
Bagaimana niat dan cara Solat Subuh?
Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat fardu subuh secara mudah, dan boleh difahami oleh semua orang.
Anda akan dibimbing secara langkah-demi-langkah sehingga selesai — termasuk dengan doa solat.
Setiap bacaan akan dipermudahkan dengan transliterasi RUMI dan audio bagi membantu anda.
Perhatian:
Artikel ini ditulis khas untuk mereka yang baru belajar solat dan muallaf yang baru memeluk agama Islam.
Semoga bermanfaat..
Pengenalan
Salah satu daripada solat fardu adalah solat Subuh
Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup.
Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada
Solat Subuh terdiri daripada 2 rakaat.
Bagi mazhab Syafie, solat subuh dilakukan beserta dengan doa qunut.
Waktu Solat Subuh

Waktu Solat Subuh ialah ketika terbitnya fajar sadiq:
— iaitu dari munculnya warna putih yang merata (horizontal) di ufuk (horizon), dan waktu yang dibolehkan untuk melakukan solat ini terus berlangsung hingga nampak timbulnya bulatan terawal matahari.
Masa yang tersedia dianggarkan kira-kira 2 jam.
Rujukan lanjut mengenai kaedah penentuan waktu solat boleh dirujuk pada pautan ini.
Niat Solat Subuh
Lafaz niat solat subuh adalah seperti berikut:

Usolli Fardhas-subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Taala
Niat Solat Subuh Dalam Melayu:
Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
Jumlah Rakaat
Jumlah rakaat bagi solat fardu subuh adalah dua rakaat sahaja. Dan menurut Mazhab Shafi’e, akan dibacakan doa qunut pada rakaat terakhir sebelum sujud.
Cara Solat Subuh
Langkah-langkah cara mengerjakan Solat Fardu Subuh
- Solat fardu Subuh dimulakan dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala”.
- Bacalah Surah al-Fatihah, kemudian baca surah lain seperti Surah al-Kafirun.
- Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali. Pastikan anda menjaga tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
- Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir. Bacalah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas atau surah lazim yang lain. Setelah itu, lakukan lagi rukuk dan sujud. Baca doa Qunut sebelum sujud.
- Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir. Akhiri solat dengan memberi salam ke kanan dan ke kiri.
- Doa Selepas Solat Subuh. Setelah menunaikan solat fardu Subuh, berdoalah dengan hati yang ikhlas, meminta kepada Allah SWT memberi kebaikan sepanjang hari tersebut.
Dibawah ini adalah susunan langkah-demi-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk mendirikan solat ini. Anda boleh rujuk gambar dan audio yang disediakan:
Rakaat Pertama
1. Berdiri Tegak Dan Menghadap Kiblat
Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud.
Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.

Kemudian baca lafaz niat:
Niat
Usolli Fardhas-subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Taala
Atau boleh juga berniat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
Lafaz Usolli yang diucapkan sebelum takbiratul ihram hanya sunat diucapkan. Ia bertujuan menetapkan niat dalam hati.
Penjelasan lengkap mengenai niat solat boleh dirujuk pada pautan ini: Cara Niat Solat Yang Betul
2. Angkat Takbir (Takbiratul Ihram) Serentak Dengan Niat Dalam Hati
Ucap takbir “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:
Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
Nota
Jika anda tidak dapat berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, maka boleh lakukan takbiratul ihram dahulu kemudian diikuti oleh niat dalam hati beberapa detik kemudian.


3. Membaca Doa Iftitah

Selepas mengangkat takbir, tangan diletakkan diatas perut.
Kemudian bacalah Doa Iftitah:
Bacaan Doa Iftitah

Bacaan Doa Iftitah Dalam Rumi:
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.
Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.
Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin
Maksud Doa Ifitah
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang.
Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.
Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
4. Membaca al-Fatihah
Selesai membaca doa iftitah, seterusnya baca pula surah al-Fatihah.
Surah al-Fatihah adalah rukun dalam solat. Ini bermakna, jika al-Fatihah tidak dibaca solat kita tidak akan sah.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
5. Seterusnya, Bacalah Surah Lain
Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, maka langkah seterusnya baca pula surah-surah lain atau potongan ayat-ayat dari al-Quran.
Hukum membaca surah selepas Fatihah ini adalah sunat.
Antara surah yang mudah dibaca adalah Surah al-Kafirun.

Qul yaa ayyuhal-kafirun. La a’budu maa ta’buduun. Wa la antum ‘Abiduna maa a’bud. Wa laa ana ‘Aabidum maa ‘abattum. Wa laa antum ‘abiduuna maa a’bud. Lakum diinukum wa liya diin.
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
Selepas selesai baca surah, ambil sedikit masa (tamakninah) sebelum melakukan rukuk.
5. Kemudian, Lakukan Rukuk
Setelah selesai membaca surah, maka langkah seterusnya bertakbir (Allahuakbar) dan terus rukuk.
Posisi semasa rukuk:
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Semasa rukuk:
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan tasbih semasa rukuk adalah:
Bacaan Rukuk

Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
6. Seterusnya, Bangun Iktidal (Bangun Dari Rukuk)
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:


Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
7. Lakukan Sujud Pertama
Setelah iktidal, seterusnya kita akan sujud.
Turunlah perlahan-lahan sambil merapatkan dahi ke sejadah / lantai.

Bertakbir lalu turun sujud dan membaca tasbih ini sebanyak 3 kali:
Bacaan Sujud

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
8. Duduk Antara Dua Sujud
Setelah itu, bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).
Fasa ini dipanggil “duduk di antara dua sujud”
Posisi duduk diantara dua sujud adalah seperti di bawah:

Semasa duduk antara dua sujud, baca tasbih berikut:
Bacaan Antara Dua Sujud

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
9. Kemudian, Sujud Kedua
Bertakbir (Allahuakbar) lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan tasbihnya adalah sama seperti sujud pertama.

Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaannya adalah sama seperti sujud pertama.

Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih
10. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum berdiri, disunatkan duduk istirahah iaitu duduk sebentar. Cara duduknya seperti duduk iftirasy.

Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya
Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.
Rakaat Kedua
11. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz Takbir Intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua.)

11. Bacalah Surah al-Fatihah
Setelah berdiri tegak, maka bacalah al-Fatihah sekali lagi seperti rakaat pertama:

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
12. Selesai al-Fatihah, Bacalah Surah Lain
Langkah seterusnya baca pula surah-surah lain.
Antara surah yang pendek dan mudah adalah Surah al-Ikhlas:

Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad
Maksudnya:
Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
Pemilihan surah adalah bebas. Anda juga baca surah-surah yang lain.
13. Selapas Itu, Rukuk.

Seperti dalam rakaat pertama:
- Selepas selesai membaca surah, teruskan dengan bertakbir (Allahuakbar) dan terus diikuti dengan rukuk.
- Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan tasbih semasa rukuk:

Subhaana Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
Selesai tasbih dalam rukuk, maka seterusnya bangunlah untuk iktidal.
14. Iktidal (Bangun Dari Rukuk) Dan Membaca Doa Qunut

Setelah bangun dari rukuk, berdiri lurus dan bacalah tasbih berikut:


Sami Allahu liman hamidah, rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Selepas itu bangun dari rukuk dan bacalah Doa Qunut.
Didalam Mazhab Syafi’e, disunatkan untuk membaca Doa Qunut selepas rukuk rakaat kedua.
Untuk membaca Qunut, posisinya adalah kekal berdiri lurus dengan mengangkat kedua-dua tangan seperti gambar di bawah:

Bacaan Doa Qunut adalah seperti berikut:
Doa Qunut

Bacaan Doa Qunut dalam rumi:
Allahhumma dinii fiiman hadait,
Wa’aa finii fiiman ‘aafait,
Watawallanii fiiman tawal-laiit,
Wabaariklii fiimaa a’thait,
Waqinii syarramaa qadhait,
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,
Wainnahu laayadzilu man walait,
Walaa ya’izzu man ‘aadait,
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,
Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.
Maksud Doa Qunut:
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
15. Sujud Pertama (Rakaat Kedua)

Selepas selesai membaca doa qunut, maka terus sujud.
Bertakbir lalu turun perlahan-lahan untuk sujud dan membaca:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
16. Duduk antara Dua Sujud
Selepas itu bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan) ke posisi duduk antara dua sujud.

Bacaannya adalah:

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Selepas selesai tasbih di atas, maka lakukan sujud kedua.
17. Kemudian, Lakukan Sujud Kedua (Rakaat Kedua)

Bertakbir (Allahuakbar) lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaannya sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bertakbir (Allahuakbar) dan terus duduk pada posisi tahiyat akhir.
18. Duduk Tahiyat Akhir
Dalam solat fardu Subuh, tiada rakaat awal.
Selepas selesai sujud kedua, maka terus duduk pada posisi tahiyat akhir.
Posisi kedudukan tahiyat akhir adalah seperti berikut:


Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.
Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:
Bacaan Tahiyat

Bacaan Tahiyat Dalam Rumi:
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
19. Akhiri Solat Dengan Memberi Salam

Setelah selesai membaca tahiyat, maka sudahi solat dengan memberi salam.
Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

Assalamualaikum Warahmatullah
20. Maka Selesailah Solat Fardu Subuh tersebut.
Seterusnya, disunatkan untuk memperbanyakkan bacaan istighfar dan membaca doa selepas solat.
Contoh doa selepas solat ada disediakan pada bahagian bawah Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tertinggal Rakaat Atau Pergerakan Dalam Solat
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tertinggal Rakaat Atau Pergerakan Dalam Solat?
Sebagai contoh, jika saya terlupa melakukan rakaat ketiga solat zohor atau saya terlupa membaca doa qunut, apakah status solat saya?
Adakah saya perlu ulang solat kembali?
Mula-mula kita kena pastikan dahulu perkara yang tertinggal itu tergolong dalam kategori rukun atau sunat.
Jika perbuatan solat yang tertinggal itu adalah perkara rukun, maka anda KENA ulangi kembali perkara rukun itu dan ditambah Sujud Sahwi pada akhir solat.
Contoh:
- Jika anda tertinggal rakaat ketiga (solat zohor), maka anda kena bangun kembali selepas tahiyat akhir dan menambah 1 rakaat lagi kemudian diikuti oleh Sujud Sahwi.
Jika perbuatan solat yang tertinggal itu adalah tergolong dalam kategori sunat (sunat ab’adh), maka anda TIDAK perlu ulang perbuatan yang tertinggal itu. Cukup sekadar melakukan sujud sahwi sahaja.
Contoh:
- Jika anda terlupa membaca Doa Qunut, maka hanya perlu buat sujud sahwi sahaja.
Nota: Jika perkara yang tertinggal itu adalah sunat haiah, maka ia dimaafkan dan tidak perlu ulang mahupun sujud sahwi. Cuma teruskan solat seperti biasa.
Doa Selepas Solat Subuh

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.
Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.
Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.
Antara doa selepas solat subuh yang boleh dibacakan adalah:

Doa dalam ejaan rumi:
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,
Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.
Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.
Maksudnya:
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Anda boleh ikuti panduan lengkap wirid selepas solat pada pautan ini.
Solat Sunat Sebelum Fardu Subuh

Terdapat solat sunat yang digalakkan untuk dilakukan pada sebelum solat Subuh
Solat sunat ini dipanggil solat Sunat Rawatib.
Solat ini berfungsi sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu.
Panduan untuk mengerjakan solat sunat Rawatib ini boleh dirujuk pada panduan khas ini:
Qada Solat Subuh

Jika anda tertinggal solat fardu subuh, maka anda harus melakukan qada solat.
Qada ( قضاء ) bermaksud menunaikan solat diluar waktunya.
Qada solat bertujuan menggantikan solat yang tertinggal tersebut. Ianya adalah wajib kerana solat fardu yang tertinggal dikira hutang dengan Allah.
Untuk qada solat fardu Subuh, bacaan dan pergerakannya adalah sama dengan solat fardu Subuh yang dilakukan secara tunai.
Apa yang membezakan solat fardu dan solat qada adalah dari segi NIAT.
Niat untuk qada Solat Subuh adalah seperti berikut:

Usolli Fardhos-Subhi Rak’ataini Qadaan Lillahi Ta’ala
… atau boleh juga diniatkan dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Rujukan lanjut dan lengkap mengenai Qada Solat boleh diikuti pada pautan ini: NIAT & CARA QADA SOLAT FARDU
Penutup
Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat.
Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.
Anda juga boleh meninggalkan komen pada ruangan di bawah jika ada apa-apa persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut.
Jika anda memerlukan panduan khusus untuk setiap solat fardu, di bawah ini saya sediakan pautan kepada panduan-panduan tersebut:
Assalamualaikum ustaz nak tanya”
boleh ke dan sah ke solat saya kalau saya start solat subuh seperti jam
/jam5:50/ jam5:45/ jam6:00/
Wassalam. Kalau sudah masuk waktu, maka sah la solat.
Assalamuaikum..
Sah ke solat subuh saya kalau terjaga lewat sehingga terbit fajar? Cth terjaga jam 7.45 pagi dan terus solat subuh?
Wassalam. Iya sah.
Assalamualaikum..
Bole ke baca doa selepas solat dengan melihat hp sebsb belom hafal?
Wassalam. Boleh, tiada masalah :-)
Asalamualaikum Ustaz saya nak tanya ni boleh tak kita baca surah Fatihah dahulu sebab saya belum hafal iftitah boleh ke ustaz
Wassalam. Boleh.
Hukum baca iftitah sunat sahaja.
assalamualaikum ustaz saya nak bertanya boleh ke saya berniat dulu baru takbir terus baca doa iftitah..
Wassalam. Boleh. Dibenarkan jika awak ada masalah untuk niat serentak dengan takbiratul ihram.
Salam ustaz…ustaz nak tanya…ada ka Sah solat saya kalau saya tak baca doa Qunut..sebab saya tak berapa hafal lagi…jika saya tak baca doa Qunut”saya bangun dari rukuk dan terus sujud ke ustaz.buat macam tata cara rakaat pertama???…mohon penjelasan nya ustaz”””??
Wassalam. Boleh, doa qunut hukumnya sunat sahaja.
salam ustaz…ustaz nak tanya.betul ke cara saya solat ni..mula2 saya berdiri tegak lalu saya takbir terus saya berniat untuk solat subuh selepas itu niat saya turus baca dia iftitah)
Wassalam. Ya, sudah betul step yang awak lakukan. ?
Sorry ustaz ada typo?”(Terima kasih?)
Salam ustaz…nak tanya …ada kah sah kalau saya tidak baca doa qunut sebab saya hafal sedikit tolong jelas ka nya
Wassalam. Ya boleh. Doa qunut tidak wajib, cuma sunat sahaja.
Assalamualaikum ustaz”ustaz saya nak tanya”niat solat di lafaz kan berapa kali?jika saya niat dalam bahasa Melayu “Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala”””perlu lagi ke saya niat seperti ini”
Usolli Fardhas-subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Taala “”””
Sunat untuk niat dalam bahasa arab, tetapi jika tak dapat maka boleh la niat dalam bahasa melayu atau apa2 bahasa yang difahami.
Tidak perlu ulang 2 kali niat. Jika sudah niat dlm bahasa melayu, maka ia sudah memadai.
Assalamualaikum ustaz nak tanya di tempat saya subuh 3.50 saya tersadar jam 4.35 pagi boleh saya terus ambil wuduk solat fardu subur solat saya sah tak
Wassalam. Boleh, solat itu sah.
Assalamualaikum ustaz saya ada nak tanya kalo subuh jam 3.56 saya sardar 4 35 boleh ke saya terus solat subur atau solat qadak makasi ustaz
Assalamualaikum ustaz terima kasih sebab website nie hati dh lama nk solat tpi tk pandai lepas tu cari kt goggle jumpa website nie teros buka and baca alhamdullilah ustaz semua dh hafal ASAR,ZOHOR, MAGHRIB, ISYAK,SUBUH cuma solat subuh bacaan doa Qunut tk berapa hafal sangat…..dlam masa sehari jer dh dpt hafal doa² lain cuma solat subuh doa Qunut tk berapa hafal
Wassalam.
Alhamdulillah, saya tumpang gembira.
Tentang doa qunut tidak apa, boleh hafal slow2 kerana hukumnya adalah sunat sahaja untuk dibaca dalam solat subuh. Solat masih sah walaupun tidak baca qunut.
Assalamualaikum ustaz. Terima kasih sebab website ustaz banyak bantu saya untuk belajar solat. saya sudah berumur 23 tapi baru nak betul-betul belajar solat dari website nih. Alhamdulillah sedikit sebanyak bacaan dalam solat saya dah dibetulkan. Terima kasih ??
Wassalam.
Alhamdulillah, saya tumpang gembira. Semoga urusan dan niat baik Shaf dipermudahkan. Semoga usaha awak belajar solat diberikan ganjaran pahala yang besar oleh Allah.
Assalamualaikum ustaz boleh ke saya pegang fon waktu tengah solat? Sebab Saya tk berapa ingat doa qunut
Wassalam,
Boleh. Cuma kena jaga-jaga pergerakan besar tidak boleh melebihi 3 kali. (pergerakan jari semasa skrol hanya dikira pergerakan kecil)
Asalamualaikum,ustadz,saya nak tanya adakah sah solat saya bila sudah selesai solat saya menggunakan buku atau pun fon untuk membaca doa sesudah habis solat,sebab saya tak berapa hafal lagi doa tu..mohon pencerahanya ustadz,terima kasih dan asalamualaikum
Wassalam. Sah, tiada masalah lihat buku atau phone ?
Assalamualikum ustaz.. Saya nak bertanya.. Tiap malam saya akan set alarm tuk bangun solat subuh. Jam loceng dah bunyi tuk solat subuh saya bangun tp saya tak perasan tertidur balik. Bila tersedar saya tekejut sbb jam dah 7.15 pagi.. Harus kah saya terus kan solat subuh atau saya perlu qado
Wassalam.
Kalau awak terjaga tu dan terus solat, maka tidak perlu niat qada.
Tapi kalau buat benda lain dulu misalnya pergi mandi atau sarapan dulu, maka kena niat qada
Terima kasih Ustaz atas penjelasan
Wassalam. Boleh rujuk pautan ini ya: https://akuislam.com/blog/ibadah/doa-qunut/
ustaz ada tak pasal kisah nabi anak saya dia kata begini lepas solat tu diakata dia nak tahu pasal nabi sebab dia pernah baca buku nabi jadi dia kata dia nak tahu lebih banyak pasal nabi katanya.
Oh saya belum lagi memuatkan konten berkaitan kisah nabi dalam web ini.
Asalamualaikum ustat ustat sihat alham dulillah sekarang ni anak saya dah pandai solat terimakasih ya ustat
Wassalam. Alhamdulillah ?
Assalamualaikum Ustaz, di rakaat ke2, sy tidak takbir Intiqalat. Adakah sah solat subuh sy? (Sy seorg saudara baru)
Wassalam.
Ya masih sah solat puan.
Takbir intiqalat hukumnya sunat.
Selagi puan lakukan perkara rukun dalam solat, insyaaAllah solat itu akan sah.
Puan boleh rujuk mengenai rukun solat di sini:https://akuislam.com/blog/ibadah/rukun-solat/
Terima kasih Ustaz. 1 lagi Ustaz, sy kdg2 tersasul baca bacaan utk sujud (terbaca bacaan utk rukuk) tp sy baca balik utk bacaan sujud. And another 1, pasal niat. Sebelum takbir sy baca niat secara lisan Dan dlm hati. Sy Cuba niat semasa takbir tp tidak boleh? Adakah solat sy sah?
Sama-sama.
1) Ya sah solat awak sebab awak dah perbetulkan bacaan. Lagi pun bacaan itu sunat sujud hukumnya.
2) Ya boleh, tiada masalah. Solat awak sah.
Assalammualaikum.. ustad minta halalkan apa yg saya nak ckap minta tolong ne, klau suami yg mualaf macam mana kita mau bimbing dia dari bawa mksud cara ajar dia dari bawa bermula dari solat..
Wassalam.
Alhamdulillah, puan ajarlah dia mengenai perkara paling asas tentang solat.
Jika dia mampu menghafal sedikit, boleh mulakan dengan solat asas iaitu melakukan perkara-perkara rukun sahaja dalam solat.
Jika dia masih belum mampu menghafal, cukup bacakan al-fatihah atau baca tasbih sahaja dalam setiap rakaat.
InsyaaAllah lama-kelamaan dia pasti akan boleh solat sempurna jika konsisten melakukannya.
Terima kasih sngat² ustad hanya allah saja yg dpat balas kebaikan ustad bole Tanya lagi selain tu ustad bole ajar cara bimbing suami mksud sya dia perlukan guru imam yg lebih arif ??
Sama-sama.
Lebih baik puan kenalkan suami puan dengan guru yang boleh ajar secara bersemuka, kerana ia adalah lebih baik dan dapat memperbetulkan kesilapan solat on the spot.