Sejauh Manakah Kita Dapat Kekal Untuk Setia? Apa Jaminan Untuk Setia?

Bagaimana untuk setia?

Dulu awak janji untuk selamanya mencintai saya.

Selamanya berada di sisi saya di waktu girang dan getir. Awak janji pada saya untuk selamanya setia.

Hari ini kenapa awak berubah.. Mana janji dulu?

Mengapa terlalu mudah awak lupakan janji-janji awak pada saya? Apa salah saya? Apa dosa saya?!”

Setia. Sejauh mana kita setia?

Untuk apa kita setia? Pada siapa kita lakarkan sebuah janji setia?

Bagaimana untuk setia? Pada ketika bila kita harus setia?

Dan…

.. siapa yang dapat memberi jaminan tentang sebuah kesetiaan yang dijanjikan pada kita?

 

Manusia: Makhluk Yang Sukar Untuk Setia

Melihat sahaja ketampanan anak angkatnya nabi Allah Yusuf a.s, Zulaikha terpana lalu gugur setianya.

Sepenuh jiwa diberi kepada Yusuf.

Lalu bila cintanya ditolak, sakit hatinya bukan kepalang. Disuruhnya Yusuf dihumban ke penjara.

Siapa yang melafazkan hukum? Ya! Sultan al-Aziz, suaminya Zulaikha.

Apakah dia tidak tahu Zulaikha mencuranginya? Apakah dia tidak berasa curiga pada isterinya?

Atas rasa cinta dan setianya pada Zulaikha al-Aziz tidak melafazkan talak. Tidak pula membuang Zulaikha.

Namun adakah ini adil buat si al-Aziz?

Setianya dipersia Zulaikha sehingga ke akhir hayatnya.

Kisah Nuh yang sedaya upaya setia pada isterinya namun akhirnya dia tidak merasa nikmat berada di atas bahtera besarnya bersama isteri tersayang.

Sebaliknya, bahtera cinta yang dibina hancur ditelan bah.

Ini bukan sahaja kisah Si cantik Zulaikha dan nabi Allah Nuh a.s tapi ia benar-benar berlaku pada norma hidup kita.

Banyak lagi kisah-kisah masyarakat yang berkisar tentang kesetiaan, tentang kecurangan.

Bagaimana untuk aku setia jika aku tidak mencintai dia? Apa kau rasa mudah untuk aku melupakan cinta aku yang dulu dan begitu sahaja aku menerima suratan hidup? Aku tidak mencintai jodohku. Bukan salah aku berlaku curang!’

Lantas, hati terbahagi dua.

Satu untuk si isteri atau suami dan satu lagi untuk cinta hati.

Jika si isteri tidak memberi izin bernikah lagi, ibaratnya seperti menyediakan mereka ruang untuk meluaskan maksiat.

Akhirnya setia lemas dalam air mata.

Adakah ini adil pada yang setia?

Aku dahulunya benar-benar cinta padanya. Lalu kami bernikah atas rasa suka sama suka. Namun setelah lama kami menjalani hidup bersama, hati aku mula tidak serasi dengannya. Aku jemu. Kemudian, aku menemui cinta baru. Dan aku tidak lagi dapat setia padanya.’

Sekali lagi setia dijarah.

Atas apakah setia dapat dijamin? Cinta? Paras rupa? Wang ringgit?

Sekali lagi, apakah ini adil pada yang setia? Jadi, bagaimana untuk setia?

Setiap manusia adalah sama.

Tidak kira sama ada nabi, wali, ulama’, ustaz, pemerintah, pembesar, jutawan, saudagar mahupun gelandangan dan pengemis jalanan.

Yang membezakan kita adalah iman. Iman yang akan menjaga setia.

Tapi bagaimana?

 

Setiap Orang Punya Cinta Dan Berkeinginan Untuk Dicinta Dan Mencinta

Rasa untuk memiliki dan dimiliki oleh dia (dan hanya dia) yang kita cinta.

Dan setiap dari kita pasti pernah miliki rasa ingin curang dan ingin sekali mengikut desak hati.

Namun iman membatasi. Apabila kita sedar bahawa itu hanya nafsu.

Yang terlihat seperti miraj di bawah terik mentari pada ketika jiwa sedang gersangkan dan hauskan cinta manusia yang didamba.

Yang puasnya tiada penghujung ibarat meneguk air laut yang masin.

 

Berdoalah. Kadang Kala Allah Tidak Meminta Kita Memikirkan Jalan Keluar Sehingga Penat

Dia hanya mahu kita sabar dan solat (berdoa).

Semoga kita dan dia yang kita cintai sentiasa dibekalan iman di hati.

Hanya dengan iman kita akan berbeda daripada mereka. Hanya dengan iman setia akan selalu mengundang mawadah dan sakinah sebuah hubungan.

Namun, ketahuilah, bahawa iman harus sentiasa diperbahuri hari demi hari di dalam doa, di dalam sujud dan di dalam bisik hati yang hanya Allah yang tahu.

Dan usah kikir untuk berdoa agar Allah sentiasa menjagakan dia untuk kita.

Semoga pada yang setia itu sentiasa dilimpahi rahmah Allah S.W.T.

Ya Allah aku mencintai dia. Namun aku tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan-Mu. Hanya pada Engkau aku bermohon. Jagakan dia untukku.”

 


*This article is written by Qaseh Safiyya and credit to her father who taught about Zulaikha and Yusuf and to Encik Ahmad Anuar bin Mat Hussin, the one who initiated and contributed the idea of this topic.

Last but not least, to Allah who has the Mercy that allowed her to write about this loyal narratives of human kind .

May this article give benifit to readers.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
ayie
ayie
4 tahun yang lalu

alah ustaz.ade ke pompuan yg setia lg?aku duda psl jnda aku curang.nk plak jnda aku dlu da dikongkek.allah itu maha zalim kt aku.

Along
Along
5 tahun yang lalu

Admin blh tlg sy x..kekasih sy mahukan jaminan dripada sy..dia bertanya apakah jaminan sy jika dia menerima sy..sy just xreti nk berkata ..apakah ayat yg bgs untuk sy bgtahu pdanya

noor azliza
noor azliza
8 tahun yang lalu

mohon copy yee admin

Siti Zakiah
Siti Zakiah
8 tahun yang lalu

Sy mohon copy yer admin. terima kasih.

catrumah
catrumah
8 tahun yang lalu

Payah nak huraikan cerita tentang hati ni. Sebab bebda ada kat dalam.. payah.. memang payah..

khaziq
khaziq
8 tahun yang lalu

menarik perkongsian saudari ini