Apakah hukum buka puasa sebelum azan berkumandang?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALAN:Adakah harus berbuka puasa apabila melihat jam menunjukkan waktu maghrib telah masuk tetapi azan belum berkumandang lagi?
JAWAPAN:
Berpuasa artinya menahan diri dari makan dan minum dan segala perkara yang membatalkan puasa mula dari masuk waktu subuh sehingga masuk waktu maghrib.
Firman Allah Taala ertinya:
Kemudian maka berpuasalah kamu sampai masuk waktu malam.”
(Al-Baqarah : 187)
Masuk waktu malam ialah dengan masuknya waktu maghrib.
Dan masuk waktu maghrib ialah apabila tenggelam semua bulatan matahari di sebelah pihak tenggelamnya.
Dan tidak wajib bagi seseorang untuk melihat matahari tenggelam melainkan nampak dihadapan matanya.
Maka harus berbuka dengan melihat tanda masuk waktu seperti jam atau takwim atau mendengar azan atau seumpamanya dari segala alamat bagi masuknya waktu maghrib.
Oleh kerana itu walau pun azan belum berkumandang tetapi jam sudah menunjukkan masuk waktu maghrib, maka harus seorang yang berpuasa itu berbuka tetapi yang afdhal ialah menunggu azan maghrib berkumandang.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..