Panduan ini menghimpunkan bacaan bilal, jawapan makmum dan doa imam di antara rakaat Solat Tarawih 8 rakaat, mengikut susunan yang lazim di masjid dan surau di Malaysia.
Setiap bacaan disertakan tulisan Arab, rumi, maksud dan audio, supaya anda dapat mengikutinya walaupun belum lancar membaca Arab. Jika masjid anda mengerjakan 20 rakaat, susunan penuhnya ada dalam panduan selawat Tarawih 20 rakaat.
Ringkasan
Selawat dan zikir yang dibaca bilal di antara rakaat Tarawih bukan sebahagian daripada solat. Ia zikir untuk mengisi waktu rehat, dan hukumnya harus. Tarawih tetap sah tanpanya.
- Pembukaan: Bilal bertasbih dan berselawat, makmum menjawab, kemudian bilal menyeru solat Tarawih.
- Selepas rakaat 2 dan 6: Fadhlan minallahi wa ni’mah, dua selawat, dan taradhi untuk khalifah pertama dan ketiga.
- Selepas rakaat 4 dan 8: Subhanal malikil ma’bud, tiga selawat, doa, dan taradhi untuk khalifah kedua dan keempat.
- Selepas rakaat 8: Doa Kamilin, kemudian bilal menyeru solat Witir.
- Selepas Witir: Wirid, doa penutup dan niat puasa untuk esok hari.
Mahu salinan untuk dibawa ke masjid? Dapatkan PDF panduan ini secara percuma melalui emel.
Isi Kandungan
- Bacaan Bilal dan Selawat Tarawih 8 Rakaat
- Doa Selepas Solat Tarawih (Doa Kamilin)
- Bacaan Sebelum Mengerjakan Solat Witir
- Wirid & Doa Penutup Selepas Witir
- Mengapa Ada Selawat di Antara Rakaat Tarawih?
- Dalil Seruan Bilal dalam Solat Tarawih
- Soalan Lazim Bacaan Bilal Tarawih
- Muat Turun Panduan Bacaan Bilal Tarawih (PDF)
- Penutup
Rujukan Pantas: Susunan Bacaan Bilal 8 Rakaat
| Bila | Bilal | Makmum menjawab |
|---|---|---|
| Pembukaan | Subhanallah walhamdulillah…, tiga selawat, Al-badrul munir, kemudian Solatut tarawihi… | Sollallahu wa sallama ‘alaih selepas setiap selawat; As-solah, la ilaha illallah |
| Selepas rakaat 2 | Fadhlan minallahi wa ni’mah, dua selawat, khalifah pertama (Abu Bakar) | Wa maghfiratan wa rahmah…, jawab selawat, Radhiyallahu ‘anh |
| Selepas rakaat 4 | Subhanal malikil ma’bud, tiga selawat, doa, khalifah kedua (Umar) | Subhanal malikil maujud…, jawab selawat, Radhiyallahu ‘anh |
| Selepas rakaat 6 | Seperti selepas rakaat 2, dengan khalifah ketiga (Uthman) | Seperti selepas rakaat 2 |
| Selepas rakaat 8 | Seperti selepas rakaat 4, dengan khalifah keempat (Ali), kemudian Doa Kamilin | Seperti selepas rakaat 4, dan amin semasa doa |
| Sebelum Witir | Autiru wa majjidu… dan tiga selawat | As-solah, la ilaha illallah dan jawab selawat |
Lafaz penuh setiap bacaan, dengan tulisan Arab, rumi, maksud dan audio, ada di bawah.
Perhatian
Susunan berbeza mengikut masjid. Ada masjid yang menukar urutan selawat, memendekkannya atau menambah bacaan lain. Ikut sahaja bilal di tempat anda. Susunan ini bukan perkara yang mesti seragam.1
Solat seorang diri di rumah? Seruan bilal tidak perlu. Isilah waktu rehat dengan zikir, selawat atau doa yang anda mampu. Cara Tarawih di rumah ada dalam panduan Solat Tarawih.
Bacaan Bilal dan Selawat Tarawih 8 Rakaat
Setiap bacaan dilabel mengikut siapa yang membacanya: Bilal, Makmum (dijawab beramai-ramai) atau Imam. Tekan butang audio untuk mendengar sebutannya. Rumi ditulis mengikut sistem transliterasi AkuIslam: huruf bergaris atas seperti ā, ī, ū dibaca panjang, dan tanda ‘ mewakili huruf ain.
Masjid anda solat 20 rakaat? Susunannya sama, cuma diulang dalam lima pusingan empat rakaat. Gunakan panduan selawat Tarawih 20 rakaat, yang menyusun bacaan penuh mengikut rakaat.
Bahagian 1
Pembukaan
Selepas solat sunat ba’diyah Isyak, bilal memulakan dengan tasbih dan selawat.
Bilal
Untuk memulakan Solat Tarawih, bilal akan menyebut lafaz ini:
سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Subḥānallāhi wal-ḥamdu lillāhi wa lā ilāha illallāhu wallāhu akbar, wa lā ḥaula wa lā quwwata illā billāhil-‘aliyyil-‘aẓīm
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Bilal
Seterusnya bilal menyambung lagi dengan ayat:
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.
Makmum
Kemudian para jemaah menjawab beramai-ramai:
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Bilal
Disambung bilal dengan lafaz selawat:
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.
Makmum
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Bilal
Disambung lagi oleh bilal dengan lafaz:
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa nabiyyinā wa ḥabībinā wa syafī‘inā wa żukhrinā wa maulānā Muḥammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, nabi kami, kekasih kami, pemberi syafaat kami, simpanan (bekalan) kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.
Makmum
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Bilal
Disambung oleh bilal dengan lafaz:
اَلْبَدْرُ الْمُنِيرُ مُحَمَّدٌ، صَلُّوا عَلَيْهِ
Al-badrul-munīru Muḥammad, ṣallū ‘alaih
Bulan yang bercahaya Nabi Muhammad, selawat ke atasnya.
Makmum
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Bilal
Bilal menyeru jemaah untuk mendirikan Solat Sunat Tarawih dengan lafaz:
صَلَاةُ التَّرَاوِيحِ مِنْ قِيَامِ شَهْرِ رَمَضَانَ، أَثَابَكُمُ اللّٰهُ
Ṣalātut-tarāwīḥi min qiyāmi syahri Ramaḍāna aṡābakumullāh
(Inilah) solat Tarawih, sebahagian daripada qiyam bulan Ramadan. Semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada kamu.
Makmum
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
اَلصَّلَاةَ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ
Aṣ-ṣalāh, lā ilāha illallāh
(Marilah) solat. Tiada Tuhan melainkan Allah.
Maka bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih yang pertama sebanyak 2 rakaat.
Bahagian 2
Selepas Rakaat Ke 2
Selepas salam dua rakaat yang pertama:
Bilal
Sesudah salam solat 2 rakaat yang pertama, bilal akan melafazkan:
فَضْلًا مِنَ اللّٰهِ وَنِعْمَةً
Faḍlam minallāhi wa ni‘mah
Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.
Makmum
Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:
وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Wa maghfirataw wa raḥmah, lā ilāha illallāhu waḥdahū lā syarīka lah, lahul-mulku wa lahul-ḥamdu yuḥyī wa yumītu wa huwa ‘alā kulli syai’in qadīr
Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
Bilal
Bilal berselawat lagi:
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.
Makmum
Makmum menjawab selawat:
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Bilal
Disambung bilal dengan lafaz selawat:
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.
Makmum
Makmum menjawab selawat:
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Bilal
Disambung oleh bilal dengan lafaz taradhi:
اَلْخَلِيفَةُ الْأَوَّلُ بَعْدَ رَسُولِ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ سَيِّدُنَا أَبُو بَكْرٍ الصِّدِّيقُ
Al-khalīfatul-awwalu ba‘da rasūlillāhi ṣallallāhu ‘alaihi wa sallama amīrul-mu’minīna sayyidunā Abū Bakriniṣ-ṣiddīq
Khalifah pertama selepas Rasulullah ﷺ, Amirul Mukminin, Saidina Abu Bakar al-Siddiq.
Makmum
Para jemaah menjawab:
رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ
Raḍiyallāhu ‘anh
Semoga Allah meredainya.
Selepas itu bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih seterusnya (Rakaat 3 – 4)
Bahagian 3
Selepas Rakaat Ke 4
Selepas salam rakaat keempat. Inilah waktu rehat yang pertama, iaitu tarwihah.
Bilal
Sesudah salam solat kedua (Rakaat ke-4), bilal akan menyebut lafaz:
سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُودِ
Subḥānal-malikil-ma‘būd
Maha Suci (Allah), Raja yang disembah.
Makmum
Para jemaah beramai-ramai menjawab:
سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَوْجُودِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْحَيِّ الَّذِي لَا يَنَامُ وَلَا يَمُوتُ وَلَا يَفُوتُ أَبَدًا، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّنَا وَرَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ، سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Subḥānal-malikil-maujūd, subḥānal-malikil-ḥayyil-lażī lā yanāmu wa lā yamūtu wa lā yafūtu abadā, subbūḥun quddūsur rabbunā wa rabbul-malā’ikati war-rūḥi, subḥānallāhi wal-ḥamdu lillāhi wa lā ilāha illallāhu wallāhu akbar, wa lā ḥaula wa lā quwwata illā billāhil-‘aliyyil-‘aẓīm
Maha Suci Raja Yang Maha Wujud. Maha Suci Raja Yang Maha Hidup, yang tidak tidur, tidak mati dan tidak luput selama-lamanya. Maha Suci lagi Maha Qudus Tuhan kami, Tuhan para malaikat dan al-Ruh (Jibril). Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.2
Bilal
Seterusnya bilal berselawat:
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.
Makmum
Makmum menjawab selawat:
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Bilal
Disambung oleh bilal dengan selawat:
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.
Makmum
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Bilal
Disambung oleh bilal dengan lafaz:
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa nabiyyinā wa ḥabībinā wa syafī‘inā wa żukhrinā wa maulānā Muḥammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, nabi kami, kekasih kami, pemberi syafaat kami, simpanan (bekalan) kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.
Makmum
Para jemaah menjawab:
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Imam
Selepas setiap kali selesai solat 4 rakaat tarawih, imam atau bilal akan membacakan doa ini.3
Doa Antara Tarawih (Selepas Rakaat 4)
اَللّٰهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اَللّٰهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا، وَعَنْ وَالِدِينَا، وَعَنْ جَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ
Allāhumma innā nas’aluka riḍāka wal-jannah, wa na‘ūżu bika min sakhaṭika wan-nār. Allāhumma innaka ‘afuwwun karīmun tuḥibbul-‘afwa fa‘fu ‘annā wa ‘aw wālidīnā wa ‘an jamī‘il-muslimīna wal-muslimāt, biraḥmatika yā arḥamar-rāḥimīn. Wa ṣallallāhu ‘alā sayyidinā Muḥammadiw wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī wa bāraka wa sallam
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredaan-Mu dan syurga, dan kami berlindung kepada-Mu daripada kemurkaan-Mu dan neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Pemurah, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah kami, ibu bapa kami dan seluruh muslimin dan muslimat, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani. Semoga Allah melimpahkan selawat, keberkatan dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, serta keluarga dan sahabat baginda.
Bilal
Sesudah doa, bilal menyebut lafaz taradhi:
اَلْخَلِيفَةُ الثَّانِي بَعْدَ رَسُولِ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ سَيِّدُنَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ
Al-khalīfatuṡ-ṡānī ba‘da rasūlillāhi ṣallallāhu ‘alaihi wa sallama amīrul-mu’minīna sayyidunā ‘Umarubnul-Khaṭṭābi raḍiyallāhu ‘anh
Khalifah kedua selepas Rasulullah ﷺ, Amirul Mukminin, Saidina Umar bin al-Khattab. Semoga Allah meredainya.
Makmum
Para jemaah menjawab:
رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ
Raḍiyallāhu ‘anh
Semoga Allah meredainya.
Maka bangun untuk mengerjakan solat tarawih yang seterusnya (Rakaat 5 – 6)
Bahagian 4
Selepas Rakaat Ke 6
Selepas salam rakaat keenam, bacaannya sama seperti selepas rakaat kedua, kecuali taradhi untuk khalifah ketiga.
Bilal
Sesudah salam solat ketiga (Rakaat ke-6), bilal akan melafazkan:
فَضْلًا مِنَ اللّٰهِ وَنِعْمَةً
Faḍlam minallāhi wa ni‘mah
Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.
Makmum
Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:
وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Wa maghfirataw wa raḥmah, lā ilāha illallāhu waḥdahū lā syarīka lah, lahul-mulku wa lahul-ḥamdu yuḥyī wa yumītu wa huwa ‘alā kulli syai’in qadīr
Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
Bilal
Bilal berselawat lagi:
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.
Makmum
Makmum menjawab selawat:
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Bilal
Disambung bilal dengan lafaz selawat:
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.
Makmum
Makmum menjawab selawat:
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Bilal
Disambung oleh bilal dengan lafaz taradhi:
اَلْخَلِيفَةُ الثَّالِثُ بَعْدَ رَسُولِ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ سَيِّدُنَا عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ
Al-khalīfatuṡ-ṡāliṡu ba‘da rasūlillāhi ṣallallāhu ‘alaihi wa sallama amīrul-mu’minīna sayyidunā ‘Uṡmānubnu ‘Affāna raḍiyallāhu ‘anh
Khalifah ketiga selepas Rasulullah ﷺ, Amirul Mukminin, Saidina Uthman bin Affan. Semoga Allah meredainya.
Makmum
Para jemaah menjawab:
رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ
Raḍiyallāhu ‘anh
Semoga Allah meredainya.
Selepas itu bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih seterusnya (Rakaat 7 – 8)
Bahagian 5
Selepas Rakaat Ke 8
Selepas salam rakaat kelapan, bacaannya sama seperti selepas rakaat keempat, kecuali taradhi untuk khalifah keempat.
Bilal
Sesudah salam solat keempat (Rakaat ke-8), bilal akan menyebut lafaz:
سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُودِ
Subḥānal-malikil-ma‘būd
Maha Suci (Allah), Raja yang disembah.
Makmum
Para jemaah beramai-ramai menjawab:
سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَوْجُودِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْحَيِّ الَّذِي لَا يَنَامُ وَلَا يَمُوتُ وَلَا يَفُوتُ أَبَدًا، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّنَا وَرَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ، سُبْحَانَ اللّٰهِ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Subḥānal-malikil-maujūd, subḥānal-malikil-ḥayyil-lażī lā yanāmu wa lā yamūtu wa lā yafūtu abadā, subbūḥun quddūsur rabbunā wa rabbul-malā’ikati war-rūḥi, subḥānallāhi wal-ḥamdu lillāhi wa lā ilāha illallāhu wallāhu akbar, wa lā ḥaula wa lā quwwata illā billāhil-‘aliyyil-‘aẓīm
Maha Suci Raja Yang Maha Wujud. Maha Suci Raja Yang Maha Hidup, yang tidak tidur, tidak mati dan tidak luput selama-lamanya. Maha Suci lagi Maha Qudus Tuhan kami, Tuhan para malaikat dan al-Ruh (Jibril). Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Bilal
Seterusnya bilal berselawat:
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.
Makmum
Makmum menjawab selawat:
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Bilal
Disambung oleh bilal dengan selawat:
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.
Makmum
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Bilal
Disambung oleh bilal dengan lafaz:
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa nabiyyinā wa ḥabībinā wa syafī‘inā wa żukhrinā wa maulānā Muḥammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, nabi kami, kekasih kami, pemberi syafaat kami, simpanan (bekalan) kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.
Makmum
Para jemaah menjawab:
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Imam
Seperti selepas rakaat keempat, pada rakaat kelapan juga imam atau bilal akan membacakan doa ini.
Doa Antara Tarawih (Selepas Rakaat 8)
اَللّٰهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اَللّٰهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا، وَعَنْ وَالِدِينَا، وَعَنْ جَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ
Allāhumma innā nas’aluka riḍāka wal-jannah, wa na‘ūżu bika min sakhaṭika wan-nār. Allāhumma innaka ‘afuwwun karīmun tuḥibbul-‘afwa fa‘fu ‘annā wa ‘aw wālidīnā wa ‘an jamī‘il-muslimīna wal-muslimāt, biraḥmatika yā arḥamar-rāḥimīn. Wa ṣallallāhu ‘alā sayyidinā Muḥammadiw wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī wa bāraka wa sallam
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredaan-Mu dan syurga, dan kami berlindung kepada-Mu daripada kemurkaan-Mu dan neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Pemurah, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah kami, ibu bapa kami dan seluruh muslimin dan muslimat, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani. Semoga Allah melimpahkan selawat, keberkatan dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, serta keluarga dan sahabat baginda.
Bilal
Sesudah doa, bilal menyebut lafaz taradhi:
اَلْخَلِيفَةُ الرَّابِعُ بَعْدَ رَسُولِ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ سَيِّدُنَا عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ كَرَّمَ اللّٰهُ وَجْهَهُ
Al-khalīfatur-rābi‘u ba‘da rasūlillāhi ṣallallāhu ‘alaihi wa sallam, amīrul-mu’minīna sayyidunā ‘Aliyyubnu Abī Ṭālibin karramallāhu wajhah
Khalifah keempat selepas Rasulullah ﷺ, Amirul Mukminin, Saidina Ali bin Abi Talib. Semoga Allah memuliakan wajahnya.
Makmum
Para jemaah menjawab:
رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ
Raḍiyallāhu ‘anh
Semoga Allah meredainya.
Setelah selesai 8 rakaat Tarawih, maka bacalah doa Tarawih seperti di bawah ini
Bahagian 6
Doa Selepas Solat Tarawih (Doa Kamilin)
Selepas selesai 8 atau 20 rakaat dan bacaan selawat, imam menutup Tarawih dengan doa ini. Makmum mengaminkannya.
Doa Kamilin ialah doa pilihan yang disusun ulama Nusantara, bukan lafaz hadis. Isinya permohonan kebaikan yang umum.4
Imam
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ. اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn, waṣ-ṣalātu was-salāmu ‘alā asyrafil-anbiyā’i wal-mursalīn, sayyidinā Muḥammadiw wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī ajma‘īn.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi dan rasul yang paling mulia, junjungan kami Nabi Muhammad, serta seluruh keluarga dan sahabat baginda.
اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنَا بِالْإِيمَانِ كَامِلِينَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّينَ، وَلِلصَّلَاةِ حَافِظِينَ، وَلِلزَّكَاةِ فَاعِلِينَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِينَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِينَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِينَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِينَ، وَفِي الدُّنْيَا زَاهِدِينَ، وَفِي الْآخِرَةِ رَاغِبِينَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِينَ، وَبِالنَّعْمَاءِ شَاكِرِينَ، وَعَلَى الْبَلَايَا صَابِرِينَ
Allāhummaj‘alnā bil-īmāni kāmilīn, wa lifarā’iḍika mu’addīn, wa liṣ-ṣalāti ḥāfiẓīn, wa liz-zakāti fā‘ilīn, wa limā ‘indaka ṭālibīn, wa li‘afwika rājīn, wa bil-hudā mutamassikīn, wa ‘anil-laghwi mu‘riḍīn, wa fid-dunyā zāhidīn, wa fil-ākhirati rāghibīn, wa bil-qaḍā’i rāḍīn, wa bin-na‘mā’i syākirīn, wa ‘alal-balāyā ṣābirīn.
Ya Allah, jadikanlah kami orang yang sempurna imannya, yang menunaikan segala fardu-Mu, yang memelihara solat, yang menunaikan zakat, yang mencari apa yang ada di sisi-Mu, yang mengharapkan keampunan-Mu, yang berpegang teguh dengan petunjuk, yang berpaling daripada perkara sia-sia, yang zuhud terhadap dunia, yang cinta akan akhirat, yang reda dengan ketentuan-Mu, yang bersyukur atas nikmat-Mu, dan yang sabar menghadapi segala ujian.
وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِينَ، وَإِلَى الْحَوْضِ وَارِدِينَ، وَفِي الْجَنَّةِ دَاخِلِينَ، وَعَلَى سَرِيرِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِينَ، وَبِحُورٍ عِينٍ مُتَزَوِّجِينَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ وَدِيبَاجٍ مُتَلَبِّسِينَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِينَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفَّيْنِ شَارِبِينَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِينٍ، مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ
Wa taḥta liwā’i sayyidinā Muḥammadin ṣallallāhu ‘alaihi wa sallama yaumal-qiyāmati sā’irīn, wa ilal-ḥauḍi wāridīn, wa fil-jannati dākhilīn, wa ‘alā sarīril-karāmati qā‘idīn, wa biḥūrin ‘īnim mutazawwijīn, wa min sundusiw wa istabraqiw wa dībājim mutalabbisīn, wa min ṭa‘āmil-jannati ākilīn, wa mil labaniw wa ‘asalim muṣaffaini syāribīn, bi’akwābiw wa abārīqa wa ka’sim mim ma‘īn, ma‘al-lażīna an‘amta ‘alaihim minan-nabiyyīna waṣ-ṣiddīqīna wasy-syuhadā’i waṣ-ṣāliḥīn.
(Jadikanlah kami) orang yang berjalan di bawah panji junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ pada hari kiamat, yang sampai ke telaga baginda, yang masuk ke dalam syurga, yang duduk di atas takhta kemuliaan, yang berkahwin dengan bidadari, yang memakai pakaian daripada sutera halus, sutera tebal dan sutera bersulam, yang menikmati makanan syurga, dan yang meminum susu dan madu yang jernih dengan gelas, cerek dan piala berisi minuman dari mata air yang mengalir, bersama orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, iaitu para nabi, para siddiqin, para syuhada dan orang-orang soleh.
اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنَا فِي هٰذِهِ لَيْلَةِ الشَّهْرِ الشَّرِيفَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ السُّعَدَاءِ الْمَقْبُولِينَ، وَلَا تَجْعَلْنَا اللّٰهُمَّ مِنَ الْأَشْقِيَاءِ الْمَرْدُودِينَ. إِلٰهَنَا عَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا، وَاغْفِرِ اللّٰهُمَّ لَنَا وَلِوَالِدِينَا وَلِأُمَّهَاتِنَا وَلِإِخْوَانِنَا وَلِأَخَوَاتِنَا وَلِأَزْوَاجِنَا وَلِأَهْلِ بَيْتِنَا وَلِأَجْدَادِنَا وَلِجَدَّاتِنَا وَلِمَشَايِخِنَا وَلِمُعَلِّمِينَا، وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ
Allāhummaj‘alnā fī hāżihī lailatisy-syahrisy-syarīfatil-mubārakati minas-su‘adā’il-maqbūlīn, wa lā taj‘alnallāhumma minal-asyqiyā’il-mardūdīn. Ilāhanā ‘āfinā wa‘fu ‘annā, waghfirillāhumma lanā wa liwālidīnā wa li’ummahātinā wa li’ikhwāninā wa li’akhawātinā wa li’azwājinā wa li’ahli baitinā wa li’ajdādinā wa lijaddātinā wa limasyāyikhinā wa limu‘allimīnā, wa lijamī‘il-muslimīna wal-muslimāti wal-mu’minīna wal-mu’mināt, al-aḥyā’i minhum wal-amwāt.
Ya Allah, jadikanlah kami pada malam yang mulia lagi diberkati dalam bulan ini, dalam golongan orang yang berbahagia dan diterima amalannya, dan janganlah Engkau jadikan kami, ya Allah, dalam golongan orang yang celaka dan ditolak amalannya. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kesejahteraan kepada kami dan maafkanlah kami. Ampunilah kami, ya Allah, ibu bapa kami, ibu-ibu kami, saudara lelaki dan saudara perempuan kami, pasangan kami, ahli keluarga kami, datuk dan nenek kami, para guru dan pengajar kami, serta seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.
وَاكْتُبِ اللّٰهُمَّ السَّلَامَةَ وَالْعَافِيَةَ عَلَيْنَا وَعَلَى عَبِيدِكَ الْحُجَّاجِ وَالْغُزَاةِ وَالزُّوَّارِ وَالْمُسَافِرِينَ وَالْمُقِيمِينَ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ، وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِينَ، وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ، يَا مُجِيبَ السَّائِلِينَ. وَاخْتِمْ لَنَا يَا رَبَّنَا مِنْكَ بِخَيْرٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Waktubillāhummas-salāmata wal-‘āfiyata ‘alainā wa ‘alā ‘abīdikal-ḥujjāji wal-ghuzāti waz-zuwwāri wal-musāfirīna wal-muqīmīna fil-barri wal-baḥri minal-muslimīn, wa qinā syarraẓ-ẓālimīn, wanṣurnā ‘alal-qaumil-kāfirīn, yā mujības-sā’ilīn. Wakhtim lanā yā rabbanā minka bikhairiy yā arḥamar-rāḥimīn. Wa ṣallallāhu ‘alā khairi khalqihī Muḥammadiw wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī wa sallam, wal-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn.
Tetapkanlah, ya Allah, keselamatan dan kesejahteraan ke atas kami dan ke atas hamba-hamba-Mu yang menunaikan haji, yang berjuang di jalan-Mu, yang berziarah, yang bermusafir dan yang bermukim, di darat dan di laut, dalam kalangan orang Islam. Peliharalah kami daripada kejahatan orang yang zalim, dan bantulah kami menghadapi kaum yang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan permintaan orang yang meminta. Akhirilah hidup kami dengan kebaikan daripada-Mu, wahai Tuhan kami, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani. Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk-Nya, Nabi Muhammad, serta keluarga dan sahabat baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Bahagian 7
Bacaan Sebelum Mengerjakan Solat Witir
Selepas Doa Kamilin, bilal menyeru jemaah mendirikan Witir. Lazimnya Witir dikerjakan tiga rakaat dengan dua salam: dua rakaat, kemudian satu rakaat.
Bilal
Untuk memulakan Solat Sunat Witir, bilal menyeru:
A Lafaz bilal untuk awal Ramadan sehingga malam 15 Ramadan
أَوْتِرُوا وَمَجِّدُوا وَعَظِّمُوا شَهْرَكُمْ شَهْرَ الصِّيَامِ، رَحِمَكُمُ اللّٰهُ
Autirū wa majjidū wa ‘aẓẓimū syahrakum syahraṣ-ṣiyāmi raḥimakumullāh
Berwitirlah kamu, muliakan dan agungkanlah kamu akan bulan kamu iaitu bulan puasa. Mudah-mudahan kamu semua dirahmati Allah.
B Lafaz bilal untuk malam 16 Ramadan hingga akhir Ramadan (ada doa qunut):
أَوْتِرُوا وَمَجِّدُوا وَعَظِّمُوا وَاقْنُتُوا شَهْرَكُمْ شَهْرَ الصِّيَامِ، رَحِمَكُمُ اللّٰهُ
Autirū wa majjidū wa ‘aẓẓimū waqnutū syahrakum syahraṣ-ṣiyāmi raḥimakumullāh
Berwitirlah kamu, muliakan dan agungkanlah serta berqunutlah kamu akan bulan kamu iaitu bulan puasa. Mudah-mudahan kamu semua dirahmati Allah.
Makmum
Makmum menjawab beramai-ramai:
اَلصَّلَاةَ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ
Aṣ-ṣalāh, lā ilāha illallāh
(Marilah) solat. Tiada Tuhan melainkan Allah.
Bilal
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā Muḥammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad.
Makmum
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Bilal
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa maulānā Muḥammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.
Makmum
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Bilal
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā sayyidinā wa nabiyyinā wa ḥabībinā wa syafī‘inā wa żukhrinā wa maulānā Muḥammad
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami, nabi kami, kekasih kami, pemberi syafaat kami, simpanan (bekalan) kami dan pemimpin kami, Nabi Muhammad.
Makmum
صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ
Ṣallallāhu wa sallama ‘alaih
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda.
Lakukan solat witir 3 rakaat dengan 2 salam.
Mulai malam ke-16 hingga akhir Ramadan, sunat membaca doa qunut pada rakaat terakhir witir. Lafaznya sama seperti doa qunut Subuh.5
Bahagian 8
Wirid & Doa Penutup Selepas Witir
Selesai Witir, jemaah berzikir bersama-sama, kemudian imam membaca doa penutup.
Selepas solat sunat witir dibaca tahlil pendek
Bacaan dimulai dengan ucapan di bawah sebanyak dua kali:
يَا لَطِيفُ يَا كَافِي، يَا حَفِيظُ يَا شَافِي
Yā laṭīfu yā kāfī, yā ḥafīẓu yā syāfī
Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, Maha Menyembuhi.
Kemudian disambung dengan ucapan di bawah sebanyak satu kali.
يَا لَطِيفُ يَا وَافِي، يَا كَرِيمُ أَنْتَ اللّٰهُ
Yā laṭīfu yā wāfī, yā karīmu antallāh
Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Setia, Maha Mulia, Engkaulah Allah.
Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai:
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ
Lā ilāha illallāh
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.
Imam
Selesai wirid, maka tutuplah solat pada malam tersebut dengan Doa Penutup ini:
اَللّٰهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلَاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَرُكُوعَنَا وَسُجُودَنَا وَتَخَشُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَضَرُّعَنَا، وَتَمِّمْ تَقْصِيرَنَا يَا اَللّٰهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Allāhumma rabbanā taqabbal minnā ṣalātanā wa ṣiyāmanā wa qiyāmanā wa rukū‘anā wa sujūdanā wa takhasysyu‘anā wa ta‘abbudanā wa taḍarru‘anā, wa tammim taqṣīranā yā Allāh, biraḥmatika yā arḥamar-rāḥimīn, yā rabbal-‘ālamīn. Wa ṣallallāhu ‘alā sayyidinā Muḥammadiw wa ‘alā ālihī wa ṣaḥbihī wa bāraka wa sallam, wal-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn
Ya Allah, Tuhan kami, terimalah daripada kami solat kami, puasa kami, qiyam (ibadah malam) kami, rukuk kami, sujud kami, kekhusyukan kami, pengabdian kami dan rintihan doa kami. Sempurnakanlah segala kekurangan kami, ya Allah, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani, wahai Tuhan sekalian alam. Semoga Allah melimpahkan selawat, keberkatan dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, serta keluarga dan sahabat baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Sebelum bangun, baca niat puasa untuk esok hari supaya tidak terlupa6
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانِ هٰذِهِ السَّنَةِ لِلّٰهِ تَعَالَى
Nawaitu ṣauma ghadin ‘an adā’i farḍi syahri Ramaḍāni hāżihis-sanati lillāhi ta‘ālā
“Aku berniat untuk berpuasa esok hari bagi menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Ta‘ala.”
Mengapa Ada Selawat di Antara Rakaat Tarawih?

Perkataan tarawih berasal daripada rāḥah, iaitu rehat. Setiap empat rakaat dinamakan satu tarwīḥah, kerana generasi salaf berehat seketika selepasnya sebelum menyambung solat.7
Para ulama tidak menetapkan bacaan khusus untuk waktu rehat ini. Yang disebut hanyalah zikir yang umum, seperti tasbih, tahlil, selawat ke atas Nabi ﷺ, membaca al-Quran dan berdoa. Di Nusantara, waktu itu diisi dengan seruan bilal, selawat dan taradhi yang dijawab beramai-ramai.
Amalan ini baik selagi difahami sebagai zikir pengisi rehat, bukan bacaan yang wajib atau sunnah khusus bagi Tarawih.
Dalil Seruan Bilal dalam Solat Tarawih

Seruan bilal sebelum Tarawih bersandarkan hadis Aisyah RA. Ketika berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi ﷺ, baginda mengutus seseorang untuk menyeru: aṣ-ṣalāta jāmi‘ah (marilah solat berjemaah).8
Solat sunat yang dikerjakan berjemaah tidak mempunyai azan dan iqamah. Ulama mazhab Syafi’e menyatakan bahawa seruan aṣ-ṣalāta jāmi‘ah disunatkan bagi solat sunat berjemaah seperti solat hari raya, gerhana dan istisqa’, dan Imam al-Nawawi menyebut Tarawih termasuk dalamnya apabila dikerjakan berjemaah.9
Seruan bilal di Malaysia, Solatut tarawihi min qiyami syahri Ramadhan, berfungsi dengan cara yang sama: mengajak jemaah bangun untuk solat.
Hukum Menyebut “Rahimakumullah”
Raḥimakumullāh bermaksud “semoga Allah merahmati kamu”. Ia doa yang baik untuk sesama Muslim. Berdoa untuk orang lain harus pada bila-bila masa, dan tiada dalil yang melarangnya diucapkan sebelum solat.
Hukum Selawat dan Taradhi di Antara Rakaat
Selawat ke atas Nabi ﷺ dan taradhi, iaitu mendoakan keredaan Allah untuk para sahabat seperti raḍiyallāhu ‘anh, kedua-duanya sunat secara umum.10
Membacanya di antara rakaat Tarawih hukumnya harus, kerana ia mengisi waktu rehat dengan zikir. Yang tidak boleh ialah beriktikad bahawa susunan tertentu itu sunnah khusus yang diajarkan Nabi ﷺ untuk Tarawih. Atas sebab itu, susunannya boleh diubah atau dipendekkan mengikut keperluan masjid.
Soalan Lazim Bacaan Bilal Tarawih
Tidak. Selawat dan seruan bilal bukan rukun atau syarat Solat Tarawih. Ia zikir untuk mengisi waktu rehat di antara rakaat, dan hukumnya harus. Tarawih tetap sah walaupun tanpa selawat ini.
Makmum menjawab Sollallahu wa sallama ‘alaih (صَلَّى اللّٰهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ), yang bermaksud “semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas baginda”. Apabila bilal menyebut nama khalifah, makmum menjawab Radhiyallahu ‘anh.
Doa Kamilin dibaca oleh imam selepas selesai rakaat Tarawih yang terakhir, sama ada 8 atau 20 rakaat, dan sebelum solat Witir. Makmum mengaminkannya.
Mulai malam ke-16 Ramadan, bilal menambah perkataan waqnutu (dan berqunutlah) dalam seruannya, kerana qunut Witir disunatkan pada separuh akhir Ramadan. Selain itu, lafaznya sama.
Tidak perlu. Seruan bilal dan jawapan makmum hanya untuk solat berjemaah. Jika solat seorang diri, isilah waktu rehat dengan zikir, istighfar, selawat atau doa yang anda mampu.
Taradhi bermaksud mendoakan keredaan Allah untuk para sahabat dengan ucapan radhiyallahu ‘anh. Dalam selawat Tarawih, bilal menyebut nama empat khalifah al-Rasyidin, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali, dan makmum menjawab dengan taradhi.

Edisi Ramadan 1448H
Muat Turun Panduan Bacaan Bilal Tarawih (PDF)
Percuma. Masukkan nama dan emel anda, dan PDF akan dihantar terus ke peti masuk anda.
- Arab, rumi dan maksud bagi setiap bacaan bilal, makmum dan imam
- Susunan penuh 8 rakaat, berserta Doa Kamilin, seruan Witir dan doa penutup
- Saiz A5 dan A4, siap dengan kad rujukan pantas untuk dibawa ke masjid
Penutup
Seruan bilal, jawapan makmum dan doa imam menjadikan waktu rehat Tarawih hidup dengan zikir. Bagi yang baru belajar, cukup sekadar menjawab apa yang anda mampu. Lama-kelamaan, lafaznya akan melekat.
Semoga Ramadan kita diisi dengan ibadah yang diterima.
Nota Kaki & Rujukan
- Jabatan Mufti Negeri Perak menyatakan: “Harus hukumnya perbuatan berselawat di antara dua rakaat solat Tarawikh namun diingatkan agar tidak menganggap amalan tersebut sebagai sunnah”, dengan menukilkan Ibn Ḥajar al-Haitamī (al-Fatāwā al-Fiqhiyyah al-Kubrā, 1/266) bahawa ia menjadi bid‘ah jika dilakukan dengan iktikad ia sunnah khusus pada tempat itu. Panduan Sembahyang Sunat Tarawih terbitan JAKIM turut memuatkan susunan bacaan bilal dan jawapan jemaah. Sebahagian ulama, antaranya Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, berpandangan tiada bacaan khusus yang disyariatkan di antara rakaat Tarawih. Rujuk: Kemusykilan Berkenaan Isu-Isu Dalam Bulan Ramadan, Jabatan Mufti Negeri Perak. [Pautan 1] [Pautan 2] [Pautan 3] ↩︎
- Aisyah RA meriwayatkan bahawa Nabi ﷺ membaca dalam rukuk dan sujud baginda: «سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ». Riwayat Muslim (no. 487). Perkataan rabbunā dalam bacaan makmum ialah tambahan dalam lafaz yang diamalkan di Nusantara. [Pautan] ↩︎
- Sebahagian lafaz doa ini diambil daripada doa yang diajarkan Nabi ﷺ kepada Aisyah RA untuk malam al-Qadr: «اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي». Riwayat al-Tirmizi (no. 3513) dan Ibn Majah (no. 3850). Perkataan karīm tidak terdapat dalam riwayat yang sahih; ia sebahagian daripada lafaz doa yang diamalkan, bukan lafaz hadis. [Pautan] ↩︎
- Doa Kamilin bukan lafaz hadis Nabi ﷺ. Ia ialah doa pilihan yang disusun dan diamalkan oleh ulama Nusantara selepas solat Tarawih, dan dinamakan “Kamilin” sempena permulaannya yang memohon agar kita dijadikan orang yang sempurna iman. Doa ini dimuatkan antara lain dalam kitab Maslak al-Akhyār karya Sayyid ‘Uṡmān bin Yaḥyā dan kitab Majmū‘ah Maqrū’āt Yaumiyyah wa Usbū‘iyyah susunan KH Muhammad bin Abdullah Faqih (Langitan). Isinya ialah permohonan kebaikan yang umum, maka ia baik dibaca selepas Tarawih, sama ada berjemaah atau bersendirian. [Pautan] ↩︎
- Imam al-Nawawī menyebut bahawa menurut nas al-Syafi’e dan pendapat yang masyhur dalam mazhab, qunut dibaca pada rakaat terakhir Witir dalam separuh akhir bulan Ramadan: «يقنت في الركعة الآخرة من صلاة الوتر في النصف الأخير من شهر رمضان». Panduan JAKIM menetapkannya mulai malam ke-16 Ramadan. Rujuk: al-Nawawī, al-Majmū‘ Syarḥ al-Muhażżab (4/15). [Pautan] ↩︎
- Rasulullah ﷺ bersabda: «مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلَا صِيَامَ لَهُ» (Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar, maka tiada puasa baginya). Riwayat Abu Daud (no. 2454) dan al-Tirmizi (no. 730). Dalam mazhab Syafi’e, niat puasa Ramadan diperbaharui pada setiap malam. [Pautan] ↩︎
- Syeikh al-Islam Zakariyyā al-Anṣārī menyebut: «وَسُمِّيَتْ كُلُّ أَرْبَعٍ مِنْهَا تَرْوِيحَةً؛ لِأَنَّهُمْ كَانُوا يَتَرَوَّحُونَ عَقِبَهَا أَيْ يَسْتَرِيحُونَ» (Setiap empat rakaat daripadanya dinamakan tarwīḥah kerana mereka berehat selepasnya). Rujuk: Asnā al-Maṭālib (1/201). [Pautan] ↩︎
- Aisyah RA meriwayatkan bahawa ketika berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah ﷺ, baginda mengutus seorang penyeru untuk menyeru aṣ-ṣalāta jāmi‘ah. Riwayat al-Bukhari (no. 1066) dan Muslim (no. 901). [Pautan] ↩︎
- Imam al-Nawawī menyebut: «وَلَكِنْ يُنَادَى لِلْعِيدِ وَالْكُسُوفِ وَالِاسْتِسْقَاءِ الصَّلَاةَ جَامِعَةً … وَكَذَا يُنَادِي لِلتَّرَاوِيحِ الصَّلَاةَ جَامِعَةً إذَا صُلِّيَتْ جَمَاعَةً» (Akan tetapi diserukan bagi solat hari raya, gerhana dan istisqa’: aṣ-ṣalāta jāmi‘ah … dan demikian juga diserukan bagi Tarawih jika dikerjakan berjemaah). Rujuk: al-Majmū‘ Syarḥ al-Muhażżab (3/77). [Pautan] ↩︎
- Imam al-Nawawī menyebut: «يُستحبّ الترضّي والترحّم على الصحابة والتابعين فمن بعدهم من العلماء والعبّاد وسائر الأخيار» (Disunatkan mengucapkan taradhi dan tarahhum ke atas para sahabat, tabi‘in dan orang selepas mereka daripada kalangan ulama, ahli ibadah dan orang-orang soleh). Rujuk: al-Ażkār, bab selawat ke atas para nabi. [Pautan] ↩︎

Salam Tuan. Boleh ke saya dapatkan soft copy panduan Tuan sebagai rujukan dan hafazan doa? Kalau boleh ini email saya. [email protected]
Terima kasih banyak2 Tuan.
Alhamdulillah….terima kasih tuan …dpt rujukan Dan hafazan doa….mohon minta copy utk jemaah dirumah……
Wassalam Tuan Ramli, silakan tuan. Semoga membantu tuan berjemaah di rumah.
Wassalam Tuan Danial.
Setakat ini saya tiada softcopy yang cantik dan teratur (semua dalam bentuk draf kasar).
InsyaaAllah saya cuba luangkan masa untuk buat pdf yang teratur, lengkap dan kemas terlebih dahulu dan emelkan kepada tuan jika telah siap.
Baik Tuan Naim. Terima kasih banyak-banyak dan saya minta maaf sekiranya permintaan saya menyusahkan Tuan. Terima kasih lagi sekali Tuan.
Assalamualaikum .. bole emailkan saya paduan lengkap rumi ini ke saya .. ini email sya [email protected] .. terima kasih
Wassalam Tuan Qayyum.
Setakat ini saya tiada softcopy yang cantik dan teratur (semua dalam bentuk draf kasar).
InsyaaAllah saya cuba luangkan masa untuk buat pdf yang teratur, lengkap dan kemas terlebih dahulu dan emelkan kepada tuan jika telah siap.
Assalamualaikum minta softcopy untuk seruan bacaan bilal solat tarawih ni boleh? Send ke [email protected] terima kasih banyak²
Wassalam Tuan Attariq.
Setakat ini saya tiada softcopy yang cantik dan teratur (semua dalam bentuk draf kasar).
InsyaaAllah saya cuba luangkan masa untuk buat pdf yang teratur, lengkap dan kemas terlebih dahulu dan emelkan kepada tuan jika telah siap.
Assalamualaikum tuan,boleh email kan panduan muazin terawih
[email protected]
Wassalam Tuan Zul.
Setakat ini saya tiada softcopy yang cantik dan teratur (semua dalam bentuk draf kasar).
InsyaaAllah saya cuba luangkan masa untuk buat pdf yang teratur, lengkap dan kemas terlebih dahulu dan emelkan kepada tuan jika telah siap.
Assalamualaikum Tuan. Boley saya dapatkan salinan seruan Bilal solat tarawikh utk 8 Dan 20 rakaat beserta doa skali yg lengkap.
Email sy: [email protected]
Terima kasih
Wassalam Tuan Shamsul.
Setakat ini saya tiada softcopy yang cantik dan teratur (semua dalam bentuk draf kasar).
InsyaaAllah saya cuba luangkan masa untuk buat pdf yang teratur, lengkap dan kemas terlebih dahulu dan emelkan kepada tuan jika telah siap.
Salam.. boleh email kan sy panduan bilal utk solat sunat tawarih
Wassalam Tuan Rozaki.
Setakat ini saya tiada softcopy yang cantik dan teratur (semua dalam bentuk draf kasar).
InsyaaAllah saya cuba luangkan masa untuk buat pdf yang teratur, lengkap dan kemas terlebih dahulu dan emelkan kepada tuan jika telah siap.
Salam, cik bole tak send panduan solat tarawih ni dkt email saya [email protected] , terima kasih.
Salam.emailkan saya panduan solat tarawih 8 rakaat serta witir.
Wassalam tuan Akhsan.
Setakat ini saya tiada softcopy yang cantik dan teratur (semua dalam bentuk draf kasar).
InsyaaAllah saya cuba luangkan masa untuk buat pdf yang teratur, lengkap dan kemas terlebih dahulu dan emelkan kepada tuan jika telah siap.
Wassalam Tuan Shahlan,

Assalamua’laikum, ada tak pdf untuk kedua 8 rakaat dan 20 rakaat?
Kalau ada tolong kongsi ke [email protected]
Wassalam. Setakat ini saya tiada softcopy yang cantik dan teratur (semua dalam bentuk draf kasar).
InsyaaAllah saya cuba luangkan masa untuk buat pdf yang teratur, lengkap dan kemas terlebih dahulu dan emelkan kepada tuan jika telah siap.
Assalamualaikum uztaz, ada tak bacaan taradhi dlm sekali sebutan untuk nama 4 khalifah. Selalu dgr dalam solat tarawih 8 rakaat tapi tak hafal.
Wassalam. Nanti saya cuba usahakan panduan tersebut, InsyaaAllah
Mantap
Salam
Terima kasih atas perkongsian ilim.
bila saya print kenapa sebahagian ayat al quran dan selawatnya jadi kosong. Maksudnya ayat2 jawinya kosong bila dicetak
Wassalam. Saya tidak pasti juga tu tuan kenapa jadi begini. Nanti saya akan periksa dan kenalpasti apa masalahnya.
Assalammualaikum terima kasih ustaz di atas perkongsian..ilmu yang sangat bermanafat..semoga menjadi amal jariah
Alhamdulillah. Semoga amalan yg akan diguna pakai ini menjadi saksi kepada hambanya yg ketika mana ia mengkongsikan ilmu ini serta yang mengamalkan akan mendapat redha dan ganjaran dari Allah swt. Aaminn
Jazakallah
TIMA KASIH SANGAT BERMANFAAT
IZINKAN SAYA AMLKAN YAA INSYALLAH..
BIUS==” §
assalamualikum alhamdulilah atas pengkongsian ini semuga dapat di menfaatkan dan dijadikan panduan dimasa2 akan datang insyallah
Ada Yang tidak lengkap
Alhamdulillah ,terima kasih diatas ilmu . Sy byk belajar ilmu dlm penulisan ustaz
trima kasih tuan. saya guna baca ni..tahun ni. bilal tak ada saya ganti. alhamdullillah..
Sama-sama tuan
Assalam tuan. Terima kasih atas perkongsian. Saya membacanya di surau. Ada yang tegur kenapa saya membaca taradhi utk 8 rakaat. Kebiasaannya untuk 20 rakaat. Mohon pencerahan dan rujukan kitab yg menjelaskan taradhi utk 8 rakaat pun diharuskan. Terima kasih
Wassalam.
Perkara ini sebenarnya tidak menjadi masalah tuan.
Bacaan selawat tarawih untuk 8 rakaat memang ada yang berbeza mengikut tempat atau daerah, ada tempat yang membaca taradhi dan ada yang tidak membaca taradhi.
Kalau tuan tanya dalil, memang tiada dalil yang mengharuskan atau mengharamkan bacaan taradhi untuk selawat tarawih 8 atau 20 rakaat. Ia bukan berasal dari sunnah Nabi SAW. Ia semua sekadar amalan tambahan serta bersifat umum.
Tuan juga boleh merujuk penerangan ini berkaitan pemisahan 2 rakaat tarawih dengan bacaan taradhi: https://aswajamuda.com/mengapa-kita-perlu-memisahkan-dua-rakaat-tarawih-dengan-doa-atau-bacaan-taradhi/
Salam tuan…. Saya sembahyang di masjid di perlis…. Imam buat witir 3 rakaat 1 salam…. Bukankah biasanya buat 3 rakaat 2 salam? Mohon pencerahan tuan….
Wassalam.
Boleh tuan witir 3 rakaat 1 salam, hukumnya harus.
Tapi yang lebih afdal adalah solat witir 3 rakaat 2 salam.
Alhamdulillah terima kasih. Panduan yang sgt berguna. Semoga Allah memberi kebaikan kpd penulis dan kepada kita semua. InsyaAllah
Aminn Ya Rabb