Doa Selamat Daripada Segala Kejahatan
اللَّـهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ و رَبَّ الأَرْضِ ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى ، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالفُرْقَانِ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ ، اللَّـهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ ، و أَنْتَ َالآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ ، وَ أَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ ، إِقْضِ عَنَّا الدَّيْنِ ، وَأَغْنِنَا مِنَ الفَقْرِ
Ya Allah, Tuhan langit yang tujuh, tuhan bumi, tuhan arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu, pembelah biji dan benih, tuhan yang menurunkan taurat, injil dan al-Furqan ( al-Quran ), aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan yang Engkau pegang ubun-ubunnya, ya Allah engkaulah yang pertama tiada sesuatu sebelumMu, Engkaulah yang paling akhir, tiada sesuatupun sesudahMu.
Engkaulah yang Zahir, tiada sesuatu yang lebih hebat dariMu, dan Engkaulah yang batin, tiada sesuatupun yang tersembunyi dariMu, tunaikanlah hutang kami dan cukupkanlah keperluan kami.
Keterangan
Dalam hadith ini Nabi saw mengajar kita kepentingan memohon perlindungan dari dua kesusahan iaitu kesusahan hutang dan kemiskinan.
Sebagai umat yang dinobatkan sebagai sebaik umat, kita harus peka kepada dua masalah ini yang kerap mengundang kesusahan dalam hidup .
Ramai manusia terpedaya dengan cara hidup bermewah-mewah yang tak diperlukan hingga menyebabkan berhutang untuk urusan yang tidak diperlukan .
Moga Allah mengurniakan kita dengan limpah kurniaNya agar terselamat dari musibah ini dengan berkat beramal dengan wahyuNya menerusi lidah Nabi saw ini .
HR Muslim no 2713
Tinggalkan Komen Anda..
[…] Sumber: akuislam.com […]
[…] Sumber: akuislam.com […]