Doa Apabila Takut Dizalimi
اَللَّـهُ أكْبَرُ ، اَللَّـهُ أَعَزُّ مِنْ خَلْقِهِ جَمِيعاً ، اَللَّـهُ أَعَزُّ مِمَّا أَخَافُ وَ أَحْذَرُ ، أَعُوذُ بِاللَّـهِ الَّـذِي لا إلَهَ إلاَّ هُوَ ، الـمُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ أَنْ يَقَعْنَ عَلَى الأَرْضِ إلاَّ بِإذْنِهِ ، مِنْ شَرِّ عَبْدِكَ فُلانٍ ، وَجُنُودِهِ وَ أَتْبَاعِهِ وَأَشْيَاعِهِ ، مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ ، اللَّـهُمَّ كُنْ لِي جَاراً مِنْ شَرِّهِمْ ، وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ وَعَزَّ جَارُكَ وَتَبَارَكَ اسْمُكَ ، وَ لا إِلَهَ غَيْرُكَ
Maksudnya : “Allah maha besar, Allah maha perkasa dari segala makhlukNya.Allah maha perkasa dari apa yang aku takutkan dan yang aku bimbangkan.Aku berlindung padaNya , yang tiada Rabb yang benar selain Dia, yang menahan tujuh langit agar tidak jatuh ke bumi kecuali dengan izinNya, dari kejahatan hambaMu Fulan sertabala tenteranya, pengikutnya dan pendukungnya, dari jenis jin dan manusia.Ya Allah , jadilah Engkau pelindungku dari kejahatan mereka.Agunglah pujiMu, maka kuat perlindunganMu dan maha suci namaMu, tiada ilah yang berhak disembah melainkan Engkau » ( dibaca sebanyak tiga kali ) .
Petua Beramal
Lazimnya manusia akan merasa takut terhadap sesuatu bahaya yang akan menimpanya samada gangguan manusia, atau makhluk yang lain.
Menerusi doa di atas Nabi s.a.w mengajar umatnya agar kita memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan-kejahatan pihak yang ditakuti itu.
Mereka mungkin memiliki pengikut dan penyokong dari jenis manusia ataupun makhluk halus, namun berbekalkan kepada keyakinan terhadap bantuan Allah, maka kita pasti akan diselamatkan.
Firman Allah dalam surah Yunus ayat ke 62 :
Maksudnya : Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Tinggalkan Komen Anda..
TERBAIK !
أشكركم على نشر هذا ، كان من المفيد جدا ، وقال الكثير
أردت فقط أن أدلي بتعليق سريع لأقول أنا سعيد لاني وجدت بلوق الخاص بك. شكرا
أنا أحب موقعك. ممتاز المحتوى. الرجاء مواصلة نشر cotent عميق من هذا القبيل.
معلومات رهيبة ، شكرا جزيلا لكاتب المقال. انها مفهومة بالنسبة لي الآن ، وفعالية وأهمية هو المحير. أشكركم مرة أخرى وحظا سعيدا!