Hukum Masuk Rumah Ibadat Orang Kafir

Rumah ibadat orang kafir

Apakah hukum masuk rumah ibadat orang kafir?

Adakah ia berdosa dan membatalkan akidah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Apakah dibolehkan bagi orang Islam masuk ke dalam rumah ibadat orang kafir seperti gereja atau seumpamanya?


JAWAPAN:

Ulamak terlah berselisih pada hukum orang Islam masuk ke dalam rumah ibadat orang kafir.

Sebahagian ulamak mengatakan hukumnya adalah haram melainkan kerana darurat iaitulah pendapat kebanyakkan ulamak Mazhab Syafie.

Ulamak mazhab Hanbali sebahagiannya mengatakan harus memasukinya dengan syarat tidak melakukan amalan yang dilakukan oleh orang-orang kafir manakala sebahagian ulamak mazhab Hanbali memakruhkan memasukinya.

Ulamak mazhab Hanafi memakruhkan memasukinya kerana didalamnya tempat tinggal syaitan.

Berkata Syeikh Qalyubi :

لا يجوز لنا دخولها -أي الكنيسة- إلا بإذنهم ، وإن كان فيها تصوير حرم مطلقاً، وكذا كل بيت فيه صورة.

Ertinya :

Tiada harus bagi kita (muslimin) memasukinya seperti gereja melainkan dengan izin mereka.

Dan jika ada didalamnya patung yang disembah maka haram ia secara mutlak. Demikian itu juga kuil yang ada didalamnya patung-patung.”

— (Hasyiah Qalyubi Wa ‘Umairah)

Tersebut dalam kitab Muasua’tul Fiqhiyah :

قال الحنابلة : للمسلم دخول الكنيسة والبيعة , والصلاة فيهما من غير كراهة على الصحيح من المذهب . وفي قول آخر للحنابلة , وهو قول الحنفية : يكره دخولها لأنها مأوى الشياطين . وقال أكثر الشافعية : يحرم على المسلم أن يدخل الكنيسة التي فيها صور معلقة

Ertinya :

Berkata ulamak Hanbali harus orang Islam masuk kedalam gereja dan kuil yahudi dan solat didalamnya tanpa makruh atas yang sahih disisi mazhab.

Dan pendapat yang lain juga dalam mazhab Hanbali bersamaan dengan pendapat ulamak mazhab Hanafi yaitu makruh masuk ke dalamnya kerana ia tempat tinggal syaitan.

Dan majoriti ulamak mazhab Syafie mengharamkan atas orang Islam masuk ke dalam gereja atau rumah ibadat yang ada dialamnya diletakkan patung-patung.”


Kesimpulan

Elakkan memasuki rumah ibadat orang kafir jika tiada sebarang darurat.

Jika masuk kedalamnya dengan sebab darurat maka wajib menjauhi dari memuliakan apa yang ada didalamnya dan jangan melakukan apa jua acara yang dilakukan oleh orang-orang kafir.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments