
Apakah turutan solat yang betul?
Jika saya terlepas solat, saya perlu lakukan solat fardu tunai dahulu atau qada dahulu?
Oleh kerana kepenatan yang terlampau, saya tertidur selepas Solat Zohor dan hanya terjaga setelah azan Maghrib berkumandang tanpa Solat Asar.
Jika saya mahu qada segera solat tersebut ketika Maghrib, bagaimanakah yang sebetulnya sama ada qada solat Asar dahulu kemudian solat Maghrib atau sebaliknya?
Jawapan
Para ulama fiqh bersepakat bahawa solat yang terlepas itu perlu didahulukan berbanding solat yang ditunaikan dalam waktunya.
Dalam erti kata lain, jika mahu qada solat Asar dalam waktu Maghrib, maka dahulukan solat qada, kemudian solat Maghrib.
Hal ini sebagaimana perbuatan Nabi SAW yang mengqada solat yang terlepas terlebih dahulu sebelum solat yang dalam waktunya secara tertib.
Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan:
Orang musyrik menyibukkan kami daripada menunaikan solat Zuhur pada hari peperangan Khandak sehingga matahari terbenam. Kejadian ini berlaku sebelum turunnya ayat (solat) ketika peperangan.
Lalu Allah berfirman, “Dan Allah telah menyelamatkan orang mukmin daripada bencana menghadapi peperangan itu.. (Surah al-Ahzab ayat 25)”
Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan bilal melaungkan iqamah untuk Solat Zohor, lantas Nabi Solat Zohor sebagaimana Baginda solat dalam waktunya.
Kemudian bilal iqamah untuk solat Asar, lalu Nabi SAW mengerjakan solat Asar sebagaimana Baginda solat dalam waktunya.
Setelah itu, Bilal melaungkan azan untuk solat Maghrib, lalu Nabi SAW solat Maghrib sebagaimana Baginda solat dalam waktunya.
— Riwayat al-Nasa’i No hadis 661
Adapun tuntutan tersebut menurut pandangan Mazhab Syafi’e adalah tuntutan sunat, bukan tuntutan wajib.
Hal ini sebagaimana yang dijelaskan dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab juz 3 hlm 70:
Jika seseorang itu telah terluput satu solat atau beberapa solat, maka disunatkannya untuk mendahulukan solat yang terluput itu daripada solat fardu yang ditunaikan dalam waktunya. Dan disunatkan untuk qada solat-solat yang terluput itu secara tertib.
Kesimpulan
Jika terlepas solat Asar dan mahu mengqadanya dalam waktu Maghrib, maka disunatkan untuk mendahulukan solat qada tersebut, kemudian barulah solat Maghrib.
Wallahu a’lam.
Rujukan:
- Ustaz Abu Usamah, Mohd Hanapiah Haji Husin, Buku Soal Jawab Fiqh Ibadah (Bab solat, solat musafir, Jenazah, Zakat & Puasa
Tinggalkan Komen Anda..
assalamualaikum wbrkth
ustaz,
saya tertinggal solat fardu dan pada ketika ini saya mengerjakan solat fardu dan selepas itu solat qada.
pertanyaan saya, contohnya bolehkah saya qada solat isyak terlebih dahulu sebelum solat isyak fardhu?
Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.
Secara asasnya, solat fardu yang sedang berada dalam waktunya (tunai) perlu didahulukan berbanding solat qada’. Ini kerana mengutamakan solat pada waktunya adalah lebih afdhal dan dituntut dalam syarak.
Maka, solat Isyak tunai wajib didahulukan, dan selepas itu barulah tuan tunaikan solat qada Isyak yang tertinggal.
Wallahu a‘lam.
Sekiranya solat fardhu isyak belum masuk waktunya, contoh 15 minit sebelum fardhu. Bolehkah saya qada isyak terlebih dahulu?
Jika waktu solat fardu Isyak belum masuk, contohnya masih berbaki 15 minit sebelum azan, maka tiada halangan untuk tuan menunaikan solat qada’ Isyak terlebih dahulu.
Solat qada hanya perlu ditangguhkan apabila telah masuk waktu solat fardu tunai.
Sebelum masuk waktu, ia masih dikira masa umum dan tiada kekangan syarak untuk mendahulukan solat qada’.
Maka dalam contoh tuan, boleh qada dahulu sebelum masuk waktu solat fardu Isyak.
Wallahu a‘lam.
Alhamdulillah
Terima kasih atas penjelasan ustaz yang amat jelas dan difahami.
Terima kasih
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah, sama-sama tuan.
Saya bersyukur jika penjelasan yang diberikan dapat membantu dan memberi kefahaman yang jelas.
Jika ada lagi persoalan atau kemusykilan lain, jangan segan untuk bertanya.
Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan ibadah tuan dan memberkati setiap langkah menujuNya.
وَفَّقَنَا اللّٰهُ وَإِيَّاكُمْ لِمَا يُحِبُّهُ وَيَرْضَاهُ
Semoga Allah memberi taufiq kepada kita semua untuk melakukan apa yang Dia redhai.
Wallahu a‘lam.
Jika dah terlepas solat asar,dan kerana baru teringat, diwaktu maghrib sudah solat utk waktu maghrib baru menggantikan yang asar boleh ke?
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.
Dalam situasi ini, tidak mengapa jika puan telah menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum qada solat Asar. Solat Maghrib tersebut tetap sah, dan puan hanya perlu menunaikan solat qada Asar selepas itu.
Semoga penjelasan ini memberi ketenangan kepada puan.
Wallahu a‘lam.
Assalammualaikum… nk tanya , klau terlepas waktu Asar dan maghrib… tapi waktu seterusnya masuk isyak , adakah saya perlu lakukan qada asar dan maghrib dulu ke, kemudian baru tunai kan fardu isyak ? Mohon bantuan 😑
Jika Anda terlepas waktu Asar dan Maghrib dan sudah masuk waktu Isyak, Anda perlu melakukan qada’ solat Asar dan Maghrib terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Isyak. Ini sesuai dengan prinsip solat yang harus dikerjakan secara berurutan
Tata cara qada’ solat sama seperti solat biasa, hanya niat yang menentukan bahwa Anda sedang melakukan qada’.
Assalammualaikum.. Nk tnyela.. Bleh kah kte qada solat selepas kte solat wajib:contoh:qada solat asar selepas solat asar
Walaikumsalam, Boleh tiada masalah
bolehkah buat solat qada subuh selepas solat fardu subuh
Boleh
Assalamualaikum, saya nk tnya.. kalau nak qada solat ni perlu azan atau iqamat ke tak pyah?
Wassalam. Tidak perlu. ?