Cara & Doa Menghilangkan Rasa Sedih Dan Kesal

rasa murung dan sedih

Apakah cara dan doa menghilangkan rasa sedih serta kesal?

Tulisan ini akan membantu anda menghilangkan rasa kecewa, kesal dan juga mengajarkan doa menghilangkan rasa sedih yang diajarkan oleh Nabi ﷺ

Semoga bermanfaat..

Mengapa Manusia Sedih & Resah?

Mengapa kita sering merasakan nasib kita sentiasa malang?

Kadangkala, kita tidak faham hampir untuk semua perkara yang berlaku dalam kehidupan kita.

Walaupun jauh disudut hati kita merasa yakin dengan takdir yang Allah tetapkan, namun perasaan sedih, kesal dan bimbang tetap bermain difikiran kita. Kita semakin resah dan tertekan.

Mengapa ini terjadi?

Inilah yang dipanggil fikiran yang negatif.

Antara perkara yang dapat menjauhkan fikiran negatif adalah melibatkan diri dengan aktiviti fizikal dan pembelajaran.

Apabila kita menyibukkan diri dengan sesuatu yang kita lakukan, atau sesuatu yang kita belajar..

… ia akan mengalihkan hati dan fikiran kita daripada kerungsingan.

Ya, ini mengenai kaedah untuk menguruskan perhatian kita.

Menguruskan Perhatian

istisyarah

Terdapat satu pepatah yang berbunyi, “where attention goes, energy flows”.

Maksudnya, dimana kita sedang berikan fokus, disitulah kita menumpukan tenaga.

Sebagai contoh, pada suatu hari anda telah mengalami pengalaman buruk dengan seseorang.

Anda selalu terfikir mengenai perkara ini sepanjang hari dan anda merasakan sangat kesal dengan apa yang terjadi, dan pada pada akhirnya perkara ini membuatkan anda letih dan seterusnya tertekan.

Atau anda boleh alihkan perhatian dari hal ini dan cuba berikan fokus kepada perkara lain.

Anda akan sedar bagaimana mood anda akan berubah selepas mengamalkan ini.

Mengapa Kita Merasa Murung?

Selalunya, kita mengalami depressi kerana kita meletakkan perhatian kita kepada punca masalah.

Mungkin dengan membuatkan diri anda sibuk dengan aktiviti fizikal atau pembelajaran, anda mungkin melupakan sepenuhnya sebab dan punca keresahan anda. Mood anda akan bertambah baik dan anda akan merasa lebih bertenaga.

Kaedah ini boleh dilakukan oleh orang yang beriman kepada Allah SWT dan juga orang yang tidak beriman kepadaNya.

Tetapi, terdapat berbezaan yang nyata bagi orang yang beriman dalam hal ini.

Orang beriman mempunyai kelebihan dari segi iman, keikhlasan, dan mendapat pahala daripada Allah SWT.

Oleh itu, apabila dia melibatkan diri dalam aktiviti atau pembelajaran, dia lakukannya adalah semata-mata untuk Allah SWT.

Apa sahaja yang dia lakukan – hal ibadah atau perkara duniawi – dia akan lakukannya dengan niat yang baik.

Mungkin dia bersukan untuk menyihatkan badan supaya dia boleh beribadah dengan lebih baik.

Atau mungkin dia belajar sesuatu dan mengambil manfaat darinya, dimana niatnya adalah untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. Oleh itu, konsep niat sentiasa wujud kepada orang beriman.

Mengapa orang yang sering diuji dengan keresaha (anxiety), stress dan masalah yang sukar, menyebabkan mereka mudah jatuh sakit?

Jawapannya adalah terletak pada minda.

Semua orang dalam bidang perubatan mengakui perkara ini, minda adalah segalanya. Keadaan mental sangat mempengaruhi kesihatan tubuh badan.

Banyak penyakit berpunca daripada hasil keadaan mental menderita secara berpanjangan.

Apabila kita larut di dalam kesedihan dan kesakitan, dan terus menerus berfikir mengenainya, maka lama-kelamaan ia akan meracuni tubuh kita.

Jadi Bagaimana Cara Mencegahnya?

Rawatan yang paling efektif adalah melupakan punca dan sebab stress itu terjadi, dan sibukkan diri anda dengan perkara lain.

Perkara yang anda pilih untuk melibatkan diri seharusnya sesuatu yang anda minat, sesuatu yang anda sendiri cenderung ke arahnya.

Ini akan memberi hasil yang lebih baik dengan usaha yang anda lakukan.

Mungkin timbul satu persoalan:

Mengapa saya harus mengabaikan masalah saya dan fokus kepada perkara lain sedangkan sepatutnya saya harus selesaikan masalah tersebut?

Untuk menyelesaikannya, maka saya harus memikirkannya..

Apa yang saya maksudkan disini adalah bukan saya mencadangkan anda supaya lari dari masalah. Situasi yang saya terangkan adalah mengenai stress dan keresahan (anxiety).

Terdapat dua jenis cara fikir.

Salah satunya adalah cara fikir yang jelas – dimana anda memisahkan emosi diri anda dengan masalah tersebut. Jadi, anda akan dapat fikirkan masalah tersebut secara logik.

Dengan cara ini, anda dapat meningkatkan daya fikiran anda ke aras yang lebih tinggi. Pisahkan diri anda daripada masalah semampu yang mungkin, dan selesaikannya sepertimana menyelesaikan soalan matematik.

Anda bukannya diminta untuk melupakan masalah tersebut, tetapi anda diminta untuk berhenti merasa risau mengenainya.

Kerana ada beza antara fikir dan rasa risau mengenai masalah. Risau adalah berfikir secara berlebih-lebihan dengan kecederungan berfikir secara negatif.

Apabila anda mula risau mengenai sesuatu, minda anda tidak dapat bersedia untuk mencari jalan penyelesaian.

Doa Menghilangkan Rasa Sedih

Terdapat satu doa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ untuk meminta perlindungan dari Allah, iaitu doa menghilangkan rasa sedih (hazn) dan rasa kesal (hamm).

Doanya adalah seperti berikut:

 Allahumma Inni A’uuDzubika Minal Hammi Wal Hazan, Wa A’UuDzubika Minal ‘Ajzi Wal Kasal, Wa A’UuDzubika Minal Jubni Wal Bukhl, Wa A’UuDzubika Min GhaLabatid Daini Wa Qahrir Rijal 

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada rasa kesal dan sedih. Aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas. Aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung denganMu daripada belenggu hutang dan penindasan manusia”

Belajarlah dan amalkan kaedah berfikir memisahkan emosi dan masalah.

Tumpukan perhatian pada hari ini dan apa yang kita sedang lakukan pada masa ini. Dengan itu, insyaAllah kita tidak akan risau mengenai masa akan datang dan tidak sedih untuk perkara yang telah lepas.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments