Menyelusuri Hidup Seorang Muallaf

muallaf
Muallaf | A Muslim Egg by Nayzak

 

Menyelusuri Hidup seorang muallaf

Kadang-kadang kenangan masa silam akan membuatkan kita merasa rendah diri, apatah lagi kenangan itu pahit untuk dikenang perit untuk ditelan. Adakalanya, terlintas jua difikiran, mengapa aku yang perlu mengalaminya?

Di saat minda sukar untuk mencerna segala inti yang terkandung disebalik kesakitan yang dialami, hinggakan tanpa kita sedari kita merungut tentang takdir yang Allah telah berikan.

Saya pernah merungut dan berkeluh kesah dengan takdir yang Allah,saya hidup bahagia namun apakah makna bahagia itu tanpa mengenal Tuhan yang Esa.

Saya seorang muallaf, Dilahirkan dalam keluarga yang baru mengenal Islam merupakan cabaran besar lagi hebat. Namun saya tidak pernah menyalahkan keluarga jikalau mereka terlepas pandang dalam membimbing kami cara Islam.

Mereka juga masih mencari arah dan hala tuju setelah memeluk Islam. Mereka juga baru belajar tentang agama yang baru dianuti ini, yang pastinya agam ALLAH.

Bertahun-tahun hidup statusnya sebagai seorang Islam, namun saya tidak pernah tahu, Islam itu agama yang bagaimana sebenarnya?

Kawan-kawan saya lebih ramai yang Non-Muslim, bagaimana agaknya saya ingin mengenal Islam. Ada satu ketika, saya boleh menyanyikan lagu agama mereka. Jika diingat kembali, betapa bodohnya saya ketika itu.

Sejujurnya, saya tidak pernah tahu yang solat itu wajib bagi seorang Muslim, dan tidak pernah tahu bahawa puasa itu wajib bagi mereka yang beragama Islam.  Saya juga tertanya-tanya, ada apa dengan kewajiban menutup aurat.

Saya terlalu gembira dengan kawan-kawan saya sehinggakan saya lupa untuk mencari Tuhan. Saya diuji dengan kesakitan (penyakit), saya takut mati ketika itu, namun walaupun rasa takut itu menerpa, saya abaikan.

Keras Hati, itulah saya dahulu.

Menjadi pelajar tingkatan 6, sedikit sebanyak telah memberikan kesedaran kepada saya ketika itu. Memandangkan saya telah berpindah sekolah, majoriti daripada pelajar di sekolah baru saya itu beragama Islam begitu juga rakan-rakan sekelas jika dibandingkan dengan sekolah lama majoriti pelajar sekolah terdahulu adalah golongan Non-Muslim.

Berkawan dengan mereka yang beragama Islam membuatkan saya berasa malu. Mereka menjaga batas pergaulan, menutup aurat dengan sempurna dan selalu berpuasa sunat.

Dan saya selalu bertanya pada diri, apa yang saya lakukan? Ketika itu saya mula menjaga solat lima waktu, mula belajar berpuasa sunat dan mula membaca artikel-artikel yang berunsurkan Islam.

Setelah menamatkan sekolah, dengan rezeki Allah saya mendapat tawaran untuk menyambung belajar ke sebuah IPTA.  Diterbangkan jauh dari negeri di bawah bayu ke semenanjung, saya belajar untuk berdikari.

Saya tidak pernah menyangkakan bahawa cara hidup saya akan berubah apabila menjejakkan kaki ke sini. Berada di tahun pertama pengajian, saya memberi fokus kepada pembelajaran saya.

Saya ingat lagi, seorang kakak yang tidak berputus asa untuk mengajak saya untuk ikut serta dalam Usrah. Kerana mereka tahu saya adalah muallaf dan mereka ingin membantu dan membimbing saya namun saya abaikan mereka ketika itu.

Lama kelamaan, mereka tinggalkan saya, dan saya juga abaikan mereka. Sungguh, saya tidak pernah kenal usrah itu bagaimana sebelum ini.

Berada di tahun kedua, saya mennjalani kehidupan sebagai seorang pelajar biasa. Jika diingat kembali, saya bersyukur kerana tidak terpengaruh dengan anasir-anasir jahat, walaupun ketika itu iman terlalu lemah, kerana dalam fikiran saya Ibu Bapa adalah yang paling utama.

Mustahil untuk saya mengecewakan mereka. Di penghujung tahun kedua pengajian, saya tidak tahu mengapa, seorang rakan sekelas saya telah berjaya menarik saya untuk mengikuti Usrah.

Apabila menjadi sebahagian ahli usrah, memberikan saya kesedaran bahawa jangan hanya menjadi muslim sekadar dalam Ic sahaja.

Kak Naqibah banyak memberikan bantuan pada saya untuk berubah, daripada pakaian sehinggalah kepada peribadi. Sejujurnya, di saat mengenal tanggunjawab sebagai seorang muslim, saya tidak mampu untuk mengangkat kepala di atas tikar sejadah lantaran malu kepada Allah.

Jika diingatkan kembali apa yang telah dilakukan, sungguh hina sekali diri ini. Saya mula belajar mengaji, biarlah merangkak yang penting saya boleh membaca ayat-ayat cinta Allah.

Kini, saya masih belajar untuk bertatih, berpaut kepada yang sudi membantu. Merubah diri untuk keluarga yang juga turut memerlukan bimbingan.

Walaupun kadang-kadang jatuh tersungkur, saya cuba untuk bangkit kembali, dan belajar untuk memotivasikan diri sendiri, terlalu banyak dosa yang dilakukan dahulu, jikalau dengan kesakitan boleh membasuh dosa silam, moga ditabahkan hati ini.

Dan kepada golongan muallaf seperti saya, belajarlah untuk mencintai Allah dan Islam. Biar kesedaran itu datang lambat, yang penting tidak terus hanyut  dibawa arus yang deras, pautkan tangan pada ranting-ranting yang kuat akarnya jangan memilih yang ranting yang rapuh, kelak kita akan hanyut dibawa arus yang deras.

Mengabadikan diri pada pencipta itulah yang paling Indah. Mungkin adakalanya kita akan jatuh, tapi jangan cepat berputus asa. Kuatkan kaki untuk bangkit semula.

Jangan pernah berhenti berjalan, jika tidak mampu untuk berjalan biarlah sekadar merangkak, pahit diawalnya namun yakinlah penghujungnya manis tak terkata.

Bicara Hati

Syurga Allah menjadi dambaan hati.

*****

Artikel ini adalah perkongsian sahabat Blog Aku Islam, Nursaidatul Akma (bukan nama sebenar – BLOG) yang masih menuntut di UPM ke Inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca blog Ini.

Sebarang komen adalah dialu-alukan. Jazakallah =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
miss jannah
miss jannah
9 tahun yang lalu

nice… teruskan!

miss jannah
miss jannah
9 tahun yang lalu

nice.. :-) teruskan..

mohamed
mohamed
10 tahun yang lalu

nice post

Nursaidatul Akma
Nursaidatul Akma
Reply to  mohamed
10 tahun yang lalu

syukran ya akh..