NIAT & CARA SOLAT SUNAT HAJAT (Doa Hajat Lengkap)

solat sunat hajat

Ini adalah panduan lengkap cara Solat Hajat dan Doa Solat Hajat.

Anda akan dibimbing secara langkah-demi-langkah dengan mudah.

Apa yang menarik:

Panduan solat hajat ini dipermudahkan dengan ejaan rumi & audio untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca skrip tulisan arab.

Jika anda memerlukan panduan ini, jom kita mulakan.

Maksud Solat Hajat

Hajat dari segi bahasa merujuk kepada keperluan atau memohon sesuatu. Solat Hajat dikerjakan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada Allah. Sama ada memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan.

Imam al-Syatibi mentakrifkan hajat sebagai sesuatu yang amat diperlukan oleh seseorang untuk melapangkannya daripada situasi kesempitan yang lazimnya membawa kepada kesukaran.

Allah berfirman:

Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. 

Surah Ghafir ayat 60

Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah akan beri perhatian.

Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah menerusi sabdanya yang bermaksud:

Doa itu ialah senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi

— Riwayat al-Hakim no. 1218

Bertepatan dengan maksud solat dari segi bahasa sebagai doa, maka ibadat solat merupakan jalan yang terbaik untuk kita mengajukan doa, hajat dan permohonan kepada Allah.

Diharapkan dengan solat yang kita laksanakan secara bersungguh-sungguh, Allah SWT akan memperkenankan doa yang kita hajati.

info solat hajat

Waktu Solat Hajat

Bilakah waktu mengerjakan Solat Sunat Hajat?

Solat sunat hajat boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada siang dan malam, kecuali pada waktu yang diharamkan solat.

Terutama apabila ada suatu hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah SWT.

Namun sebaik-baiknya, solat hajat dilakukan pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua atau tiga pagi, bagi menghadirkan rasa ketenangan, kesungguhan dan penuh pengharapan kepadaNya.

Setelah bangun daripada tidur, terlebih dahulu hendaklah Solat Tahajjud.

Kemudian dibacakan al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, arwah kaum muslimin muslimat dan arwah ibu bapa.

Selepas itu barulah dimulakan solat sunat hajat ini.

Niat Solat Hajat

Setelah bersedia dengah wuduk, mulakan solat sunat hajat dengan lafaz niatnya:

niat solat sunat hajat

 Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala

Rakaat Solat Hajat

Berapakah bilangan rakaat bagi Solat Hajat?

Ada pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafi’e adalah sebanyak dua rakaat, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Abdullah bin Abu Awfa.

Namun, terdapat juga pendapat yang berlainan tentang bilangan rakaat solat sunat hajat. Ada yang berpendapat empat rakaat ada juga yang berpendapat dua belas rakaat.

Secara kesimpulannya, solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-sebanyaknya 12 rakaat.

Solat hajat paling afdal ialah 12 rakaat, 6 kali salam (Menurut Imam al-Ghazali dalam Kitab ihya’ Ulumuddin)

Cara Mengerjakan Solat Hajat

Ringkasan Cara Melakukan Solat Hajat

  • Solat Hajat dimulakan dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati: “Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”.
  • Bacaan dalam Solat: Bacalah surah al-Fatihah kemudian Ayatul Kursi sebanyak 7 kali. Anda juga boleh baca surah lazim lain yang lain.
  • Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali. Pastikan anda menjaga tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
  • Rakaat Kedua: Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir. Bacalah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas atau surah lazim yang lain. Kemudian lakukan lagi rukuk dan sujud. Dalam sujud terakhir, bacalah doa Nabi Yunus: “lā ilāha illā anta, subḥānaka innī kuntu minaẓ-ẓālimīn” dan pohonlah sebarang hajat dalam hati.
  • Tahiyyat Akhir dan Salam: Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir. Akhiri solat dengan memberi salam.
  • Bagi orang yang ingin melaksanakan Solat Sunat Hajat lebih daripada dua rakaat, hendaklah dia terus bangun untuk menambah dua rakaat lagi.
  • Doa Selepas Solat Hajat: Setelah menunaikan solat Hajat, berdoalah dengan hati yang ikhlas dan rendah diri, meminta kepada Allah SWT agar dimakbulkan hajat-hajat yang dipohon, diampuni dosa-dosa, dan dilapangkan jalan untuk mendapatkan keberkatan serta rezeki yang halal.

Di bawah ini adalah tatacara mengerjakan Solat Hajat secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Niat Solat Sunat Hajat

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat hajat dalam hati:

 Usolli Sunnatal Hajati Rak’ataini Lillahi Taala  

Atau niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


3. Kemudian, Ayatul Kursi

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula potongan ayat daripada surah al-Baqarah ayat 255 (ayat Kursi) sebanyak 7 kali (atau mana-mana surah al-Quran)

surah al-kafirun

Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”

Maksudnya:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Pemilihan surah adalah bebas. Anda juga baca surah-surah yang lain selain daripada ayat Kursi


4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua

10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah untuk rakaat kedua.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


11. Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al-Fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


12. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas:

surah al-ikhlas

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

  • Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat.

13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

 SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

 Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 

Bacaan Tasbih Dalam Sujud Akhir

Semasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), seeloknya bacalah tasbih sebagaimana di bawah sebanyak 40 kali:

tasbih

 Laa iLaaHa ilLaa Anta SubHaNaka inNi KunTu Minaz-ZhoLimin 

Maksudnya:

Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.

Memohon Hajat Semasa Dalam Sujud Terakhir

Jika tidak dibaca tasbih tersebut, atau setelah cukup bilangan bacaan tasbih,  maka pohonlah sebarang hajat di dalam hati sewaktu masih dalam keadaan sujud itu. 

Mudah-mudahan Allah memakbulkan hajat kita kerana antara tempat paling mustajab berdoa adalah semasa didalam sujud.1


18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 

tahiyat akhir

19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Bagi orang yang ingin melaksanakan Solat Sunat Hajat lebih daripada dua rakaat, hendaklah dia terus bangun untuk menambah dua rakaat lagi setelah selesai solat dua rakaat yang pertama.

Doa Solat Hajat

doa

Sesudah salam, bacalah istighfar, zikir dan doa semoga dimakbulkan hajat yang dipohon.

1. Membaca Istighfar

 AstaghFirullahal ‘Aziim al-LaDzii Laa illa Huwal Hayyul Qayyumu Wa AtuuBu ilaih (10 Kali) 

Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadanya.


2. Membaca Tasbih & Tahmid

 SubHaNallahi WalHamduLillah Wa Laa IlaaHa illallahu Wallahu Akbar, Walaa HawLa Walaa Quwwata Illa Billahi ‘Aliyyil ‘Aziim (10 Kali) 

Maha Suci Allah dan segala pujian hanya bagi Allah dan tiada tuhan (yang layak disembah) selain Allah dan Allah Maha Besar. Dan tiada daya dan upaya kecuali dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.


3. Membaca Selawat Ke Atas Nabi ﷺ

 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘Ala Aali Sayyidina Muhammad (10 Kali) 

Ya Allah, limpahilah kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad dan ke atas keluarga junjungan Nabi Muhammad.


4. Membaca Doa Solat Hajat

Boleh guna bahasa Melayu atau bahasa yang difahami, atau mengikut isi hati sendiri. InsyaaAllah Allah Maha Memahami segala isi hati.

Jika buntu, anda boleh berdoa sebagaimana doa berikut:

doa solat sunat hajat

Transliterasi Doa Solat Hajat:

Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘azaa ‘ima magfiratika wal ghonimata min kulli birrin wassalamat min kulli ismin wal fauza bil jannati wannajati minannar.

Allahumma innaka tasma’u kalami, watara makani wataq lamu sirri wa’ala niyati walaa yahfa alaika syai-unn min amri wa analba’isulfakir wal mustaghi sul mustajir wal wajilul mushfiqul muqirrul ma’tarifu ilaika bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa abtahilu ilaika ibtihal

Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua ‘aman khodhoatt laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu wara ghima laka anfuhu


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.

Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina.

Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu.

Soal Jawab Masalah Berkaitan Solat Sunat Hajat

Berikut disenaraikan beberapa soal jawab lazim mengenai masalah dan isu yang berkaitan Solat Sunat Hajat:

Bolehkah Memohon Banyak Hajat Dalam Satu Solat Hajat?

Boleh, tiada masalah. Allah itu Maha Kaya Lagi Maha Memberi, tidak kiralah sebanyak mana hajat atau permintaan kita, mintalah segalanya kepada Tuhan Yang Maha Kaya.

Bolehkah Solat Hajat Dilakukan Secara Berjemaah?

Boleh. Harus hukumnya mengerjakan Solat Sunat Hajat secara berjemaah.

Bolehkah Solat Hajat Dilakukan Selepas Subuh Atau Asar?

Tidak boleh. Waktu selepas solat Subuh dan Asar adalah tergolong dalam waktu tahrim, iaitu diharamkan melakukan solat sunat tanpa sebab.

Apakah Maksud Solat Hajat?

Solat Hajat dilakukan apabila kita ingin memohon sesuatu keperluan daripada Allah. Sama ada memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan.

Apakah Waktu Paling Afdal Melakukan Solat Hajat?

Waktu paling afdal mengerjakan Solat Hajat ialah pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua atau tiga pagi, bagi menghadirkan rasa ketenangan, kesungguhan dan penuh pengharapan kepadaNya.

Penutup: Mintalah Perkara Baik Yang Berkekalan Hingga Akhirat

Sekadar panduan untuk hajat yang diminta:

Jika hajatnya mahu menjadi kaya, mintalah kaya yang beriman, dermawan lagi berkat. Semoga harta menjadi bekalan di hari akhirat.

Jika mahukan zuriat, pohonlah zuriat yang soleh, sihat dan murah rezeki. Doa anak soleh tidak putus walaupun selepas kematian.

Jika memohon jodoh, biarlah jodoh yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.

Berapa ramai pasangan turun naik mahkamah walaupun berkahwin atas dasar cinta.

Janganlah terlalu spesifik hajatnya, kerana kita sendiri tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Biar Allah yang mengaturnya.

InsyaaAllah, hajat yang baik akan dimakbul, sama ada cepat atau lambat.

1 Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda; maksudnya: “Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).” — Riwayat Muslim dan al-Nasaie.

Nota Rujukan:

  1. Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan]
  2. Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
  3. Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
  4. Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
  5. Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
  6. 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1.4K Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
qah
qah
21 hari yang lalu

la illa hailla anta tu kena baca dlm hati ke bole kluar suara?

Zuraida
Zuraida
22 hari yang lalu

Terima Kasih ustaz…panduannya jelas dan tersusun….tahniah 💝

SAHELAN BIN HARITH
SAHELAN BIN HARITH
1 bulan yang lalu

Alhamdulillah dan syabas atas segala usaha yang tuan lakukan semoga dilimpahi berakah dan rahmat untuk kita semua. Terimakasih menambah keyakinan di kala kita dilanda kegusaran.

Masidah Binte Mahpoel
Masidah Binte Mahpoel
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, alhamdulillah terima kasih gn pengkongsian ini. “Aku Islam” ini sedang untuk belajar. Saya kongsi ini pada suami, anak anak dan menantu menantu saya juga. Terima kasih Ustaz.

Masidah Binte Mahpoel
Masidah Binte Mahpoel
Reply to  Muhamad Naim
1 bulan yang lalu

Aamiin3x YRA.

Ida
Ida
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz.. terima Kasih banyak dgn perkongsian ini. Ianya bnyk membantu saya . Moga ustaz sentiasa dalam rahmat Allah.

Atee
Atee
1 bulan yang lalu

Assalamualaikum Ustaz,
Saya amat tersentuh dgn doa solat sunat hajat ini. Bolehkah saya amalkan membacanya bersama doa2 yg lain setiap selepas solat fardhu?

Atee
Atee
Reply to  Muhamad Naim
1 bulan yang lalu

Alhamdulillah, terima kasih Ustaz. Semoga kita sentiasa didlm rahmat dan redho Allah ta’ala. Aamiin

Mia Abu bakar
Mia Abu bakar
2 bulan yang lalu

assalammualaikum ustaz.. bley kah solat hajat di lakukan selepas solat sunat dhuha

Andi
Andi
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum tuan. Kalau jam 12 malam, adakah waktu paling afdal?

Suri
Suri
3 bulan yang lalu

Assalamualaikum tuan, katakan, saya nak buat solat hajat selepas solat maghrib. Selepas solat maghrib, habis sahaja beri salam, terus bangun buat solat hajat ke? atau perlu baca wirid dan baca doa selepas solat maghrib baru buat solat hajat pula? terima kasih tuan.

Muzzamil
Muzzamil
3 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz…mohon pencerahan…boleh tak klau kita melakukan solat tahajjud,taubat,hajat selapas itu sekaligus kita akhiri dgn satu himpunan doa sahaja?…terima kasih

Last edited 3 bulan yang lalu by Muzzamil