BACAAN ISTIGHFAR (Panduan Lengkap Rumi)

Bagaimana lafaz bacaan istighfar?

Panduan ini akan menerangkan lafaz bacaan istighfar dan doa-doa memohon keampunan yang digalakkan.

Saya juga turut menerangkan:

  • Hikmah sentiasa beristighfar
  • Syarat-syarat untuk mengucapkan istighfar
  • Masa beristighfar

… dan banyak lagi.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Pengenalan

Manusia merupakan makhluk yang serba lemah dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa pada saban hari.

Allah SWT dengan sifatNya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang membuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana sahaja mereka berada.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Merahmati.

β€” Surah al-Muzammil ayat 20

Maksud Istighfar

Apakah maksud istighfar?

Istighfar bermaksud:

Menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan.

Hikmah Istighfar

Apakah hikmah istighfar?

Hikmah bermaksud kebaikan yang tersembunyi.

Antara hikmah yang dapat diperolehi dari istighfar adalah keampunan Allah SWT terhadap hambaNya adalah dengan terlaksananya amalan taubat dan istighfar.

Kedua-dua amalan ini saling melengkapi untuk memastikan Allah SWT mengurniakan kita pengampunan.

Antara hikmah istighfar yang lain adalah:

  1. Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
  2. Mendekatkan diri kepada Allah.
  3. Meningkatkan ketakwaan diri.
  4. Membanteras tipu daya syaitan, yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa.
  5. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah SWT dalam hidup dunia dan Akhirat.

Bacaan Cadangan

Panduan Melakukan Solat Taubat & Doa Memohon Keampunan

Bagaimana kaedah melakukan taubat nasuha?

Panduan ini akan menerangkan secara lengkap berkaitan taubat nasuha melalui solat taubat taubat dan doa untuk memohon keampunan Allah.

Syarat Istighfar

Disebabkan istighfar bermaksud taubat, maka syarat-syarat istighfar adalah sama seperti taubat nasuha.

Antaranya adalah:

  • Meninggalkan maksiat.
  • Menyesal atas maksiat yang telah dilakukan
  • Berhasrat tidak akan mengulanginya lagi.
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat amal kebajikan seperti bersedekah, memberi makan kepada fakir miskin dan lain-lain.
  • Mohon maaf dan memulangkan kembali hak yang telah diambil jika melibatkan orang lain.

Masa Untuk Istighfar

Antara masa yang digalakkan untuk beristigfar adalah:

  1. Sepanjang hari dan malam.
  2. Sesudah melakukan dosa.
  3. Ketika hendak tidur.
  4. Ketika hendak bersahur.
  5. Setelah selesai berwuduk.
  6. Ketika duduk antara dua sujud.
  7. Sesudah membaca tahiyat (tasyahud akhir).
  8. Ketika hendak meninggalkan sesuatu majlis.

Lafaz Istighfar

Lafaz istighfar umum adalah seperti berikut:

istighfar

 AstagFirullaHal ‘Aziim 

 AstagFirullaHal β€˜Aziim Allazi Laa iLaaHa illaa Huwal Hayyul Qayyum Wa AtuuBu iLaih. 

Namun dalam beberapa keadaan dan situasi, kita digalakkan untuk membaca istigfar seperti di bawah:

Lafaz Istighfar ketika bersurai dari majlis (Tasbih Kaffarah)

Istighfar sewaktu hendak bersurai daripada majlis seperti majlis ceramah, jamuan doa selamat dan mesyuarat.

Bacaan ini juga dikenali sebagai tasbih kaffarah.

 Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, ‘ash-hadu ‘an laa ‘ilaaha ‘illaa ‘Anta, ‘astaghfiruka wa ‘atuuBu ‘ilayka. 

Maksudnya:

Maha Suci Engkau, ya Allah dan puja puji untuk-Mu. Aku naik saksi tiada tuhan selain Engkau. Aku memohon keampunan daripada-Mu dan bertaubat kepada-Mu.

(Riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a.)

Saiyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

Penghulu Istighfar ini juga disebut sebagai “Saiyidul Istighfar” sesuai dengan kedudukannya yang tinggi dalam Islam. 

 Allaahumma Anta Rabbii Laa ilaaha illaa Annta Kholaq-tanii Wa Anaa β€˜Abduka Wa Anaa β€˜Ala β€˜Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika β€˜Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta  

Maksudnya:

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan yang disembah melainkan Engkau. Engkau telah menjadikan aku, dan aku ialah hamba Mu, aku tetap atas amanah-Mu dan janji-Mu sekadar kesanggupan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui kepada-Mu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampuni dosa-dosaku selain Engkau.

(Riwayat al-Bukhari dan Abu Daud)


Istighfar Selepas Solat

Doa istighfar ini elok dibaca khususnya selepas solat sebagai memperbaharui keinsafan kita terhadap dosa yang sering dilakukan:

 AllaHumma Inni AsTaghFiruka Min Kulli DzanBin TubTu IlayKa Minhu, TsumMa ‘UdTu FiiHi. Wa AstagFiruka Min Kulli Ma Wa ‘AdTuka Bihi Min Nafsi WaLam UuFi Laka Bihi. Wa AstagFiruka Min Kulli ‘Amalin ARodTu Bihi WajHaka, FaKhoLaThoHu GhoiRuKa. Wa AstagFiruka Min Kulli Ni’matin An AmTa BiHa Alayya, FasTa’anTu Biha Alaa’ Ma’ SiYaTika. Wa AstagFiruka Yaa ‘AaLimal-Ghoibi WasyHaaDati Min Kulli DzanBin ATaiTuhu Fii DhiYaa-InNaHar, WasaWaa Dil-LaiLi Fii MaLaa-in Au KhoLaaIn, Wa Sirrin Wa ‘Alaa NiyaTin Yaa Halim 

Maksudnya:

Ya Allah, aku memohon ampun kepada-Mu daripada segala dosa yang aku telah bertaubat kepada-Mu kemudian aku ulanginya. Aku memohon kepada-Mu daripada segala perkara yang telah aku berjanji kepada-Mu daripada diriku yang tidak aku tunaikannya kepada-Mu. Aku memohon ampun kepada-Mu daripada segala amalan yang ingin aku lakukan kerana wajah-Mu, lalu ia bercampur aduk dengan selain daripada-Mu. Aku memohon keampunan-Mu daripada segala nikmat yang Engkau telah beri kepadaku lalu aku menggunakannya untuk mengerjakan maksiat terhadapMu. Aku memohon keampunan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata daripada segala dosa yang aku kerjakannya di cahaya siang dan kegelapan malam, di khalayak ramai, bersendirian, secara rahsia dan terang-terangan, wahai Tuhan Yang Maha Penyantun.”


Istighfar Sebelum Tidur

Istighfar yang selalu dibaca selepas solat lima waktu juga sebelum waktu tidur sebanyak 3 kali.

 AstagFirullaHal β€˜Aziim Allazi Laa iLaaHa illaa Huwal Hayyul Qayyum Wa AtuuBu iLaih. 

Maksudnya:

Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup lagi sentiasa berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepada-Nya.”


Istighfar Penenang Hati

Istighfar dan taubat yang boleh dijadikan wirid atau zikir untuk mententeramkan jiwa yang selalu resah:

 AstagFirullaHal ‘Aziim (3 kali). TubNaa ILallah, Wa RaJa’ Naa ILallah, Wa NaZimNa ‘Alaa Maa Fa ‘Alna, Wa ‘AzamNaa ‘Alaa An Laa Na’UuDa LiZanBi AbaDaa 

Maksudnya:

Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung (3 kali). Kami telah bertaubat kepada Allah, kami telah kembali kepada Allah, kami telah menyesal atas apa yang telah kami lakukan, dan kami berazam untuk tidak lagi mengulangi dosa selama-lamanya.”

Doa Istighfar

Doa istighfar boleh dibacakan pada tempat-tempat yang berikut:

Doa Selepas Tahiyat Sebelum Beri Salam

i. Doa istighfar ini dibaca selepas tasyahud akhir sebelum salam:

doa istighfar

 Allahummag-Firli Maa QaddamTu Wa Maa AaKhorTu Wa Maa AsrorTu Wa Maa A’lanTu Wa Maa AsRarTu Wa Maa Anta A’laMu Bihi Minni. Antal Muqoddim Wa Antal-Muakhir, Laa ILaaHa IlLaa Anta. Ya Muqollibal Qulub Tsabit Qalbi ‘Alaa DiiNika. SubHaaNaka Ini KunTu Minaz-Zholimin 

Maksudnya:

Ya Allah, ampunilah aku terhadap aku kemudiankan, yang aku sembunyikan dan yang aku nyatakan, begitu juga dosa yang kubuat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku. Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada tuhan selain Engkau. Wahai (Tuhan) yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (berpegang kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjung titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim.”

ii. Rasulullah SAW juga telah mengajarkan kepada Abu Bakar as Siddiq r.a. satu doa supaya dibaca ketika tasyahud sebelum salam:

 AllahumMa Inni ZholamTu Nafsi, Zulman KaTsiRan Wa Laa YagFiruz-DzuNuuBa Illaa Anta. FaghFirli Maghfiratan Min Indika, WarHamNi Innaka Antal GhoFuuRur-Rohim 

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, lagi besar, dan tidaklah ada seorang pun yang dapat mengampuni daku kecuali Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan yang sesempurnanya dari sisi Engkau dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Merahmati.”


Istighfar Semasa Duduk Antara Dua Sujud

Bacaan atau doa istighfar yang dibaca semasa duduk antara dua sujud (dalam solat):

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘Afini Wa’fu Anni 

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, kasihilah aku, tutupilah aibku, tinggikanlah darjatku, berikanlah aku rezeki, tunjukkanlah aku, sejahterakanlah aku dan maafkanlah aku.”


Istighfar Semasa Wuduk

Doa pada permulaan wuduk atau di pertengahannya:

 AllahHummag-Firli DzanBi, Wa WasSigLi Fii DaaRi, Wa BaaRikLi Fii RizQi 

Maksudnya:

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, lapangkanlah rumah tanggaku dan berkatkanlah rezekiku.”

Penutup: Istighfar Itu Jalan Keluar Dari Pelbagai Masalah

Ada sebuah mutiara kisah yang cukup manis untuk diamalkan.

Kisah itu dipetik daripada kitab Tafsir al-Maraghi, hasil tulisan ulama bernama Ahmad Musthafa al-Maraghi.

Kisah iktibar itu mengenai tabi’in bernama Hasan al-Basri.

hasan al basri

Beliau sering didatangi segenap lapisan masyarakat bertanyakan hukum agama dan meminta nasihat.

Satu hari, seorang lelaki datang mengadu kepadanya kerana masalah kelaparan.

Beliau dengan penuh hikmah menjawab, β€œIstighfarlah kepada Allah.”

Kemudian beliau didatangi seorang mengadu masalah ketiadaan zuriat. Beliau menjawab, β€œIstighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang seorang lelaki mengadu kebunnya kekeringan kerana musim kemarau.

Beliau dengan penuh hikmah menjawab, β€œBeristighfarlah kepada Allah.”

Jawapan Hasan al-Basri menghairankan masyarakat sekitarnya.

Akhirnya salah seorang daripada penduduk itu bertanya:

Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai masalah, tetapi tuan hanya menyuruh mereka semua untuk melafazkan istighfar.”

Hasan al-Basri menjawab, β€œAku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman seperti itu.”

Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah Surah Nuh ayat 10-12.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Barang siapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Kesimpulannya, sentiasalah beristighfar.

Kerana dengan sentiasa beristighfar, Insyaallah hidup kita akan sentiasa lancar dan permudahkan.

Semoga memberi manfaat.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

31 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
suprianto
suprianto
4 bulan yang lalu

alhamdulilah mencerahkan Ustadz. jazakallahu khairan

Lokewaifun
Lokewaifun
5 bulan yang lalu

Akuislam is the best wedsite

Jusnita Abdullah
Jusnita Abdullah
6 bulan yang lalu

Asalamualaikum Ustadz saya ingin megucapkan ribuan terima kasih kerana berkongsi Doa dan segalaΒ² panduan semoga Allah sahaja yang dapat membalas semua nya. Saya mengunan Aku Islam ini sekian lama bagi panduan untuk saya beramal dan rujukan .Disini saya ingin ustadz tambah lagi doa selepas solat untuk masukan doa seluruh keluarga zuriat,Dan semua muslimin dan muslimat.yang lain sangat terbaik. Itu sahaja.

Guru Muslim
Guru Muslim
7 bulan yang lalu

Tahniah….sumbangan yg dpt dimanafaatkan seumur hayat

Aqilah
Aqilah
10 bulan yang lalu

Terima kasih prkongsian ilmu,sgt brmanfaat..😊

Azizan
Azizan
1 tahun yang lalu

Jutaan terima kasih atas perkongsian yg sgt bermanfaat

Mdzainalmohdyasin
Mdzainalmohdyasin
1 tahun yang lalu

Y3rbaik semuanya

Hambar pendosa
Hambar pendosa
1 tahun yang lalu

Terima kasih atas ilmunya. Semoga Allah yang membalasnya

Wanns
Wanns
1 tahun yang lalu

Terima kasih Sahabat.. Semoga Perkongsian Nya Di balas Dengan Haradatul Jannah.. Ammin

Adam
Adam
3 tahun yang lalu

Salam Tuan,
Minta maaf sebab ingin meminta pertolongan tuan untuk terjemahkan ayatΒ² Jawi ke rumi.

Harap dapat menolong hamba Allah ini untuk lebih mengenal Islam secara mendalam sebab saya mualaf dan masih tak fasih membaca ayat Jawi.

Jutaan terima kasih.