SAYYIDUL ISTIGHFAR (Penghulu Istighfar Rumi)

sayyidul istighfar

Bagaimanakah bacaan dan kelebihan Sayyidul Istighfar?

Sayyidul Istighfar adalah merupakan salah satu doa atau ucapan taubat yang amat digalakkan.

Bacaan sayyidul istighfar mahupun juga dikenali sebagai penghulu istighfar adalah seperti berikut:

Bacaan Penghulu Istighfar

penghulu istighfar

 Allaahumma Anta Rabbii Laa ilaaha illaa Annta Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta. 

Maksudnya:

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.

Maksud Istighfar

Maksud istighfar adalah:

Menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan.

Setelah selesai mengerjakan Solat Sunat Taubat digalakkan untuk banyak-banyak membaca istighfar dan minta ampun kepada Allah SWT.

Hendaklah istighfar di ucapkan sambil menghayati maknanya, iaitu memohon kepada Allah supaya mengampunkan segala dosa yang sudah telanjur dilakukan.

Jangan hanya ucapan di bibir, maksudnya bibir mengucapkan istighfar tetapi hati tidak berniat untuk meninggalkan perbuatan maksiat.

Kelebihan Sayyidul Istighfar

Banyak faedah dan manfaat daripada istighfar, faedah yang paling nyata dan diketahui semua orang ialah untuk mendapat maghfirah atau keampunan daripada Allah SWT.

YouTube video

Dijamin Dimasukkan Dalam Syurga

Antara zikir Rasulullah SAW yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah Sayyidul Istighfar (penghulu istighfar).

Sesiapa yang membaca Sayyidul Istighfar dijanjikan dengan syurga jika dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga.

Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga.

(riwayat Imam al-Bukhari)

Dilapangkan Kesempitan Dalam Hidup

Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”.

– Riwayat Abu Daud (1518)

Menurut Syeikh Syu’aib al-Arna’outh: Sanadnya dhaif kerana salah seorang perawi bernama al-Hakam bin Mus’ab padanya jahalah (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Zahabi.

Menurut Syeikh Muhsin al-‘Abbad al-Badr ketika mensyarahkan hadis ini berkata:

Walaupun hadith ini dhaif dari sudut sanadnya  tetapi maknanya terdapat di dalam al-Qur’an ketika membahaskan berkaitan taqwa di dalam surah al-Thalaq 2 hingga 3. Selain itu, di dalam al-Qur’an juga menyatakan bahawa istighfar merupakan sebab mendapat rezeki sebagaimana di dalam surah Nuh ayat ke 10 hingga 12”.


Terhalang Dari Bencana

Istighfar menyebabkan terhalangnya azab dan bencana yang akan menimpa.

Firman Allah SWT:

Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka sedang engkau berada di tengah-tengah mereka. Dan tidak pula Allah mengazab mereka kerana mereka meminta ampun.”

(Surah Al-Anfal ayat 33)

Bererti istighfar atau minta ampun kepada Allah SWT bermanfaat untuk menghalang murka Allah SWT.

Atau dengan perkataan lain istighfar berfungsi untuk menolak bala.


Memurahkan Rezeki

Istighfar dapat memurahkan rezeki.

Dengan istighfar yang kita ucapkan secara ikhlas dan khusyuk, Allah SWT akan menurunkan hujan dari langit, hujan yang mengandungi rahmat dan bukan yang membawa bencana.

Allah SWT akan menurunkan hujan yang menyebabkan tanam-tanaman tumbuh dengan subur dan mendatangkan biji atau buah yang banyak.

Hujan rahmat yang menyebabkan air sungai mengalir deras, air perigi mudah didapati dan sebagainya.

Bahkan dengan istighfar yang diucapkan, Allah SWT akan memberi anak yang sihat dan cerdas dan soleh sehingga menjadikan kita bahagia di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT:

Maka aku (Nuh) berkata kepada mereka: “Mohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepada kamu dengan lebatnya, dan membanyakkan harta dan anak-anak kamu, dan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan mengadakan pula (di dalamnya) untuk kamu sungai sungai.”

— Surah Nuh ayat 10-12

Bererti jelaslah bahawa istighfar itu memurahkan rezeki.

Ini diikuti lagi dengan hadis daripada Ibnu Abbas, katanya Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang sentiasa membaca istighfar, nescaya Allah SWT jadikan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta kelapangan dari setiap dukacita dan Allah SWT berikan kepadanya rezeki yang tidak diperkirakan datangnya.”

— HR. Abu Daud dan Ibnu Majah

Doa Meminta Keampunan

Disamping melafazkan bacaan Sayyidul Istighfar, kita juga digalakkan untuk membaca doa-doa taubat memohon keampunan.

Antara contoh doa taubat yang boleh dibacakan adalah:

PERTAMA

 qālā rabbanā ẓalamnā anfusanā wa illam tagfir lanā wa tarḥamnā lanakūnanna minal-khāsirīn 

Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri (telah melanggar perintah-Mu), maka jika tidak Engkau ampuni kami dan tidak Engkau rahmati, maka jadilah kami orang orang yang rugi.”

(Surah Al-A’raf ayat 23)
KEDUA

 Allahummag-firlanaa DzuNuuBana Waliwaa LiDaiNaa WarHamHuma Kama RabBawNaa SiGhooRan WaliJamii-‘il MuslimiiNa Wal Muslimat BirohMatika Yaa Arhamar-Rohiminn. 

“Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kami semasa kecil, begitu juga dosa seluruh kaum Muslimin dan Muslimat, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

KETIGA

 Rabbanā wa lā taḥmil ‘alainā iṣran kamā ḥamaltahū ‘alallażīna min qablinā, rabbanā wa lā tuḥammilnā mā lā ṭāqata lanā bih, wa‘fu ‘annā, wagfir lanā, warḥamnā, anta maulānā fanṣurnā ‘alal qaumil-kāfirīn 

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kamitersalah. Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampuni kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir,”

(Surah Al-Baqarah ayat 286)
KEEMPAT

 Allahumma Inni As-Alukal Afwa Wal ‘Aafiyah Fid-Din Wad-Dunya Wal-AaKhiroh 

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu akan keampunan dan kesihatan dalam agama di dunia dan akhirat.”

KELIMA

 Allahummag-Firli Wa Ummati Muhammad SAW Magfirotan Aam-Mah WarHamNi War-Ham NabiyyiNa Muhammad SAW Rahmatan Aam-Mah Robbig-Firli WarHam Wa Anta Khoirur-RooHim 

Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa umat Nabi kami Muhammad SAW, dengan keampunan yang menyeluruh. Rahmatilah aku ya Allah dan rahmati Nabi kami Muhammad SAW dengan rahmat yang menyeluruh. Tuhanku, ampunilah dosaku dan sayangi aku, sebab Engkaulah sebaik-baik Zat yang menyayangi.

Penutup

Syarat sah istighfar mestilah taubat nasuha (taubat yang sebenar-benarnya).

Ini bermaksud kita harus meninggalkan semua perbuatan maksiat dan menyesal atas perbuatan maksiat yang pernah dilakukan.

 Ringkasnya, orang yang mengucap istighfar atau bertaubat itu tidak akan mahu melakukan sebarang maksiat atau dosa, dan ini merupakan janjinya kepada Tuhan dan kepada dirinya sendiri.

Firman Allah SWT:

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah, lalu memohon ampun akan dosa mereka dan memang tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”

(Surah All-Imran ayat 135)

Saya berharap panduan ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Jika anda rasa panduan ini berguna, sila kongsikan pautan artikel ini di Facebook, Twitter atau kepada kenalan Whatsapp anda.

Jangan lupa untuk subscribe melalui emel pada form di bawah. Semoga bertemu lagi.

Terima kasih

Rujukan

  1. Panduan Solat Taubat — Abu Ezzat Al-Mubarak
  2. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-168: PENGHULU SEGALA ISTIGHFAR
  3. Ustaz Jafri Abu BakarBaca Sayyidul Istighfar & Selawat Waktu Pagi & Petang
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

15 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Affendi Hamid
Affendi Hamid
4 bulan yang lalu

Asalamualaikum notifikasi ini amat berguna Jadi rujukan Saya lepas Solat yg tidak hafal DOA ini

shar ali
shar ali
1 tahun yang lalu

hey brother i found a missing in your “syadul Istigfar”. at the end of the line missing arabic word “laka” before “bejambi” word. please correction your syadul Istigfar.

EwanSanie
EwanSanie
Reply to  shar ali
8 bulan yang lalu

Assalamualaikum Brother. MaasyaAllah Thankyou for your kind reminder and for the correction. May you will be blessed with Rahmatika for all your kindness and be gathered in HIS Jannah.
Amiin

Intan
Intan
1 tahun yang lalu

Assalammu’alaikum w.b.t. Jazakallah khairan kathira untuk perkongsiannya. Saya memohon izin untuk copy beberapa perkara penting dalam penulisan ini untuk persiapan saudara saya yang bakal naik haji. Semoga Allah S.W.T. merahmati kita semua.

HHamid
HHamid
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum.
Terima Kasih atas panduan2 yang telah di kongsi di sini dan juga topik2 lain. Saya telah banyak dapat ilmu dari tuan. Alhamdulillah
May Allah reward you with Jannah Firdaus without accountability, for sharing your ilmu, with so many umma like me, so we can learn. Allahumma Amiin 🤲🏼.
Saya mohon kongsi ilmu2 yang saya dapati dilaman web tuan dengan keluarga. Inshallah

Hamid
Hamid
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz, saya mohon izin untuk save banyak artikel ustaz yang sangat manafaat untuk diri saya. Semoga Allah memberkati usaha Ustaz dengan limpahan pahala ilmu yang dimanafaat oleh orang lain sebagai jalan ke Syurga Firdausi.Aamiiin.

RadenA
RadenA
1 tahun yang lalu

Aamiin 3X YaRabbal Alamiin

ain
ain
2 tahun yang lalu

mohon share. Terima kasih

fomie
fomie
2 tahun yang lalu

mohon izin copy bacaan nye…🤲🏼

Maya
Maya
2 tahun yang lalu

Terbaik..?.
Izin share ya. Terima kasih.

si-fulan
si-fulan
2 tahun yang lalu

saya minta izin untuk share dan save ye.Semoga Allah memberkati anda.Terima kasih.