Niat dan Cara Solat Sunat Gerhana Matahari (Rumi)

Panduan niat dan cara solat sunat gerhana matahari (solat kusuf) mengikut mazhab Syafi'e: 2 rakaat dengan dua rukuk, bacaan Rumi, waktu dan khutbah.

Muhamad Naim Abd ManafDikemas kini 14 November 2026
Solat sunat gerhana matahari

Ini adalah panduan lengkap solat sunat gerhana matahari, daripada niat hingga salam dan khutbah, mengikut mazhab Syafi‘e.

Bacaan dalam solat disertakan dengan tulisan Arab, transliterasi Rumi, audio dan maksud. Panduan ini sesuai untuk orang yang baru belajar solat, sama ada solat sendirian di rumah atau berjemaah di masjid.

Ringkasan Solat Sunat Gerhana Matahari

Solat sunat gerhana matahari ialah solat dua rakaat yang dikerjakan ketika berlaku gerhana matahari. Bentuknya yang khas ialah dua kali berdiri membaca al-Fatihah dan dua kali rukuk dalam setiap rakaat.

  • Hukum: sunat muakkadah, iaitu sunat yang sangat dituntut.
  • Bilangan: 2 rakaat dengan satu salam. Setiap rakaat ada dua qiyam dan dua rukuk.
  • Bacaan: perlahan, termasuk bagi imam.
  • Waktu: sejak gerhana bermula hingga matahari terang sepenuhnya.
  • Khutbah: sunat dua khutbah selepas solat jika berjemaah.
Infografik fakta penting solat sunat gerhana matahari: hukum, bilangan rakaat dan rukuk, bacaan perlahan, waktu dan khutbah
Solat Sunat Gerhana Bulan

Mencari solat gerhana bulan?

Niat dan Cara Solat Sunat Gerhana Bulan (Solat Khusuf)

Panduan ini khusus untuk gerhana matahari. Niat, cara dan bacaan solat gerhana bulan berbeza sedikit, terutama bacaannya yang nyaring.

Gerhana matahari berlaku apabila cahaya matahari terlindung sebahagian atau sepenuhnya. Dalam bahasa Arab ia disebut kusūf, manakala gerhana bulan lebih masyhur disebut khusūf.1

Gerhana pernah berlaku pada zaman Rasulullah ﷺ, pada hari wafatnya putera baginda, Ibrahim. Ketika orang ramai mengaitkannya dengan kematian itu, baginda menegaskan bahawa matahari dan bulan tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan sesiapa, lalu menyuruh umatnya solat dan berdoa.2

Solat Kusuf dan Solat Khusuf

Solat gerhana matahari juga dikenali sebagai solat kusuf, manakala solat gerhana bulan dikenali sebagai solat khusuf. Kadang-kadang kedua-dua istilah ini ditukar ganti.1 Cara kedua-duanya sama, iaitu dua rakaat dengan dua rukuk pada setiap rakaat. Bezanya, solat gerhana matahari dibaca perlahan, manakala solat gerhana bulan dibaca nyaring.3

Hukum Solat Sunat Gerhana Matahari

Dalam mazhab Syafi‘e, solat gerhana hukumnya sunat muakkadah, iaitu sunat yang sangat dituntut, dan makruh ditinggalkan. Ia tidak wajib.4 Apabila melihat gerhana, Rasulullah ﷺ menyuruh umatnya berdoa, bertakbir, solat dan bersedekah.5

Bolehkah Solat Gerhana Bersendirian?

Boleh. Yang afdal ialah berjemaah di masjid, tetapi solat ini tetap disunatkan bagi orang yang solat bersendirian, termasuk wanita di rumah.6 Orang yang solat bersendirian tidak berkhutbah.

Solat gerhana ialah dua rakaat dengan satu salam. Ibn Hajar al-Haitami menyebut tiga cara yang sah untuk menunaikannya.7

CaraBentukCatatan
1. Paling minimumDua rakaat seperti solat sunat biasa, satu rukuk pada setiap rakaatSah, tetapi tidak mengikut bentuk khas solat gerhana
2. Dua rukuk (panduan ini)Setiap rakaat ada dua kali berdiri membaca al-Fatihah dan dua kali rukuk, dengan surah pendekBentuk khas solat gerhana. Mudah diikuti sendirian atau berjemaah
3. Paling sempurnaSeperti cara kedua, tetapi bacaan, rukuk dan sujud dipanjangkanAfdal bagi yang mampu. Lihat kotak Amalan Pilihan dalam langkah 4

Panduan ini menggunakan cara kedua sebagai langkah utama. Ia berdasarkan hadis Aisyah RA tentang solat Rasulullah ﷺ ketika gerhana.8,9

Kerana itu, solat gerhana kadang-kadang disebut solat empat rukuk dan empat sujud dalam dua rakaat, seperti yang digambarkan oleh Aisyah RA.10

Jangan Tambah atau Kurangkan Rukuk

Selepas berniat solat gerhana dengan dua rukuk, jangan tambah rukuk ketiga kerana gerhana masih berlaku, dan jangan kurangkan rukuk kerana matahari sudah terang.11

Waktu solat gerhana matahari bermula apabila gerhana berlaku dan berakhir apabila matahari terang sepenuhnya. Waktunya juga luput jika matahari terbenam ketika masih gerhana.12

KeadaanHukum
Gerhana sedang berlakuBoleh mula solat
Gerhana berlaku selepas Asar atau selepas SubuhBoleh solat. Solat gerhana ada sebab, jadi ia tidak termasuk larangan solat pada waktu makruh13
Matahari tertutup awanGerhana dianggap masih berlaku. Boleh mula atau teruskan solat14
Matahari terang ketika anda sedang solatTeruskan dan sempurnakan solat itu15
Matahari sudah terang sepenuhnya sebelum solat dimulakanTidak lagi disunatkan solat, dan tiada qada16
Matahari terbenam dalam keadaan gerhanaWaktu solat gerhana matahari luput

Jadual gerhana yang diumumkan oleh Planetarium Negara atau pihak berkuasa agama membantu anda bersiap lebih awal. Namun tamatnya waktu solat ditentukan oleh terangnya matahari, bukan oleh kiraan semata-mata.17

Jaga Mata Anda

Jangan melihat matahari secara terus dengan mata kasar ketika gerhana, walaupun sebahagiannya terlindung. Gunakan penapis khas gerhana jika mahu melihatnya.

Niat dihadirkan di dalam hati ketika takbiratul ihram. Niat mesti menentukan bahawa solat ini ialah solat gerhana matahari.18 Lafaz niat di bawah membantu hati. Berniat dalam bahasa Melayu juga memadai. Bagi gerhana bulan, gunakan lafaz niat dalam panduan solat gerhana bulan.

Niat Solat Gerhana Matahari Bersendirian

Bersendirian

أُصَلِّي سُنَّةَ كُسُوفِ الشَّمْسِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Uṣallī sunnata kusūfisy-syamsi rak‘ataini lillāhi ta‘ālā.

“Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”


Niat Solat Gerhana Matahari Sebagai Imam

Imam

أُصَلِّي سُنَّةَ كُسُوفِ الشَّمْسِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا لِلّٰهِ تَعَالَى

Uṣallī sunnata kusūfisy-syamsi rak‘ataini imāman lillāhi ta‘ālā.

“Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.”


Niat Solat Gerhana Matahari Sebagai Makmum

Makmum

أُصَلِّي سُنَّةَ كُسُوفِ الشَّمْسِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُومًا لِلّٰهِ تَعَالَى

Uṣallī sunnata kusūfisy-syamsi rak‘ataini ma’mūman lillāhi ta‘ālā.

“Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.”

Nota Niat

Ketika takbiratul ihram, hadirkan dalam hati bahawa anda solat gerhana dengan dua rukuk pada setiap rakaat. Menurut Ibn Hajar al-Haitami, jika niat tidak menentukan cara ini, solat itu dilakukan seperti solat sunat biasa. Syihabuddin ar-Ramli pula membolehkan seseorang memilih salah satu cara.19

Sebelum Mula

  1. Ambil wuduk. Sunat mandi sebelum solat gerhana jika sempat.20
  2. Solat ini tidak didahului azan dan iqamah. Jika berjemaah, diserukan aṣ-ṣalātu jāmi‘ah.21
  3. Pastikan pakaian dan tempat solat bersih, aurat tertutup dan anda menghadap kiblat.
  4. Ingat dua perkara khas: setiap rakaat ada dua rukuk, dan bacaan dibaca perlahan.

Gambaran Satu Rakaat

Setiap rakaat solat gerhana ada dua kali berdiri membaca al-Fatihah dan dua kali rukuk, sebelum sujud seperti biasa. Susunannya:

  1. Berdiri, baca al-Fatihah dan surah pendek.
  2. Rukuk pertama.
  3. Bangun dan berdiri semula, jangan sujud.
  4. Baca al-Fatihah dan surah pendek sekali lagi.
  5. Rukuk kedua.
  6. Iktidal.
  7. Sujud, duduk antara dua sujud, sujud kedua.

Rakaat kedua dilakukan dengan susunan yang sama, kemudian tahiyat akhir dan salam. Langkah 1 hingga 28 di bawah menghuraikan setiap pergerakan.

Rakaat 1 daripada 2

Rakaat Pertama

Langkah 1 daripada 28 · Rakaat Pertama

1

Mulakan dengan Niat dan Takbiratul Ihram

Berdiri tegak menghadap kiblat. Hadirkan niat solat sunat gerhana matahari dalam hati ketika mengucapkan takbiratul ihram.

أُصَلِّي سُنَّةَ كُسُوفِ الشَّمْسِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Uṣallī sunnata kusūfisy-syamsi rak‘ataini lillāhi ta‘ālā

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.” Berniat dalam bahasa Melayu sahaja juga memadai. Bagi imam dan makmum, gunakan lafaz niat masing-masing dalam bahagian niat.

Nota Niat

Niat ialah kehendak hati, bukan bacaan yang mesti dilafazkan. Hadirkan niat ketika takbiratul ihram. Melafazkannya sebelum takbir hukumnya sunat untuk membantu hati.22

Hadirkan juga dalam hati bahawa anda solat gerhana dengan dua rukuk pada setiap rakaat.18,19

Cara mengangkat takbir (takbiratul ihram) dalam solat

Angkat kedua-dua tangan dengan tapak tangan menghadap kiblat, hujung jari setentang dengan bahagian atas telinga, ibu jari setentang cuping telinga dan tapak tangan setentang bahu. Ucapkan takbir “Allāhu akbar” dengan jelas sambil berniat dalam hati.23

اَللَّهُ أَكْبَرُ

Allāhu akbar



Maksud Bacaan

Allah Maha Besar!

Selepas takbir, letakkan tangan kanan di atas pergelangan tangan kiri, di bawah dada dan di atas pusat.24


Langkah 2 daripada 28 · Rakaat Pertama

2

Baca Doa Iftitah (Sunat)

Selepas takbiratul ihram, baca doa iftitah secara perlahan. Ia sunat dan dibaca pada rakaat pertama sahaja. Jika tidak membacanya, solat tetap sah.25 Huraian lanjut ada dalam artikel doa iftitah.

اَللّٰهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللّٰهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا. وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ. إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ.

Allāhu akbaru kabīrā, wal-ḥamdu lillāhi kaṡīrā, wa subḥānallāhi bukrataw wa aṣīlā. Wajjahtu wajhiya lillażī faṭaras-samāwāti wal-arḍa ḥanīfam muslimaw wa mā ana minal-musyrikīn. Inna ṣalātī wa nusukī wa maḥyāya wa mamātī lillāhi rabbil-‘ālamīn. Lā syarīka lahū wa biżālika umirtu wa ana minal-muslimīn.



Maksud Bacaan

Allah Maha Besar dengan sebesar-besarnya, segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, dalam keadaan lurus dan berserah diri, dan aku bukanlah daripada golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dengan itulah aku diperintahkan, dan aku daripada golongan orang Islam.


Langkah 3 daripada 28 · Rakaat Pertama

3

Baca Surah al-Fatihah

Selepas doa iftitah, baca ta‘awwuz secara perlahan: A‘ūżu billāhi minasy-syaiṭānir-rajīm, maksudnya “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.” Ia sunat pada setiap rakaat.26

Al-Fatihah ialah rukun dan wajib dibaca dalam setiap rakaat. Baca dengan tertib dan jelas setiap hurufnya. Solat tidak sah tanpanya.27

Dalam solat gerhana matahari, al-Fatihah dan surah dibaca perlahan, termasuk oleh imam.3

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Ṣirāṭal-lażīna an‘amta ‘alaihim ghairil-maghḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn



Maksud Bacaan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Selesai membaca al-Fatihah, sebut “Āmīn”. Hukumnya sunat.28

Jika Anda Makmum

  • Ikut imam dalam setiap pergerakan, termasuk dua rukuk pada setiap rakaat. Jangan turun sujud sebelum imam.
  • Baca doa iftitah, ta‘awwuz dan al-Fatihah sendiri secara perlahan. Al-Fatihah tetap wajib bagi makmum.27
  • Kerana imam membaca secara perlahan, makmum juga membaca surah sendiri selepas al-Fatihah pada setiap qiyam.29
  • Jika anda masuk lewat, rujuk bahagian situasi khas untuk mengetahui sama ada rakaat itu dikira.

Langkah 4 daripada 28 · Rakaat Pertama

4

Baca Surah Pendek: al-Kafirun

Selepas al-Fatihah, baca satu surah pendek secara perlahan. Dalam panduan ini, qiyam pertama menggunakan surah al-Kafirun. Anda boleh membaca surah lain yang anda hafal.30

Surah al-Kafirun

قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦

Qul yā ayyuhal-kāfirūn. Lā a‘budu mā ta‘budūn. Wa lā antum ‘ābidūna mā a‘bud. Wa lā ana ‘ābidum mā ‘abattum. Wa lā antum ‘ābidūna mā a‘bud. Lakum dīnukum wa liya dīn

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.”

Amalan Pilihan: Memanjangkan Bacaan, Rukuk dan Sujud

Bahagian ini sunat, bukan wajib. Solat gerhana anda tetap sah tanpanya.

Bagi yang mampu, cara paling sempurna ialah memanjangkan setiap qiyam, rukuk dan sujud. Ukurannya ialah tempoh bacaan, bukan bilangan tasbih tertentu.31 Rasulullah ﷺ berdiri lebih kurang kadar surah al-Baqarah dalam qiyam pertama.32

  • Qiyam pertama: surah al-Baqarah atau kadar panjangnya.
  • Qiyam kedua, ketiga dan keempat: lebih kurang 200, 150 dan 100 ayat. Ada juga nas yang menyebut surah Ali ‘Imran, an-Nisa’ dan al-Ma’idah, atau kadarnya.
  • Rukuk pertama hingga keempat: bertasbih selama kadar membaca 100, 80, 70 dan 50 ayat al-Baqarah.
  • Sujud: lebih kurang sepanjang rukuk sebelumnya.33

Iktidal kedua, duduk antara dua sujud dan tahiyat tidak dipanjangkan.34 Jika anda belum mampu, langkah utama dalam panduan ini sudah memadai.


Langkah 5 daripada 28 · Rakaat Pertama

5

Rukuk Pertama

Posisi dan cara melakukan rukuk dalam solat

Angkat kedua-dua tangan seperti ketika takbiratul ihram, dan bertakbir “Allāhu akbar” sambil tunduk untuk rukuk. Letakkan tapak tangan di atas lutut dengan jari direnggangkan. Ratakan belakang dan tengkuk, dan halakan pandangan ke tempat sujud.35

Semasa rukuk, bacalah:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

Subḥāna rabbiyal-‘aẓīmi wa biḥamdih (3x)



Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”

Tuma’ninah: Jangan Tergesa-gesa

Dalam rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud, pastikan anggota badan diam dan tetap seketika sebelum bergerak ke rukun seterusnya. Ini dinamakan tuma’ninah dan ia sebahagian daripada rukun solat.36


Langkah 6 daripada 28 · Rakaat Pertama

6

Bangun dari Rukuk Pertama, Kemudian Berdiri Semula

Kedudukan ketika iktidal

Angkat kepala daripada rukuk sambil mengangkat kedua-dua tangan seperti ketika takbiratul ihram.37 Ketika bangun, baca:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami‘allāhu liman ḥamidah



Maksud Bacaan

“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”

Apabila sudah berdiri tegak dengan tuma’ninah, baca:

رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Rabbanā lakal-ḥamd

“Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian.”

Jangan turun sujud. Dalam solat gerhana, anda kekal berdiri untuk qiyam kedua, lalu membaca al-Fatihah sekali lagi.38


Langkah 7 daripada 28 · Rakaat Pertama

7

Baca al-Fatihah Kali Kedua

Selepas berdiri semula, baca ta‘awwuz, kemudian baca al-Fatihah sekali lagi secara perlahan. Al-Fatihah dalam qiyam kedua ini juga wajib.39,40

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Ṣirāṭal-lażīna an‘amta ‘alaihim ghairil-maghḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Maksud bacaan ini sama seperti dalam langkah 3.

Kemudian sebut “Āmīn”.


Langkah 8 daripada 28 · Rakaat Pertama

8

Baca Surah Pendek: al-Ikhlas

Selepas al-Fatihah, baca surah pendek secara perlahan, contohnya surah al-Ikhlas.

Surah al-Ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤

Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yūlad. Wa lam yakul lahū kufuwan aḥad

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


Langkah 9 daripada 28 · Rakaat Pertama

9

Rukuk Kedua

cara rukuk solat

Angkat kedua-dua tangan dan bertakbir “Allāhu akbar” sambil tunduk untuk rukuk kali kedua, seperti langkah 5. Ratakan belakang dan letakkan tapak tangan di atas lutut.

Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

Subḥāna rabbiyal-‘aẓīmi wa biḥamdih (3x)

Maksud bacaan ini sama seperti dalam langkah 5.


Langkah 10 daripada 28 · Rakaat Pertama

10

Kemudian Bangun Iktidal

Posisi dan cara iktidal

Angkat kepala daripada rukuk kedua sambil mengangkat tangan, seperti langkah 6. Ketika bangun, baca:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami‘allāhu liman ḥamidah

Maksud bacaan ini sama seperti dalam langkah 6.

Apabila sudah berdiri tegak dengan tuma’ninah, baca:

رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Rabbanā lakal-ḥamd

“Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian.”

Iktidal ini tidak dipanjangkan. Selepas tuma’ninah, terus turun untuk sujud.34


Langkah 11 daripada 28 · Rakaat Pertama

11

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Turun Melakukan Sujud

Kedudukan atau posisi yang betul ketika sujud dalam solat

Turun untuk sujud sambil bertakbir “Allāhu akbar”, tanpa mengangkat tangan. Letakkan lutut dahulu, kemudian tapak tangan, kemudian dahi dan hidung.41

Wajib meletakkan tujuh anggota pada tempat sujud: dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sebahagian dahi mesti terdedah menyentuh tempat sujud, seperti sejadah, dan tidak terhalang oleh kopiah, telekung atau tudung yang dipakai. Punggung pula mesti lebih tinggi daripada kepala.

Semasa sujud, bacalah:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x)



Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


Langkah 12 daripada 28 · Rakaat Pertama

12

Kemudian Duduk di Antara Dua Sujud

Posisi istirahah atau cara duduk antara dua sujud dalam solat

Angkat kepala daripada sujud pertama sambil bertakbir “Allāhu akbar”. Duduk iftirasy, iaitu duduk di atas kaki kiri dengan kaki kanan ditegakkan, dan letakkan tangan di atas paha berhampiran lutut. Duduk dengan tuma’ninah.42 Duduk ini ialah rukun solat dan berbeza daripada duduk istirahat sebelum bangun ke rakaat seterusnya.

Kemudian bacalah doa antara dua sujud seperti ini:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbighfir lī warḥamnī wajburnī warfa‘nī warzuqnī wahdinī wa ‘āfinī wa‘fu ‘annī



Maksud Bacaan

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”


Langkah 13 daripada 28 · Rakaat Pertama

13

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sujud kali kedua dalam solat

Selesai doa antara dua sujud, turun sujud sekali lagi sambil bertakbir “Allāhu akbar”. Lakukan seperti sujud pertama, dengan tujuh anggota menyentuh tempat sujud, kemudian baca bacaan dalam sujud.41

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x)



Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya


Langkah 14 daripada 28 · Rakaat Pertama

14

Angkat Kepala Sambil Bertakbir, Kemudian Duduk Istirahat Seketika

Angkat kepala daripada sujud kedua sambil mula bertakbir Allāhu akbar. Ini ialah takbir intiqalat (takbir berpindah), bukan takbiratul ihram yang baharu.

Posisi atau cara duduk istirahat
Posisi Duduk Istirahat

Disunatkan duduk istirahat sebentar sebelum bangun ke rakaat kedua. Panjangkan takbir tadi sepanjang duduk istirahat sehingga anda berdiri tegak. Duduk ini bukan rukun dan tidak ditetapkan tempohnya.

Rakaat pertama selesai

Rakaat 2 daripada 2

Rakaat Kedua


Langkah 15 daripada 28 · Rakaat Kedua

15

Berdiri Untuk Rakaat Kedua

Berdiri tegak untuk rakaat kedua. Takbir intiqalat yang dimulakan ketika mengangkat kepala daripada sujud tadi berakhir apabila anda sudah berdiri. Tidak perlu mengangkat tangan dan tidak perlu berniat semula.

Takbir intiqalat ialah takbir ketika berpindah antara pergerakan solat, seperti turun rukuk, turun sujud dan bangun ke rakaat seterusnya.

اَللَّهُ أَكْبَرُ

Allāhu akbar


Langkah 16 daripada 28 · Rakaat Kedua

16

Baca Surah al-Fatihah

Selepas berdiri tegak, baca ta‘awwuz, kemudian baca al-Fatihah secara perlahan seperti rakaat pertama.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Ṣirāṭal-lażīna an‘amta ‘alaihim ghairil-maghḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Maksud bacaan ini sama seperti dalam langkah 3.

Kemudian sebut “Āmīn” seperti rakaat pertama.


Langkah 17 daripada 28 · Rakaat Kedua

17

Baca Surah Pendek: al-Kafirun

Seperti rakaat pertama, baca surah pendek secara perlahan, contohnya surah al-Kafirun.

Surah al-Kafirun

قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦

Qul yā ayyuhal-kāfirūn. Lā a‘budu mā ta‘budūn. Wa lā antum ‘ābidūna mā a‘bud. Wa lā ana ‘ābidum mā ‘abattum. Wa lā antum ‘ābidūna mā a‘bud. Lakum dīnukum wa liya dīn

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.”


Langkah 18 daripada 28 · Rakaat Kedua

18

Rukuk Pertama dalam Rakaat Kedua

cara rukuk solat

Angkat kedua-dua tangan dan bertakbir “Allāhu akbar” sambil tunduk untuk rukuk, seperti rakaat pertama. Ratakan belakang dan letakkan tapak tangan di atas lutut.

Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

Subḥāna rabbiyal-‘aẓīmi wa biḥamdih (3x)

Maksud bacaan ini sama seperti dalam langkah 5.


Langkah 19 daripada 28 · Rakaat Kedua

19

Bangun dari Rukuk, Kemudian Berdiri Semula

Posisi dan cara iktidal

Angkat kepala daripada rukuk sambil mengangkat tangan, seperti langkah 6. Ketika bangun, baca:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami‘allāhu liman ḥamidah

Maksud bacaan ini sama seperti dalam langkah 6.

Apabila sudah berdiri tegak dengan tuma’ninah, baca:

رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Rabbanā lakal-ḥamd

“Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian.”

Jangan turun sujud. Kekal berdiri untuk qiyam kedua dalam rakaat ini.


Langkah 20 daripada 28 · Rakaat Kedua

20

Baca al-Fatihah Kali Kedua

Selepas berdiri semula, baca ta‘awwuz, kemudian baca al-Fatihah sekali lagi secara perlahan.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Ṣirāṭal-lażīna an‘amta ‘alaihim ghairil-maghḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Maksud bacaan ini sama seperti dalam langkah 3.

Kemudian sebut “Āmīn”.


Langkah 21 daripada 28 · Rakaat Kedua

21

Baca Surah Pendek: al-Ikhlas

Seperti qiyam kedua dalam rakaat pertama, baca surah pendek secara perlahan, contohnya surah al-Ikhlas.

Surah al-Ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤

Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yūlad. Wa lam yakul lahū kufuwan aḥad

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


Langkah 22 daripada 28 · Rakaat Kedua

22

Rukuk Kedua dalam Rakaat Kedua

cara rukuk solat

Angkat kedua-dua tangan dan bertakbir “Allāhu akbar” sambil tunduk untuk rukuk kali kedua, seperti langkah 5. Ratakan belakang dan letakkan tapak tangan di atas lutut.

Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

Subḥāna rabbiyal-‘aẓīmi wa biḥamdih (3x)

Maksud bacaan ini sama seperti dalam langkah 5.


Langkah 23 daripada 28 · Rakaat Kedua

23

Kemudian Bangun Iktidal

Posisi dan cara iktidal

Angkat kepala daripada rukuk kedua sambil mengangkat tangan, seperti langkah 6. Ketika bangun, baca:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ

Sami‘allāhu liman ḥamidah

Maksud bacaan ini sama seperti dalam langkah 6.

Apabila sudah berdiri tegak dengan tuma’ninah, baca:

رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Rabbanā lakal-ḥamd

“Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian.”

Iktidal ini tidak dipanjangkan. Selepas tuma’ninah, terus turun untuk sujud.34


Langkah 24 daripada 28 · Rakaat Kedua

24

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

cara sujud dalam solat

Turun sujud sambil bertakbir “Allāhu akbar”, seperti rakaat pertama. Pastikan tujuh anggota menyentuh tempat sujud. Semasa sujud, bacalah:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x)

Maksud bacaan ini sama seperti dalam langkah 11.


Langkah 25 daripada 28 · Rakaat Kedua

25

Kemudian Duduk di Antara Dua Sujud

Posisi duduk antara dua sujud

Angkat kepala sambil bertakbir dan duduk iftirasy, seperti rakaat pertama. Kemudian baca bacaan antara dua sujud:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Rabbighfir lī warḥamnī wajburnī warfa‘nī warzuqnī wahdinī wa ‘āfinī wa‘fu ‘annī

Maksud bacaan ini sama seperti dalam langkah 12.


Langkah 26 daripada 28 · Rakaat Kedua

26

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sujud kali kedua

Turun sujud kali kedua sambil bertakbir “Allāhu akbar”. Semasa sujud, bacalah:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih (3x)

Maksud bacaan ini sama seperti dalam langkah 11.


Langkah 27 daripada 28 · Rakaat Kedua

27

Duduk Tahiyat Akhir

Posisi atau cara tahiyat akhir

Selepas sujud kedua pada rakaat kedua, angkat kepala sambil bertakbir, kemudian duduk dengan punggung kiri di atas lantai dan kaki kiri dikeluarkan ke bawah kaki kanan yang ditegakkan. Cara duduk ini dipanggil tawarruk. Kemudian baca tahiyat akhir dan selawat ke atas Nabi ﷺ‎43:

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

At-taḥiyyātul-mubārakātuṣ-ṣalawātuṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhiṣ-ṣāliḥīn. Asyhadu allā ilāha illallāh, wa asyhadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣalli ‘alā Muḥammadiw wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣallaita ‘alā Ibrāhīma wa ‘alā āli Ibrāhīm, wa bārik ‘alā Muḥammadiw wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīma wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīna innaka ḥamīdum majīd



Maksud Bacaan

Segala penghormatan, keberkatan, solat dan kebaikan adalah bagi Allah. Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah. Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau melimpahkan rahmat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau memberkati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Di seluruh alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Bacaan tahiyat awal dan akhir beserta huraiannya ada dalam artikel tahiyat akhir dan tahiyat awal. Selawat dalam tahiyat akhir dihuraikan dalam artikel selawat Ibrahimiyah. Sebelum salam, sunat berdoa.44 Contoh doanya ada dalam artikel doa selepas tahiyat akhir.

Perbezaan cara duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir

Nota Tahiyat Akhir

Duduk tahiyat akhir, bacaan tahiyat dan selawat ke atas Nabi ﷺ selepasnya ialah rukun. Selawat Ibrahimiyyah secara lengkap pula sunat.45

Ketika tahiyat, genggam jari tangan kanan kecuali jari telunjuk. Angkat jari telunjuk ketika menyebut illallāh dan biarkan terangkat hingga salam.46


Langkah 28 daripada 28 · Rakaat Kedua

28

Akhiri Solat dengan Salam

Akhiri solat dengan memberi salam. Salam pertama ke kanan ialah rukun yang menamatkan solat, manakala salam kedua ke kiri hukumnya sunat.47

memberi salam dalam solat

Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ

As-salāmu ‘alaikum wa raḥmatullāh



Maksud Bacaan

Salam sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah.

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ

As-salāmu ‘alaikum wa raḥmatullāh

Selesailah dua rakaat solat sunat gerhana matahari. Jika berjemaah, duduk dan dengar khutbah selepas solat. Kemudian perbanyakkan doa, istighfar dan sedekah selagi gerhana berlaku.

Rujukan Pantas: Bacaan Setiap Pergerakan

PergerakanBacaan
Takbiratul ihramAllāhu akbar, dengan niat solat gerhana matahari dalam hati
Doa iftitah (sunat)Allāhu akbar kabīrā… (rakaat pertama sahaja)
Ta‘awwuzA‘ūżu billāhi minasy-syaiṭānir-rajīm, sebelum setiap al-Fatihah
Qiyam pertamaAl-Fatihah, “Āmīn” dan surah pendek, secara perlahan
Rukuk pertamaSubḥāna rabbiyal-‘aẓīmi wa biḥamdih
Bangun dari rukuk pertamaSami‘allāhu liman ḥamidah, kemudian Rabbanā lakal-ḥamd
Qiyam keduaTa‘awwuz, al-Fatihah, “Āmīn” dan surah pendek, secara perlahan
Rukuk keduaSubḥāna rabbiyal-‘aẓīmi wa biḥamdih
IktidalSami‘allāhu liman ḥamidah, kemudian Rabbanā lakal-ḥamd
SujudSubḥāna rabbiyal-a‘lā wa biḥamdih
Duduk antara dua sujudRabbighfir lī warḥamnī…
Tahiyat akhirAt-taḥiyyātu… dan selawat ke atas Nabi ﷺ
SalamAs-salāmu ‘alaikum wa raḥmatullāh, ke kanan dan ke kiri

Jadual ini ringkasan bagi 28 langkah di atas. Rakaat kedua sama seperti rakaat pertama, tanpa doa iftitah.

Khutbah Gerhana

Jika solat dilakukan secara berjemaah, imam menyampaikan dua khutbah selepas solat. Rukunnya sama seperti khutbah Jumaat, tetapi tidak dimulakan dengan takbir.48 Satu khutbah sahaja tidak memadai menurut pendapat muktamad.49

Isi khutbah menggesa orang ramai bertaubat, membuat kebaikan dan bersedekah, serta memperbanyak doa dan istighfar.50 Khutbah tetap disampaikan walaupun gerhana sudah berakhir, kerana Rasulullah ﷺ berkhutbah selepas matahari terang.51

Orang yang solat bersendirian tidak berkhutbah. Imam jemaah wanita juga tidak berkhutbah, tetapi tiada masalah jika seorang wanita bangun memberi peringatan kepada mereka.52

Amalan Selepas Solat

Rasulullah ﷺ menyuruh umatnya berdoa, bertakbir, solat dan bersedekah apabila melihat gerhana.5 Jika solat sudah selesai tetapi gerhana masih berlaku, isilah masa itu dengan zikir, doa, istighfar dan sedekah.

Solat gerhana tidak diulang, kecuali anda menyertai jemaah lain yang sedang menunaikannya.53

Doa Ketika Gerhana

Rasulullah ﷺ menyuruh umatnya segera berzikir, berdoa dan beristighfar apabila melihat gerhana,54 serta terus berdoa dan solat sehingga matahari terang semula.55

Hadis-hadis ini tidak menetapkan lafaz doa tertentu. Berdoalah dengan doa yang anda hafal, dalam bahasa yang anda fahami di luar solat, perbanyakkan istighfar dan takbir, serta pohonlah keampunan dan perlindungan Allah. Contoh doa dan zikir ada dalam panduan wirid dan doa selepas solat.

Berikut ialah situasi yang kerap berlaku, beserta apa yang perlu dilakukan.

SituasiApa yang dilakukan
Sempat rukuk pertama bersama imam, sama ada dalam rakaat pertama atau keduaAnda mendapat rakaat itu56
Hanya sempat rukuk kedua atau qiyam kedua bersama imamTiada apa-apa daripada rakaat itu dikira. Selepas imam memberi salam, bangun dan lakukan satu rakaat penuh dengan dua qiyam dan dua rukuk57,11
Gerhana bertembung dengan solat Jumaat atau solat fardu, dan waktu fardu hampir habisDahulukan solat fardu58
Gerhana bertembung dengan solat Jumaat, dan waktu masih panjangDahulukan solat gerhana. Kemudian khatib menyentuh tentang gerhana dalam khutbah Jumaat, lalu solat Jumaat
Ada jenazah yang hendak disolatkanDahulukan solat jenazah59
Sudah solat, kemudian bertemu jemaah lain yang sedang solat gerhanaSunat menyertai mereka53
Wanita di rumahDisunatkan juga. Boleh solat sendirian atau berjemaah sesama wanita, tanpa khutbah6,52
Gempa bumi, ribut petir dan bencana lainTiada solat gerhana. Solat dua rakaat biasa secara bersendirian, berdoa dan merendah diri60
KesilapanYang betul
Menetapkan tasbih rukuk 100 kali, 90 kali atau bilangan tertentuTiada bilangan tetap. Dalam cara paling sempurna, rukuk dipanjangkan kadar membaca 100, 80, 70 dan 50 ayat31
Memanjangkan duduk antara dua sujudDuduk antara dua sujud, iktidal kedua dan tahiyat tidak dipanjangkan34
Membaca al-Fatihah dan surah dengan nyaringGerhana matahari dibaca perlahan3
Terus sujud selepas rukuk pertamaBangun dari rukuk, baca al-Fatihah sekali lagi, kemudian rukuk kali kedua
Menambah rukuk ketiga kerana gerhana belum selesaiTidak boleh. Kekal dua rukuk pada setiap rakaat11
Mengulang solat kerana gerhana masih berlakuTidak diulang. Teruskan dengan doa, zikir, istighfar dan sedekah53
Mengaitkan gerhana dengan kematian atau nasib malang seseorangGerhana ialah tanda kebesaran Allah, bukan kerana kematian atau kehidupan sesiapa2

Berikut ialah jawapan kepada soalan yang paling kerap ditanya tentang solat gerhana matahari.

Berapa rakaat solat sunat gerhana matahari?

Dua rakaat dengan satu salam. Setiap rakaat ada dua kali qiyam (berdiri membaca al-Fatihah) dan dua kali rukuk, kemudian dua sujud seperti biasa.9

Bolehkah solat gerhana seperti solat sunat biasa dengan satu rukuk?

Boleh dan sah. Itu cara paling minimum. Namun bentuk dua rukuk lebih afdal kerana itulah cara solat Rasulullah ﷺ ketika gerhana.7

Berapa kali tasbih dalam rukuk solat gerhana?

Tiada bilangan tetap. Tasbih dibaca seperti dalam solat biasa. Bagi yang mahu cara paling sempurna, rukuk dipanjangkan kira-kira kadar membaca 100, 80, 70 dan 50 ayat al-Baqarah.31

Solat gerhana matahari dibaca kuat atau perlahan?

Perlahan, termasuk bagi imam. Bacaan nyaring hanya untuk solat gerhana bulan.3

Bolehkah solat gerhana bersendirian di rumah?

Boleh. Berjemaah di masjid lebih afdal, tetapi solat ini tetap disunatkan bagi orang yang solat bersendirian, termasuk wanita.6

Bolehkah solat gerhana selepas Asar?

Boleh. Solat gerhana ada sebab, jadi ia tidak termasuk dalam larangan solat pada waktu makruh.13

Bilakah waktu solat gerhana matahari berakhir?

Apabila matahari terang sepenuhnya, atau apabila matahari terbenam dalam keadaan gerhana. Jika awan menutup matahari, gerhana dianggap masih berlaku.12,14

Apa perlu dibuat jika gerhana selesai ketika sedang solat?

Teruskan dan sempurnakan solat anda.15

Bolehkah solat gerhana diqada?

Tidak. Apabila matahari sudah terang sepenuhnya, solat gerhana tidak lagi disunatkan dan ia tidak diqada.16

Adakah ada khutbah selepas solat gerhana?

Ada, jika solat dilakukan secara berjemaah. Imam menyampaikan dua khutbah selepas solat, rukunnya seperti khutbah Jumaat, tanpa takbir.48

Apakah lafaz niat solat gerhana matahari?

Uṣallī sunnata kusūfisy-syamsi rak‘ataini lillāhi ta‘ālā, maksudnya “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.” Niat di dalam hati memadai, dan ia mesti menentukan solat gerhana matahari.18

Bolehkah wanita menunaikan solat gerhana?

Boleh dan disunatkan. Wanita boleh solat sendirian di rumah atau berjemaah sesama wanita. Imam jemaah wanita tidak berkhutbah, tetapi seorang wanita boleh memberi peringatan.6,52

Adakah doa khusus selepas solat gerhana?

Tiada lafaz doa khusus yang ditetapkan dalam hadis gerhana. Rasulullah ﷺ menyuruh kita berzikir, berdoa dan beristighfar ketika gerhana. Berdoalah dengan doa yang anda hafal dan perbanyakkan istighfar.54

Apakah hikmah solat gerhana?

Gerhana ialah tanda kebesaran Allah yang mengingatkan hamba-Nya. Rasulullah ﷺ bersabda bahawa Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengannya, lalu menyuruh kita segera berzikir, berdoa dan beristighfar. Gerhana juga tidak berlaku kerana kematian atau kelahiran sesiapa.61

Penutup: Tanda Kebesaran Allah, Bukan Petanda Malang

Gerhana matahari hanya berlaku beberapa minit hingga beberapa jam, tetapi ia mengingatkan kita bahawa matahari yang menerangi hidup kita sepenuhnya di bawah kekuasaan Allah.

Apabila gerhana berlaku, sambutlah dengan solat, doa, istighfar dan sedekah seperti yang diajar oleh Rasulullah ﷺ. Pelajarilah langkah dua rukuk ini lebih awal, supaya anda bersedia apabila gerhana seterusnya diumumkan.

Semoga bermanfaat.

Nota Kaki & Rujukan

  1. Gerhana matahari dan bulan disebut kusūf dan khusūf. Yang lebih masyhur ialah kusūf bagi matahari dan khusūf bagi bulan: «ويقال خسوفان وللأول كسوف وللثاني خسوف وهو الأشهر الأفصح». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/56) ↩︎
  2. Al-Mughirah bin Syu‘bah RA meriwayatkan: «كسفت الشمس على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم مات إبراهيم، فقال الناس: كسفت الشمس لموت إبراهيم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «إن الشمس والقمر لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته، فإذا رأيتم فصلوا، وادعوا الله»». (Riwayat al-Bukhari, no. 1043) [Pautan] ↩︎
  3. Bacaan gerhana matahari dibaca perlahan, manakala gerhana bulan dibaca nyaring: «ويجهر بقراءة كسوف القمر لا الشمس». (Imam an-Nawawi, Minhaj al-Talibin, Bab Solat al-Kusufain) Ibn Hajar menambah: «(لا الشمس) بل يسر للاتباع صححه الترمذي وغيره». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/60) ↩︎
  4. Dalam mazhab Syafi‘e, solat gerhana hukumnya sunat muakkadah dan makruh ditinggalkan, tetapi tidak wajib. Imam an-Nawawi, Minhaj al-Talibin, Bab Solat al-Kusufain: «هي سنة». Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/57: «(هي سنة) مؤكدة لكل من مر في العيد للأمر بها فيهما رواه الشيخان ويكره تركها» … «وإنما لم تجب لخبر هل علي غيرها». ↩︎
  5. Aisyah RA meriwayatkan bahawa selepas solat, Rasulullah ﷺ berkhutbah: «إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله، لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته، فإذا رأيتم ذلك، فادعوا الله، وكبروا وصلوا وتصدقوا». (Riwayat al-Bukhari, no. 1044) [Pautan] ↩︎
  6. Solat gerhana sunat berjemaah, dan afdalnya di masjid: «(وتسن جماعة) وبالمسجد إلا لعذر». Ia tetap disunatkan bagi orang yang solat bersendirian: «الظاهر في سنها للمنفرد أيضا». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/60) ↩︎
  7. Ibn Hajar menyebut tiga cara yang sah. Cara paling minimum ialah dua rakaat seperti sunat Subuh: «ويجوز لمريد هذه الصلاة ثلاث كيفيات إحداها وهي أقلها ومحلها إن نواها كالعادة أو أطلق أن يصليها ركعتين كسنة الصبح وثبت فيها حديثان صحيحان». Cara kedua menambah satu rukuk pada setiap rakaat tanpa bacaan panjang: «ثانيتها وهي أكمل من الأولى ومحلها كالتي بعدها إن نواها بصفة الكمال أن يزيد ركوعين من غير قراءة ما يأتي». Cara ketiga ialah yang paling sempurna: «ثالثتها (و) هي (الأكمل) على الإطلاق». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/57-59) ↩︎
  8. Aisyah RA menceritakan solat Rasulullah ﷺ ketika gerhana: «فقام، فأطال القيام، ثم ركع، فأطال الركوع، ثم قام فأطال القيام وهو دون القيام الأول، ثم ركع فأطال الركوع وهو دون الركوع الأول، ثم سجد فأطال السجود، ثم فعل في الركعة الثانية مثل ما فعل في الأولى». (Riwayat al-Bukhari, no. 1044) [Pautan] ↩︎
  9. Bentuk asas solat gerhana: «فيحرم بنية صلاة الكسوف ويقرأ الفاتحة ويركع ثم يرفع ثم يقرأ الفاتحة ثم يركع ثم يرفع ثم يعتدل ثم يسجد فهذه ركعة ثم يصلي ثانية كذلك». (Imam an-Nawawi, Minhaj al-Talibin, Bab Solat al-Kusufain) ↩︎
  10. Aisyah RA menceritakan solat Rasulullah ﷺ ketika gerhana: «فاستكمل أربع ركعات في أربع سجدات». (Riwayat al-Bukhari, no. 1046) [Pautan] ↩︎
  11. «ولا يجوز زيادة ركوع ثالث لتمادي الكسوف ولانقصه للإنجلاء في الأصح». (Imam an-Nawawi, Minhaj al-Talibin, Bab Solat al-Kusufain. Lihat juga Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/58) ↩︎
  12. «وتفوت صلاة الشمس بالإنجلاء وبغروبها كاسفة». (Imam an-Nawawi, Minhaj al-Talibin, Bab Solat al-Kusufain) Yang dimaksudkan ialah terang sepenuhnya secara yakin: «(بالانجلاء) لجميعها يقينا لا لبعضها». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/61) ↩︎
  13. Solat yang ada sebab, termasuk solat gerhana, tidak makruh dilakukan pada waktu larangan: «وتكره الصلاة عند الاستواء إلا يوم الجمعة وبعد الصبح حتى ترتفع الشمس كرمح والعصر حتى تغرب إلا لسبب كفائته وكسوف وتحية وسجدة شكر». (Imam an-Nawawi, Minhaj al-Talibin, Kitab al-Solat) ↩︎
  14. «ولا إذا شككنا فيه لحيلولة سحاب؛ لأن الأصل بقاؤه». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/61) ↩︎
  15. «أما إذا زال أثناءها، فإنه يتمها». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/62) ↩︎
  16. Solat gerhana tidak diqada: «وهذه لا قضاء فيها». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/62) ↩︎
  17. «ولا نظر في هذا الباب لقول المنجمين مطلقا، وإن كثروا». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/62) ↩︎
  18. Niat mesti menentukan bahawa ia solat gerhana matahari atau bulan: «(فيحرم بنية صلاة الكسوف) مع تعيين أنه صلاة كسوف شمس أو قمر». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/57) ↩︎
  19. Menurut Ibn Hajar, jika niat solat gerhana tidak menentukan caranya, solat itu dilakukan seperti solat sunat biasa, dan rukuk hanya ditambah jika diniatkan dengan sifat kamil: «وجزم بعضهم: أي وهو حج بأنه إذا أطلق فعلها كسنة الظهر وإنما يزيد إن نواها بصفة الكمال». Syihabuddin ar-Ramli pula berfatwa bahawa niat yang mutlak membolehkan dia memilih: «أفتى شيخنا الشهاب الرملي بأنه إذا أطلق انعقدت على الإطلاق ويخير بين أن» … «يصليها كسنة الظهر وأن يصليها بالكيفية المعروفة». (Hasyiah asy-Syabramallisi atas Nihayat al-Muhtaj, 2/403-404) ↩︎
  20. Mandi sunat untuk solat gerhana: «ومن المسنون غسل العيد والكسوف والاستسقاء». (Imam an-Nawawi, Minhaj al-Talibin, Bab Mandi) Namun tidak disunatkan berhias seperti Jumaat kerana dibimbangi solat terlepas: «ويسن هنا الغسل لا التزين السابق في الجمعة كما بحثه بعضهم لخوف فواتها». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/61) ↩︎
  21. Abdullah bin ‘Amr RA meriwayatkan: «لما كسفت الشمس على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم نودي إن الصلاة جامعة». (Riwayat al-Bukhari, no. 1045) [Pautan] ↩︎
  22. Niat tempatnya di hati dan wajib disertakan dengan takbiratul ihram, manakala melafazkannya sebelum takbir disunatkan supaya lidah membantu hati. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat] [Al-Kafi #945] ↩︎
  23. Sunat mengangkat tangan ketika takbir, iaitu hujung jari setentang bahagian atas telinga, ibu jari setentang cuping telinga dan tapak tangan setentang bahu. [Tuhfat al-Muhtaj 2/18] [Sahih al-Bukhari 735] ↩︎
  24. Sunat meletakkan tangan di bawah dada, dengan tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat] [Sahih Muslim 401] ↩︎
  25. Doa iftitah sunat dibaca secara perlahan selepas takbiratul ihram. Lafaz yang lazim di Malaysia menggabungkan dua riwayat sahih. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat] [Sahih Muslim 601] [Sahih Muslim 771] ↩︎
  26. Selepas doa iftitah, sunat membaca ta‘awwuz secara perlahan sebelum al-Fatihah pada setiap rakaat, dan pada rakaat pertama ia lebih dituntut. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat: «ثم التعوذ ويسرهما ويتعوذ في كل ركعة على المذهب والأولى آكد»] ↩︎
  27. Dalam mazhab Syafi’e, al-Fatihah wajib dibaca dalam setiap rakaat oleh imam, makmum dan orang yang solat bersendirian. [al-Majmu‘ 3/364] ↩︎
  28. Selepas al-Fatihah, sunat menyebut “Āmīn” dengan mim yang tidak bertasydid. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat: «ويسن عقب الفاتحة آمين خفيفة الميم»] ↩︎
  29. Makmum tidak membaca surah tetapi mendengar bacaan imam, kecuali jika dia jauh atau solat itu dibaca perlahan: «ولا سورة للمأموم بل يستمع فإن بعد أو كانت سرية قرأ في الأصح». (Imam an-Nawawi, Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat) ↩︎
  30. Dalam cara dua rukuk, setiap qiyam memadai dengan al-Fatihah, atau al-Fatihah dan surah pendek: «(يقرأ الفاتحة) أو وسورة قصيرة». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/57-58) Contoh surah pendek yang disebut ialah al-Ikhlas: «فيقرأ بعد الفاتحة بنحو سورة الإخلاص». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/63) ↩︎
  31. «والأكمل أن يقرأ في القيام الأول بعد الفاتحة البقرة وفي الثاني كمائتي آية منها وفي الثالث: مائة وخمسين والرابع: مائة تقريبا» … «ويسبح في الركوع الأول قدر مائة من البقرة وفي الثاني ثمانين والثالث: سبعين والرابع: خمسين تقريبا». (Imam an-Nawawi, Minhaj al-Talibin, Bab Solat al-Kusufain) Ada nas lain bagi bacaan qiyam: «وله نص آخر أنه يقرأ في الثاني آل عمران أو قدرها وفي الثالث النساء أو قدرها، والرابع المائدة أو قدرها». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/59) ↩︎
  32. Ibn ‘Abbas RA menceritakan qiyam pertama Rasulullah ﷺ ketika gerhana: «فقام قياما طويلا نحوا من قراءة سورة البقرة». (Riwayat al-Bukhari, no. 1052) [Pautan] ↩︎
  33. Pendapat yang sahih menurut an-Nawawi, sujud juga dipanjangkan: «قلت: الصحيح تطويلها ثبت في الصحيحين ونص في البويطي أنه يطولها نحو الركوع الذي قبلها». (Imam an-Nawawi, Minhaj al-Talibin, Bab Solat al-Kusufain) Ibn Hajar menjelaskan: «فيكون السجود الأول نحو الركوع الأول، والثاني نحو الثاني». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/60) ↩︎
  34. Tasyahhud, duduk antara dua sujud dan iktidal kedua tidak dipanjangkan: «كما لا يزيد في التشهد، والجلوس بين السجدتين، والاعتدال الثاني». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/59) ↩︎
  35. Sunat bertakbir ketika mula tunduk untuk rukuk dan mengangkat tangan seperti ketika takbiratul ihram. Rukuk yang sempurna ialah meratakan belakang dan tengkuk serta memegang lutut dengan jari direnggangkan. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat: «وأكمله تسوية ظهره وعنقه ونصب ساقيه وأخذ ركبتيه بيديه وتفرقة أصابعه للقبلة ويكبر في ابتداء هويه ويرفع يديه كإحرامه»] ↩︎
  36. Hadis Abu Hurairah RA tentang lelaki yang solat dengan tergesa-gesa: Nabi ﷺ menyuruhnya mengulang solat dan mengajarnya rukuk, iktidal, sujud dan duduk dengan tenang. [Sahih al-Bukhari 757] [Sahih Muslim 397] Ukuran tuma’ninah ialah anggota badan tetap seketika sehingga gerakan turun terpisah daripada gerakan naik. [Tuhfat al-Muhtaj 2/59] ↩︎
  37. Sunat mengangkat tangan ketika mula mengangkat kepala daripada rukuk sambil membaca “Sami‘allāhu liman ḥamidah”. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat: «ويسن رفع يديه مع ابتداء رفع رأسه قائلا سمع الله لمن حمده»] ↩︎
  38. Setiap kali bangun dari rukuk, dibaca zikir iktidal: «ويقول في كل رفع سمع الله لمن حمده ربنا لك الحمد إلى آخر ذكر الاعتدال». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/59) Aisyah RA menceritakan: «ثم قال: سمع الله لمن حمده، فقام ولم يسجد، وقرأ قراءة طويلة هي أدنى من القراءة الأولى». (Riwayat al-Bukhari, no. 1046) [Pautan] ↩︎
  39. Ta‘awwuz dibaca sebelum al-Fatihah pada qiyam kedua juga: «(وفي) القيام (الثاني) بعد التعوذ، والفاتحة». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/59) ↩︎
  40. Al-Fatihah wajib pada qiyam kedua, manakala surah sunat: «وإنما وجبت الفاتحة وسنت السورة فيه للاتباع». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/61) ↩︎
  41. Sekurang-kurangnya sujud ialah sebahagian dahi menyentuh tempat sujud secara terus. Meletakkan kedua-dua tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua kaki juga wajib menurut pendapat yang dipilih al-Nawawi, dan punggung mesti lebih tinggi daripada kepala. Sunat bertakbir ketika turun tanpa mengangkat tangan, dan meletakkan lutut, kemudian tangan, kemudian dahi dan hidung. Sujud kedua dilakukan seperti sujud pertama. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat: «وأقله مباشرة بعض جبهته مصلاه… قلت: الأظهر وجوبه… وأن ترتفع أسافله على أعاليه في الأصح وأكمله يكبر لهويه بلا رفع ويضع ركبتيه ثم يديه ثم جبهته وأنفه», «ثم يسجد الثانية كالأولى»] ↩︎
  42. Duduk antara dua sujud yang sempurna ialah bertakbir ketika bangun, duduk iftirasy dan meletakkan tangan di atas paha berhampiran lutut. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat: «وأكمله يكبر ويجلس مفترشا واضعا يديه قريبا من ركبتيه»] ↩︎
  43. Hadis Abu Humaid al-Sa‘idi RA: pada rakaat terakhir, Nabi ﷺ memajukan kaki kirinya, menegakkan kaki kanan dan duduk di atas punggungnya. [Sahih al-Bukhari 828] [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat] ↩︎
  44. Imam an-Nawawi menyebut bahawa selepas tasyahhud akhir dan selawat, sunat berdoa, dan doa yang ma’thur (warid daripada Nabi ﷺ) lebih afdal. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat] ↩︎
  45. Selawat ke atas Nabi ﷺ dalam tahiyat akhir ialah rukun, dan sekurang-kurangnya “Allāhumma ṣalli ‘alā Muḥammad”. Menambah selawat ke atas keluarga Baginda dan selawat Ibrahimiyyah lebih sempurna. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat] [Tuhfat al-Muhtaj 2/86] ↩︎
  46. Jari telunjuk kanan diangkat ketika menyebut “illallāh”, tidak digerak-gerakkan, dan dibiarkan terangkat hingga akhir tahiyat. [Tuhfat al-Muhtaj 2/80] [Sahih Muslim 580] ↩︎
  47. Salam sekurang-kurangnya “As-salāmu ‘alaikum”. Yang paling sempurna ialah “As-salāmu ‘alaikum wa raḥmatullāh” dua kali, ke kanan kemudian ke kiri. [Minhaj al-Talibin, Bab Sifat Solat] ↩︎
  48. «ثم يخطب الإمام خطبتين بأركانهما في الجمعة». (Imam an-Nawawi, Minhaj al-Talibin, Bab Solat al-Kusufain) Khutbah ini tanpa takbir: «(ثم يخطب) من غير تكبير». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/60) ↩︎
  49. «نعم تحصل السنة هنا بخطبة واحدة على ما في الكفاية عن النص وتبعه جمع لكن رده آخرون وهو المعتمد». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/61) ↩︎
  50. «(ويحث) الخطيب ندبا الناس (على التوبة، والخير)» … «ويحرضهم على العتق، والصدقة» … «ويكثر الدعاء، والاستغفار». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/61) ↩︎
  51. «ولا يفوت ابتداء الخطبة بالانجلاء؛ لأن خطبته – صلى الله عليه وسلم – إنما كانت بعده». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/63) ↩︎
  52. Imam jemaah wanita tidak berkhutbah, tetapi seorang wanita boleh memberi peringatan: «لا إمامة النساء نعم إن قامت واحدة فوعظتهن فلا بأس». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/60) ↩︎
  53. Solat gerhana tidak diulang: «(ولا تجوز) إعادتها إلا فيما يأتي». Pengecualiannya: «ولو صلاها منفردا أو جماعة ثم رأى جماعة يصلونها سن له إعادتها معهم». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/58) ↩︎
  54. Abu Musa RA meriwayatkan sabda Rasulullah ﷺ ketika gerhana: «فإذا رأيتم شيئا من ذلك، فافزعوا إلى ذكره ودعائه واستغفاره». (Riwayat al-Bukhari, no. 1059) [Pautan] ↩︎
  55. Al-Mughirah bin Syu‘bah RA meriwayatkan: «فإذا رأيتموهما، فادعوا الله وصلوا حتى ينجلي». (Riwayat al-Bukhari, no. 1060) [Pautan] ↩︎
  56. «ومن أدرك الإمام في ركوع أول أدرك الركعة أو في ثان او قيام ثان فلا في الأظهر». (Imam an-Nawawi, Minhaj al-Talibin, Bab Solat al-Kusufain) ↩︎
  57. «(أو) أدركه (في) ركوع (ثان، أو) في (قيام ثان) من أي ركعة (فلا يدركها) (في الأظهر)» … «ومعلوم أنه لا خلاف في أنه لا يدرك الركعة بجملتها». (Syamsuddin al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj, 2/409) Asy-Syabramallisi menjelaskan bahawa tiada apa-apa daripada rakaat itu dikira, bukan sekadar rukuk itu sahaja yang perlu disempurnakan selepas salam: «(قوله: فلا يدركها) زاد المحلي: أي شيئا منها اه أي فليس المراد أنه يدرك ذلك الركوع فقط ويتمم عليه بعد السلام». (Hasyiah asy-Syabramallisi, 2/409) ↩︎
  58. «ولو اجتمع كسوف وجمعة أو فرض آخر قدم الفرض إن خيف فوته وإلا فالأظهر تقديم الكسوف ثم يخطب للجمعة متعرضا للكسوف ثم يصلي الجمعة». (Imam an-Nawawi, Minhaj al-Talibin, Bab Solat al-Kusufain) ↩︎
  59. «ولو اجتمع عيد أو كسوف وجنازة قدمت الجنازة». (Imam an-Nawawi, Minhaj al-Talibin, Bab Solat al-Kusufain) Sebabnya: «خوفا من تغير الميت». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/64) ↩︎
  60. «لا يصلي لغير الكسوفين من نحو زلزال وصواعق جماعة بل فرادى ركعتين لا كصلاة الكسوف على الأوجه مع التضرع، والدعاء». (Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj, 3/65) ↩︎
  61. Abu Musa RA meriwayatkan sabda Rasulullah ﷺ: «هذه الآيات التي يرسل الله، لا تكون لموت أحد ولا لحياته، ولكن يخوف الله به عباده». (Riwayat al-Bukhari, no. 1059) [Pautan] ↩︎

Bibliografi Tambahan

  • al-Nawawi, Minhaj al-Talibin wa ‘Umdat al-Muftin.
  • Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfat al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj, jilid 3.
  • Syamsuddin al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, jilid 2, bersama Hasyiah asy-Syabramallisi.
  • al-Bukhari, Sahih al-Bukhari.
  • Sheikh Abdullah Basmeih, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran.
KongsiWhatsAppTelegramFacebook

Ditulis oleh

Muhamad Naim Abd Manaf

Pengasas AkuIslam. Menulis panduan ibadah sejak 2010, dengan bahasa yang mudah dan rujukan yang disemak.

اِقْرَأْ أَيْضًا

Bacaan Berkaitan

Dipilih berdasarkan isi artikel ini

تَزْكِيَةُ النَّفْسِ

Siri Tazkiyah

Peringatan ringkas untuk hati, terus ke e-mel anda. Percuma, dan boleh berhenti bila-bila masa.

Tiada spam. Maklumat anda tidak dikongsi.

25 Komen

  1. Nak tanya sekiranya solat gerhana matahari bacaan dlm solat secara sirri @ jihri sekiranya dilakukan secara berjemaah (bacaan imam)?

    Balas
    • Wassalam.

      Dalam mazhab Syafi‘i, bacaan solat gerhana matahari dibaca perlahan, termasuk oleh imam. Bacaan nyaring hanya untuk solat gerhana bulan. Huraian penuh ada dalam panduan di atas.

      Wallahu a‘lam.

      Balas
  2. Salam..mlm ni gerhana bulan ustaz, tasbih buat yg mampu boleh ke atau mmg kne ikut jumlah tu sepertimana solat tasbih kne 300

    Balas
    • Waalaikumussalam tuan.

      Solat gerhana tiada bilangan tasbih yang tetap seperti solat tasbih. Tasbih dibaca seperti biasa. Bagi yang mampu, rukuk boleh dipanjangkan kira-kira kadar membaca 100, 80, 70 dan 50 ayat al-Baqarah, tetapi itu sunat, bukan wajib.

      Wallahu a‘lam.

      Balas
    • Antara hikmahnya, gerhana ialah tanda kebesaran Allah yang mengingatkan hamba-Nya. Rasulullah ﷺ bersabda bahawa Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengannya, lalu menyuruh kita segera berzikir, berdoa dan beristighfar (Riwayat al-Bukhari, no. 1059). Gerhana juga tidak berlaku kerana kematian atau kelahiran sesiapa.

      Wallahu a‘lam.

      Balas
  3. Apakah hukum seorang wanita mengerjakan solat khusuf tersebut di rumah sendiri tanpa jemaah, azan dan iqmat? Minta penjelasan dari tuan. Terima kasih.

    Balas
  4. Saya nak bertanya tentang solat sunat Gerhana matahari.
    Apa hukumnya mengerjakan solat gerhana ni walau di tempat kita tak berlaku pun gerhana matahari seperti hari ini? Gerhana hanya nampak di kawasan SelatanJohor sahaja manakala di utara atau di Selangor tak nampak pun.

    Balas
    • Wassalam tuan.

      Jika gerhana berlaku di kawasan tuan tetapi matahari tidak kelihatan kerana awan, gerhana dianggap masih berlaku dan solat tetap sunat.

      Wallahu a‘lam.

      Balas
    • Antara hikmahnya, gerhana ialah tanda kebesaran Allah yang mengingatkan hamba-Nya. Rasulullah ﷺ bersabda bahawa Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengannya, lalu menyuruh kita segera berzikir, berdoa dan beristighfar (Riwayat al-Bukhari, no. 1059). Gerhana juga tidak berlaku kerana kematian atau kelahiran sesiapa.

      Wallahu a‘lam.

      Balas

Kongsi pandangan atau soalan anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Ruangan bertanda * wajib diisi.