Berikut adalah doa yang boleh diamalkan apabila ingin membina rumah atau sesuatu bangunan agar mendapat redha Allah:
Rabbanā Taqabbal Minnā, Innaka Antas-Samī‘Ul-‘Alīm. Rabbanā Waj‘Alnā Muslimaini Laka Wa Min Żurriyyatinā Ummatam Muslimatal Laka Wa Arinā Manāsikanā Wa Tub ‘Alainā, Innaka Antat-Tawwābur-Raḥīm
Maksudnya
Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar dan Memperkenan, lagi Maha Mengetahui serta Menghitung. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua; orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Keterangan Ayat
Menurut Imam as-Shawi, dalam tafsir ayat ini menggambarkan sikap rendah diri Nabi Adam & membina Kaabah.
Binaan Kaabah yang diletakkan oleh para malaikat dan Nabi Adam. kemudiannya telah musnah semasa berlaku taufan besar. Jibrail kemudiannya telah membawa al-Hajar al-Aswad yang tersembunyi dan menunjukkan kepada Nabi Ibrahim pelan binaannya.
Kemudian Kaabah melalui beberapa proses pembaikpulihan pada zaman Amaliqah, Bani Jurhum, Qusai dan akhirnya pada zaman Bani Quraisy terdapat beberapa kali pembaikan. (Tafsir as-Sawi, tafsir ayat 126-127 Surah al-Baqarah)
Khasiat Dan Cara Beramal
Ayat ini dicadangkan agar diamalkan ketika menaikkan binaan sama ada membina rumah, sekolah, masjid dan sebagainya agar beroleh keredaan dan berkat daripada Allah.
Lihat juga ibu segala doa
Tinggalkan Komen Anda..