan usaha yang konsisten.

      Semoga Allah SWT memudahkan perjalanan tuan dan menerima setiap usaha yang dilakukan. Jika ada sebarang soalan tambahan atau panduan yang diperlukan, jangan segan untuk bertanya.

      Wallahu a’lam.

      Balas
      • Terima kasih ustaz diatas pencerahan yang ustaz terangkan,dengan pencerahan ini dapat membantu saya sedikit demi sedikit untuk saya mendekat kan diri saya dengan allah S. W. T.

        Balas
        • Sama-sama, alhamdulillah!

          Teruskan usaha dan semoga Allah memberikan kekuatan serta keteguhan hati dalam beribadah. Semoga Allah sentiasa memberkati dan mempermudahkan jalan awak. Amin.

          Balas
    • Waalaikumussalam warahmatullah,

      Walaupun seseorang banyak melakukan dosa, doa yang dipanjatkan, termasuk dalam solat tahajjud, tetap berpeluang besar untuk dimakbulkan oleh Allah SWT. Allah Maha Pengampun dan sentiasa membuka pintu taubat. Firman Allah dalam Surah Az-Zumar, ayat 53, menyatakan bahawa kita tidak boleh berputus asa dari rahmat-Nya, kerana Allah mengampuni semua dosa.

      Solat tahajjud adalah waktu mustajab untuk berdoa, dan jika kita berdoa dengan ikhlas serta bertaubat, insyaAllah, Allah akan mendengar dan memakbulkan permintaan kita. Walaupun doa tidak segera dimakbulkan, kita perlu terus sabar dan yakin kepada rahmat-Nya.

      Wallahu a’lam.

      Balas
  3. Alhamdulillah, terima kasih ustaz share semua ni. Setiap hari bangun lps solat tahajjud & taubat akan terus bukak link ustaz ni utk baca doa & zikir.

    Balas
    • Alhamdulillah, sama-sama. Terima kasih atas sokongan dan doa. Semoga Allah SWT terus memberi kekuatan kepada kita semua untuk beristiqamah dalam beribadah, dan semoga setiap doa dan amalan diterima serta diberkati oleh-Nya. Amin.

      Balas
  4. Sorry nak tanya , apa beza solat tahajjud & solat hajat. Maksudnya dari segi pohon hajat. Sebab tahajjud pun kita boleh mohon hajat jugak kan? Ke ada beza kelebihan antara dua ni?

    Balas
    • Waalaikumussalam.

      Secara asasnya, kedua-dua solat tahajjud dan solat hajat adalah solat sunat yang sangat digalakkan, dan masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.

      Solat Tahajjud ialah solat yang dilakukan selepas bangun dari tidur, lazimnya pada waktu malam ketika sepertiga malam terakhir. Solat ini mempunyai kelebihan yang sangat besar, antaranya mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperoleh keberkatan. Salah satu perkara yang boleh dilakukan ketika solat tahajjud adalah memohon hajat kepada Allah, sama ada untuk perkara duniawi atau ukhrawi. Ia adalah waktu yang sangat mustajab untuk berdoa kerana keheningan malam menjadikan hati lebih khusyuk dan ikhlas dalam memohon.

      Solat Hajat pula adalah solat sunat khusus yang dilakukan dengan tujuan memohon sesuatu hajat atau menyelesaikan kesulitan tertentu. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada waktu-waktu yang dilarang untuk solat. Solat hajat ini ditujukan secara khusus untuk memohon kepada Allah akan hajat tertentu, seperti meminta penyelesaian masalah, kesembuhan penyakit, atau apa-apa keperluan lain.

      Jadi, dari segi memohon hajat, solat tahajjud dan solat hajat memang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Solat tahajjud lebih bersifat ibadah tambahan pada waktu malam yang membawa keberkatan dan ketenangan, manakala solat hajat lebih khusus untuk memohon sesuatu permintaan.

      Jika ada apa-apa lagi persoalan, boleh terus bertanya.
      Wallahu a’lam.

      Balas
  5. Alhamdulilah,terima kash ustaz blog aku islam sangat² membantu saya dari semua hal,baik solat,doa² ,wirid,zikir,dan panduan umrah..moga ustaz d kurnia kan kesihatan yang baik untuk terus berkarya membantu kami yang dahaga kan ilmu..

    Balas
    • Alhamdulillah, terima kasih atas maklum balas positif ini. Saya sangat bersyukur mendengar bahawa apa yang dikongsi di sini memberikan manfaat kepada tuan. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi asbab kebaikan dan barakah dalam hidup tuan. Terima kasih sekali lagi atas sokongan.

      Balas
  6. Assalamualaikum tuan, lari topik boleh? Saya cuma perlukan bantuan dan sokongan dari Tuan.

    Saya seorang suri rumah, tidak bekerja, dan belum ada anak. Suami saya bekerja dengan gaji basic RM2,300 setiap bulan. Hutang yang ada sekarang lebih kurang RM70k untuk diselesaikan. Selepas tolak dari jumlah bayar hutang dan komitmen secara bulanan, tinggal RM300 sahaja untuk kami survive. saya nak bekerja nak tolong suami tapi anxiety saya tinggi sangat dan saya tak yakin bila bekerja sebab dah lama jadi surirumah. suami suruh duduk rumah saja sebab takut saya mental bila kerja.

    Saya percaya dengan rezeki Allah bagi. Cuma ada masanya saya takut terputus bekalan, takut 1 hari nanti tak boleh bayar rumah sewa dan sebagainya. Tolong bagi saya kata kata semangat tuan. Terima kasih :’)

    Balas
    • Wa’alaikumussalam,

      Terima kasih kerana berkongsi perasaan dan situasi yang sedang saudari alami. Saya memahami bahawa keadaan ini tentu sekali mencabar dan menimbulkan kebimbangan. Percayalah, setiap ujian yang Allah SWT berikan pasti ada hikmah dan jalan keluarnya.

      Saudari sudah menunjukkan kekuatan dengan berusaha mencari sokongan dan ingin membantu suami. Mungkin saudari boleh mempertimbangkan untuk melakukan kerja dari rumah yang sesuai dengan minat dan kemampuan saudari. Contohnya, perniagaan kecil-kecilan secara online, membuat kraftangan, atau perkhidmatan yang boleh dijalankan dari rumah. Ini dapat membantu menambah pendapatan tanpa perlu keluar dan menghadapi situasi yang mungkin meningkatkan anxiety.

      Selain itu, penting untuk menjaga kesihatan mental dan emosi. Mungkin saudari boleh berkongsi perasaan dengan ahli keluarga atau rakan terdekat yang dipercayai. Jika perlu, pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan profesional untuk menguruskan anxiety yang dialami.

      Ingatlah bahawa rezeki itu milik Allah SWT. Teruskan berdoa dan bertawakal kepada-Nya. Setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Insyirah ayat 5-6:

      “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”

      Semoga saudari diberikan kekuatan, ketabahan, dan jalan keluar yang terbaik oleh Allah SWT. Jangan putus asa dan teruskan usaha serta doa. InsyaAllah, dengan kesabaran dan keyakinan, segala urusan akan dipermudahkan.

      Wallahu a’lam.

      Balas
  7. Terima kasih atas panduan yg diberikan. Segala jasa anda hanya Allah sahaja yg dapat membalasnya. Aamin2

    Balas
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Alhamdulillah, saya bersyukur kerana panduan yang diberikan dapat memberi manfaat kepada tuan. Terima kasih atas doa yang baik. Semoga Allah membalas kebaikan tuan dengan keberkatan dan rahmat-Nya yang melimpah. Aamiin.

      Balas
  8. saya selalu merujuk pada akuislam.com agak mudah dan ringkas alhamdullillah.cadangan saya ditambah terjemah ayat bahasa melayu pada gerakan solat dibawah supaya penghayatan solat lebih mendalam seperti contoh:dibawah Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
    Makna: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya

    Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
    سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
    Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

    Balas
  9. Tolong check semula audio doa tahajjud yg terbaru ni tak beginner friendly. Laju sgt mencungap2 nak mengejarnye. And please make it simple penulisan panduannya. Sy lg suka panduan terdahulu yg tak perlu nak scroll bawah panjang2.

    Balas
    • Assalamualaikum.

      Terima kasih atas maklumbalas. Minta maaf jika tuan tidak senang dengan perubahan terbaharu ini. Saya akan cuba lihat sudut yang boleh diubah untuk memudahkan pembaca. Kemaskini terbaru ini bertujuan untuk menjadikan panduan ini lebih lengkap, menyeluruh dan step-by-step.

      Jika tuan lebih suka versi ringkas, insyaAllah saya akan wujudkan panduan tahajjud versi ringkas dan yang lebih straight to the point.

      Balas
  10. Assalamualaikum
    Baru perasan sudah ada audio utk wirid n zikir. Terima kasih kpd team akuislam…memberi byk manfaat kpd kami sbg panduan

    Balas
    • Waalaikumussalam,

      Alhamdulillah, saya sangat gembira mendengar bahawa audio wirid dan zikir yang disediakan memberi manfaat kepada saudara/i. Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan panduan yang dapat memudahkan urusan ibadah harian. Terima kasih atas sokongan dan penghargaan yang diberikan.

      Jika ada apa-apa lagi yang boleh kami bantu atau sebarang cadangan untuk penambahbaikan, jangan segan untuk berkongsi. Semoga usaha ini terus memberikan manfaat kepada ramai, dan semoga Allah memberkati kita semua. Amin.

      Teruskan berdoa dan berzikir, insyaAllah.

      Balas
  11. Jgn tinggalkan saya d ruangan penuh ilmu ini tanpa mghantar maklumat mengenai Islam..saya mengharapkn selalu dn sangat mengharap bantuan akuislam dn panduan dlm byk persoalan2 Islam…hantarlah seberapa kerap d email saya mengenai perkongsian mklumat yg berkualiti..trm ksh byk2 akuislam

    Balas
  12. Assalamualaikum Ustaz Naim

    Alhamdulillah, akuislam banyak membantu saya terutama cara & bacaan solat seperti dhuha & tahajjud. Terima kasih dan teruskan membantu orang orang seperti saya, amin

    Balas
    • Waalaikumussalam warahmatullah.

      Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan dan doa awak. Saya amat bersyukur jika laman ini dapat membantu puan dalam ibadah seperti solat Dhuha dan Tahajjud.

      Semoga usaha ini terus memberi manfaat dan membantu ramai lagi seperti puan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Teruskan berdoa dan beribadah, dan semoga Allah memberkati kita semua. Amin. ツ

      Balas
  13. Assalamualaikum…
    Saya nak Tanya…kalau bacaan lepas tahajjud tu kita Tak hafal ..boleh Tak baca ikut panduan solat tahajjud….maksudnya bacaan slepas solat tahajjud

    Balas
  14. Assalamualaikum wbt ustaz trima kasih atas ilmu yang manafaat ini..kerana panduan solat2 doa2 dn surah2 memang terbaik mudah d baca dn ruminya pun sudah d faham…Alhamdulillah trima kasih

    Balas
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Terima kasih atas kata-kata semangat dan sokongan tuan. Saya sangat gembira mendengar bahawa panduan solat, doa, dan surah yang dikongsikan mudah difahami dan memberi manfaat. Alhamdulillah, semoga usaha kita semua diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

      Jika ada sebarang soalan atau topik yang ingin dibincangkan, atau jika tuan memerlukan penjelasan lanjut tentang mana-mana aspek ibadah, jangan ragu untuk mengemukakannya. Saya sentiasa bersedia untuk membantu.

      Semoga kita semua terus istiqamah dalam beribadah dan memperoleh keberkatan serta rahmat dari Allah SWT.

      Terima kasih sekali lagi dan semoga anda sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya.

      Wallahu a’lam.

      Balas
    • Walaikumsalam.

      Boleh, tiada masalah. Solat tahajjud boleh dilakukan sepanjang malam selepas bangun dari tidur.

      Balas
  15. Aslmkm ustaz Terima kasih d atas segala nye yg telah dpt membantu d dlm memudah kan urusan ibadah terutama solat solat sunat Tahajud , kalau bolih ustaz tolong buatkan d dlm bentuk pdf pd masa akan datang ..t.kasih istaz ..

    Balas
    • Waalaikumsalam,

      Terima kasih atas maklumbalas dan doa yang baik. Saya sangat gembira kerana artikel di laman web ini dapat membantu dalam urusan ibadah tuan, terutamanya dalam mengerjakan solat sunat Tahajud.

      Berkenaan dengan permintaan untuk membuat panduan dalam bentuk PDF, itu adalah satu idea yang baik. InsyaAllah saya cuba wujud panduan dalam format PDF di masa akan datang.

      Sementara itu, tuan boleh terus mengikuti laman web kami untuk mendapatkan panduan dan artikel terbaru mengenai ibadah serta amalan-amalan sunat yang lain. Semoga usaha kita semua diberkati dan diterima oleh Allah SWT.

      Jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan lain, jangan segan untuk berkongsi. Terima kasih sekali lagi atas sokongan tuan.

      Terima kasih.

      Balas
  16. Terima kasih sebab bantu kami, moga Allah mudahkan urusan sentiasa, layout website pon sangat cantik! Penuh infographic dan mudah difahami, semoga lepasni ada pdf untuk lami download atau mungkin buku panduan untuk solat solat sunat berserta fadhilatnya, terima kasih tuan.

    Balas
    • Alhamdulillah, kami gembira mendengar bahawa puan berpuas hati dengan layout dan kandungan di website ini. Insya-Allah, saya akan mempertimbangkan cadangan untuk menyediakan pdf yang boleh dimuat turun.

      Doa dan sokongan puan amat kami hargai. Semoga Allah membalas kebaikan puan. ツ

      Balas

Tinggalkan Komen Anda..