Adakah harus menggantung ayat-ayat atau surah-surah tertentu dari Al-Quran pada dinding rumah?
Meletakkan ayat-ayat atau surah-surah dari Al-Quran pada dinding rumah seperti yang dapat dilihat ia dilakukan olih masyarakat Islam sekarang ada perselisihan ulamak padanya.
Setengah ulamak mengharuskannya dengan syarat memeliharanya dan memuliakannya manakala setengah ulamak memakruhkannya.
Tersebut pada Kitab Al-Fatawa Al-Hindiyah :
ولو كتب القرآن على الحيطان والجدران بعضهم قالوا: يرجى أن يجوز، وبعضهم كرهوا ذلك مخافة السقوط تحت أقدام الناس”
Ertinya : “Dan jikalau ditulis akan Al-Quran di atas dinding dan tembuk maka berkata setengah ulamak : Diharapkan bahawa hukumnya adalah harus manakala setengah mereka itu memakruhkan yang demikian itu kerana khuatir jatuh ia pada kaki-kaki manusia.” ( jilid 5 m.s. 323)
Dan berkata Mufti Jordan :
تجوز كتابة الآيات القرآنية على الجدران أو نقشها عليها أو تعليقها على شكل مناظر، ولكن الواجب أن تُعظَّم وتُحترم، وتُصان عن العبث أو الامتهان، وعدم رميها مع القمامة بعد تلفها، لقوله عز وجل: (ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ) الحج/32.
Ertinya : “Harus menulis ayat-ayat Quran atas dinding atau memahat ayat Quran di atasnya atau gantungnya sebagai tatapan awam akan tetapi yang wajib bahawa memuliakannya dan menghurmatinya. Dan juga wajib dipelihara dari disia-siakannya atau direndah-rendahkannya. Dan tidak harus melemparnya bersama sampah selepas ia rosak kerana firman Allah Taala : Bermula yang demikian itu dan orang yang membesarkan akan sekelian syiar Allah maka sungguhnya ia termasuk tanda hati yang taqwa.” (Al-Haj : 32)
Kesimpulannya tidak mengapa dijadikan ayat Quran sebagai hiasan pada dinding rumah dengan syarat hendaklah diletakkan tinggi jauh dari kaki manusia dan wajib pula memeliharanya dari kotoran atau seumpamanya kerana menghurmatinya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Ya Allah.. peliharakanlah saudaraku ini dari segala macam jenis fitnah..
Terima kasih tuan.. amat bermanfaat bagi saya semua perkongsian tuan..
Ya Allah.. rahmatilah saudaraku sekeluarga..
Amin Ya Rabbal’alamin
Terima kasih banyak atas doa dan sokongan tuan. Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada segala ujian dan memberi kekuatan untuk terus berada di jalan-Nya. Saya gembira dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat, dan semoga setiap usaha ini membawa kebaikan kepada kita semua. Moga rahmat dan keberkatan sentiasa menyertai tuan serta keluarga. Amin Ya Rabbal’alamin. ツ