Hukum Ambil Buah Dari Pokok Dalam Kawasan Masjid

hukum ambil buah

Apakah hukum ambil buah dari pokok dalam kawasan masjid?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Saya ingin bertanya satu soalan berkenaan pokok yang ditanam dalam tanah masjid adakah boleh orrang ramai makan buah dari pokok itu?


JAWAPAN

Pokok yang tumbuh di dalam pagar masjid atau di atas tanahnya yang bukan milik seseorang harus dimakan buahnya oleh orang ramai.

Berkata Syeikh Abdul Rahman Ba’lawi :

Bermula hukum pokok yang tumbuh di dalam tanah yang diwakafkan bagi orang-orang Islam atau tanah perkuburan untuk kegunaan orang ramai atau yang diwakafkan adalah harus kerana mengikut hukum tanahnya akan tetapi telah berkata Al-Hanati yang utamanya ialah pulangkan hasil buahnya bagi masalahat wakaf.

Ada pun tanah yang diwakafkan atas golongan yang tertentu maka buahnya itu khusus bagi mereka itu.

Maka barang siapa dari kalangan mereka ini yang telah mengambilnya maka ialah miliknya.

Dan jika orang yang selain mereka itu mengambilnya maka wajib ia ganti dan terlepas tangggung jawabnya dengan menyerahkannya kepada salah seorang dari mereka itu.

Dan yang utama ialah menyerahkannya kepada hakim supaya ia gunakan kepada maslahatnya.”

(Kitab Bughyah Al-Mustarsyidin)

Tersebut pada kitab I’anah At-Talibin:

Buah pokok yang tumbuh di tanah perkuburan orang ramai diharuskan bagi setiap orang memakan daripadanya.

Dan menggunakannnya bagi masalahah tanah perkuburan itu adalah lebih utama.”

Kesimpulan

Buah dari pokok yang tumbuh di atas tanah masjid dan perkuburan waqaf orang ramai adalah harus dimakan oleh orang ramai.

Jika diwakafkan untuk orang tertentu contohnya pokok yang ditanam di atas tanah masjid itu diwakafkan bagi anak yatim maka hanya anak yatim sahaja yang harus memakan buahnya.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments