Doa Masuk Masjid

Doa Masuk Masjid

Ini adalah panduan doa masuk masjid.

Apa yang menarik:

Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam doa tersebut bagi membantu anda yang sukar membaca tulisan arab.

Makna setiap doa juga turut dinyatakan.

Semoga memudahkan urusan anda.

Doa Masuk Masjid

Disunatkan ketika masuk ke dalam masjid, membaca:

Doa Masuk Masjid

 Aa ‘uzubillahil ‘azim, wa bi wajhihil-kariim, wa sulthonihil-qodim, minassyaithonir-rojim, Allahumma solli wasallim ‘ala muhammadin wa ‘ala ali muhammadin, Allahummagh-firli zunuu-bi waftahli abwaba rahmatika 

Maksudnya:

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Agung, dengan Wajah-Wajahnya Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang lampau daripada godaan syaitan yang terkutuk.

Segala puji bagi Allah.

Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu.


Doa Masuk Masjid Versi Ringkas

Jika sukar membaca doa yang pertama, maka boleh dibacakan doa ringkas ini:

Doa Masuk Masjid

 Allahummaf-tahlii abwaaba rohmatik 

Maksudnya:

Ya Allah, bukalah untukku pintu-pintu rahmat-Mu”

Doa diatas dibaca pada saat masuk ke masjid dengan mendahulukan kaki kanan.

Adab Ketika Berada Di Masjid

Ketika berada di dalam masjid, disunatkan memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dengan membaca tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan lain-lain.

Selain itu, disunatkan juga memperbanyakkan membaca al-Quran dengan mempelajari hadis Nabi SAW, ilmu feqah dan pelbagai disiplin ilmu syariat.

Allah SWT berfirman:

(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

(Surah an-Nur: 36-37)
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Syahidan
Syahidan
1 tahun yang lalu

Doa keluar masjid ada tak?