Adakah jatuh talak jika suami hanya niat dalam hati?
Apakah hukum perbuatan ini?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALAN:Saya nak tanya ustaz adakah jatuh talak kalau suami hanya berniat di dalam hati tapi tidak sebut pada mulut?
Kalau suami berbisik tapi tidak jelas bunyi perkataan talak adakah jatuh atau tidak?
JAWAPAN:
Jika suami berniat dalam hati akan talak tapi tidak melafazkannya nescaya tidak jatuh talak.
Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah, ertinya:
Maka apabila berniat oleh suami akan talak kemudian tidak melafazkannya nescaya tidak jatuh talak kerana tidak ada lafaz sama sekali.”
Begitu juga jika berlafaz dengan talak tetapi tidak dapat didengar sebab perlahan sangat nescaya tidak jatuh talak.
Berkata Syeikh Nawawi Al-Bantani, ertinya:
Dan disyaratkan jatuhnya talak dengan sorih (jelas) atau kinayah itu mesti dengan suami mengangkat suaranya sekira-kira dirinya sendiri dapat mendengar jikalau telinganya sihat dan tiada bising.
Tidak jatuh talak jika tidak dengan berlafaz dan tidak jatuh talak dengan suara yang perlahan sekira-kira dia sendiri tidak mendengarnya.”
(Kitab Nihayah Az-Zain)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Bacaan lain:
Tinggalkan Komen Anda..
Bagaimana pula … Kalau kite menceritakan kepada kawan bahawa kita berniat nak ceraikan isteri? Adakah jatuh talaq tersebut?