
Marilah kita lihat kepada diri kita, sudah seberapa besar cinta yang kita tunjukkan kepada ibu bapa?
Sudah seberapa berat pengorbanan yang kita berikan kepada mereka?
Kerana banyak antara kita yang masih tidak pandai untuk menjaga hati ibu bapa kita.
Kerana kesibukan, kerana kepayahan dan kerana hidup yang semakin lama semakin mengikis rasa sayang kita kepada mereka.
Kita mesti mengetahui cara untuk menjaga hati ibu bapa kita dan mempraktikkannya daripada awal.
Sifat ini akan menjadi kebiasaan dan dibawa sehingga bila-bila nanti.
Pada kali ini marilah kita membicarakan bagaimana cara untuk menjaga hati bapa kita secara berkesan, seterusnya mewujukan keluarga yang bahagia dan harmoni.