Apakah kata-kata atau ucapan yang menyebabkan murtad dan terkeluar dari Islam?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANAkhir-akhir ini banyak orang Islam terutama anak-anak muda yang mengeluarkan ucapan dan melakukan perbuatan yang mempersenda atau menolak hukum-hukum agama Islam.
Ada ustaz-ustaz yang berkata ucapan dan perbuatan tersebut menyebabkan riddah.
Apakah hukumnya orang yang berkata seperti itu ustaz dan apakah ertinya riddah itu.
JAWAPAN
Riddah ertinya kembali iaitu kembali dari Islam kepada kekufuran dan orang yang melakukan perbuatan riddah itulah yang dinamakan sebagai murtad.
Murtad adalah salah satu dari jenis-jenis kafir cuma murtad itu ialah orang yang Islam sebelumnya.
Apabila dia melakukan perbuatan yang mengkafirkan maka jadilah dia murtad.
Berkata Syeikh Ba’lawi Al-Hadhrami:
Ini satu fasal pada menerangkan perkara yang mengeluarkan seorang dari agama Islam.
Wajib atas sekelian orang Islam memelihara Islamnya dan menjaganya dari perkara yang membinasakannya dan membatalkannya dan memutuskannya.
Perkara tersebut ialah riddah artinya kufur selepas Islam.
Mohon Allah memelihara kita daripadanya.
Dan sungguhnya telah banyak berlaku pada zaman ini bermudah-mudah pada bercakap sehingga bahawasanya terbit dari mulut sebahagian mereka ucapan-ucapan yang mengeluarkan mereka dari agama Islam.
Dan pada hal mereka tidak nampak percakapan mereka itu sebagai dosa apatah lagi hendak sedar percakapan mereka telah mengkafirkan mereka.
Dan riddah itu ada tiga bahagi iaitu keyakinan dan perbuatan dan perkataan.
Setiap bahagian ini bercabang kepada beberapa cabang yang sangat banyak.”
(Kitab Sullam Taufiq)
KESIMPULAN
Jika seorang itu mengeluarkan ucapan yang mempersenda agama atau menolak hukum-hukum agama Islam maka tidak syak lagi mereka telah menjadi kafir murtad yang tercerailah isteri atau suaminya dengan sebabnya.
Dan haram disembahyangkan mayat mereka jikalau mereka mati dan tidak boleh ditanam mayatnya di tanah perkuburan orang Islam dan diakhirat dia adalah penghuni neraka kekal selama-lamanya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
assalamualaikum ustaz maaf Bertanya, saya seseorang yang suka tengok cerita mistik dan kadang sewaktu saya tengok perbuatan syirik yang dilakukan terlintas di dalam hati ingin mencuba sekali sahaja membuat perbuatan tersebut adakah ya menyebabkan murtad?
Tapi selepas lintasan itu saya istighfar semula