Hukum Menangis Sebelum Kematian

Menangis Sebelum Berlaku Kematian

Apakah hukum menangis sebelum berlaku kematian?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya ingin tahu apakah hukumnya kaum keluarga menangis sebelum berlaku kematian di sisi mazhab yang empat?


JAWAPAN

Tersebut pada Kitab Ikhtilaful A’immatul Ulamak :

Dan telah bersalahan ulamak pada dimakruhkan menangis atas mayat sebelum mati dan selepas matinya.

Maka telah berkata ulamak mazhab Syafie harus menangis sebelum kematian dan dimakruhkan menangis selepas matinya.

Dan berkata ulamak yang lain tidak dimakruhkan menangis sebelum kematian dan tidak makruh selepas matinya.”

Perlu diketahui maksud menangis yang diharuskan pada masalah ini ialah mengeluarkan air mata kerana kesedihan.

Ada pun berteriak iaitu menangis dalam keadaan mengangkat suara maka hukumnya adalah haram, bukan lagi harus atau makruh kerana dilarang oleh Rasulullah saw.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments