Adakah Sah Wuduk Pada Rambut Berminyak & Tangan Berinai?

Wuduk Pada Rambut Berminyak

Adakah sah wuduk pada rambut berminyak dan tangan yang berinai?

Apakah hukumnya?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Sahkah kalau orang lelaki memakai minyak rambut mengambil wuduk?

Sahkah orang perempuan yang memakai inai mengambil wuduk?


JAWAPAN

Diantara syarat sah sembahyang ialah bersuci.

Rasulullah saw bersabda :

Tidak menerima oleh Allah akan solat tanpa bersuci.”

(Hadith Riwayat An-Nasaai)

Dan setengah dari syarat sahnya taharah samada mandi atau wuduk ialah tidak ada di atas anggota yang wajib dibasuh itu suatu yang menghalang dari sampai air pada anggota yang dibasuh.

Berkata Imam Nawawi:

Jikalau seorang melumur pada celah dua kakinya akan minyak atau lilin atau debu atau meletakkan inai pada keduanya dan kekal jirimnya nescaya wajib ditanggalkan ainnya terlebih dulu kerana sungguhnya ia menghalang sampai air kepada kulit.

Maka jikalau kekal warna inai tanpa ainnya nescaya tidaklah mengapa dan sah wuduknya.”

(Kitab Al-Majmu’)

Jadi jika minyak rambut itu berjirim yang mengakibatkan air tidak boleh kena kepada rambut ketika mandi hadas maka mandi hadas tersebut tidak sah maka wajib dihilangkan dulu minyak tersebut sebelum mandi.

Ada pun ketika wuduk maka tidak mengapa jika air tidak kena kepada rambut tetapi kena atas kulit kepala dari kerana pada berwuduk disyaratkan air itu samada kena pada rambut atau kulit kepala sekali pun sedikit.

Ada pun jika ketika berwuduk itu air tidak kena pada rambut dan tidak kena pada kulit kepala maka wuduknya tidak sah.

Ada pun inai maka wajib dihilangkan dulu jirimnya kerana jirim inai akan menghalang air dari sampai kepada anggota yang wajib dibasuh.

Ada pun selepas menanggalkan jirim inai itu dan tinggal warna merah pada jari-jarinya maka ia tidak menghalang air dari sampai kepada kulit.


Kesimpulan

Minyak rambut yang tebal dan pekat menghalang sampai air pada rambut maka wajib dihilangkan ketika mandi hadas dan sunat dihilangkan ketika wuduk.

Warna merah inai yang kekal atas jari setelah dibersihkan dari jirimnya tidak menghalang air sampai kepada kulit oleh itu sah mandi dan wuduk perempuan yang sedang memakai inai.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments