Adakah sah wuduk jika ada kotoran bawah kuku?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANKetika mengambil wuduk kalau ada kotoran atau daki dibawah kuku adakah sah wuduk itu atau tidak sah?
JAWAPAN
Disyaratkan bagi sah membasuh anggota wuduk hendaklah tidak ada di atas kulit atau kuku atau di bawahnya suatu yang menegah dari sampai air kepadanya.
Dari kerana itu tidak sah membasuh anggota wuduk jika ada suatu di atas anggota wuduk samada kulit atau kuku atau bulu melainkan suatu itu sedikit dan sukar menanggalkannya.
Berkata Imam Taqiyuddin:
Dan wajib menyampaikan air kepada sekelian bulu dan kulit sehingga jikalau ada dibawah kukunya kotoran yang menghalang sampai air kepada kulit nescaya tidak sah wuduknya dan solatnya itu rosak.”
(Kitab Kifayatul Akhyar)
Tersebut pada kitab Fathul Mujib:
Dan yang ketiga ialah membasuh dua tangan sampai ke siku. Dan wajib menghilangkan apa yang ada di atas dua tangan dari yang menghalang seperti kotoran yang terkumpul dari luar melainkan jika uzur menanggalkanya. Dan dimaafkan yang sedikit dari kotoran yang ada di bawah segala kuku.”
KESIMPULAN
Wajib sampaikan air dibawah kuku ketika membasuh tangan ketika berwuduk.
Jika ada kotoran dibawah kukunya dan air basuhan tidak sampai pada kulit atau kukunya maka wuduknya itu tidak sah akan tetapi jika kotoran itu sedikit maka dimaafkan daripadanya.
Walllahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..