Siapakah Orang Yang Tidak Wajib Bayar Zakat Fitrah?

Orang Yang Tidak Wajib Bayar Zakat

Siapakah orang yang tidak wajib bayar zakat fitrah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Bagaimanakah keadaan seseorang itu dikatakan tidak wajib membayar zakat fitrah?


JAWAPAN:

Barang siapa yang pada petang akhir Ramadhan dan pada malam hari raya tidak mempunyai harta atau wang yang lebih dari kadar untuk belanja dirinya dan anak isteri pada hari raya maka dia tidak dikenakan membayar zakat fitrah.

Tersebut pada himpunan fatwa negeri Tunis, yang bermaksud:

Dan zakat fitrah itu wajib ia dengan sebab mendapat satu juzuk dari Ramadhan dan Syawal atas tiap-tiap orang Islam yang mempunyai belanja yang cukup untuk dirinya dan untuk orang yang wajib ia tanggung nafaqahnya pada hari raya dari setiap seorang zakat sebanyak satu gantang dari makanan ruji negeri itu.”

Kesimpulan

Siapa yang memerlukan belanja pada hari raya untuk dirinya dan anak isterinya sebanyak RM50 tiba-tiba dia hanya ada harta sebanyak RM50 sahaja pada malam hari raya itu maka dia tidak dikenakan membayar zakat fitrah.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Baca juga hukum mengenai kewajipan bayaran zakat untuk isteri dan hukum terlupa membayar zakat fitrah

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments