Apakah hukum solat dengan pakaian yang ada najis tanpa sedar?
Adakah perlu ulang solat atau dimaafkan?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANJika seorang itu sembahyang dalam keadaan tidak cukup syaratnya seperti memakai pakaian yang ada najis tetapi dia tidak sedar adakah wajib kena qadha semula sembahyang yang telah dia kerjakan?
JAWAPAN
Setengah daripada syarat sah solat ialah suci badan dan pakaiannya dari najis yang tidak dimaaf.
Oleh itu siapa yang sembahyang dengan memakai pakaian yang bernajis nescaya sembahyangnya itu tidak sah walau pun banyak yang telah dia kerjakan sekali pun dia tidak menyedarinya.
Apabila sembahyang yang dia telah kerjakan itu tidak sah maka wajib atasnya qadha solat itu kerana tidak gugur kewajipan qadha dengan alasan tidak sedar.
Cuma orang yang tidak sedar atau tidak sengaja sembahyang dengan pakaian yang bernjais dia tidak berdosa.
Telah berkata Imam Taqiyuddin :
Apabila seorang telah sembahyang dengan najis yang tidak dimaafkan daripadanya dan dia tidak tahu dengan najis itu pada ketika sembahyang samada najis itu pada badannnya atau pakaiannya atau tempat sembahyangnya maka jika tidak diketahuinya dengan najis itu sama sekali maka ada dua qaul (pendapat).
Qaul yang jadid yang zahir ialah wajib atasnya qadha kerana sungguhnya bersuci itu wajib maka tidak gugur ia dengan sebab tidak mengetahuinya.”
(Kitab Kifayatul Akhyar)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..