
Ini adalah panduan bacaan Surah Al-Waqiah dengan transliterasi Rumi, audio bacaan dan terjemahan Melayu oleh Sheikh Abdullah Basmeih.
Anda juga akan dibimbing memahami kandungannya melalui penjelasan ringkas, latar belakang dan pengajaran yang boleh dihayati.
Semoga panduan ini membantu anda membaca dan memahami Surah Al-Waqiah dengan lebih teratur.
Terus ke bacaanPengenalan Surah Al-Waqiah
Surah Al-Waqiah ialah surah ke-56 dalam susunan mushaf al-Quran dan mengandungi 96 ayat. Surah ini mengingatkan manusia tentang kepastian hari kiamat dan keadaan mereka ketika menerima pembalasan. Surah ini turut mengajak kita memikirkan penciptaan manusia serta nikmat tanaman, air dan api sebagai tanda kekuasaan Allah.
Maklumat Asas Surah Ini
| Perkara | Maklumat |
|---|---|
| Nama Surah | Al-Waqiah |
| Maksud Nama | Peristiwa yang pasti berlaku, iaitu hari kiamat |
| Nombor Surah | 56 |
| Bilangan Ayat | 96 |
| Klasifikasi | Makkiyyah |
| Tema Utama | Kepastian kebangkitan dan pembalasan; tiga golongan manusia |
| Tujuan Surah | Mengingatkan manusia tentang akhirat dan mengajak mensyukuri nikmat Allah |
Nama Al-Waqiah merujuk kepada hari kiamat yang pasti berlaku. Maklumat nama, bilangan ayat, klasifikasi dan tema surah dirujuk pada Syeikh Yasir Ismail Radhi dalam Al-Bitâqât.[1]
ARAB · RUMI · TERJEMAHAN
Bacaan Surah Al-Waqiah
سُورَةُ الْوَاقِعَةِ
96 ayat, disusun satu demi satu.
Rumi membantu anda mengikuti bacaan. Pelajari sebutan dan tajwid dengan bimbingan guru. Audio asal disediakan selepas Rumi bagi setiap ayat.
إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ ١
Iżā waqa‘atil-wāqi‘ah
TERJEMAHAN AYAT
Apabila berlaku hari kiamat itu,
لَيۡسَ لِوَقۡعَتِهَا كَاذِبَةٌ ٢
Laisa liwaq‘atihā kāżibah
TERJEMAHAN AYAT
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
خَافِضَةٞ رَّافِعَةٌ ٣
Khāfiḍatur rāfi‘ah
TERJEMAHAN AYAT
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجّٗا ٤
Iżā rujjatil-arḍu rajjā
TERJEMAHAN AYAT
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.
وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسّٗا ٥
Wa bussatil-jibālu bassā
TERJEMAHAN AYAT
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
فَكَانَتۡ هَبَآءٗ مُّنۢبَثّٗا ٦
Fa kānat habā’am mumbaṡṡā
TERJEMAHAN AYAT
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
وَكُنتُمۡ أَزۡوَٰجٗا ثَلَٰثَةٗ ٧
Wa kuntum azwājan ṡalāṡah
TERJEMAHAN AYAT
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
فَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ ٨
Fa aṣḥābul-maimanati mā aṣḥābul-maimanah
TERJEMAHAN AYAT
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ ٩
Wa aṣḥābul-masy’amati mā aṣḥābul-masy’amah
TERJEMAHAN AYAT
Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلسَّٰبِقُونَ ١٠
Was-sābiqūnas-sābiqūn
TERJEMAHAN AYAT
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
أُوْلَٰٓئِكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ ١١
Ulā’ikal-muqarrabūn
TERJEMAHAN AYAT
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
فِي جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ ١٢
Fī jannātin-na‘īm
TERJEMAHAN AYAT
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
ثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٣
Ṡullatum minal-awwalīn
TERJEMAHAN AYAT
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
وَقَلِيلٞ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ ١٤
Wa qalīlum minal-ākhirīn
TERJEMAHAN AYAT
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
عَلَىٰ سُرُرٖ مَّوۡضُونَةٖ ١٥
‘alā sururim mauḍūnah
TERJEMAHAN AYAT
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡهَا مُتَقَٰبِلِينَ ١٦
Muttaki’īna ‘alaihā mutaqābilīn
TERJEMAHAN AYAT
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
يَطُوفُ عَلَيۡهِمۡ وِلۡدَٰنٞ مُّخَلَّدُونَ ١٧
Yaṭūfu ‘alaihim wildānum mukhalladūn
TERJEMAHAN AYAT
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, –
بِأَكۡوَابٖ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٖ مِّن مَّعِينٖ ١٨
Bi’akwābiw wa abārīqa wa ka’sim mim ma‘īn
TERJEMAHAN AYAT
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡهَا وَلَا يُنزِفُونَ ١٩
Lā yuṣadda‘ūna ‘anhā wa lā yunzifūn
TERJEMAHAN AYAT
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
وَفَٰكِهَةٖ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ ٢٠
Wa fākihatim mimmā yatakhayyarūn
TERJEMAHAN AYAT
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
وَلَحۡمِ طَيۡرٖ مِّمَّا يَشۡتَهُونَ ٢١
Wa laḥmi ṭairim mimmā yasytahūn
TERJEMAHAN AYAT
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
وَحُورٌ عِينٞ ٢٢
Wa ḥūrun ‘īn
TERJEMAHAN AYAT
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
كَأَمۡثَٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ ٢٣
Ka’amṡālil-lu’lu’il-maknūn
TERJEMAHAN AYAT
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ٢٤
Jazā’am bimā kānū ya‘malūn
TERJEMAHAN AYAT
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
لَا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوٗا وَلَا تَأۡثِيمًا ٢٥
Lā yasma‘ūna fīhā lagwaw wa lā ta’ṡīmā
TERJEMAHAN AYAT
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; –
إِلَّا قِيلٗا سَلَٰمٗا سَلَٰمٗا ٢٦
Illā qīlan salāman salāmā
TERJEMAHAN AYAT
Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).
وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ ٢٧
Wa aṣḥābul-yamīni mā aṣḥābul-yamīn
TERJEMAHAN AYAT
Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
فِي سِدۡرٖ مَّخۡضُودٖ ٢٨
Fī sidrim makhḍūd
TERJEMAHAN AYAT
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
وَطَلۡحٖ مَّنضُودٖ ٢٩
Wa ṭalḥim manḍūd
TERJEMAHAN AYAT
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
وَظِلّٖ مَّمۡدُودٖ ٣٠
Wa ẓillim mamdūd
TERJEMAHAN AYAT
Dan naungan yang tetap terbentang,
وَمَآءٖ مَّسۡكُوبٖ ٣١
Wa mā’im maskūb
TERJEMAHAN AYAT
Dan air yang sentiasa mengalir,
وَفَٰكِهَةٖ كَثِيرَةٖ ٣٢
Wa fākihatin kaṡīrah
TERJEMAHAN AYAT
Serta buah-buahan yang banyak,
لَّا مَقۡطُوعَةٖ وَلَا مَمۡنُوعَةٖ ٣٣
Lā maqṭū‘atiw wa lā mamnū‘ah
TERJEMAHAN AYAT
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
وَفُرُشٖ مَّرۡفُوعَةٍ ٣٤
Wa furusyim marfū‘ah
TERJEMAHAN AYAT
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
إِنَّآ أَنشَأۡنَٰهُنَّ إِنشَآءٗ ٣٥
Innā ansya’nāhunna insyā’ā
TERJEMAHAN AYAT
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
فَجَعَلۡنَٰهُنَّ أَبۡكَارًا ٣٦
Fa ja‘alnāhunna abkārā
TERJEMAHAN AYAT
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
عُرُبًا أَتۡرَابٗا ٣٧
‘uruban atrābā
TERJEMAHAN AYAT
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
لِّأَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ ٣٨
Li’aṣḥābil-yamīn
TERJEMAHAN AYAT
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
ثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ ٣٩
Ṡullatum minal-awwalīn
TERJEMAHAN AYAT
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
وَثُلَّةٞ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ ٤٠
Wa ṡullatum minal-ākhirīn
TERJEMAHAN AYAT
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
وَأَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ ٤١
Wa aṣḥābusy-syimāli mā aṣḥābusy-syimāl
TERJEMAHAN AYAT
Dan puak kiri, – alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
فِي سَمُومٖ وَحَمِيمٖ ٤٢
Fī samūmiw wa ḥamīm
TERJEMAHAN AYAT
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
وَظِلّٖ مِّن يَحۡمُومٖ ٤٣
Wa ẓillim miy yaḥmūm
TERJEMAHAN AYAT
Serta naungan dari asap hitam,
لَّا بَارِدٖ وَلَا كَرِيمٍ ٤٤
Lā bāridiw wa lā karīm
TERJEMAHAN AYAT
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٰلِكَ مُتۡرَفِينَ ٤٥
Innahum kānū qabla żālika mutrafīn
TERJEMAHAN AYAT
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
وَكَانُواْ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلۡحِنثِ ٱلۡعَظِيمِ ٤٦
Wa kānū yuṣirrūna ‘alal-ḥinṡil-‘aẓīm
TERJEMAHAN AYAT
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
وَكَانُواْ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابٗا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ ٤٧
Wa kānū yaqūlūna a’iżā mitnā wa kunnā turābaw wa ‘iẓāman a’innā lamab‘ūṡūn
TERJEMAHAN AYAT
Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ ٤٨
Awa ābā’unal-awwalūn
TERJEMAHAN AYAT
“Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? “
قُلۡ إِنَّ ٱلۡأَوَّلِينَ وَٱلۡأٓخِرِينَ ٤٩
Qul innal-awwalīna wal-ākhirīn
TERJEMAHAN AYAT
Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
لَمَجۡمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَٰتِ يَوۡمٖ مَّعۡلُومٖ ٥٠
Lamajmū‘ūna ilā mīqāti yaumim ma‘lūm
TERJEMAHAN AYAT
“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum.
ثُمَّ إِنَّكُمۡ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلۡمُكَذِّبُونَ ٥١
Ṡumma innakum ayyuhaḍ-ḍāllūnal-mukażżibūn
TERJEMAHAN AYAT
“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
لَأٓكِلُونَ مِن شَجَرٖ مِّن زَقُّومٖ ٥٢
La’ākilūna min syajarim min zaqqūm
TERJEMAHAN AYAT
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
فَمَالِـُٔونَ مِنۡهَا ٱلۡبُطُونَ ٥٣
Fa māli’ūna minhal-buṭūn
TERJEMAHAN AYAT
“Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
فَشَٰرِبُونَ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡحَمِيمِ ٥٤
Fa syāribūna ‘alaihi minal-ḥamīm
TERJEMAHAN AYAT
“Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
فَشَٰرِبُونَ شُرۡبَ ٱلۡهِيمِ ٥٥
Fa syāribūna syurbal-hīm
TERJEMAHAN AYAT
“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.
هَٰذَا نُزُلُهُمۡ يَوۡمَ ٱلدِّينِ ٥٦
Hāżā nuzuluhum yaumad-dīn
TERJEMAHAN AYAT
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
نَحۡنُ خَلَقۡنَٰكُمۡ فَلَوۡلَا تُصَدِّقُونَ ٥٧
Naḥnu khalaqnākum falau lā tuṣaddiqūn
TERJEMAHAN AYAT
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
أَفَرَءَيۡتُم مَّا تُمۡنُونَ ٥٨
Afa ra’aitum mā tumnūn
TERJEMAHAN AYAT
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
ءَأَنتُمۡ تَخۡلُقُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡخَٰلِقُونَ ٥٩
A’antum takhluqūnahū am naḥnul-khāliqūn
TERJEMAHAN AYAT
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَيۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ ٦٠
Naḥnu qaddarnā bainakumul-mauta wa mā naḥnu bimasbūqīn
TERJEMAHAN AYAT
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمۡثَٰلَكُمۡ وَنُنشِئَكُمۡ فِي مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٦١
‘alā an nubaddila amṡālakum wa nunsyi’akum fī mā lā ta‘lamūn
TERJEMAHAN AYAT
(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ ٦٢
Wa laqad ‘alimtumun-nasy’atal-ūlā falau lā tażakkarūn
TERJEMAHAN AYAT
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ ٦٣
Afa ra’aitum mā taḥruṡūn
TERJEMAHAN AYAT
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزَّٰرِعُونَ ٦٤
A’antum tazra‘ūnahū am naḥnuz-zāri‘ūn
TERJEMAHAN AYAT
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَٰهُ حُطَٰمٗا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ ٦٥
Lau nasyā’u laja‘alnāhu ḥuṭāman fa ẓaltum tafakkahūn
TERJEMAHAN AYAT
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
إِنَّا لَمُغۡرَمُونَ ٦٦
Innā lamugramūn
TERJEMAHAN AYAT
(Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
بَلۡ نَحۡنُ مَحۡرُومُونَ ٦٧
Bal naḥnu maḥrūmūn
TERJEMAHAN AYAT
“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) “
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلۡمَآءَ ٱلَّذِي تَشۡرَبُونَ ٦٨
Afa ra’aitumul-mā’allażī tasyrabūn
TERJEMAHAN AYAT
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ ٦٩
A’antum anzaltumūhu minal-muzni am naḥnul-munzilūn
TERJEMAHAN AYAT
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
لَوۡ نَشَآءُ جَعَلۡنَٰهُ أُجَاجٗا فَلَوۡلَا تَشۡكُرُونَ ٧٠
Lau nasyā’u ja‘alnāhu ujājan falau lā tasykurūn
TERJEMAHAN AYAT
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي تُورُونَ ٧١
Afa ra’aitumun-nārallatī tūrūn
TERJEMAHAN AYAT
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَهَآ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِـُٔونَ ٧٢
A’antum ansya’tum syajaratahā am naḥnul-munsyi’ūn
TERJEMAHAN AYAT
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
نَحۡنُ جَعَلۡنَٰهَا تَذۡكِرَةٗ وَمَتَٰعٗا لِّلۡمُقۡوِينَ ٧٣
Naḥnu ja‘alnāhā tażkirataw wa matā‘al lil-muqwīn
TERJEMAHAN AYAT
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ٧٤
Fa sabbiḥ bismi rabbikal-‘aẓīm
TERJEMAHAN AYAT
Oleh yang demikian – (wahai orang yang lalai) – bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
۞ فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ ٧٥
Fa lā uqsimu bimawāqi‘in-nujūm
TERJEMAHAN AYAT
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, –
وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٞ لَّوۡ تَعۡلَمُونَ عَظِيمٌ ٧٦
Wa innahū laqasamul lau ta‘lamūna ‘aẓīm
TERJEMAHAN AYAT
Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, –
إِنَّهُۥ لَقُرۡءَانٞ كَرِيمٞ ٧٧
Innahū laqur’ānun karīm
TERJEMAHAN AYAT
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
فِي كِتَٰبٖ مَّكۡنُونٖ ٧٨
Fī kitābim maknūn
TERJEMAHAN AYAT
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ ٧٩
Lā yamassuhū illal-muṭahharūn
TERJEMAHAN AYAT
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
تَنزِيلٞ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٨٠
Tanzīlum mir rabbil-‘ālamīn
TERJEMAHAN AYAT
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
أَفَبِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَنتُم مُّدۡهِنُونَ ٨١
Afa bihāżal-ḥadīṡi antum mud-hinūn
TERJEMAHAN AYAT
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
وَتَجۡعَلُونَ رِزۡقَكُمۡ أَنَّكُمۡ تُكَذِّبُونَ ٨٢
Wa taj‘alūna rizqakum annakum tukażżibūn
TERJEMAHAN AYAT
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
فَلَوۡلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلۡحُلۡقُومَ ٨٣
Falau lā iżā balagatil-ḥulqūm
TERJEMAHAN AYAT
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, –
وَأَنتُمۡ حِينَئِذٖ تَنظُرُونَ ٨٤
Wa antum ḥīna’iżin tanẓurūn
TERJEMAHAN AYAT
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, –
وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنكُمۡ وَلَٰكِن لَّا تُبۡصِرُونَ ٨٥
Wa naḥnu aqrabu ilaihi minkum wa lākil lā tubṣirūn
TERJEMAHAN AYAT
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
فَلَوۡلَآ إِن كُنتُمۡ غَيۡرَ مَدِينِينَ ٨٦
Falau lā in kuntum gaira madīnīn
TERJEMAHAN AYAT
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), –
تَرۡجِعُونَهَآ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ٨٧
Tarji‘ūnahā in kuntum ṣādiqīn
TERJEMAHAN AYAT
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ ٨٨
Fa ammā in kāna minal-muqarrabīn
TERJEMAHAN AYAT
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “,
فَرَوۡحٞ وَرَيۡحَانٞ وَجَنَّتُ نَعِيمٖ ٨٩
Fa rauḥuw wa raiḥānuw wa jannatu na‘īm
TERJEMAHAN AYAT
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ ٩٠
Wa ammā in kāna min aṣḥābil-yamīn
TERJEMAHAN AYAT
Dan jika ia dari puak kanan,
فَسَلَٰمٞ لَّكَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ ٩١
Fa salāmul laka min aṣḥābil-yamīn
TERJEMAHAN AYAT
Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”.
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ ٩٢
Wa ammā in kāna minal-mukażżibīnaḍ-ḍāllīn
TERJEMAHAN AYAT
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
فَنُزُلٞ مِّنۡ حَمِيمٖ ٩٣
Fa nuzulum min ḥamīm
TERJEMAHAN AYAT
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
وَتَصۡلِيَةُ جَحِيمٍ ٩٤
Wa taṣliyatu jaḥīm
TERJEMAHAN AYAT
Serta bakaran api neraka.
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلۡيَقِينِ ٩٥
Inna hāżā lahuwa ḥaqqul-yaqīn
TERJEMAHAN AYAT
Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ٩٦
Fa sabbiḥ bismi rabbikal-‘aẓīm
TERJEMAHAN AYAT
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Terjemahan yang dipaparkan bagi setiap ayat di atas bersumberkan terjemahan Bahasa Melayu oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Terjemahan ini disertakan untuk membantu pembaca memahami maksud ayat, manakala huraian lanjut dihimpunkan dalam bahagian penjelasan selepas ini.
MEMAHAMI BACAAN
Maksud Dan Penjelasan Ringkas
Penjelasan berikut menghimpunkan maksud ayat mengikut kelompok. Ia ialah huraian ringkas berdasarkan tafsir, berasingan daripada terjemahan ayat di atas.
Hari Kiamat Dan Tiga Golongan Manusia
Al-Waqiah bermula dengan kepastian hari kiamat. Bumi digoncangkan dan gunung-ganang dihancurkan sehingga menjadi debu. Pada hari itu, kedudukan manusia berubah: ada yang direndahkan dan ada yang dimuliakan.
Manusia dibahagikan kepada tiga golongan: golongan kanan, golongan kiri dan orang yang mendahului dalam kebaikan. Golongan yang terakhir ini disebut sebagai mereka yang didekatkan kepada Allah. Kemuliaan tersebut berkait dengan iman dan ketaatan, bukan kedudukan dunia semata-mata.[2]
Kenikmatan Bagi Mereka Yang Mendahului
Golongan yang didekatkan kepada Allah menerima kenikmatan syurga: tempat duduk yang mulia, layanan, buah-buahan, makanan dan pasangan yang indah. Minuman yang disebut di sini tidak menyebabkan pening atau hilang akal. Mereka juga hidup dalam suasana aman, tanpa percakapan sia-sia dan berdosa.
Kenikmatan ini diberikan sebagai balasan atas amal kebaikan mereka. Daripada huraian ini, kita dapat memahami bahawa kehidupan akhirat memberi tujuan kepada usaha melakukan kebaikan di dunia.[3]
Kebahagiaan Golongan Kanan
Golongan kanan menikmati keteduhan, air yang mengalir dan buah-buahan yang sentiasa tersedia. Kenikmatan itu tidak terputus mengikut musim dan tidak terhalang daripada mereka. Turut disebut tempat beristirahat serta pasangan yang diciptakan dalam keadaan istimewa.
Ayat 39–40 menyebut ramai daripada golongan terdahulu dan kemudian. Gambaran ini menumbuhkan harapan kepada rahmat Allah, sambil mendorong pembaca berusaha menjadi hamba yang taat.[4]
Amaran Kepada Golongan Kiri
Keadaan golongan kiri berlawanan dengan ketenteraman ahli syurga. Mereka menghadapi angin panas, air mendidih dan naungan asap hitam yang tidak menyejukkan. Ayat-ayat ini menghubungkan kesudahan tersebut dengan kelalaian dalam kemewahan, berterusan melakukan dosa besar dan mendustakan kebangkitan.
Pertanyaan mereka tentang tulang-belulang yang akan dihidupkan dijawab dengan tegas: semua generasi akan dihimpunkan pada waktu yang ditetapkan. Zaqqum dan air mendidih disebut sebagai sebahagian daripada balasan bagi mereka yang mendustakan kebenaran.[5]
Penciptaan Manusia Sebagai Bukti Kebangkitan
Allah mengajak manusia memikirkan asal kejadiannya. Manusia mengeluarkan air benih, tetapi Allah yang menciptakan manusia daripadanya. Dia juga menetapkan kematian dan tidak dapat dihalang daripada menggantikan manusia serta menciptakannya dalam keadaan yang belum diketahui.
Penciptaan pertama menjadi hujah tentang kebangkitan: Tuhan yang menciptakan manusia pada awalnya berkuasa menghidupkannya semula. Maka penolakan terhadap akhirat bukan kerana ketiadaan tanda kekuasaan-Nya.[6]
Tanaman, Air Dan Api Mengajak Kita Bersyukur
Manusia mengusahakan tanah, tetapi Allah yang menumbuhkan tanaman. Hasilnya boleh musnah sehingga manusia menyedari kelemahannya. Air yang diminum pula diturunkan oleh Allah; Dia berkuasa menjadikannya masin sehingga tidak dapat dinikmati seperti biasa.
Api juga disebut sebagai peringatan dan manfaat bagi manusia, khususnya mereka yang bermusafir. Nikmat yang dekat dengan kehidupan harian ini mengajak kita mengenal Pemberinya, bersyukur dan bertasbih memuji kebesaran-Nya.[7]
Kemuliaan Al-Quran Dan Tanggungjawab Mensyukuri Nikmat
Selepas sumpah dengan kedudukan bintang-bintang, Allah menegaskan kemuliaan al-Quran dan bahawa ia diturunkan daripada Tuhan sekalian alam. Wahyu ini perlu diterima dengan keimanan, bukan dipandang ringan atau didustakan.
Ibn Kathir menjelaskan bahawa mereka yang disucikan dalam konteks kitab yang terpelihara merujuk kepada malaikat. Huraian ini menegaskan kemuliaan wahyu yang datang daripada Allah.
Ayat 82 menegur sikap membalas nikmat dengan pendustaan. Hubungannya dengan hujan dan penisbahan nikmat kepada bintang dijelaskan dalam riwayat sahih yang dihuraikan dalam bahagian latar belakang.[8]
Ketidakupayaan Manusia Ketika Kematian
Ketika nyawa sampai ke kerongkong, orang di sekeliling hanya mampu menyaksikan keadaan orang yang sedang nazak. Mereka tidak dapat mengembalikan nyawa itu. Allah mengetahui keadaannya, dan malaikat-Nya hadir walaupun tidak terlihat oleh manusia.
Cabaran untuk mengembalikan nyawa membongkar kelemahan mereka yang menolak pembalasan. Manusia bukan pemilik mutlak kehidupannya dan tidak dapat melepaskan diri daripada kekuasaan Allah.[9]
Kesudahan Tiga Golongan Dan Penutup Surah
Penutup surah kembali kepada tiga golongan yang disebut pada permulaannya. Mereka yang didekatkan kepada Allah menerima kerehatan, rezeki dan syurga; golongan kanan menerima keselamatan; manakala pendusta yang sesat menghadapi balasan yang pedih.
Semua ini ditegaskan sebagai kebenaran yang pasti. Surah diakhiri dengan perintah bertasbih memuji nama Tuhan Yang Maha Besar. Setelah mendengar peringatan tentang akhirat, pembaca diajak tunduk dan mengagungkan Allah.[10]
Latar Belakang Penurunan
Surah Al-Waqiah tergolong sebagai Makkiyyah. Sumber pengenalan surah yang digunakan tidak menukilkan satu sebab khusus yang sahih bagi keseluruhan surah. Hal ini tidak bererti setiap ayatnya tiada riwayat berkaitan.[1]
Ibn ‘Abbas meriwayatkan peristiwa hujan pada zaman Rasulullah ﷺ. Sebahagian orang mengakuinya sebagai rahmat Allah, sedangkan sebahagian yang lain mengaitkannya dengan bintang. Riwayat itu menyebut turunnya ayat bermula dengan sumpah tentang kedudukan bintang hingga teguran tentang membalas rezeki dengan pendustaan, iaitu ayat 75–82.[11]
Riwayat sahih ini berkaitan dengan ayat tertentu. Ia tidak dijadikan cerita sebab penurunan bagi keseluruhan 96 ayat.
Sorotan Riwayat Berkaitan
SOROTAN RIWAYAT
Peringatan Yang Mendalam Tentang Akhirat
Dalam riwayat Ibn ‘Abbas, Abu Bakar bertanya tentang uban Rasulullah ﷺ. Baginda menyebut Surah Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat, ‘Amma Yatasa’alun dan Idha al-Shamsu Kuwwirat sebagai surah-surah yang menyebabkan Baginda beruban.
Daripada riwayat ini, kita diingatkan supaya menghayati peringatan tentang akhirat ketika membaca surah ini.
Riwayat Al-Tirmidhi · Hadis 3297[12]
Hubungan Dengan Surah Lain
Antara permulaan dan penutup surah: ayat 7–12 memperkenalkan tiga golongan manusia, manakala ayat 88–94 kembali menerangkan kesudahan mereka. Susunan ini mengikat peringatan tentang kiamat dengan keadaan manusia selepas kematian.[10]
Dengan Ar-Rahman dan Al-Hadid: sebagai perbandingan tema, Ar-Rahman juga menggambarkan pembalasan dan kenikmatan syurga. Al-Waqiah kemudian memperincikan tiga golongan manusia. Penutup Al-Waqiah memerintahkan tasbih, dan pembukaan Al-Hadid menyatakan bahawa segala yang di langit dan bumi bertasbih kepada Allah.[13]
Hubungan ini ialah pemerhatian terhadap susunan dan tema ayat, bukan riwayat tentang sebab penurunan.
Pengajaran Dan Hikmah
Berdasarkan penjelasan ayat di atas, berikut ialah beberapa renungan yang boleh diterapkan dalam kehidupan. Senarai ini ialah rumusan pengajaran, bukan petikan terjemahan atau janji fadilat khusus.
- Utamakan persediaan akhirat. Jadikan kepastian pembalasan sebagai dorongan untuk menjaga iman dan amal, bukan sekadar pengetahuan tentang masa hadapan.
- Bersegera melakukan kebaikan. Sebutan tentang orang yang mendahului mengajak kita tidak menangguhkan amal yang mampu dilakukan.
- Syukuri nikmat yang dekat. Makanan, air dan keperluan harian ialah ruang untuk mengingati Allah serta mengelakkan sikap merasa serba mampu.
- Jaga percakapan. Gambaran syurga yang bebas daripada kata sia-sia dan berdosa boleh menjadi dorongan memperbaiki tutur kata kita.
- Hayati al-Quran dengan tunduk. Bacaan, usaha memahami maksud dan tasbih hendaklah membimbing sikap serta pilihan hidup.
Soalan Lazim
Al-Waqiah merujuk kepada peristiwa yang pasti berlaku, iaitu hari kiamat. Nama ini disebut pada ayat pertama surah.[1]
Surah Al-Waqiah ialah surah ke-56 dan mengandungi 96 ayat. Ia tergolong sebagai surah Makkiyyah.[1]
Surah ini menyebut golongan kanan, golongan kiri dan orang yang mendahului dalam kebaikan, yang didekatkan kepada Allah. Pembahagian ini terdapat pada ayat 7–12 dan dihuraikan semula pada penutup surah.[2]
Rumi ialah bantuan untuk mengikuti bacaan. Ia tidak menggambarkan seluruh perincian makhraj dan tajwid. Gunakan teks Arab serta audio, dan semak sebutan dengan guru al-Quran.
Ayat 63–74 mengajak manusia memikirkan tanaman, air dan api sebagai nikmat Allah. Pengajarannya ialah bersyukur kepada Pemberi rezeki serta mengakui kebergantungan kita kepada-Nya.[7]
Riwayat Ibn Mas‘ud yang mengaitkan bacaan setiap malam dengan terhindar daripada kemiskinan dinilai daif oleh al-Albani. Oleh itu, jangan menyampaikannya sebagai janji sahih yang pasti daripada Rasulullah. Bacalah surah ini untuk menghayati peringatan akhirat dan mensyukuri nikmat Allah.[14]
Penutup
Surah Al-Waqiah membawa kita daripada gambaran hari kiamat kepada tanda kekuasaan Allah dalam kehidupan, kemudian kepada saat kematian dan kesudahan manusia. Semoga bacaan ini mendorong kita bersyukur, memperbaiki amal dan bersedia menemui-Nya.
Wallahu a‘lam.
Nota Rujukan
- Maklumat asas dirujuk kepada Syeikh Yasir Ismail Radhi, Al-Bitâqât: Chapters of the Noble Qur’an Explored in 114 Cards, QIC 56, halaman 136–137 dalam PDF projek. Rujukan ini digunakan untuk nama, klasifikasi, bilangan ayat dan tujuan surah. Teks al-Quran dirujuk mengikut nombor surah dan ayat; terjemahan bacaan ialah terjemahan Sheikh Abdullah Basmeih. ↩
- Penjelasan ayat 1–12 diringkaskan daripada Ibn Kathir, Tafsīr al-Qur’ān al-‘Aẓīm, bahagian Surah Al-Waqiah ayat 1–12, melalui edisi ringkas digital. Semakan silang menggunakan al-Sa‘di, Taysīr al-Karīm al-Raḥmān, pada ayat 1; ayat 7; ayat 10. ↩
- Penjelasan ayat 13–26 diringkaskan daripada Ibn Kathir, Tafsīr al-Qur’ān al-‘Aẓīm, bahagian Surah Al-Waqiah ayat 13–26, melalui edisi ringkas digital. Semakan silang menggunakan al-Sa‘di, Taysīr al-Karīm al-Raḥmān, pada ayat 13; ayat 19; ayat 24. Al-Baghawi mengaitkan golongan terdahulu dengan umat sebelum Nabi Muhammad, manakala Ibn Kathir mengutamakan tafsiran generasi awal dan kemudian dalam umat ini. Perbezaan ini dirujuk dalam al-Baghawi, Ma‘ālim al-Tanzīl, ayat 13. ↩
- Penjelasan ayat 27–40 diringkaskan daripada Ibn Kathir, Tafsīr al-Qur’ān al-‘Aẓīm, bahagian Surah Al-Waqiah ayat 27–40, melalui edisi ringkas digital. Semakan silang menggunakan al-Sa‘di, Taysīr al-Karīm al-Raḥmān, pada ayat 27; ayat 32; ayat 35. ↩
- Penjelasan ayat 41–56 diringkaskan daripada Ibn Kathir, Tafsīr al-Qur’ān al-‘Aẓīm, bahagian Surah Al-Waqiah ayat 41–56, melalui edisi ringkas digital. Semakan silang menggunakan al-Sa‘di, Taysīr al-Karīm al-Raḥmān, pada ayat 41; ayat 44; ayat 47; ayat 54. ↩
- Penjelasan ayat 57–62 diringkaskan daripada Ibn Kathir, Tafsīr al-Qur’ān al-‘Aẓīm, bahagian Surah Al-Waqiah ayat 57–62, melalui edisi ringkas digital. Semakan silang menggunakan al-Sa‘di, Taysīr al-Karīm al-Raḥmān, pada ayat 57; ayat 58. ↩
- Penjelasan ayat 63–74 diringkaskan daripada Ibn Kathir, Tafsīr al-Qur’ān al-‘Aẓīm, bahagian Surah Al-Waqiah ayat 63–74, melalui edisi ringkas digital. Semakan silang menggunakan al-Sa‘di, Taysīr al-Karīm al-Raḥmān, pada ayat 63; ayat 67; ayat 69; ayat 73. ↩
- Penjelasan ayat 75–82 diringkaskan daripada Ibn Kathir, Tafsīr al-Qur’ān al-‘Aẓīm, bahagian Surah Al-Waqiah ayat 75–82, melalui edisi ringkas digital. Semakan silang menggunakan al-Sa‘di, Taysīr al-Karīm al-Raḥmān, pada ayat 75; ayat 76; ayat 79. Perbezaan penjelasan turut diperiksa dalam al-Baghawi, Ma‘ālim al-Tanzīl, ayat 79. ↩
- Penjelasan ayat 83–87 diringkaskan daripada Ibn Kathir, Tafsīr al-Qur’ān al-‘Aẓīm, bahagian Surah Al-Waqiah ayat 83–87, melalui edisi ringkas digital. Semakan silang menggunakan al-Sa‘di, Taysīr al-Karīm al-Raḥmān, pada ayat 83; ayat 86; ayat 87. ↩
- Penjelasan ayat 88–96 diringkaskan daripada Ibn Kathir, Tafsīr al-Qur’ān al-‘Aẓīm, bahagian Surah Al-Waqiah ayat 88–96, melalui edisi ringkas digital. Semakan silang menggunakan al-Sa‘di, Taysīr al-Karīm al-Raḥmān, pada ayat 88; ayat 94; ayat 95. ↩
- Latar berkaitan hujan dirujuk kepada Ṣaḥīḥ Muslim, Kitab al-Iman, hadis 73, daripada Ibn ‘Abbas. Riwayat sahih ini mengaitkan peristiwa tersebut dengan ayat 75–82, bukan seluruh surah. ↩
- Sorotan tentang uban Rasulullah dirujuk kepada Jāmi‘ al-Tirmidhi, bahagian tafsir Surah Al-Waqiah, hadis 3297, daripada Ibn ‘Abbas. Al-Tirmidhi menyebut penilaian hasan gharib; paparan digital turut mencatat penilaian sahih oleh Darussalam. Huraian dalam kad ialah parafrasa, bukan petikan lafaz hadis. ↩
- Perbandingan tema dibuat terus antara Ar-Rahman ayat 46–78, Al-Waqiah ayat 7–12, 88–96 dan Al-Hadid ayat 1. Ia ialah rumusan editorial berdasarkan kandungan ayat. ↩
- Riwayat Ibn Mas‘ud tentang bacaan Al-Waqiah setiap malam dan kemiskinan dinilai daif oleh al-Albani. Penilaian serta perbincangan kelemahan sanad dalam Silsilat al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah diperiksa melalui petikan yang dihimpunkan dalam fatwa Islamweb 348835, bertarikh 21 Oktober 2017. Sumber ini digunakan untuk menjelaskan batas dakwaan popular, bukan menetapkan janji ganjaran khusus. ↩



Waalaikumussalam puan Fazeira.
Alhamdulillah, terima kasih banyak kerana sudi membaca Al-Quran di AKU ISLAM. Memang tujuan kami sediakan bacaan rumi supaya lebih memudahkan puan-puan yang belum lancar Jawi.
Terima kasih sekali lagi atas maklum balas dan doa puan. Semoga Allah permudahkan urusan puan membaca dan beramal dengan Al-Quran.
Wallahu a‘lam.
Alhamdulillah saya dah baca Al-Quran dalam Aku islam ni sejak 2024 sebab ada rumi. Baru ni dah download apps tapi buka Al-Quran tak nampak rumi, saya tak berapa reti baca jawi. So, saya decided baca kat sini saja Alhamdulillah. Terima kasih beri kemudahan pada saya.
Alhamdulillah saya dah baca Al-Quran dalam Aku islam ni sejak 2024 sebab ada rumi. Baru ni dah download apps tapi buka Al-Quran tak nampak rumi, saya tak berapa reti baca jawi. So, saya decided baca kat sini saja Alhamdulillah. Terima kasih beri kemudahan pada saya.
Waalaikumussalam puan Fazeira.
Alhamdulillah, terima kasih banyak kerana sudi membaca Al-Quran di AKU ISLAM. Memang tujuan kami sediakan bacaan rumi supaya lebih memudahkan puan-puan yang belum lancar Jawi.
Terima kasih sekali lagi atas maklum balas dan doa puan. Semoga Allah permudahkan urusan puan membaca dan beramal dengan Al-Quran.
Wallahu a‘lam.
Amin2 saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan team akuislam ya💕
Waalaikumussalam puan Nana.
Terima kasih atas doa dan sokongan puan.
Insya-Allah memang itu arah yang kami sedang usahakan iaitu tambah surah demi surah supaya akhirnya lebih lengkap dan tersusun mengikut juzuk, termasuk audio untuk semakan bacaan. Cuma prosesnya perlu dibuat berperingkat supaya semakan teks dan audio kekal tepat.
Doakan dipermudahkan. Jika puan ada surah yang puan paling perlukan untuk didahulukan, beritahu ya. Semoga Allah memudahkan urusan puan.
Wallahu a‘lam.
Nanti buat semua surah2 dalam al quran ..bagi lengkap semua juzuk bole 🥺 ..sangat memudahkan aku islam ni untuk saya..sebb beserta audio untuk saya semak balik bacaan
Nanti buat semua surah2 dalam al quran ..bagi lengkap semua juzuk bole 🥺 ..sangat memudahkan aku islam ni untuk saya..sebb beserta audio untuk saya semak balik bacaan
Waalaikumussalam puan Nana.
Terima kasih atas doa dan sokongan puan.
Insya-Allah memang itu arah yang kami sedang usahakan iaitu tambah surah demi surah supaya akhirnya lebih lengkap dan tersusun mengikut juzuk, termasuk audio untuk semakan bacaan. Cuma prosesnya perlu dibuat berperingkat supaya semakan teks dan audio kekal tepat.
Doakan dipermudahkan. Jika puan ada surah yang puan paling perlukan untuk didahulukan, beritahu ya. Semoga Allah memudahkan urusan puan.
Wallahu a‘lam.
Amin2 saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan team akuislam ya💕
Bang jangan jadikan aku private, karna aku sudah Bertahun2 membuka aku mu ini bahkan tiap hari Di manapun Dan itu me mudahkan banget buat kami2 hamba yang tidak pandai baca arab,, please ya bang, doaku ALLAH lapangkan mudahkan semua urusan mu Dan keluarga mu Di anugrah kan keberkahan keberlimpahan berupa materi kesehatan kemakmuran kebahagiaan ilmu Dan kafyahnya Di dunia dan akherat ❤️
Waalaikumussalam Sri Saodah,
MasyaAllah, terima kasih banyak atas kata-kata dan doa yang sangat baik. Saya benar-benar terharu membaca komen ini. Alhamdulillah jika laman ini memudahkan puan dan sahabat-sahabat yang belum lancar membaca tulisan Arab – itulah memang tujuan ia dibina.
InsyaAllah, selagi Allah izinkan, laman ini akan terus kekal terbuka dan boleh diakses semua, bukan private. Mohon doakan juga agar saya dan seluruh team sentiasa diberi kekuatan untuk terus berkongsi ilmu bermanfaat.
Saya doakan kembali untuk Sri Saodah dan keluarga: semoga Allah lapangkan rezeki, permudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan, keberkatan, kebahagiaan dan rahmat-Nya di dunia dan di akhirat.
Amin ya Rabbal ‘alamin.
Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ..antara ruang kegemaran saya. Jazakallahu Khairan Kathira
Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan dan doa yang baik. Semoga Allah memberkati tuan/puan sekeluarga dan menjadikan ruang ini terus bermanfaat.
Barakallahu fikum.
assalamualakum Tuan, terbaik
Walaikumsalam,
Alhamdulillah, sama-sama tuan.
Assallamualaikum Encik, Ada beberapa ayat yang tidak ada suara… sebelum ni ada… Terima Kasih Encik.
Walaikumsalam
Terima kasih atas makluman puan, insyaAllah saya akan buat semakan dan kenalpasti masalah tersebut untuk dibuat pembaikan.
bagus, terjemahan masuk sekali
Alhamdulillah sangat membantu saya untuk membaca surah ini..
Terima kasih, saya mengamalkan waqiah ini setiap hari..
terima kasih sangat membantu saya semoga dipermudahkan segala urusan semua 🤲🏼
Alhamdulilah. Saya setiap hari akan membuka akuislam ni untuk membaca sambil mendengar audio utk surah Al Waqiah, Al Kahfi dan Al Mulk. Terima kasih kerana memudahkan kami untuk belajar dan terus membaca dan memahami kandungan surah dalam blog ni. Semoga Allah sentiasa membalas jasa dan budi, dan semoga saudara dilindungi Allah selalu. Amin.
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira kerana laman ini dapat membantu tuan dalam membaca dan memahami kandungan surah-surah yang mulia.
Semoga amalan tuan membaca Al-Waqiah, Al-Kahfi, dan Al-Mulk terus berpanjangan dan menjadi sebab keberkatan serta perlindungan daripada Allah SWT.
Terima kasih atas doa yang baik. Saya juga mendoakan agar Allah merahmati, melindungi, dan memberikan kebaikan yang berlipat ganda kepada tuan. Semoga ilmu yang dikongsi ini terus memberi manfaat kepada semua. Amin ya Rabbal ‘Alamin. 🤲
Alhamdulillah, terima kasih.
Alhamdulillah, sama-sama
Syukur alhamdulilah terima kasih
Alhamdulillah, terima kasih atas maklumbalas.
ALHAMDULILLAH..terima memudahkan kepada kami yang baru mengenal qalam Allah..semoga Pahala tidak berhenti mengalir buat tuan sekeluarga. Aamiin
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Saya sangat bersyukur jika perkongsian ini dapat memudahkan perjalanan tuan dalam mendekati kalam Allah.
Terima kasih atas doa yang tulus, semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan dan pahala yang berterusan juga buat tuan dan keluarga.
Aamiin, ya Rabbal’alamin.
Alhamdulilah terima kasih sangat memudahkn yg bru berlajar
Alhamdulillah, sama-sama. Kami gembira dapat membantu memudahkan proses pembelajaran. Semoga usaha ini memberi manfaat dan membawa keberkatan.
Teruskan usaha dan semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan ilmu awak. Aamiin.