Ini adalah himpunan doa ketika menghadapi masalah, musibah dan kecelakaan.
Panduan ini ditulis secara padat dan dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi membantu mereka yang kurang mahir membaca jawi.
Makna setiap doa juga turut disediakan.
Doa-Doa Ketika Menghadapi Masalah & Kesusahan
1. Ketika Menghadapi Masalah
Bila berhadapan masalah, maka ucapkanlah:
Laa ilaha illallahul karimul ‘azim, subhanahu tabarakallahu robbul ‘arsyil ‘azim
Alhamdulillahi robbil ‘alamin, tawakkaltu ‘alal hayyil-lazi lam yattahiz walada, walam yakunlahu syarikun fil mulki, wa lam yakun lahu waliyun minazzuli wakabbirhu takbiraa
Allahumma rahmataka arju fala takilni ila nafsi thorfata ‘anna, waaslih lii sya’nii kullahu
Laa ilaha illa anta ya hayyu ya qayyum barahmatika astaghisu, laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin
Maksudnya:
Tiada Tuhan kecuali Allah yang Maha Mulia, Maha Agung, Maha Suci Allah yang Maha Tinggi, Tuhan Pemilik Arasy yang agung, segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam.
Aku bertawakkal kepada Allah yang Maha Hidup, yang tidak akan mati.
Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak, tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaan, tidak ada bagiNya penolong (sahabat) yang menjagaNya daripada kehinaan, agungkanlah Dia seagung-agungNya.
Ya Allah, kasih sayangMu ku pohonkan, janganlah Engkau biarkan (serahkan) aku meskipun sekejap mata, baikkanlah apabila mendapat kesulitan, kesedihan, atau sedang berdukacita, semua keadaanku, tiada tuhan kecuali Engkau.
Wahai yang Maha Hidup, wahai yang mengurus makhlukNya, dengan kasih sayangku aku mengharapkan pertolongan.
Tiada tuhan kecuali Engkau, Maha Sucilah Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang zalim.
Ya Allah, aku adalah hambaMu, anak hambaMu yang lelaki, anak hambaMu yang perempuan, aku berada dalam genggaman tanganMu, yang telah berlalu bagiku adalah hukumMu, adil padaku semua keputusanMu, aku bermohon kepadaMu dengan semua nama kepunyaanMu yang engkau telah namakan dirimu denganNya atau yang telah Engkau turunkan dalam kitabMu, atau telah Engkau ajarkan kepada seorang makhlukMu, atau yang telah engkau utamakan padanya dalam pengetahuan yang ghaib pada sisiMu, jadikanlah al-Quran tersemai dalam hatiku, cahaya penglihatanku, menjauhkan dukaku, pemupus kesusahanku.
Tiadalah daya dan upaya dengan Allah.
(Riwayat an-Nasai, dan Ibn Hibban dari hadis Ali, al-Hakim dan hadis Abi Hurairah dan Abdullah Ibn Mas’ud, at-Tirmizi dari hadis Sa’ad ibn Abi Waqqash, Ahmad dan al-Bazzar dari Ibn Mas’ud)
2. Apabila mendapat apa yang bukan menjadi pilihan
Ucaplah:
Qoddarallahu wamaa syaa-A fa’ala
Maksudnya:
Allah telah mentakdirkan, Dia lakukan apa yang Dia kehendaki
Jangan diucapkan “kalaulah” kerana perkataan ini akan membuka pintu syaitan. (Riwayat an-Nasa’i dari hadis Abi Hurairah)
3. Jika gagal dalam sesuatu perkara
Ucapkan:
Hasbunallahu wani’mal wakil
Maksudnya:
Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung
(Riwayat Abu Daud dari Auf Ibn Malik)
4. Apabila terkena kecelakaan atau musibah
Ucapkanlah:
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ‘indaka ahtasibu musibati fa’jurni fiihaa, wa abdilni minha khaira
Maksudnya:
Sesungguhnya kami adalah milik Allah, kepadaNya lah kami akan kembali.
Ya Allah, kepadaMu lah aku serahkan kecelakaan/musibahku, dan ganjarilah aku padanya, gantikanlah daripadaNya kebaikkan untukku.
(Riwayat at-Tirmizi dan Hakim dari hadis Abi Salamah)
Tinggalkan Komen Anda..