Apakah hukum sembelih lembu kena langgar?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANSaya ada satu soalan berkenaan lembu yang dilanggar kereta dan disembelih kerana ada pendapat orang mengatakan tidak halal dimakan.
Mohon penjelasannya.
Terima kasih.
JAWAPAN
Jika hendak menyembelih haiwan yang cedera seperti kena langgar misalnya maka hendaklah dilihat terlebih dahulu yakni jika haiwan itu masih mempunyai hayat mustaqirrah maka boleh disembelih dan halal memakannya.
Ada pun jika sampai haiwan itu pada hayat mazbuh maka haram dimakan sekalipun sempat disembelih.
Erti hayat mustaqirrah ialah haiwan tersebut masih kuat yang dapat bertahan sekali pun akhir akan mati jika tidak dirawat.
Dan tandanya ialah apabila disembelih haiwn itu bergerak dengan kuat dan darah keluar dengan memancut.
Dan erti hayat mazbuh pula ialah haiwan yang sudah tidak ada kekuatan dan menunggu masa untuk mati.
Dan tandanya ialah apabila disembelih haiwan itu tidak menunjukkan gerakkan yang kuat dan darahnya tidak memancut.
Berkata Dr Wahbah Zuhaili:
Dan dapat diketahui masih ada hayat mustaqirrah dengan berlakunya gerakkan seperti mengelupur dan dengan terpancut darah kemudian dari putus tempat yang disembelih.
Maka ia adalah dalil masih adanya hayat mustaqirrah sebelum sembelih itu.”
(Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
Tersebut pada kitab Fathul Mu’in:
Disyaratkan ada ada pada haiwan itu hayat mustaqirrah pada permulaan sembelih sekalipun disangka keras ada gerakkan selepas sembelih dan sekalipun sendirinya atas yang muktamad dan juga terpancut darah.”
Jika ketika disembelih haiwan itu tidak berada pada hayat mustaqirrah yakni sudah sampai pada hayat mazbuh nescaya jadilah ia bangkai apabila telah disembelih.
Tersebut pada kitab I’anat At-Talibin:
Maka jika tidak didapati akan hayat mustaqirrah pada permulaan sembelih nescaya adalah ia bangkai.”
KESIMPULAN
Jika haiwan yang dilanggar itu masih pada hayat mustaqirrah iaitu masih gagah dan ketika disembelih ia menggelupur dan terpancut darahnya maka halal dimakan.
Jika haiwan tersebut sudah berada pada hayat mazbuh yaitu terlalu lemah dan apabila disembelih tidak ada gerakkan yang kuat dan darahnya tidak memancut maka tidak halal dimakan.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Boleh saya dapatkan trusted sources untuk fatwa ini? Untuk assignment 🥹