Hukum Perempuan Haid Hadir Kuliah Di Masjid

 Perempuan Haid Hadir Kuliah Di Masjid

Apakah hukum perempuan yang haid hadir kuliah agama di masjid?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Berkenaan orang perempuan yang sedang haid hendak hadir majlis ilmu yang dibuat di masjid bagaimanakah caranya adakah boleh duduk macam biasa dalam masjid?


JAWAPAN:

Tidak bolih orang yang junub dan perempuan yang sedang haid atau nifas duduk di dalam masjid sekalipun kerana mendengar kuliyah agama.

Berkata Mufti Mesir Dr Ali Jumaah, maksudnya :

Tidak harus bagi perempuan yang sedang haid duduk di dalam masjid walau pun dengan tujuan mendengar pelajaran agama atau menghafal Quran kerana sabda Nabi saw : لا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلا جُنُبٍ

Ertinya : “Aku tidak halalkan masjid itu bagi perempuan yang sedang haid dan orang yang junub.” (Hadith riwayat Abu Daud)

Ada pun jika tempat belajar agama itu bersambung dengan banggunan masjid dan bukan ia daripada masjid maka boleh bagi perempuan yang haid pada ketika itu masuk ke dalamnya.”

(Darul Ifta Mesir)

Kesimpulan

Jika majlis ilmu itu diadakan didalam masjid maka tidak boleh perempuan yang sedang haid masuk duduk didalamnya.

Ada pun jika majlis ilmu itu diadakan di tempat yang bersebelahan dengan masjid sekalipun bersambung dengan masjid maka hukumnya harus perempuan yang haid masuk duduk di dalamnya.

Begitu juga jika majlis ilmu diadakan di dalam masjid tetapi perempuan yang haid itu duduk di luar atau di tempat yang bukan disediakan untuk sembahyang maka hukumnya adalah harus.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments