Mencari maklumat tentang Ayat Kursi?
Panduan ini mengandungi informasi lengkap berkaitan dengan Ayat kursi dari segi bacaan, makna dan kelebihannya.
Apa yang menarik:
Audio bacaan ayat kursi juga disertakan bagi memudahkan anda.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut, mari kita mulakan..
Apakah Maksud Ayat Kursi?
Ayatul Kursi (آية الكرسي) juga dikenali sebagai ayat kursi, merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah.
Ayat ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.
Ayat Kursi sangat istimewa kerana ia mengisahkan keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas.
Mengamalkan ayat ini InsyaAllah akan mendapat keredhaan dan perlindungan Allah SWT.
Ayat ini disebut Ayatul Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, yang membawa maksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’.
Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.
Ayat kursi biasanya dibacakan sebelum tidur dan semasa ingin keluar rumah sebagai pelindung diri dari anasir jahat.
Bacaan Ayat Kursi
Di bawah ini adalah ayat kursi yang disertakan dengan audio (sila tekan play).
Ia juga dipermudahkan dengan transliterasi ejaan rumi.
allāhu lā ilāha illā huw, al-ḥayyul-qayyūm, lā ta’khużuhū sinatuw wa lā naum, lahū mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, man żallażī yasyfa‘u ‘indahū illā bi’iżnih, ya‘lamu mā baina aidīhim wa mā khalfahum, wa lā yuḥīṭūna bisyai’im min ‘ilmihī illā bimā syā’, wasi‘a kursiyyuhus-samāwāti wal-arḍ, wa lā ya’ūduhū ḥifẓuhumā, wa huwal-‘aliyyul-‘aẓīm
Maksud Ayat Kursi
Maksud terjemahan ayat kursi adalah seperti berikut:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Fadhilat Atau Kelebihan Ayatul Kursi
Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi.
Siapa yang mengamalkan ayat kursi, Rasulullah menjanjikan Syurga kepadanya.
Berikut beberapa keistimewaan atau kelebihan ayat kursi:
- Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie – dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban)
- Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.”
- Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.
- Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
- Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
- Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
- Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
- Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.
- Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
- Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.
- Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:
- Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
Penutup
Melihat kepada ganjaran serta kelebihan yang ditawarkan hasil melazimi bacaan ayat Kursi, ternyata kita manusia yang sangat rugi jika masih mengambil mudah serta tidak serius mengamalkannya.
Sehubungan itu, kita perlu mengambil peluang beramal membaca ayat Kursi terutamanya selepas melaksanakan solat fardu.
Tinggalkan Komen Anda..
Ustaz saya mualaf. Doakan saya semoga terus istiqomah
Assalamualaikum ustaz…
Boleh tolong terangkan maksud ayat yg sy dah buat dalam (?) di bawah ini, sy tak berapa faham..harap dapat membantu…terima kasih 🙂
1 – “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” – (melainkan mati??)
2 – “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali) – (hitungan kata-katanya??)
3 – Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf) – (hitungan hurufnya??)
4 – membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) – (sebanyak anggota sujud??)
Waalaikumussalam,
1. “Melainkan mati” – Ayat ini bermaksud bahawa penghalang utama seseorang daripada memasuki syurga adalah kematian itu sendiri. Ini bermakna, seseorang itu perlu menemui ajalnya terlebih dahulu sebelum dapat memasuki syurga. Bacaan ayat al-Kursi dengan istiqamah selepas solat fardu dikatakan sebagai amalan yang membawa kebaikan dan perlindungan, namun syarat memasuki syurga ialah setelah seseorang itu mati.
2. “Hitungan kata-katanya” – Ini merujuk kepada amalan membaca ayat Kursi sebanyak jumlah kata yang terkandung dalam ayat tersebut. Dalam hal ini, ayat Kursi mengandungi 50 kata, jadi amalan ini bermaksud membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali.
3. “Hitungan hurufnya” – Ini pula bermaksud membaca ayat Kursi sebanyak jumlah huruf yang ada dalam ayat tersebut. Ayat Kursi mempunyai kira-kira 170 huruf, jadi amalan ini adalah membaca ayat Kursi 170 kali.
4. “Sebanyak anggota sujud” – Dalam konteks ini, “anggota sujud” merujuk kepada bahagian tubuh yang menyentuh tanah ketika sujud dalam solat, iaitu dahi, kedua-dua tangan, kedua-dua lutut, dan kedua-dua ibu jari kaki, yang jumlahnya tujuh. Jadi, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud bermaksud membacanya sebanyak 7 kali.
Semoga penjelasan ini membantu dan menjawab pertanyaan anda. Jika ada lagi yang kurang jelas, jangan ragu untuk bertanya.
Alhamdulillah…Jazakallah Khairan Ustaz 🙂
Mula2 malu jgk tapi sebab saya nak tahu dan nak belajar saya tanya jgk..ilmu yg bermanfaat
saya belajar Solat Terawih mula2 dr blog Aku Islam dan seterusnya diikuti Solat Taubat dan diikuti yg lain..semua saya dah baca dan ilmunya sangat2 bermanfaat..sangat2 membantu saya..lama dah saya ikut blog Aku Islam 👍🏿👍🏿👍🏿🙂🙂
Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan anda terhadap blog Aku Islam. Saya bersyukur dapat membantu anda dalam mempelajari amalan-amalan solat seperti Tarawih dan Taubat.
Jika ada soalan atau topik tertentu yang anda ingin ketahui lebih lanjut, jangan ragu untuk bertanya. Ilmu yang bermanfaat adalah kunci untuk memperdalam pemahaman kita dalam agama.
InsyaAllah, saya akan berusaha untuk terus menyediakan informasi yang berguna dan sahih untuk semua pembaca. ツ
Terima Kasih atas perkongsian…Semoga allah membalas kebaikan atas ilmu yg sangat bermaafaat bagi semua hamba2nya.
Amin, semoga Allah memberkati usaha kita dalam menuntut ilmu dan menyebarkan kebaikan. Terima kasih atas doa dan sokongan anda. Jika ada lagi isu, topik atau pertanyaan mengenai ajaran Islam atau apa-apa sahaja, sila beritahu.
Saya sedia membantu dengan sebaik mungkin. Semoga Allah mempermudah segala urusan kita dan memberi keberkatan dalam setiap langkah kita.
Allahhuakbar , terimakasih atas ilmu ❤️ Semoga Allah memberkati❤️
Alhamdulillah, terima kasih kembali atas kata-kata yang baik. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati kita semua dan memberi kita kekuatan untuk terus menimba ilmu serta mengamalkannya dalam kehidupan kita.
Jika ada apa-apa pertanyaan atau isu yang ingin dibincangkan lagi, jangan segan untuk bertanya. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya.
Wow, baik hafal doa ni, sebab nabi muhammad kate “dia akan menjanji syurga kepadanya”
Saya suka
Papa lala
ustaz camana nak hafal cepat……………
Kena baca selalu, terutamanya selepas solat dan sebelum tidur
As salam ustaz..
Sy Amalkan bacaan ayat kursi sebanyak 7 kali(sambil anggota 7 sujud)selepas solat dan berdoa.. boleh ke ustaz?
mohon pencerahan dari ustaz.
Terima kasih
Waalaikumsalam,
Amalan membaca Ayatul Kursi selepas solat adalah amalan yang baik dan mempunyai banyak keutamaan. Mengenai amalan membaca Ayatul Kursi sebanyak tujuh kali sambil menyentuh atau menggerakkan tujuh anggota sujud selepas solat, tidak terdapat nas khusus dari Al-Quran atau Hadith yang secara spesifik menyebut amalan ini.
Namun, dalam Islam, terdapat keluasan dalam beribadah selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asas agama dan tidak dianggap sebagai bid’ah yang menyalahi syariat.
Penting untuk diingatkan:
1. Keutamaan Ayatul Kursi: Ayatul Kursi dikenali dengan keutamaannya yang besar dalam perlindungan dan keberkatan. Membacanya selepas solat adalah amalan yang baik dan dianjurkan dalam hadith.
2. Tiada Batasan Tertentu: Dalam Islam, tiada batasan tertentu mengenai berapa kali Ayatul Kursi boleh dibaca selepas solat. Oleh itu, membacanya sebanyak tujuh kali tidaklah bermasalah selagi niatnya baik dan tidak mengganggu prinsip asas ibadah.
3. Menggerakkan Anggota Sujud: Mengenai amalan menggerakkan tujuh anggota sujud ketika membaca Ayatul Kursi, selagi amalan ini tidak dianggap sebagai sebahagian daripada solat atau sebagai syarat untuk menerima manfaat tertentu yang tidak disebut dalam sumber syariat, ia boleh dianggap sebagai amalan peribadi yang tidak bermasalah.
Secara kesimpulannya, membaca Ayatul Kursi selepas solat adalah amalan yang baik dan sangat dianjurkan. Jika amalan membaca tujuh kali dengan menggerakkan anggota sujud adalah cara anda untuk merenung dan menghayati bacaan tersebut, dan tidak dianggap sebagai sebahagian dari ibadah yang wajib atau memiliki keutamaan khusus tanpa dalil, maka amalan tersebut adalah boleh.
Assalamualaikum…terima kasih