Puasa Asyura merupakan salah satu amalan sunat yang paling utama dalam Islam. Dilaksanakan pada 10 Muharram, ia bukan sahaja menghubungkan umat ini dengan sejarah Nabi Musa AS dan perjuangannya menentang kezaliman Firaun, malah dijanjikan oleh Rasulullah ﷺ dengan ganjaran yang sangat besar iaitu pengampunan dosa setahun yang lalu.
Panduan ini disediakan untuk memberikan anda gambaran lengkap dan sahih mengenai puasa Asyura, berdasarkan pandangan Mazhab Syafi‘e serta disokong dengan rujukan daripada hadis-hadis sahih, kitab muktabar dan fatwa-fatwa kontemporari.
Jika anda mencari satu panduan yang lengkap, sahih dan mudah difahami, inilah artikel yang sesuai untuk anda.
Ini adalah panduan lengkap cara melakukan Solat Sunat Istisqa’ (solat minta hujan). Tulisan ini akan membimbing anda mengejakan solat ini secara langkah-demi-langkah dengan mudah.
Apa yang menarik:
Panduan Solat Sunat Istisqa’ ini juga dipermudahkan dengan transliterasi Rumi dan Audion untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.
Dalam panduan ini saya akan kongsikan niat dan cara Solat Jenazah secara lengkap, bermula daripada takbir pertama sehinggalah doa penutup sesudah salam. Panduan ini disusun langkah demi langkah dalam Bahasa Melayu yang ringkas supaya mudah difahami, sama ada anda baru belajar atau sekadar ingin menyemak semula hafalan.
Apa yang penting:
Setiap bacaan Arab dilampirkan bersama transliterasi rumi, audio bacaan dan terjemahan makna.
Disertakan infografik tatacara Solat Jenazah sebagai rujukan visual pantas., serta jadual rukun dan sunat untuk rujukan pantas.
Turut dimuatkan variasi niat (lelaki, perempuan, kanak-kanak, jenazah tidak diketahui status) dan solat jenazah khas seperti di Masjidil Ḥarām, Masjid Nabawi serta solat ghaib.
Jika anda benar-benar perlukan panduan praktikal tentang Solat Jenazah, mari kita mulakan…
Ini adalah panduan lengkap tentang niat puasa Hari Arafah serta amalan-amalan utama yang dianjurkan pada hari tersebut. Panduan ini akan membimbing anda secara teratur bermula daripada lafaz niat puasa (dalam Arab, Rumi & audio), sehinggalah kepada doa, zikir, waktu takbir, dan adab menjelang ibadah korban.
Apa yang anda akan temui dalam panduan ini:
Lafaz niat yang tepat dan mudah diikuti, lengkap dalam tulisan Arab dan Rumi.
Doa serta zikir mustajab berdasarkan hadis sahih termasuk waktu-waktu paling utama untuk berdoa.
Susunan ringkas dan praktikal, dirujuk daripada pandangan ulama mazhab Syafie dan fatwa semasa.
Dengan panduan ini, mudah-mudahan amalan kita pada Hari Arafah lebih tersusun, yakin dan diterima oleh Allah SWT.