Mengenal Perbezaan Darah Haid, Nifas & Istihadah (Fardu Ain)

darah haid

Apakah perbezaan antara darah haid, nifas dan istihadah?

Panduan ini akan membimbing anda mengenai fardu ain asas berkaitan darah haid, nifas dan istihadah secara lengkap dan tersusun.

Ia juga akan menerangkan hukum perkara berkaitan:

  • Bagaimana tempoh suci dikira?
  • Bagaimana permulaan tempoh nifas?
  • Ibadah yang diharamkan

… dan sebagainya.

Oleh itu tanpa buang masa, mari kita mulakan.

 

Darah Haid

Pengertian Haid

Haid ialah darah kotor yang keluar dari rahim perempuan yang bukan darah penyakit.

Perempuan yang berada dalam keadaan haid atau nifas diharamkan solat dalam tempoh berkenaan.

Mereka juga tidak perlu menggantikan semula solat yang ditinggalkan itu.

 

Tempoh Haid

Tempoh haid berlaku sekurang-kurangnya sehari semalam iaitu 24 jam.

Tempoh paling lama adalah lima belas hari lima belas malam.

Kebiasaannya tempoh haid pada kebanyakkan wanita berlaku selama enam atau tujuh hari tujuh malam.

Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bersabda kepada Hamnah binti Jahsin r.ha. yang bermaksud:

Kamu didatangi haid enam atau tujuh hari dalam pengetahuan Allah, kemudian mandilah.

— Hadis riwayat Ahmad

Haid berwarna merah kehitaman, kuning tua atau berwarna coklat.

Sekiranya yang keluar itu berwarna putih, maka tidaklah dipanggil haid dan perempuan itu bukannya mengandung.

 

Ciri-Ciri Utama Darah Haid

Nabi Muhammad SAW telah menyifatkan darah haid dengan beberapa sifat tertentu:

  • Dalam keadaan pekat
  • Dalam keadaan seperti terbakar akibat kepanasan
  • Keluar dengan perlahan-lahan dan tidak mengalir seperti cairan yang biasa mengalir
  • Mempunyai bau yang busuk ditambah pula dengan warnanya yang hitam dan sangat merah

Rujukan:
Ahkam ‘Ibadah al-Mar’ah, ‘Umdah al-Qari jilid 3 halaman 217. Al-Haid wa Ahkamuhu, Dr. Kamil Musa Halaman 20. As-Syarkawi ‘ala Syarh at-Tahrir jilid 1 halaman 217.  Ahkam al-Haid wal Istihadhah. Abdul Hajjaj halaman 100

 

Tempoh Suci Dari Haid

Tempoh haid paling sekejap ialah satu hari satu malam, dan tempoh yang paling lama ialah 15 hari 15 malam.

Manakala tempoh pada kebiasaan adalah enam atau tujuh hari.

Sekurang-kurangnya tempoh suci itu, mesti 15 hari 15 malam – ertinya antara dua haid mestilah 15 hari paling kurang tetapi tidak ada batasan tentang tempoh maksimumnya.

 

Darah Nifas

Pengertian Nifas

Nifas ialah darah yang keluar daripada rahim perempuan selepas melahirkan anak (bersalin)

Mazhab Syafi’e menyatakan bahawa darah nifas itu ialah  darah yang keluar selepas selesai melahirkan anak. 

Tetapi sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah nifas tetapi darah yang keluar itu dikira darah penyakit.

Darah daripada rahim perempuan yang keguguran anak juga dipanggil darah nifas.

Tempoh sekurang-kurangnya satu lahzah (iaitu sedetik).

Kebiasaannya 40 hari dan tempoh maksimum 60 hari.

Maka tidaklah wujud 44 hari sebagaimana kepercayaan orang melayu.

 

Tempoh Nifas Bagi Perempuan Yang Melahirkan Anak Kembar


Bagaimana dengan perempuan yang melahirkan anak kembar?

Sekiranya seseorang perempuan melahirkan anak kembar, dua atau lebih, tempoh nifasnya dikira bermula daripada kelahiran anak yang terakhir dan bukannya anak yang pertama.

Ini bererti, walaupun selang masa kelahiran anak pertama dan terakhir adalah lama, namun masa nifas tetap dihitung sejak kelahiran anak yang terakhir.

Darah yang keluar pada kelahiran yang pertama dianggap darah haid (sekiranya kebiasaan haidnya tepat dengan ciri, dan tempoh biasa berlakunya haid).

Jika tidak, ia dianggap sebagai darah istihadah.

 

Perkara-Perkara Yang Diharamkan Ketika Haid & Nifas
Terdapat beberapa perkara yang diharamkan dilakukan ketika seseorang itu dalam tempoh haid atau nifas.
Antaranya adalah:
  1. Solat (sembahyang)
  2. Membaca, menyentuh dan membawa al-Quran
  3. Tawaf
  4. Puasa (wajib qada puasa)
  5. Bersetubuh
  6. Bercerai. Tetapi talaknya jatuh.

 

Masalah Haid & Nifas

Orang yang sedang haid atau nifas boleh membaca sedikit ayat al-Quran seperti basmalah dengan niat zikir.

Begitu juga beberapa ayat dalam kategori pendinding diri seperti ayat kursi dan surah-surah 3 Qul.

Selain itu, tidak haram bagi seorang wanita yang haid melintasi masjid.

Ini sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan lainya:

Daripada Aisyah r.ha. bahawa dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku:”Ambilkan untukku sejadah di masjid”. Lalu aku berkata: “Sesungguhnya aku dalam keadaan haid”.

Sabda Rasulullah:”Sesungguhnya haidmu itu bukannya di tangan kamu”

— Hadis riwayat al-Bukhari (245) dan Muslim (316)

An-Nasa’i pula meriwayatkan daripada Maimunah r.ha. bahawa dia berkata:

Salah seorang daripada kami bangun membawa sejadah ke masjid, lalu dia menghamparkannya sedangkan di dalam keadaan haid”

— Hadis riwayat an-Nasa’i (1/147)

 

Darah Istihadah

Pengertian Istihadah

Sekiranya darah yang keluar melebihi daripada kebiasaan, contohnya melebihi maksimum haid seperti 15 hari maka darah yang lebih itu dikira istihadah atau darah penyakit.

Orang yang berdarah penyakit wajib menunaikan solat dan amalan-amalan lain sebagaimana orang biasa juga.

Istihadah ialah darah yang keluar dari faraj perempuan bukan semasa haid atau nifas.

Ia disifatkan sebagai darah penyakit.

Tiap-tiap darah yang keluar dari rahim yang melebihi atau kurang dari haid atau nifas, maka darah itu dikira sebagai istihadah.

Perlu diingatkan bahawa perempuan yang darahnya keluar sebagaimana yang tersebut, tidak dikenakan sebarang larangan seperti orang haid dan nifas.

Mereka hanya perlu sentiasa memperbaharui wuduk tatkala hendak mengerjakan ibadah solat dan lain-lain yang diwajibkan berwuduk.

 

Solat Orang Beristihadah

Orang yang beristihadah jika hendak mengerjakan solat perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

  1. Berwuduk hanya apabila telah masuk waktu solat setelah membersihkan darah berkenaan serta meletakkan sesuatu balutan terlebih dahulu, lalu terus bersolat. Dia tidak boleh menunggu melainkan untuk solat berjemaah.
  2. Mereka hanya boleh solat satu fardu an beberapa solat sunat sahaja.

 

Sumber Rujukan Dan Penutup

Sumber rujukan dalam menghasilkan panduan ini adalah Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato’ Ustaz Ismail Kamus.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan haid, nifas dan istihadah, anda boleh meninggalkan soalan tersebut pada ruangan komen di bawah.

Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.

Semoga panduan ini memberi manfaat!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

24 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Amirah
Amirah
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum.

Saya nak tanya, saya bersalin secara emergency czer pada 26/1/23. Selepas proses czer tu saya terus cucuk perancang Depo, dan selepas sebulan atau 2 bulan macam tu saya tukar ke perancang pil atas sebab darah saya tak berhenti langsung sampai lah ke hari ni. Dan hari tu masa anak saya genap 4bulan(29/5/23) untuk checkup saya jumpa doktor dan katakan darah saya mula pekat dan terasa sakit seperi cramp , dan doktor kata tu maksudnya darah haid, jadi saya tunggu selama 15hari ni dan hari ni 17/6 darah saya jadi pekat semula seperti darah haid? Kiranya saya ni keadaan macam mana yea? Solat saya bagaimana yea ? Dikira seperti darah istihadah kan ? Atau kira darah gelap seperti darah haid kita tidak boleh solat kan ? Tapi sebab darah saya tk berhenti dari hari pertama czer hari tu . Bagaimana ya ?

mohon penjelasan, terima kasih.

Last edited 1 tahun yang lalu by Amirah
Fatin
Fatin
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustazah..tempoh suci saya baru 13 hari tetapi darah yg keluar sifatnya sama dengan haid..jadi ia dikira haid atau istihadah( haid terakhir saya 13 hari dan 3 hari terakhir keluar kuning seakan keputihan)

Adillah
Adillah
2 tahun yang lalu

Assalammualaikum Ustaz, sy habis period 12 hari pada 19/4 tetapi 30/4 keluar lagi darah seperti permulaan period.. adakah dikira sebagai darah haid @ istihadah? Setakat ni dh tiga kali sy kena, tempoh suci kurang 15 hari. Saya keliru apa perlu solat seperti biasa atau tidak..

Farhana
Farhana
2 tahun yang lalu

Slm ustazah, sy keguguran pada 2/4/2021
smp 19/4 da sempat berpuasa selama 2
hari, tetapi harini smp skarang drh masih mengalir , sy betul2 kurang jelas , adakah dia drh istihadah? Memg tiada ciri2 haid, drh tak berbau, coklat n sikit2 shaja
bole jelaskan? Trima kasih

Atiqah
Atiqah
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum , sy nak bertanye . Saya Mula dtg haid pada 4 Hb 4 Dan habis pada 10 Hb 4. . Kemudian 20hb saya terlihat ade keluar darah , adakah itu darah haid atau istihadah?

Afifa
Afifa
2 tahun yang lalu

Assalam ustaz
sy bersalin 7/11/21 , dan darah nifas keluar hingga 17/12/21. Dua hari sy suci kemudian pada 20/12/21, ada kembali darah keluar hingga 31/1/21. Suci dua hari dan pada 3/1/22, ada semula darah yg keluar. Darah ni dikira haid atau istihadah?

Cherry tefinny
Cherry tefinny
2 tahun yang lalu

Assalammualaikum ustaz..sy ada persoalan berkenaan haid..
Kebiasaan nya haid saya mula pada 26 hb keluar darah merah keruh bercampuran lendiran..sebelum zohor sekali shj.sehingga la besok bersih..jadi 27hb pun jadi yg sama..masa zohor ada sedikit campuaran lendiran warna merah keruh..sekali shj..smpi la besok 28 hb.baru haid yg tidak di ragui la mengalir keluar.tapi tempoh 2 hari tersebut.tidak mengalir.cuma bahagian dalam sahaja..darah cmpur lenidran warna keruh..jadi 2hari itu kira haid atau bukan ya ustaz..mohon bantuan penjelasan..

Zarina
Zarina
2 tahun yang lalu

Saya kebiasaannya haid hanya 7 atau 8 hari. Tapi sejak akhir2 ni berlarutan hingga 15 hari, darahnya tak keluar tapi bila nak mandi saya cek darah masih ada lagi didalam. Tu nak dikira darah haid atau bukan.

Rodziah
Rodziah
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum….maaf tumpang bertanya…. sekiranya kita haid dan berlarutan sampai 20 hr…jdnya hr ke 15 keatas dikira istihadah kan…jdnya kita perlu mandi wajib dulu @ bagaimana…utk kita solat dan sebagainya….

Neiz
Neiz
Reply to  Rodziah
3 tahun yang lalu

Selepas hari ke 15 kena mandi wajib dan setiap kali nak solat,cuci/tukar tuala wanita yang baru dan segerakan solat.

Rin
Rin
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum. Saya berumur 15 tahun dan haid saya datang tidak menentu. Saya sudah cukup 7 hari tetapi haid saya hanya sikit dan juga ada hari yang haid saya tidak datang dan selepas beberapa hari haid saya datang balik di bulan yang sama (bulan4) dan disambungkan dengan bulan 5. Tetapi darah saya memang sama seperti darah haid. Saya cuma ingin tahu adakah saya darah haid ataupun darah istiadah