Hukum Terlupa Niat Semasa Bayar Zakat Fitrah

Terlupa Niat Semasa Bayar Zakat

Apakah hukum jika terlupa niat semasa bayar zakat fitrah?

Adakah zakat fitrah itu tidak sah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Seorang yang telah membayar zakat pada hari sebelumnya tetapi sehari selepas itu baru dia teringat dia tidak berniat ketika membayar zakat tersebut. Adakah sah zakat yang dia telah bayar itu?


JAWAPAN:

Zakat fitrah adalah ibadah yang tidak sah melainkan dengan berniat kerana sabda Nabi saw:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

Dan hanyalah segala amalan itu dengan niat dan hanyalah dapat kepada seseorang itu apa yang dia tentukan ketika berniat.”

(Hadith Bukhari)

Dan niat zakat itu samada sebelum menyerahkannya kepada orang yang menerima zakat atau berniat ketika menyerahkan kepada mereka.

Jika selepas menyerahkan zakat kepada penerimanya baru dia hendak berniat maka tidak sah ia.

Kesimpulan

Waktu mula dibolehkan niat membayar zakat ialah pada ketika mengumpulkan harta yang akan digunakan untuk membayar zakat tersebut dan habis waktunya apabila harta tersebut telah diserahkan kepada penerimanya.

Contohnya pada hari jumaat seorang itu membeli beras segantang untuk membayar zakat maka selepas aqad jual beli beras tersebut sudah sah dia berniat membayar zakat sekalipun beras tersebut akan dihantar kepada penerimanya pada hari sabtu.

Yang afdhal ialah berniat ketika menyerahkan zakat kepada penerimanya.

wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments