Hukum Melintas Atau Lalu Depan Orang Sedang Solat

Melintas lalu depan orang solat

Apakah hukum melintas atau lalu depan orang yang sedang solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya ingin tahu jika seorang sedang solat di atas sejadah adakah harus seorang yang lain lalu dihadapannya tetapi di luar dari sejadah itu?


JAWAPAN:

Jikalau seorang sedang solat menggunakan sutrah seperti sejadah misalnya maka haram seorang yang lain melintas di atas sejadah itu tetapi tidak haram jika dia melintas diluar dari sejadah itu.

Berkata Imam Nawawi, ertinya:

Apabila seorang solat kepada sutrah nescaya haram atas orang lain lalu antara yang sedang solat itu dan sutrahnya. Dan tidak haram jika dia lalu di luar dari sutrahnya.”

(Kitab Al-Majmu’)

Kesimpulan

Jika seorang sudah menyediakan sutrah seperti sejadah dan solat ia di atasnya maka haram orang lain melintas di depan orang yang solat itu di atas sejadahnya.

Ada pun jika dia melintas dihadapan dari penghujung sejadahnya maka hukumnya tidak haram tetapi makruh melintas di hadapan orang solat memakai sutrah tanpa hajat.

Ada pun jika ada hajat maka diharuskan.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments