Adakah air liur kucing itu najis?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANSaya ada satu kemusykilan iaitu masa kita sedang mengerjakan solat lalu datang kucing menjilat tangan kita atau kaki kita adakah batal solat kita?
Adakah air liur kucing itu najis?
JAWAPAN
Hukum air liur kucing adalah suci dan begitu juga suci air liur sekelian haiwan yang lain kecuali anjing dan babi.
Berkata Imam Nawawi:
Ketahui olehmu sungguhnya tiada beza pada peluh dan air liur dan kahak dan air mata antara orang yang junub dan haidh dan yang suci dan muslim dan kafir dan baghal dan keldai dan kuda dan tikus dan sekelian haiwan buas dan sekelian haiwan yang melata bahkan ialah suci dari kesemuanya dan dari sekalian haiwan itu suci melainkan anjing dan babi dan anak dari keduanya.”
(Kitab Al-Majmu’)
Dan tersebut pada Kitab Al-Musu’atul Fiqhiyah:
Dan berkata oleh ulamak-ulamak mazhab Syafie sungguhnya apa yang terpisah dari batin haiwan dan tidak berkumpul dan bersekali di dalam batin.
Hanyalah ia air yang terbit sahaja seperti air liur dan air mata dan peluh dan kahak.
Maka baginya mengikut hukum haiwan itu yang jika haiwan itu najis maka ia najis dan jika haiwan itu suci maka ia suci.”
Maka berbalik kepada soalan apabila seorang yang sedang solat lalu datang kucing menjilat anggota badannya atau pakaiannya nescaya tidaklah batal solatnya dari kerana air liur kucing itu adalah suci bukannya najis.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
assalamualaikum, kalau kucing jilat tahi, najis?