Hukum: Siapa Yang Perlu Bayar Zakat Fitrah Bagi Isteri?

Siapakah yang perlu membayar zakat fitrah bagi isteri?

Suami kena bayar atau isteri itu sendiri?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Siapakah yang wajib membayar zakat fitrah isteri?

Adakah wajib atas suami atau isteri itu sendiri?


JAWAPAN:

Zakat fitrah isteri wajib dikeluarkan oleh suami.

Ini kerana mengikut bagi nafaqah iaitu apabila nafaqah isteri wajib dikeluarkan oleh pihak suami, maka suami wajib pula mengeluarkan zakat fitrah isterinya.

Inilah pendapat jumhur ulamak feqah.

Berkata Syeikh Alawi Al-Maliki:

قال الجمهور تجب الزكاة على الزوج لزوجته إلحاقا بالنفقة

Ertinya:

Telah berkata majoriti ulamak wajib zakat fitrah isteri itu atas suami kerana dihubungkan dengan kewajipan nafaqah.”

(Kitab Ibanatul Ahkam Syarah Bulughul Maram)

Berkata Syeikh Athiyyah Saqr:

إن الزوج يجب عليه أن يخرج زكاة الفطر عن نفسه وعمن تجب عليه نفقتهم، ومنهم الزوجة

Ertinya:

Sungguhnya suami itu wajiblah atasnya mengeluarkan zakat fitrah atas dirinya dan orang yang wajib atasnya nafaqah mereka itu. Dan setengah dari mereka yang wajib atas suami memberi nafaqah itu ialah isterinya.”

(Lajnah Fatwa Al-Azhar)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.