Apakah hukum menambah doa sendiri dalam solat?
Adakah solat itu sah atau terbatal?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALAN:JAWAPAN:Antara tempat yang digalakkan berdoa di dalam solat ialah didalam sujud dan ketika membaca tahiyat akhir sebelum salam.
Soalan saya adakah boleh kita menambah doa selepas membaca doa dari Nabi dengan doa kita sendiri seperti meminta anak-anak lulus dalam peperiksaan?
Doa yang paling afdhal dibaca oleh seorang samada di dalam solat atau diluarnya adalah doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith.
Akan tetapi harus seorang itu berdoa dengan selain doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith iaitu apa sahaja doa yang dia suka sekalipun meminta perkara yang berkait dengan dunia dengan syarat dalam bahasa arab.
Berkata Imam Nawawi, ertinya:
Dan tidak harus membuat doa yang bukan terdapat dalam Quran dan sunnah dan membacanya dengan selain bahasa arab tanpa khilaf dan batal solat dengan sebab membacanya.
Tetapi jika dibuatnya doa dalam bahasa arab maka hukumnya adalah harus disisi kami tanpa khilaf.”
(Kitab Al-Majmu’)
Kesimpulan
Harus membaca sebarang doa di dalam solat samada doa yang terdapat di dalam Quran dan hadis atau doa-doa yang lain.
Tidak boleh membaca doa yang bukan bahasa arab didalam solat dan jika dibacanya maka ia membatalkan solat.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Tarikat Rasulullah tarikat Imam Mahadi.