Apakah doa barang hilang agar dapat ditemui semula?
Berikut adalah doa mencari barang hilang yang terdapat dalam ayat al-Quran. Doa tersebut adalah dari Surah al-Imran ayat 9.
Doa ini dibacakan sebeberapa kali yang boleh:
Rabbanā innaka jāmi‘un-nāsi liyaumil lā raiba fīh, innallāha lā yukhliful-mī‘ād
Maksudnya
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janji-Nya.
Keterangan Ayat
Dalam ayat ini Allah SWT mengingatkan bahawa orang-orang yang beriman itu amat menitikberatkan dan menjaga diri mereka kerana bimbang terlibat dalam perkara-perkara yang dilarang.
Mereka meyakini adanya hari pembalasan yang akan menyebabkan manusia ditentukan hukumannya oleh Allah sama ada ke syurga ataupun ke neraka. (Tafsir Ibnu Kathir, tafsir ayat 9)
Cara Beramal
Menurut Imam as-Suyuti dalam Tafsir ad-Durr al-Manthur, ayat in diamalkan oleh Nabi ﷺ untuk menemui barang yang hilang.
Cuma terdapat sedikit perubahan (Sila rujuk pada doa kehilangan barang dalam Doa daripada as-Sunnah). (ad-Durr al-Manthur, tafsir ayat ke-9 Surah Ali ‘Imran)
Mendirikan Solat Hajat
Jika segala usaha telah dilakukan dengan sebaik-baiknya namun masih belum membuahkan hasil, maka digalakkan untuk mendirikan Solat Hajat.
Solat Hajat adalah sejenis solat sunat yang didirikan untuk memohon pertolongan tertentu daripada Allah agar dipermudahkan urusannya.
Anda boleh ikuti panduan Solat Sunat Hajat pada pautan ini: NIAT & CARA SOLAT SUNAT HAJAT
Tinggalkan Komen Anda..