Hukum Simpan Emas Sebagai Harta Anak-Anak

Simpan Emas Sebagai Harta

Apakah hukum simpan emas sebagai harta anak-anak?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya ada membeli emas untuk dua orang anak lelaki saya yang masih kecil dan menyimpannya dalam peti simpanan tujuannya supaya menjadi harta anak saya apabila mereka telah dewasa nanti.

Adakah boleh anak lelaki memiliki emas?

Adakah dikenakan zakat atas emas simpanan tersebut?


JAWAPAN

Orang lelaki harus hukumnya membeli emas atau memilikinya.

Yang diharamkan ke atas orang lelaki ialah memakai emas sebagai perhiasan tubuh seperti kaum perempuan memakainya.

Emas yang disimpan tersebut jika cukup syaratnya barulah wajib dikenakan zakat.

SYARAT WAJIB ZAKAT EMAS

Syarat wajib mengeluarkan zakat emas yang disimpan ialah sampai ia setahun dan cukup nisabnya.

Nisab emas ialah 20 misqal atau 20 dinar yang mana mengikut timbangan sekarang ialah 85 gram.

Rasulullah saw bersabda:

Dan tiada pada yang kurang dari 20 misqal dari emas itu suatu (daripada zakat) dan tiada pada yang kurang dari 200 dirham perak itu suatu (daripada zakat).”

(Hadith Ad-Daruqutni)

Dan pada riwayat Jadd ‘Amr bin Syu’aib:

Tiada (zakat) pada yang kurang dari 20 misqal emas.”

(Kitab Irwaul Ghalil)

Dan diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. :

Maka apabila adalah bagimu 20 dinar emas dan sampai setahun ia maka zakat padanya setengah dinar.”

(Riwayat Abu Daud)

ZAKAT EMAS YANG DISIMPAN

Berkata Imam Nawawi:

Telah berkata ashab kami jikalau seorang mempunyai perhiasan emas dan tidak bertujuan memakainya samada pemakaian yang dilarang atau tidak bahkan bertujuan sebagai harta simpanan maka pendapat mazhab yang sahih yang masyhur yang telah memutuskan dengannya oleh Imam As-Syairazi dan jumhur ulamak ialah wajib zakat padanya.”

(Kitab Al-majmu’)

Kesimpulannya emas yang puan simpan itu apabila sudah sampai beratnya 85 gram dan masa menyimpan telah sampai setahun maka wajiblah dikeluarkan zakatnya yaitu 2.5% dari kadar emas yang disimpan.

Hukum orang lelaki membeli emas sekalipun emas itu adalah perhiasan kaum perempuan dan menyimpannya sebagai harta adalah harus.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments