Hukum Belum Hafal Doa Qunut

Belum Hafal Doa Qunut

Apakah hukum belum hafal doa qunut?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Jika kita sengaja tidak membaca doa qunut ketika sembahyang subuh adakah disunatkan sujud sahwi? Bagaimana kalau orang itu belum menghafal bacaan doa qunut?


JAWAPAN

Disunatkan melakukan sujud sahwi sebelum salam bagi orang yang terlupa membaca doa qunut ketika sembahyang fardu subuh.

Dan begitu juga disunatkan sujud sahwi jika sengaja dia tinggalkan membacanya.

Berkata Syeikh Ramli :

Yang dikehendaki dengan sujud sahwi ialah sujud yang dilakukan bagi menampung kekurangan walau pun sengaja sebabnya seperti meninggalkan tasyahud awal atau meninggalkan qunut dengan sengaja.”

(Kitab An-Nihayah)

Ada pun orang yang masih belum menghafal bacaan doa qunut maka harus ia membaca doa yang lain yang dia ingat.

Tersebut pada Kitab Fathul Muin :

Dan tidak tertentu segala kalimah qunut itu maka memadai daripadanya membaca ayat yang bermakna doa jika qasad dia akan doa seperti ayat akhir surah Al-Baqarah dan seperti demikian memadai juga membaca asal saja doa sekali pun doa yang tidak diriwayatkan di dalam hadith.”


Kesimpulannya

Siapa yang belum hafal doa qunut, maka hendaklah dia bersungguh menghafalnya supaya dapat dibaca dan mencapai akan fadhilatnya.

Sementara seorang itu belum hafal doa qunut maka harus dia membaca doa yang lain.

Siapa yang tertinggal atau terlupa membaca doa qunut maka sunat atasnya sujud sahwi dua kali sebelum salam.

Begitu juga jika dia sengaja tidak membacanya disunatkan juga sujud sahwi tersebut.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nurul
Nurul
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum saya baru mula belajar solat kalau solat taubat saya hafal allfatihan sajak sah ka solat taubat sunat

Hanny Rahmad
Hanny Rahmad
2 tahun yang lalu

Sekiranya masih belum hafal doa Qunuq seharusnya membaca doa yg lain? Jadinya baca ayat lain tapi perlu kah buat sujud sahwi selepas itu ? Agag keliru di situ.. mohon jelaskan.. terima kasih ustaz/ustaza