NIAT & CARA SOLAT TAHAJJUD (Doa Tahajud Lengkap Rumi)

Cara Solat Tahajjud

Ini adalah panduan lengkap niat dan cara melakukan Solat Tahajjud. Panduan ini akan membimbing anda melakukan Solat Sunat Tahajjud dengan betul beserta dengan Doa Tahajjud lengkap.

Apa yang penting:

Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai. Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam transliterasi rumi dan audio (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)

Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Ringkasan Pantas Solat Tahajjud

  • Waktu: Selepas Isyak hingga masuk waktu Subuh. Menurut pengertian yang lazim, Tahajjud dilakukan selepas bangun daripada tidur.
  • Waktu terbaik: Sepertiga malam terakhir.
  • Bilangan rakaat: Minimum dua rakaat. Lakukan dua rakaat, satu salam dan ulang mengikut kemampuan.
  • Niat: Berniat di dalam hati ketika takbiratul ihram. Lafaz Arab atau Melayu bukan syarat sah.
  • Surah: Selepas al-Fatihah, baca mana-mana surah yang diingati. Tiada surah khusus yang diwajibkan.
  • Selepas solat: Berdoalah dengan bahasa yang difahami. Jika belum berwitir, sunat menutup solat malam dengan Solat Witir.

Jika anda baru bermula: Dua rakaat yang ringkas tetapi dilakukan dengan tenang dan istiqamah sudah memadai.

Solat Sunat Tahajjud (صلاة سنة التهجد) ialah solat malam yang dilakukan selepas seseorang bangun daripada tidur, walaupun tidurnya hanya sebentar. Ia merupakan sebahagian daripada amalan Qiamullail, iaitu menghidupkan malam dengan solat, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar dan berdoa.

Solat Tahajjud ialah solat sunat yang sangat dituntut. Allah SWT berfirman:

“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat Tahajjud padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”

— Surah al-Isra’, ayat 79 [1]

Video dua minit daripada TV3 MALAYSIA Official ini memberi gambaran ringkas tentang Solat Sunat Tahajjud:

Youtube video

Qiamullail ialah istilah yang lebih luas. Ia merangkumi semua ibadah malam selepas Isyak seperti solat, zikir, doa dan bacaan al-Quran, sama ada seseorang tidur dahulu atau tidak.

Tahajjud pula lazimnya merujuk kepada solat malam selepas bangun daripada tidur. Terdapat perincian pandangan ulama tentang penggunaan istilah ini. Ringkasnya, jika anda sudah tidur kemudian bangun, namakan solat itu Tahajjud. Jika anda belum tidur, anda tetap boleh bersolat malam dan ibadah tersebut termasuk Qiamullail. Jangan meninggalkan solat malam hanya kerana belum sempat tidur. [2] [3]

Suasana malam yang tenang memberi ruang untuk seseorang bermunajat, memohon keampunan dan mengadu kepada Allah dengan lebih khusyuk. Pada saat itu, kita dapat menginsafi kelemahan diri serta memperbaharui rasa pergantungan kepadaNya.

Ustaz Azhar Idrus ada menjelaskan persoalan tidur dahulu dan kaitannya dengan istilah Tahajjud serta Qiamullail.

Youtube video
Infografik Solat Tahajjud

Waktu solat malam bermula selepas menunaikan Solat Isyak dan berakhir apabila masuk waktu Subuh. Bagi Tahajjud, lakukanlah selepas anda bangun daripada tidur.

  1. Awal malam: Selepas Isyak. Jika anda belum tidur, ibadah ini termasuk Qiamullail. Jika sudah tidur dan bangun semula, anda boleh mengerjakan Tahajjud.
  2. Pertengahan malam: Selepas berehat dan bangun semula.
  3. Sepertiga malam terakhir: Waktu yang paling afdal untuk solat, istighfar dan berdoa.

Gunakan waktu Maghrib dan Subuh di tempat anda:

  1. Kira tempoh dari masuk Maghrib hingga masuk Subuh.
  2. Bahagikan jumlah tempoh itu kepada tiga.
  3. Tolak satu bahagian daripada waktu Subuh. Itulah anggaran permulaan sepertiga malam terakhir.
CONTOH

Maghrib 7:20 malam dan Subuh 5:50 pagi. Tempoh malam ialah 10 jam 30 minit. Satu pertiga bersamaan 3 jam 30 minit. Maka sepertiga malam terakhir bermula kira-kira 2:20 pagi hingga masuk Subuh.

Angka “2, 3 atau 4 pagi” bukan waktu tetap. Semak waktu solat setempat kerana ia berubah mengikut lokasi dan tarikh.

Pastikan syarat umum solat dipenuhi, iaitu berwuduk, menutup aurat, menghadap kiblat serta memastikan badan, pakaian dan tempat solat suci daripada najis.

  • Tidur lebih awal jika boleh dan pasang penggera.
  • Letakkan telefon atau jam penggera sedikit jauh daripada tempat tidur.
  • Mulakan dengan sasaran dua rakaat sahaja.
  • Bangun secukupnya untuk mengambil wuduk dan bersolat tanpa tergesa-gesa sebelum Subuh.
  • Jika terlalu mengantuk sehingga tidak memahami bacaan, berehatlah terlebih dahulu agar solat dilakukan dengan sedar dan tertib.

Niat ialah tujuan di dalam hati. Ketika mengucapkan takbiratul ihram, hadirkan dalam hati bahawa anda sedang menunaikan Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah SWT.

Lafaz niat Solat Sunat Tahajjud adalah seperti berikut

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala

Anda juga boleh melafazkan niat Tahajjud dalam Bahasa Melayu seperti ini:

Sahaja aku Solat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

Lafaz di atas hanya membantu menghadirkan niat. Anda tidak wajib menghafaz atau melafazkannya. Niat di dalam hati ketika takbiratul ihram sudah memadai.

Niat Solat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat. Tiada ketetapan bahawa ia mesti berhenti pada lapan atau dua belas rakaat. Lakukanlah mengikut kemampuan, dua rakaat dengan satu salam. [4]

“Solat malam itu dua rakaat, dua rakaat. Apabila kamu bimbang masuk waktu Subuh, maka solatlah satu rakaat untuk menjadikan solatmu ganjil.”

— Riwayat al-Bukhari dan Muslim [5] [6]

Contoh Susunan Yang Mudah

  • Baru bermula: Tahajjud 2 rakaat + Witir 1 atau 3 rakaat.
  • Ada sedikit masa: Tahajjud 2 + 2 rakaat, kemudian Witir.
  • Mampu lebih lama: Tahajjud 2 + 2 + 2 + 2 rakaat, kemudian Witir.

Bilangan yang sedikit tetapi dilakukan dengan tenang lebih baik daripada memaksa diri sehingga bacaan dan pergerakan menjadi tergesa-gesa.

Jika anda belum berwitir, sunat menjadikan Solat Witir sebagai penutup solat malam.

Jika anda sudah berwitir sebelum tidur kemudian terjaga, anda masih boleh bersolat dua rakaat-dua rakaat. Apa yang harus dibuat ialah tidak mengulang Witir untuk kali kedua. [7]

Susunan Tahajjud, Taubat, Hajat Dan Witir

Ramai pembaca tertanya-tanya solat yang mana perlu didahulukan apabila mahu mengerjakan beberapa solat sunat pada malam yang sama.

Tiada tertib wajib yang menyebabkan solat anda tidak sah jika susunannya berbeza. Setiap solat dilakukan dengan niat dan salamnya sendiri.

Contoh susunan yang mudah:

  1. Solat Tahajjud — mulakan dengan dua rakaat atau lebih mengikut kemampuan.
  2. Solat Taubat — mohon keampunan dan perbaharui taubat kepada Allah.
  3. Solat Hajat — jika anda mempunyai permohonan atau urusan tertentu.
  4. Solat Witir — jadikan sebagai penutup jika anda belum berwitir.

Susunan ini ialah panduan praktikal, bukan syarat. Jika perkara yang paling mendesak ialah taubat, anda boleh mendahulukan Solat Taubat.

Jika masa sangat singkat, lakukan sahaja dua rakaat dengan tenang.

Yang penting, jangan menganggap semua solat dalam senarai ini mesti dilakukan setiap kali bangun malam. [8]

Cara Mengerjakan Solat Tahajjud

  • Solat Tahajjud dilakukan dua rakaat dengan satu salam.
  • Mulakan dengan niat dalam hati dan takbiratul ihram.
  • Pada setiap rakaat, baca al-Fatihah diikuti mana-mana surah, kemudian sempurnakan solat seperti biasa.
  • Pada rakaat kedua, baca tahiyat akhir dan akhiri dengan salam.
  • Jika mahu menambah rakaat, ulangi dua rakaat demi dua rakaat. Jika belum berwitir, jadikan Solat Witir sebagai penutup solat malam. Selepas selesai, bolehlah berdoa.

Tatacaranya sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain. Bahagian seterusnya menerangkan bacaan dan pergerakan untuk pembaca yang memerlukan panduan lebih terperinci.

Bahagian ini penting supaya anda tidak menganggap solat terbatal hanya kerana terlupa satu bacaan sunat.

  • Yang mesti dijaga: niat bersama takbiratul ihram, al-Fatihah pada setiap rakaat, rukuk, iktidal, dua kali sujud, duduk antara dua sujud, tumakninah, tahiyat akhir, selawat ke atas Nabi SAW, salam pertama dan tertib. Berdiri lebih afdal bagi Solat Tahajjud, tetapi solat sunat tetap sah jika dilakukan secara duduk.
  • Yang sunat: Doa Iftitah, surah selepas al-Fatihah, takbir perpindahan, bacaan iktidal, tasbih rukuk dan sujud, doa antara dua sujud serta salam kedua.

Jika bacaan sunat tertinggal kerana terlupa, teruskan solat. Anda tidak perlu mengulang solat semata-mata kerana tertinggal tasbih rukuk, tasbih sujud atau surah tambahan. [9]

Rakaat Pertama

1

Solat Tahajjud Dimulakan Dengan Takbiratul ihram dan Niat

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Tahajjud dalam hati seperti berikut:

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala

Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja, “Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

Cara mengangkat takbir (takbiratul ihram) dalam solat

Ucapkan takbir “Allahuakbar” dengan jelas (dapat didengari oleh telinga sendiri) sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati.

اَللَّهُ أَكْبَرُ

Allahuakbar!



Maksudnya

Allah Maha Besar!

Nota

Pada asasnya, niat perlu hadir di dalam hati ketika melafazkan takbiratul ihram. Bagi orang awam, memadai niat hadir pada mana-mana bahagian lafaz takbir—sama ada pada awal, pertengahan atau akhir. Jika anda mengalami waswas, jangan mengulang niat dan takbir berkali-kali. Keraguan yang datang selepas takbir tidak perlu dilayan apabila anda sudah mengetahui solat yang hendak dilakukan ketika memulakannya. Bagi orang yang benar-benar mengalami kesukaran menghadirkan niat ketika takbir, terdapat kelonggaran untuk berniat sejurus sebelum takbir tanpa sela yang panjang, berdasarkan pandangan mazhab lain. Kelonggaran ini bukan bermaksud memulakan niat beberapa detik selepas takbir selesai.


2

Bacalah Surah al-Fatihah.

Selepas takbir, membaca Doa Iftitah adalah sunat. Jika tidak membacanya, teruskan dengan al-Fatihah dan solat tetap sah.

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn



Maksud Bacaan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


3

Kemudian, Baca Surah Pilihan

Selepas baca al Fatihah, bacalah mana-mana surah yang anda hafal. Membaca surah tambahan adalah sunat. Jika hanya membaca al-Fatihah sahaja, solat tetap sah.

Antaranya surah pendek yang boleh dibaca adalah al-Kafirun:

قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn



Maksud Bacaan

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


4

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Posisi dan cara melakukan rukuk dalam solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan dalam rukuk adalah sama seperti bacaan rukuk solat fardu iaitu:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”


5

Kemudian Bangun Iktidal

Kedudukan ketika iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal). Kemudian bacalah bacaan iktidal seperti ini:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami Allahu Liman Hamidah



Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”


6

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Turun Melakukan Sujud

Kedudukan atau posisi yang betul ketika sujud dalam solat

Semasa dahi menyentuh lantai dalam sujud, maka bacakan bacaan sujud seperti ini:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


7

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Posisi istirahah atau cara duduk antara dua sujud dalam solat

Setelah selesai bacaan sujud, bangkitlah daripada sujud dan duduk antara dua sujud seperti posisi di atas.

Kemudian bacalah bacaan tasbih antara dua sujud seperti ini:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni



Maksud Bacaan

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”


8

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sujud kali kedua dalam solat

Selesai bacaan tasbih antara dua sujud, turunlah bersujud sekali lagi. Seperti sujud sebelumnya, bacalah bacaan dalam sujud.

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya”


9

Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, sunat duduk istirahat seketika sebelum berdiri untuk rakaat seterusnya.

Posisi atau cara duduk istirahat
Posisi Duduk Istirahat

Dalam kedudukan ini tidak perlu dibaca apa-apa. Hanya perlu diam menghayati solat.

Rakaat Kedua

10

Bangun Untuk Rakaat Kedua Dengan Takbir

Selepas sujud kedua dan duduk istirahat seketika, bangunlah berdiri untuk rakaat kedua sambil mengucapkan:

Posisi berdiri pada rakaat kedua dalam solat

اَللَّهُ أَكْبَرُ

Allahuakbar!

Lafaz ini dinamakan takbir intiqal, iaitu takbir sunat yang dibaca ketika berpindah daripada satu rukun solat kepada rukun yang lain.

Ia bukan takbir yang dikhususkan untuk memulakan rakaat kedua. Jika terlupa membacanya, solat tetap sah.


11

Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn



Maksud Bacaan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


12

Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Setelah selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah seterusnya. Antara surah yang boleh dibacakan adalah surah al-ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.



Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita sukai atau ingat.


13

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

cara rukuk solat

Asas dalam melakukan rukuk adalah keadaan belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”


14

Kemudian Bangun Iktidal

Posisi dan cara iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami Allahu Liman Hamidah



Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”


15

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

cara sujud dalam solat

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)



Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


16

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Posisi duduk antara dua sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni



Maksud Bacaan

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”


17

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sujud kali kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya”


18

Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 

Posisi atau cara tahiyat akhir

Seperti bacaan tahiyat akhir solat-solat fardu, bacaan tahiyat adalah seperti berikut:

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

At-taḥiyyātu al-mubārakātu aṣ-ṣalawātu aṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhi aṣ-ṣāliḥīn. Ash-hadu alla ilāha illallāh, wa ash-hadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣolli ‘alā Muḥammad, wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣollaita ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm. Wa bārik ‘alā Muḥammad wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīn, innaka ḥamīdun majīd.



Maksud Bacaan

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia


19

Setelah Selesai Membaca Tahiyat, Akhiri Solat Dengan Memberi Salam.

Palingkan muka ke kanan dan ucapkan salam. Kemudian palingkan muka ke kiri untuk salam kedua.

memberi salam dalam solat

Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ

Assalamualaikum Warahmatullah



Maksud Bacaan

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Salam pertama ialah rukun yang mengeluarkan seseorang daripada solat. Salam kedua adalah sunat.

Jika mahu menambah rakaat Tahajjud, berdiri semula dan lakukan dua rakaat yang baharu.

Selepas Solat Tahajjud, anda boleh beristighfar dan berzikir terlebih dahulu sebelum berdoa. Tiada lafaz doa tertentu yang diwajibkan. Anda boleh membaca doa yang bersumberkan hadis atau berdoa dalam bahasa yang difahami. Panduan di bawah menyediakan wirid pilihan, doa lengkap dalam tulisan Arab, Rumi dan maksud, serta contoh doa ringkas.

Jika anda ingin terus membaca doa lengkap, lompat ke bahagian Doa Selepas Solat Tahajjud. Wirid di bawah ialah amalan pilihan dan bukan syarat khusus Solat Tahajjud.

Tiada wirid panjang yang diwajibkan khusus selepas Tahajjud. Selepas salam, anda boleh:

  • Beristighfar dan berzikir secara ringkas.
  • Berdoa untuk keampunan, petunjuk, keluarga dan apa-apa hajat yang baik.
  • Berdoa dalam Bahasa Melayu atau bahasa lain yang difahami.
  • Meneruskan solat sunat yang lain.
  • Menutup solat malam dengan Solat Witir jika belum melakukannya.

Jika anda mahu membaca susunan zikir yang lebih panjang, rujuk panduan wirid dan doa selepas solat. Jangan menganggap susunan tersebut sebagai syarat atau wirid khas Tahajjud.

Antara bacaannya yang boleh dibacakan adalah seperti berikut:

1

Membaca Istighfar

أَسْتَغْفِرُ اللّٰهَ الْعَظِيمَ، الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (٣ مَرَّات)

AsTaghFirullahal–‘Azim AllaDzi Laa IlaaHa IlLaa Huwal-Hayyul Qayyum Wa AtuuBu ILaiHi

Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, tiada tuhan selain Dia, yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadaNya


2

Membaca Pengakuan Tauhid

لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٣ مَرَّات)

Laa iLaaHa ilLallahu WahDahu Laa SyariKa Lahu, Lahul-Hamdu Yuhyi WaYuMiiTu WaHuwa ‘ALaa Kulli Syai-In QoDirr

Tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujiaan. Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa atas segala sesuatu.


3

Seterusnya, Memohon Dijauhkan Azab Neraka

اللّٰهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ (٣/٧ مَرَّات)

AllahumMa AjirNa MinanNar

Ya Allah jauhkan aku daripada azab api neraka

Nota: Boleh ganti Ajirna (أَجِرْنَا) dengan AjirNi (أَجِرْنِى) jika solat sendirian


4

Seterusnya, Memohon Keselamatan

اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ، وَمِنْكَ السَّلَامُ، وَإِلَيْكَ يَعُودُ السَّلَامُ، فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَام، وَأَدْخِلْنَا الْـجَنَّةَ دَارَ السَّلَامِ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَاذَا الْـجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

AllahumMa Antas-Salam, Wa Minkas-Salam, Wa iLaiKa Ya ‘UuDus-Salam, FaHayyiNa Rabbana BisSalam, Wa AdHilNal-JannaTa DaaRas-Salam, TaBaaRakTa RabbaNa Wa Ta’AaLaiTa Yaa Dzal-JalaaLi Wal Ikram.

Ya Allah Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, kepada Engkaulah kembalinya kesejahteraan itu, oleh yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga, negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah Tuhan kami dan Maha Tinggi, ya Allah yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan.


5

Seterusnya, Membaca Ta’awuz

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Aa-‘UuDzu Billahi Minasy-SyaiThonir-Rojim

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam


6

Seterusnya Membaca Al-Fatihah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


7

Seterusnya Membaca Ayat Kursi

ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ ٢٥٥

Allāhu lā ilāha illā huw, al-ḥayyul-qayyūm, lā ta’khużuhū sinatuw wa lā naum, lahū mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, man żallażī yasyfa‘u ‘indahū illā bi’iżnih, ya‘lamu mā baina aidīhim wa mā khalfahum, wa lā yuḥīṭūna bisyai’im min ‘ilmihī illā bimā syā’, wasi‘a kursiyyuhus-samāwāti wal-arḍ, wa lā ya’ūduhū ḥifẓuhumā, wa huwal-‘aliyyul-‘aẓīm

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)


8

Seterusnya Membaca al-Ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤

Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yūlad. Wa lam yakul lahū kufuwan aḥad.

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.


9

Seterusnya Membaca al-Falaq

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ ١ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ٢ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ ٤ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥

Qul a‘ūżu birabbil-falaq. min syarri mā khalaq. wa min syarri gāsiqin iżā waqab. wa min syarrin-naffāṡāti fil-‘uqad. wa min syarri ḥāsidin iżā ḥasad

Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan, Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk, Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan), Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.


10

Seterusnya Membaca an-Nas

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣ مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤ ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦

qul a‘ūżu birabbin-nās. malikin-nās. ilāhin-nās. min syarril-waswāsil-khannās. allażī yuwaswisu fī ṣudūrin-nās. minal jinnati wan-nās

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.


11

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَىٰ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.

AllahumMa Aa-‘inNaa ‘ALaa DzikRiKa Wa ShukriKa Wa HusNi ‘IbaaDaaTik

Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan memperelokkan ibadah kami terhadapMu


12

Membaca Tasbih “SubHaaNallah”

إِلَـٰهِى يَا رَبِّـى ــ سُبْحَانَ اللَّهِ

iLaaHii Yaa Rabbi — SubHaaNallah

Ya Allah Ya Tuhanku — Maha Suci Allah


13

Membaca SubhaaNallah 33 Kali

سُبْحَانَ اللّٰهِ (٣٣ مَرَّة)

SubHaaNallah (33 Kali)

Maha Suci Allah


14

Membaca Tahmid

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِـحَمْدِهِ دَآئِمًا أَبَدًا ـــ اَلْـحَمْدُ لِلَّهِ

Subḥānallāhi Wa Bi-Ḥamdihi Dā’iman Abadaa — Al-Ḥamdu Lillāh

Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, sentiasa dan selama-lamanya — segala puji bagi Allah.


15

Membaca Alhamdulillah Sebanyak 33 Kali

اَلْـحَمْدُ لِلَّهِ (٣٣ مَرَّة)

Alhamdulillah (33 Kali)

Segala pujian hanya bagi Allah


16

Membaca Takbir

اَلْـحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَـمِينَ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَنِعْمَةٍ ــ اَللَّهُ أَكْبَرُ

Alhamdulillahi Rabbil-‘AaLaMin ‘Alaa Kulli HaaLin Wa Ni’Matin — Allahu Akbar

Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam, mana-mana juga keadaan dan nikmat pengurniaanNya — Allah Maha Besar


17

Membaca Allahu Akbar Sebanyak 33 Kali

اَللَّهُ أَكْبَرُ (٣٣ مَرَّة)

Allahu Akbar (33 Kali)

Allah Maha Besar


18

Membaca Pelengkap Tasbih, Tahmid dan Takbir

اَللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلًا.

Allahu Akbar KabiiRaw WalhamDulillahi KaTsiRaw WaSubHaaNallahi BukRataw Wa ASiiLaa

Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang.

لَا إِلـٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Laa iLaaHa ilLallahu WahDaHu Laa SyariiKa LaHu, LaHul-Mulku WaLahul-Hamdu YuhYi Wa YumiiTu WaHuWa ‘ALaa Kulli Syai-in Qadir

Tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Baginya Segala kekuasaan dan bagiNya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيْمَ

WaLaa HawLa Walaa QuwWaTa ilLaa Billahil-‘Aliyyil ‘Azim, Astaghfirullāhal-‘Aẓīm.

Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung.


19

اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا رَادَّ لِمَا قَضَيْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ.

AllahumMa Laa MaaNi’A LiMaa A’Thoit, Wa Laa Mu’ThiYa LiMaa MaNa’Ta WaLaa RadDa LiMaa QoDhoit, Wa Laa YanFa’U DzaalJaddi MinKal Jadd

Ya Allah, Wahai Tuhan kami, tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi apa yang Engkau halangkan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menolak apa yang Engkau putuskan dan tidak memberi manfaat kemuliaan kepada pemiliknya, daripadaMu (datangnya) segala kemuliaan.


20

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ.

WaQooLa RobbukuMud-‘UuNii AsTajib Lakum

Dan Allah berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku akan menerimanya daripada kamu


21

Kemudian bacalah doa selepas Solat Tahajjud

Berikut ialah doa yang diriwayatkan daripada Nabi SAW ketika Baginda bangun malam untuk bertahajjud. Ia disediakan dalam tulisan Arab, transliterasi Rumi, audio dan terjemahan supaya lebih mudah dibaca serta difahami. Doa ini bukan bacaan wajib atau formula khusus selepas salam.

Daripada Ibn Abbas RA, terdapat riwayat sahih bahawa Nabi SAW membaca doa berikut ketika Baginda bangun malam untuk bertahajjud. Riwayat ini mengaitkan doa tersebut dengan qiamullail.

Ia bukan bacaan wajib dan jangan dianggap sebagai formula tetap selepas salam.

Doa Selepas Solat Tahajjud
Doa Selepas Solat Tahajjud

Maksudnya

Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah yang mengurus dan menegakkan langit, bumi serta segala yang ada di dalamnya. Bagi-Mu segala puji; milik-Mu kerajaan langit, bumi serta segala yang ada di dalamnya. Bagi-Mu segala puji; Engkaulah cahaya langit dan bumi.

Bagi-Mu segala puji. Engkaulah Yang Maha Benar, janji-Mu benar, pertemuan dengan-Mu benar, firman-Mu benar, syurga benar, neraka benar, para nabi benar, Nabi Muhammad SAW benar dan Hari Kiamat benar.

Ya Allah, kepada-Mu aku menyerahkan diri, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku kembali bertaubat, dengan pertolongan-Mu aku menghadapi pertikaian dan kepada-Mu aku memohon keputusan. Ampunilah apa yang telah aku lakukan dahulu dan apa yang aku lakukan kemudian, apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku nyatakan. Engkaulah Yang Mendahulukan dan Yang Mengemudiankan. Tiada Tuhan selain Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah. [10]

Tiada satu lafaz khusus yang diwajibkan selepas salam.

Anda boleh berdoa dalam Bahasa Melayu dan menyebut hajat yang baik dengan kata-kata yang difahami.

Berikut hanyalah contoh doa umum yang boleh diubah mengikut keperluan:

“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, rahmatilah aku, berilah aku petunjuk dan kekuatan untuk mentaati-Mu. Perbaikilah urusanku, lindungilah keluargaku, lapangkanlah rezekiku yang halal dan kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia serta di akhirat. Amin.”

Doa ini bukan bacaan yang dinisbahkan secara khusus kepada Rasulullah SAW dan bukan syarat sah Tahajjud.

Anda boleh memendekkan, menambah atau menggantikannya dengan doa lain yang baik.

Fadhilat & Kelebihan Solat Tahajjud Berdasarkan Dalil

Youtube video

Kelebihan Tahajjud tidak perlu dihiasi dengan janji rezeki atau kesihatan yang tidak pasti. Dalil yang kukuh sudah cukup untuk mendorong seorang Muslim menghidupkan malam.

Bahagian ini memberikan ringkasan. Untuk huraian yang lebih khusus, lihat panduan fadhilat dan kelebihan Solat Tahajjud berdasarkan dalil.

Nabi SAW menunaikan solat malam sehingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Apabila ditanya, Baginda bersabda: “Tidakkah aku patut menjadi seorang hamba yang bersyukur?”

— Sahih al-Bukhari, no. 1130 [11]

Hadis ini bukan tuntutan supaya seseorang memudaratkan diri. Ia menggambarkan syukur dan kesungguhan Rasulullah SAW. Bagi orang awam, mulakan mengikut kemampuan dan jaga Solat Subuh.

1. Solat Sunat Yang Paling Afdal Selepas Solat Fardu

“Solat yang paling afdal selepas solat fardu ialah solat malam.”

— Riwayat Muslim, no. 1163 [12]

Hadis ini menunjukkan kedudukan yang tinggi bagi solat malam dalam kalangan solat sunat. Keutamaannya tidak bermakna seseorang perlu memaksa diri; lakukanlah mengikut kemampuan tanpa mengabaikan Solat Subuh, kesihatan dan tanggungjawab wajib.

2. Waktu Untuk Berdoa Dan Memohon Keampunan

Hadis sahih menerangkan keistimewaan sepertiga malam terakhir sebagai waktu seorang hamba memohon, berdoa dan beristighfar kepada Allah. Ini bukan jaminan bahawa setiap permintaan akan berlaku tepat seperti yang dibayangkan, tetapi ia adalah galakan besar untuk mendekatkan diri kepada-Nya. [13]

3. Membina Jiwa Yang Sedar Dan Bersungguh-sungguh

Rasulullah SAW menerangkan bahawa orang yang bangun, mengingati Allah, berwuduk dan bersolat akan memulakan pagi dengan jiwa yang baik dan bersemangat. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. [14]

4. Sifat Orang Yang Mengingati Allah Pada Waktu Malam

“Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur; mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut dan penuh harap…”

— Surah al-Sajdah, ayat 16 [15]

Ayat ini menggambarkan keseimbangan hati seorang mukmin: takut kepada Allah dan pada masa yang sama berharap kepada rahmatNya. Bangun malam bukan sekadar untuk meminta sesuatu. Ia melatih hati supaya tunduk, berharap dan bergantung kepada Allah.

Tips Mudah Untuk Istiqamah Tahajjud

  1. Mulakan dengan dua rakaat. Jangan terus menetapkan sasaran yang membebankan.
  2. Tetapkan hari tertentu. Contohnya malam hujung minggu sebelum membina rutin yang lebih kerap.
  3. Tidur lebih awal. Kurangkan perkara yang melengahkan tidur selepas Isyak.
  4. Sediakan tempat solat. Letakkan telekung, kain pelikat atau sejadah lebih awal.
  5. Jangan mengejar bacaan panjang. Al-Fatihah dan surah pendek sudah mencukupi.
  6. Jika terlepas, jangan berputus asa. Mulakan semula pada malam berikutnya tanpa menyalahkan diri secara berlebihan.

Jika anda memerlukan strategi yang lebih terperinci tentang tidur, penggera dan rutin sebelum tidur, baca panduan mudah bangun Tahajjud dan Qiamullail.

Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Solat Tahajjud

Soal Jawab Solat Tahajjud

Berikut disenaraikan soal jawab bagi beberapa masalah lazim yang berkaitan dengan perlaksanaan Solat Tahajjud

Saya belum tidur. Bolehkah saya terus bersolat malam?

Boleh. Jika belum tidur, solat itu termasuk Qiamullail. Istilah Tahajjud lazimnya digunakan apabila seseorang tidur dahulu kemudian bangun untuk bersolat. Yang penting, jangan meninggalkan ibadah malam hanya kerana belum sempat tidur. Lihat penjelasan perbezaan Tahajjud dan Qiamullail. Untuk huraian fiqh yang lebih khusus, baca panduan Solat Tahajjud jika tidak tidur dahulu.

Bolehkah Solat Tahajjud dilakukan secara berjemaah?

Boleh dilakukan secara berjemaah sekali-sekala. Namun, Tahajjud bukan solat sunat yang secara khusus dituntut berjemaah seperti Solat Tarawih; kebiasaannya ia dilakukan bersendirian. Jangan menganggap berjemaah sebagai syarat atau menjadikannya amalan tetap yang khusus. Riwayat Ibn Abbas RA menunjukkan beliau pernah menyertai solat malam Nabi SAW.

Saya terjaga selepas waktu Subuh masuk. Perlukah saya teruskan Tahajjud?

Tidak. Waktu Tahajjud telah tamat apabila masuk waktu Subuh. Bersedia untuk menunaikan Solat Subuh dan jangan meneruskan Tahajjud selepas masuk waktunya. Anda boleh mencuba lagi pada malam berikutnya. Lihat panduan waktu Solat Tahajjud.

Saya bekerja syif malam. Bagaimana mahu melakukan Tahajjud?

Jika sempat, tidur sebentar selepas pulang kemudian bangun sebelum Subuh untuk Tahajjud. Jika anda tidak tidur, anda masih boleh mengerjakan solat malam sebagai Qiamullail. Jangan memaksa diri sehingga membahayakan kesihatan atau menyebabkan Solat Subuh terlepas.

Bolehkah Solat Tahajjud dilakukan ketika bangun untuk sahur atau hampir Subuh?

Boleh, selagi waktu Subuh belum masuk. Jika masa masih mencukupi, anda boleh menunaikan dua rakaat terlebih dahulu sebelum bersahur. Jika waktunya singkat, utamakan sahur sekadar perlu dan pastikan Solat Subuh tidak terlepas. Lakukan Tahajjud dengan ringkas tetapi tetap menjaga tumakninah. Apabila masuk waktu Subuh, waktu Tahajjud telah berakhir.

Bolehkah tidur semula selepas Tahajjud?

Boleh. Tiada larangan tidur semula selepas Tahajjud. Pasang penggera dan pastikan anda bangun untuk menunaikan Solat Subuh pada waktunya.

Saya sudah berwitir sebelum tidur. Bolehkah saya bertahajjud?

Boleh. Jika terjaga, lakukan solat sunat dua rakaat-dua rakaat. Tidak perlu mengulang Witir kerana tidak dihimpunkan dua Witir dalam satu malam.

Adakah Solat Witir wajib selepas Tahajjud?

Tidak wajib. Witir ialah solat sunat yang sangat dituntut sebagai penutup solat malam. Jika anda belum berwitir, lakukanlah mengikut kemampuan; jika tidak melakukannya, Solat Tahajjud tetap sah.

Adakah bacaan khas pada sujud terakhir Solat Tahajjud?

Tiada bacaan khas yang wajib atau ditetapkan secara khusus untuk sujud terakhir Solat Tahajjud. Memadai membaca tasbih sujud seperti biasa. Anda boleh berdoa ketika mana-mana sujud, bukan hanya sujud terakhir. Jika menggunakan ayat al-Quran yang berbentuk doa, niatkan sebagai doa, bukan sebagai bacaan al-Quran. Jangan menetapkan Surah al-Isra’ ayat 80 atau bilangan tertentu sebagai amalan khas Tahajjud tanpa dalil. Jika anda tidak membaca doa tambahan, solat tetap sah.

Betulkah surah tertentu perlu dibaca 11 kali?

Tidak ada syarat bahawa Surah al-Kafirun, al-Ikhlas atau Ayat Kursi mesti dibaca 11 kali untuk menjadikan Tahajjud sah. Selepas al-Fatihah, bacalah mana-mana surah yang mudah. Sekali pun memadai; jangan menganggap bilangan tertentu sebagai kewajipan tanpa dalil yang jelas.

Perlukah bacaan dikuatkan atau diperlahankan?

Kedua-duanya dibolehkan dalam solat malam. Pilih kadar suara yang membantu anda khusyuk dan tidak mengganggu orang yang sedang tidur atau beribadah berhampiran.

Bolehkah membaca daripada telefon atau kertas?

Selepas solat, anda boleh membaca doa daripada telefon atau kertas. Ketika solat, pandangan Mazhab Syafi‘i membenarkan membaca al-Quran daripada mushaf atau telefon, tetapi elakkan pergerakan yang banyak dan gangguan kepada khusyuk. Bagi pemula, lebih mudah membaca surah pendek yang dihafal.

Saya terlupa tasbih rukuk, tasbih sujud atau doa antara dua sujud. Sahkah solat?

Sah. Bacaan-bacaan tersebut ialah sunat dalam panduan Mazhab Syafi‘i. Teruskan solat dan jaga pergerakan serta tumakninah. Rujuk bahagian yang mesti dijaga dan yang sunat.

Perlu mandi dahulu atau cukup berwuduk?

Cukup berwuduk selagi anda tidak berada dalam keadaan yang mewajibkan mandi. Mandi untuk menyegarkan badan adalah pilihan, bukan syarat khusus Tahajjud.

Bolehkah Solat Tahajjud dilakukan secara duduk atau menggunakan kerusi?

Boleh. Solat sunat sah dilakukan secara duduk walaupun seseorang mampu berdiri, tetapi berdiri lebih afdal. Jika anda duduk kerana sakit atau keuzuran, lakukan rukuk dan sujud mengikut kadar kemampuan serta panduan solat orang uzur.

Bolehkah berdoa dalam Bahasa Melayu selepas Tahajjud?

Boleh. Selepas selesai solat, berdoalah dalam Bahasa Melayu atau bahasa lain yang anda fahami. Untuk doa yang dilafazkan ketika masih berada dalam solat, terdapat perincian hukum; pilihan paling selamat bagi orang awam ialah berdoa dengan lafaz Arab yang diketahui atau berdoa dalam hati.

Apakah yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang haid?

Wanita yang sedang haid tidak menunaikan solat. Namun, waktu malam masih boleh dihidupkan dengan doa, zikir, selawat, istighfar, mendengar bacaan al-Quran dan amalan lain yang dibenarkan.

Bolehkah Tahajjud dilakukan untuk hajat seperti jodoh, rezeki atau hutang?

Boleh memohon apa-apa hajat yang baik. Namun Tahajjud bukan cara memaksa sesuatu berlaku mengikut kehendak kita. Berdoalah, berusaha melalui jalan yang halal dan serahkan keputusan serta waktunya kepada Allah.

Bila waktu yang sesuai untuk memohon hajat?

Anda boleh berdoa ketika sujud, selepas tahiyat akhir sebelum salam atau selepas selesai solat. Jika belum menghafal doa Arab untuk dibaca dalam solat, sampaikan hajat dengan bahasa yang difahami selepas salam.

Perlukah melakukan Tahajjud tujuh malam berturut-turut?

Tidak ada syarat tujuh malam atau bilangan malam tertentu. Yang lebih baik ialah istiqamah mengikut kemampuan walaupun hanya dua rakaat pada beberapa malam.

Bagaimana jika saya benar-benar tidak mampu bangun malam?

Jangan berputus asa. Anda boleh melakukan ibadah malam selepas Isyak sebelum tidur sebagai Qiamullail dan menunaikan Witir lebih awal jika bimbang tidak terjaga. Tahajjud ialah amalan sunat; jangan sehingga usaha mengejarnya menyebabkan Solat Subuh terlepas atau kesihatan terabai.

Penutup: Mulakan Dengan Dua Rakaat

Solat Tahajjud bukan perlumbaan untuk membaca doa paling panjang atau melakukan rakaat paling banyak. Tujuannya ialah mendekatkan diri kepada Allah pada waktu yang sunyi dengan hati yang tunduk dan berharap.

Mulakan dengan dua rakaat. Baca surah yang anda ingat, jaga tumakninah dan berdoalah dengan bahasa yang difahami. Apabila rutin itu sudah terasa ringan, tambahlah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan.

Semoga panduan ini membantu anda menunaikan Solat Tahajjud dengan lebih yakin, tenang dan istiqamah.

Nota Kaki & Rujukan

  1. Al-Quran menerangkan anjuran bangun malam untuk Tahajjud dalam Surah al-Isra’ ayat 79. Antara ayat lain tentang ibadah malam ialah Surah al-Sajdah ayat 16 serta Surah al-Dhariyat ayat 17–18. [Surah al-Isra’ 17:79] ↩︎
  2. Panduan Qiamullail terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menghimpunkan penerangan asas tentang ibadah malam, termasuk waktu, tatacara dan doa. [Panduan Qiamullail JAKIM] ↩︎
  3. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menghuraikan maksud Tahajjud serta hubungannya dengan tidur dan Qiamullail. [AL-KAFI #793] ↩︎
  4. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan membincangkan bilangan rakaat dan kaedah salam bagi solat sunat. Untuk panduan ini, susunan dua rakaat dengan satu salam dipilih sebagai cara yang paling mudah diikuti. [AL-KAFI #1843] ↩︎
  5. Hadis Ibn Umar RA dalam Sahih al-Bukhari menerangkan bahawa solat malam dilakukan dua rakaat-dua rakaat, kemudian ditutup dengan satu rakaat Witir apabila bimbang masuk waktu Subuh. [Sahih al-Bukhari 990] ↩︎
  6. Riwayat yang sama tentang solat malam dua rakaat-dua rakaat terdapat dalam Sahih Muslim. [Sahih Muslim 749] ↩︎
  7. Panduan Qiamullail JAKIM menyentuh kedudukan Witir sebagai penutup solat malam. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan kaedah melakukan Witir dan larangan menghimpunkan dua Witir dalam satu malam. [Panduan Qiamullail JAKIM] [AL-KAFI #1729] ↩︎
  8. Panduan Qiamullail JAKIM mencadangkan Tahajjud diikuti solat-solat sunat lain seperti Taubat dan Hajat, manakala Witir dijadikan penutup. Susunan ini ialah panduan amali, bukan syarat sah setiap solat. [Panduan Qiamullail JAKIM] [AL-KAFI #1729] ↩︎
  9. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa zikir ketika rukuk dan sujud, bacaan iktidal serta doa antara dua sujud ialah sunat dalam Mazhab Syafi‘i. Meninggalkannya tidak membatalkan solat. [AL-KAFI #1460] [AL-KAFI #1804] ↩︎
  10. Hadis Ibn Abbas RA dalam Sahih al-Bukhari meriwayatkan doa yang dibaca oleh Rasulullah SAW ketika Baginda bangun malam untuk menunaikan Tahajjud. [Sahih al-Bukhari 1120] ↩︎
  11. Hadis Aisyah RA dalam Sahih al-Bukhari menerangkan bahawa Rasulullah SAW menunaikan solat malam sehingga kaki Baginda bengkak, sebagai tanda syukur kepada Allah. [Sahih al-Bukhari 1130] ↩︎
  12. Hadis Abu Hurairah RA dalam Sahih Muslim menerangkan bahawa solat yang paling afdal selepas solat fardu ialah solat malam. [Sahih Muslim 1163] ↩︎
  13. Hadis sahih menerangkan keistimewaan sepertiga malam terakhir sebagai waktu berdoa, meminta dan memohon keampunan. [Sahih al-Bukhari 1145] [Sahih Muslim 758] ↩︎
  14. Hadis dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim menerangkan bahawa orang yang bangun, mengingati Allah, berwuduk dan bersolat akan memulakan pagi dengan jiwa yang baik serta bersemangat. [Sahih al-Bukhari 1142] [Sahih Muslim 776] ↩︎
  15. Untuk bacaan lanjut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menghuraikan kelebihan solat malam dan waktu mustajab pada malam hari. [Irsyad al-Hadith #436] [Irsyad al-Hadith #393] ↩︎

Rujukan Tambahan

Lihat Rujukan Tambahan (11 sumber)
  1. Fiqh Populer: Terjemah Fathul Mu‘in ialah antara rujukan fiqh umum yang digunakan dalam penyediaan panduan ini.
  2. Bughyah al-Mustarsyidin, halaman 136, turut dirujuk sebagai sumber fiqh.
  3. Buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Allahyarham Dato’ Ismail Kamus digunakan sebagai rujukan umum berkaitan amalan dan ibadah harian. [Indahnya Hidup Bersyariat]
  4. Buku Ensiklopedia Solat oleh Rohidzir Rais, Fuad Ismail dan Mohd Wahid Abd Hanif menjadi rujukan umum mengenai pelaksanaan dan persoalan solat.
  5. Buku Ensiklopedia A–Z Tentang Solat oleh Dr. Nik Yusri Musa digunakan sebagai rujukan umum mengenai hukum dan amalan solat.
  6. Video Ensiklopedia Solat: Solat Tahajjud terbitan TV3 Official menjadi rujukan audiovisual tambahan bagi penerangan ringkas mengenai Tahajjud. [Video TV3 Official]
  7. Buku Bimbingan Lengkap Solat Sunat oleh Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib dan Rohidzir Rais menjadi rujukan tambahan berkaitan tatacara solat sunat. [Bimbingan Lengkap Solat Sunat]
  8. Buku Solat Sunat Harian oleh Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi digunakan sebagai rujukan tambahan bagi amalan solat sunat harian.
  9. Buku 1157 Persoalan Solat oleh Ustaz Muhadir Haji Joll menjadi rujukan bagi persoalan praktikal berkaitan solat. [1157 Persoalan Solat]
  10. Nihayah az-Zain, halaman 113, turut dirujuk dalam perbahasan fiqh berkaitan solat sunat.
  11. Tuhfah al-Muhtaj bersama Hawasyi asy-Syarwani wa al-‘Ubbadi, jilid 3 halaman 276, turut dirujuk sebagai sumber fiqh.
Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

2,750 komentar pada “NIAT & CARA SOLAT TAHAJJUD (Doa Tahajud Lengkap Rumi)”

  1. Assalammualaikum ustaz..
    Kalau lepas solat tahajud akk wirid dan zikir tetapi lupa nk baca doa tahajud 😓..dan tros bangun utk solat hajat …adakah solat akk td tu di kira tahajud juga atau di kira solat sunat biase 😓

    Balas
    • Walaikumsalam.

      Solat akak sah dan masih dikira solat tahajjud. Doa selepas tahajjud hukumnya adalah sunat dan tidak menjejaskan status sah solat tahajjud tersebut.

      Balas
      • Allahuuu ..alhmdulillahh terima kaseh byk2 ustaz atas penerangan ini…akk rase seronok bila ada soal jawab begini..teruskan ustaz ..smoga Allah berkati ustaz skeluarga Amin ya Allah

        Balas
        • Alhamdulillah, saya bersyukur dapat membantu dan memberikan penjelasan yang bermanfaat kepada akak. Terima kasih atas doa yang baik itu, semoga Allah SWT juga memberkati akak dan keluarga dengan kebahagiaan, kesehatan, dan keimanan yang berterusan.Amin ya Rabbal ‘Alamin.

          Balas
  2. » Anda Mencari: assalamualaikum ustaz boleh ka solat tahajjud kerana untuk meminta allah jodohkan kita dengan orang yang kita sayang sedangkan dia tidak sayang&suka lagi kepada kita sebab hati dia pergi dekat orang lain bukan mengubah takdir tetapi meminta takdir jodoh bersama orang saya menyayanggi orang yang pernah menyayanggi saya tapi kerana sedikit kesilapan saya.. dia sudah tidak menyanggi&suka kepada saya .. untuk kembali dan jodoh bersama saya untuk dunia dan ahkirat .. salah ka meminta macam tu ustaz saya menanggis² kepada allah .
    #ikutkan saya pon malu nak tanya tapi terpaksa ustaz🙁

    Balas
    • Waalaikumsalam.

      Dalam Islam, berdoa kepada Allah SWT dalam solat termasuk solat Tahajjud adalah satu amalan yang sangat digalakkan.

      Doa adalah senjata bagi orang beriman dan merupakan cara kita berkomunikasi dengan Pencipta kita. Mengenai persoalan anda tentang berdoa untuk mendapatkan jodoh dengan seseorang yang spesifik, terdapat beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan.

      1. Dalam Islam, disarankan untuk berdoa untuk kebaikan dalam segala aspek kehidupan kita. Ini termasuk meminta jodoh yang baik dan sesuai. Jika anda yakin bahwa orang yang anda sayangi itu baik untuk anda di dunia dan akhirat, tidak salah untuk berdoa agar Allah mempertemukan anda dengannya jika itu yang terbaik.

      2. Selain berdoa, penting untuk memiliki tawakkal, yaitu mempercayai dan menerima apa juga keputusan yang Allah tentukan. Kadang-kadang, apa yang kita inginkan mungkin tidak selari dengan apa yang Allah rancangkan untuk kita. Oleh itu, kita perlu siap menerima apa juga takdir yang telah ditentukan dengan hati yang lapang.

      3. Anda juga boleh berdoa agar Allah memberi hidayah kepada orang tersebut dan jika benar jodoh itu baik untuk anda berdua, maka semoga Allah memudahkan jalan tersebut. Namun, jika tidak, mohon agar Allah menggantikannya dengan yang lebih baik.

      4. Dalam konteks hubungan, penting untuk menghormati pilihan dan perasaan orang lain. Jika orang yang anda sayangi telah memilih jalan hidupnya, penting untuk menghargai keputusan tersebut dan berdoa untuk kebahagiaan bersama, walaupun mungkin tidak bersama.

      Ingatlah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang, Allah menahan sesuatu daripada kita sebagai bentuk perlindungan dan bukan sebagai hukuman. Teruskan berdoa dengan penuh keikhlasan dan percaya pada rahmat dan hikmah-Nya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua. 

      Semoga Allah memberi kekuatan kepada anda dalam menghadapi ujian ini dan memberi apa yang terbaik untuk anda di dunia dan akhirat. Amin.

      Balas
  3. Alhamdulilah, Jazakallahukhairal jazak buat Tuan pemilik blog. Perkongsian ilmu yang sangat jelas. Saya minta halal ilmu nya. Terima kasih

    Balas
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Alhamdulillah, terima kasih atas kata-kata yang baik dan sokongan anda. Saya berharap ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada semua.

      Jika ada sebarang soalan atau topik yang ingin diketahui lebih lanjut, sila ajukan. Saya sedia membantu.

      Jazakumullahu khairan. ツ

      Balas
  4. Asalamualaikum tuan. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini. Alhamdulillah, setiap kali saya cari apa2 mengenai persoalan yang ada dalam fikiran, saya akan cari laman web aku islam ni. Syukur alhamdulillah atas penerangan yang sangat jelas, tersusun dan mudah difahami. Alhamdulillah saya dah daftar panduan dan perkongsian melalui email ! Saya harap sangat suatu hari tuan dan team dapat buat satu aplikasi khas untuk ilmu2 yang tuan kongsikan ini dengan terjemahan english/arab sebagai bahasa yang diguna oleh majoriti umat islam seluruh dunia agar dengan perkongsian tuan mereka juga dapat membaca ilmu yang dikongsi. Jazakallahu khayr.

    Balas
    • Waalaikumussalam.

      Terima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat puan. Saya bersyukur dan gembira mendengar bahawa laman web akuislam.com telah memberi manfaat kepada puan dan membantu dalam pencarian ilmu.

      Usul puan untuk mengembangkan akses ilmu melalui aplikasi dengan terjemahan Bahasa Inggeris dan Arab adalah idea yang sangat baik. Ini bukan sahaja dapat memperluas jangkauan ilmu kepada umat Islam global tetapi juga memudahkan mereka yang ingin memahami ajaran Islam mengikut Mazhab Syafie dalam pelbagai bahasa.

      Pembangunan aplikasi seperti ini memerlukan perancangan dan sumber yang teliti. InsyaAllah saya akan mempertimbangkan cadangan ini dan mengkaji kemungkinan pelaksanaannya.

      Jazakallahu khayr atas cadangan anda dan semoga Allah merahmati usaha kita dalam menyebarkan ilmu. ツ

      Balas
  5. saya hanya mampu doakan pemilik blog ini dimurahkan rezeki seluas2 nya, diberi kesihatan yg baik, dipermudah segala urusan dunia akhirat. terima kasih atas perkongsian yg jelas, tertib dan mudah untuk difahami dan diikuti.

    Balas
    • Terima kasih atas doa dan sokongan anda.

      Saya akan sentiasa berusaha untuk menyediakan informasi yang bermanfaat, jelas, dan mudah difahami. Semoga Allah SWT membalas doa baik anda dengan keberkatan, kesihatan yang baik, dan kemudahan dalam segala urusan dunia dan akhirat.

      Jika ada soalan atau topik Islam yang ingin anda ketahui lebih lanjut, sila maklumkan saya. Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda.

      Balas
  6. Assalamualaikum ustaz, jika saya sudah selesai solat sunat Tahajjud 2 rakaat, perlukah saya wirid & baca doa Tahajjud dulu atau boleh terus bangun & mendirikan 2 rakaat solat sunat Tahajjud yg seterusnya? Trima kasih

    Balas
    • Waalaikumsalam,

      Setelah menyelesaikan dua rakaat solat sunat Tahajjud, anda mempunyai pilihan sama ada untuk melaksanakan wirid dan doa khusus untuk Tahajjud, atau terus bangun untuk melaksanakan dua rakaat seterusnya.

      Secara amnya, tidak ada ketetapan yang kaku dalam Islam tentang urutan ini. Solat Tahajjud adalah fleksibel dalam aspek bilangan rakaat dan urutan wirid atau doa. Anda boleh memilih untuk berdoa dan berwirid selepas setiap dua rakaat, atau anda boleh melaksanakan beberapa rakaat terlebih dahulu sebelum berwirid dan berdoa.

      Namun, ada baiknya untuk mengambil masa selepas solat untuk berdoa dan berzikir, kerana waktu ini (akhir malam) adalah waktu yang sangat mustajab untuk berdoa dan berzikir kepada Allah. Tetapi, jika anda merasa lebih terdorong untuk melanjutkan solat Tahajjud anda dengan dua rakaat seterusnya, itu juga adalah baik dan tidak ada halangan dalam melakukannya.

      Ingatlah, yang penting adalah keikhlasan dan istiqamah dalam ibadah, serta memanfaatkan waktu malam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan cara yang paling bermanfaat dan selesa bagi anda.

      Balas
  7. Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya, setelah selesai menunaikan solat sunat Tahajjud, yang mana satu kita perlu berikan keutamaan?

    Adakah solat sunat Witir ataupun sekadar membaca wirid sahaja sudah memadai?

    Ataupun lebih bagus jika membuat kedua-duanya, solat sunat Witir kemudian diteruskan dengan wirid dan diakhiri dengan doa?

    Balas
    • Waalaikumsalam,

      Solat sunat Tahajjud adalah amalan yang sangat mulia dan mendekatkan kita kepada Allah SWT. Setelah menunaikan solat Tahajjud, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan dan setiap satu mempunyai keutamaannya tersendiri.

      1. Solat Witir adalah solat sunat yang sangat disarankan dalam Islam, terutama selepas solat Tahajjud. Witir adalah solat yang jumlah rakaatnya ganjil, biasanya dilakukan satu, tiga, lima, tujuh, atau sembilan rakaat. Nabi Muhammad SAW tidak pernah meninggalkan solat Witir, menjadikannya amalan yang sangat disarankan.

      2. Selepas solat Tahajjud dan Witir, amalan membaca wirid dan berdoa juga sangat dianjurkan. Ini adalah masa yang sangat baik untuk berdoa dan berzikir kerana waktu tersebut sangat mustajab untuk berdoa, lebih-lebih lagi setelah bangun di waktu malam untuk beribadah.

      Oleh itu, yang terbaik adalah melakukan kedua-duanya. Selesai solat Tahajjud, lakukan solat sunat Witir, kemudian diteruskan dengan wirid dan diakhiri dengan doa. Ini akan memberikan keutamaan yang lebih dalam ibadah kita, memanfaatkan waktu malam dengan sebaik-baiknya dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

      Semoga Allah SWT menerima segala ibadah dan doa kita, dan memberkati setiap usaha kita dalam meningkatkan ketakwaan kepada-Nya.

      Balas
    • Ya, solat Tahajjud biasanya dilakukan selepas seseorang itu tidur dahulu, walaupun untuk seketika.

      Dalam Islam, solat Tahajjud dilakukan selepas bangun dari tidur pada waktu malam, khususnya selepas separuh malam, dan sebelum masuk waktu Subuh. Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang menerangkan keutamaan bangun malam untuk beribadah setelah tidur.

      Namun, jika seseorang tidak dapat tidur terlebih dahulu dan ingin mengerjakan solat Tahajjud, ia masih sah dan mendapat pahala. Yang penting adalah niat dan usaha untuk mengerjakan ibadah tersebut.

      Balas
  8. Assalamualaikum ustaz.. jika saya terjaga 1 pagi solat sunat apa yang saya perlu lakukan dahulu antara taubat, tahajjud, hajat, istikharah

    Balas
    • Wassalam.

      Sunat untuk mendahulukan solat tahajjud bagi menghormati empunya waktu solat. Wallahu a’lam

      Balas
  9. Doakan saya tuan, saya seorang student.
    Semoga saya terus istiqamah dalam melakukan solat tahajjud.

    Sebagai student, saya percaya bahawa ini salah satu cara untuk Allah permudahkan urusan saya dan salah satu rahsia juga kejayaan sebagai seorang student.

    Ada jugak mungkin lalai dan kesilapan saya.
    Kadang saya rasa, belum mampu buat untuk setiap hari.

    Balas
    • Semoga Allah memberkati usaha dan ketekunan awak sebagai seorang pelajar, dan semoga awak beristiqamah dalam menjalankan solat tahajjud. 

      Solat tahajjud memang diketahui mempunyai banyak keberkatan dan manfaat, termasuk dalam membantu memudahkan urusan dan meningkatkan kefahaman serta ketenangan hati, yang sangat penting bagi seorang pelajar.

      Ingatlah bahawa setiap usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah, walaupun melalui amalan yang kecil atau tidak sempurna, adalah berharga dan diberi pahala yang besar di sisiNya.

      Kesilapan dan kelalaian adalah sebahagian dari proses pembelajaran dan pertumbuhan. Yang penting adalah niat dan usaha untuk terus memperbaiki diri dan berusaha melakukan yang terbaik.

      Doa saya untuk awak: Semoga Allah memberikan kekuatan, sabar, dan ketabahan kepada awak dalam mengejar ilmu dan kejayaan. Semoga Allah membimbing awak dalam setiap langkah dan memudahkan segala urusan awak, serta memberikan awak kejayaan di dunia dan akhirat. Aamiin.

      Balas
  10. Assalamualaikum ustaz.. sah ka solat tahajud sesorg itu klau dia tdk melakukan solat witir setelah selesai solat tahajud ??

    Balas
    • Waalaikumussalam.

      Solat Tahajjud adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu malam selepas seseorang itu tidur dan bangun semula. Manakala, solat Witir adalah solat sunat yang boleh dilakukan selepas solat Isyak sehingga sebelum masuk waktu Subuh.

      Menurut mazhab Syafi’i, solat Tahajjud dan Witir adalah dua solat sunat yang berbeza.

      Oleh itu, sah solat Tahajjud seseorang walaupun dia tidak melakukan solat Witir selepasnya.

      Solat Witir bukan syarat untuk kesahihan solat Tahajjud. Solat Tahajjud tetap sah dan diterima walaupun tanpa solat Witir.

      Namun, amat digalakkan untuk melaksanakan solat Witir sebagai penutup ibadah malam kerana kelebihannya yang banyak disebut dalam hadith.

      Balas
  11. Assalamualaikum ustaz…saya nak bertanya…boleh kah solat tahajud d lakukan setelah bangun dari tidur jam 11.30 malam iaitu sebelum 12.00 tengah malam. Selepas tahajud saya tidur semula untuk bangun semula pada jam 3.30 pagi untuk berkemas utk ke tpt kja…mengemas anak2 ke sekolah.pada jam 5.15.pagi saya akan solat subat subuh dan solat subuh sblm trun menghantar anak2 sekolah. Adakah sah solat tahajud yang saya buat??

    Balas
    • Waalaikumsalam,

      Solat Tahajjud boleh dilaksanakan pada bila-bila masa di antara waktu selepas solat Isyak dan sebelum waktu Subuh. Oleh itu, melakukan solat Tahajjud selepas bangun dari tidur pada jam 11.30 malam adalah sah.

      Solat Tahajjud adalah solat sunat yang sangat dianjurkan dan mempunyai banyak kelebihan. Ia boleh dilakukan selepas awak tidur, walaupun hanya untuk seketika, dan kemudian bangun untuk mengerjakannya. Jadi, dalam situasi awak, solat Tahajjud yang dilakukan selepas bangun pada jam 11.30 malam adalah sah dan sesuai dengan syariat Islam.

      Penting untuk diingat bahawa solat Tahajjud adalah solat sunat yang fleksibel, dan tiada batasan waktu yang ketat selain dari syarat utama iaitu dilakukan setelah tidur, walaupun sebentar, dan sebelum waktu Subuh. Kesungguhan awak untuk mengerjakan solat Tahajjud walaupun dengan kesibukan harian adalah satu tindakan yang sangat baik dan patut dicontohi. 

      Semoga Allah menerima ibadah dan usaha baik awak.

      Balas
      • Alhamdullilah…saya sedang berusaha memperbaiki diri..terima kasih kerana menjawab soalan saya…Doakan saya supaya sentiasa istiqamah…banyak ilmu yang boleh dipelajari dalam page AkuIslam…Terima Kasih ustaz.

        Balas
        • Alhamdulillah, usaha anda dalam memperbaiki diri dan mencari ilmu adalah satu langkah yang sangat mulia.

          Saya mendoakan agar Allah SWT memberikan kekuatan, kesabaran, dan ketabahan kepada anda dalam beristiqamah di jalan yang benar. Semoga setiap ilmu yang anda peroleh melalui web akuislam.com dan sumber-sumber lain memberi manfaat serta membantu anda dalam perjalanan keimanan dan kehidupan.

          Ingatlah, setiap langkah kecil dalam mencari ilmu dan memperbaiki diri sangat berharga di sisi Allah SWT. Teruskanlah usaha dan jangan pernah berputus asa.

          Semoga Allah SWT senantiasa menyertai dan membimbing anda. Jika ada pertanyaan atau hal yang ingin anda ketahui lebih lanjut, saya sedia membantu. Terima kasih atas kepercayaan anda dan semoga Allah SWT memberkati usaha kita semua.

          Balas
  12. Syukur alhamdulillah….saya sangat suka pada semua info dlm akuislam…sbb bg saya info yg dismpaikn ttg solat2 sangat ringkas, padat dan mudah difahami …semoga ustaz dan semua yg terlibat beroleh manfaat dan ganjaran dariNya…..Aaminn

    Balas
    • Waalaikumsalam, terima kasih atas doa dan sokongan anda.

      Alhamdulillah, saya bersyukur mendengar bahawa informasi yang disampaikan di akuislam bermanfaat dan mudah difahami. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita semua dan memberi ganjaran atas segala kebaikan. Aamiin.

      Jika ada pertanyaan atau topik yang ingin ketahui lebih lanjut, silakan hubungi kami. Semoga Allah SWT senantiasa memberkati dan melindungi kita semua. Aamiin.

      Balas
  13. Assalamualaikum ustaz. Saya nk tanya betulkan jika kita belum habis menqado solat wajib yg telah kita tinggalkan, kita diharamkan utk solat sunat yg tidak berberwaktu dan berdosa. Haritu saya ada masuk live tiktok seorang ustaz tu. Masalah nya sekarang setiap waktu solat, saya akan menqado solat yg pernah saya ditinggalkan & setiap mlm saya akan solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajad dan witir. Mcm mana ya ustaz. Adakah saya perlu tangguh dahulu solat sunat taubat, solat sunat hajad dan witir setiap malam saya tu.

    Balas
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Dalam mazhab Syafi’i, tidak ada hukum yang mengharamkan seseorang melakukan solat sunat jika masih memiliki tanggungan qada’ solat wajib. Seorang Muslim boleh melakukan solat sunat walaupun masih mempunyai qada’ solat wajib. Memang disarankan untuk memberi keutamaan kepada qada’ solat wajib, tetapi ini tidak menghalang seseorang daripada melakukan solat sunat.

      Solat sunat seperti Tahajjud, Taubat, Hajat, dan Witir adalah amalan yang sangat baik dan tidak perlu ditangguhkan walaupun anda masih ada tanggungan solat wajib yang perlu diqada’. Anda boleh terus melakukan solat sunat tersebut sambil berusaha menqada’ solat wajib yang tertinggal.

      Namun, adalah penting untuk menetapkan niat yang jelas dalam setiap solat, sama ada ia untuk qada’ solat wajib atau untuk solat sunat, dan usahakan untuk mengqada’ solat wajib yang tertinggal secepat mungkin.

      Semoga Allah SWT memberkati usaha anda dalam menunaikan ibadah dan menerima semua amalan baik anda.

      Balas
      • Terima kasih banyak ustaz atas penjelasan ni. Saya memang gunakan page ustaz utk rujukan semua solat saya. Moga Allah membalas segala jasa baik ustaz dan di mewahkan segala rezeki. Aamiin2 yra.

        Balas
        • Terima kasih atas doa dan kata-kata baik anda. Saya bersyukur dapat membantu dan berharap penjelasan yang disampaikan dapat bermanfaat untuk anda.

          Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan ibadah anda, serta memudahkan setiap urusan dalam kehidupan anda. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.

          Jika ada lagi soalan atau isu yang ingin diketahui, jangan segan untuk bertanya. Semoga Allah SWT sentiasa memberi rahmat kepada anda dan keluarga. Aamiin.

          Balas
  14. Assalamualaikum, saya ingin kepastian mengenai wirid no. 11. Ikut pengetahuan cetek saya, ia adalah zikir yg diajar Nabi Muhammad saw kepada sahabat baginda bernama Muaz bin Jabal. Tp terlihat di sini, macam ada tertinggal satu perkataan iaitu ‘wa syukri-ka’. yg membawa kepada maksud “bersyukur kepada-mu”. Mohon pencerahan kerana dalam terjemahannya ada. tp tidak pada bahasa arabnya. Terima kasih.

    Balas
    • Wassalam,

      Iya betul, saya ada tertinggal perkataan. Sepatutnya اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ InsyaAllah saya akan buat pembetulan segera. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kerana menyatakan hal ini.

      Balas
  15. Moga berpanjangan amal jariah. Saya memang menggunakan page ni bila melakukan solat2 sunat saya. Terima kasih. Hanya Allah mampu membalasnya.

    Balas
  16. Asslm Ustadz. Maaf menganggu lagi. Ustadz, sya nak Tanya kalau selepas SOlat Tahajud(SOlat sunat) atau SOlat wajib selepas bagi Salam. Kalau berdoa, bolekah sya berdoa melalui buku yg saya catit sendiri doa2 saya Tu sbb agak banyak juga takot ada yg terlupa. Bole ke berdoa baca melalui buku yg saya catit doanya sbb sukar utk nak angkat dua belah Tangan sbb sebelah Tangan memegang buku. Tapi adakah lebih afdal kalau angkat kedua tapak Tangan Ustadz? Adakah Doa saya diterima kalau sebelah tgn pegang buka DN sebelah tgn lagi angkat berdoa?
    Lagi satu sya Tanya, adakah kalau berdoa dalam hati atau baca lisan(maksud saya baca dgn nada suara yg perlahan)?
    Saya harap ustadz dpt berikan penjelesan kpd saya. Terima kasih Ustadz.

    Balas
    • Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh,

      1. Membaca Doa dari Buku:
       
      Tidak ada masalah untuk membaca doa dari sebuah buku atau kertas yang anda catat sendiri, terutama jika anda khawatir akan lupa. Fokus utama kita dalam berdoa adalah khusyuk dan ketulusan hati dalam memohon kepada Allah SWT. Adapun mengangkat tangan ketika berdoa, ini memang sunnah Rasulullah SAW, terutama ketika berdoa setelah solat. Namun, jika anda memegang buku dengan satu tangan dan mengangkat tangan lainnya, itu pun tidak mengurangi kesahihan doa anda. Apa yang paling penting adalah ketulusan hati dalam berdoa.

      2. Berdoa dengan Lisan atau Dalam Hati:

      Dari segi sunnah, berdoa dengan lisan (mengucapkannya) lebih afdal daripada berdoa dalam hati sahaja. Namun, jika dalam situasi tertentu anda memilih untuk berdoa dalam hati, Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam dada setiap hamba-Nya dan doa tersebut tetap sah. Rasulullah SAW bersabda: “Allah telah mendengar perkataan hamba-Nya ketika ia berdoa padanya…” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Ini menunjukkan bahwa Allah SWT mendengar dan mengetahui doa kita, samada kita mengucapkannya dengan lisan atau dalam hati.

      Kesimpulannya, yang terpenting dalam berdoa adalah ikhlas, khusyuk, dan yakin bahwa doa kita akan didengar oleh Allah SWT. Sementara sunnah-sunnah dalam berdoa seperti mengangkat tangan, mengucapkannya dengan lisan, dan sebagainya adalah tambahan untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

      Semoga Allah menerima doa-doanya dan memberikan yang terbaik untuk hamba-Nya. Ameen.

      Balas
  17. Assalamualaikum, doa selepas solat tahajud. Dituliskan Nabi Muhammad membaca doa itu. Maaf kerana bertanya, terjemahan Dari doa itu. Satu ayat ‘Nabi Muhammad benar’
    Disini membuatkan saya berfikir, Dan tidak faham.

    Balas
    • Assalamualaikum,

      Ayat “Nabi Muhammad SAW adalah benar” dalam doa ini adalah pengakuan keimanan terhadap kebenaran Nabi Muhammad SAW sebagai rasul Allah dan kebenaran ajaran yang dibawanya. Ini adalah ungkapan keimanan dan penghormatan terhadap kedudukan Nabi dalam Islam.

      Semoga ini membantu menjawab pertanyaan anda.

      Wallahu A’lam

      Balas
  18. Alhamdulillah pahala mengalir bagi yang menulis berkenaan solat tahajjud Dan lain2 oleh kamu wahai penulis.terima kasih tn.sy selaly merujuk sini.alhamdulillah

    Balas
    • Assalamualaikum,

      Alhamdulillah, terima kasih atas kata-kata baik dan sokongan tuan. Saya sangat gembira artikel ini bermanfaat dan membantu anda. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati usaha kita semua dalam mencari ilmu dan mendekatkan diri kepadaNya.

      Balas

Tinggalkan Komen Anda..