
Ini adalah panduan Surah al Waqiah rumi (transliterasi)
Anda akan dibimbing secara lengkap bacaan surah ini secara ayat demi ayat. Maksud ayat dan bantuan audio juga disediakan.
Semoga membantu anda yang memerlukan panduan transliterasi sebegini.
Pengenalan Surah Al Waqiah
Surah Al Waqiah terdiri daripada 96 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan selepas Surah Taha.
Surah ini dinamakan Al Waqiah (Hari Kiamat), diambil daripada perkataan “Al Waaqi’ah” yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Bacaan Surah Al Waqiah Rumi (Transliterasi)
1.

iลผฤ waqaโatil-wฤqiโah
Maksudnya:
Apabila berlaku hari kiamat itu,
2.

laisa liwaqโatihฤ kฤลผibah
Maksudnya:
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
3.

khฤfiแธatur rฤfiโah
Maksudnya:
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
4.

iลผฤ rujjatil-arแธu rajjฤ
Maksudnya:
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
5.

wa bussatil-jibฤlu bassฤ
Maksudnya:
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
6.

fa kฤnat habฤ’am mumbaแนกแนกฤ
Maksudnya:
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
7.

wa kuntum azwฤjan แนกalฤแนกah
Maksudnya:
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
8.

fa aแนฃแธฅฤbul-maimanati mฤ aแนฃแธฅฤbul-maimanah
Maksudnya:
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
9.

wa aแนฃแธฅฤbul-masy’amati mฤ aแนฃแธฅฤbul-masy’amah
Maksudnya:
Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
10.

was-sฤbiqลซnas-sฤbiqลซn
Maksudnya:
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
11.

ulฤ’ikal-muqarrabลซn
Maksudnya:
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
12.

fฤซ jannฤtin-naโฤซm
Maksudnya:
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
13.

แนกullatum minal-awwalฤซn
Maksudnya:
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
14.

wa qalฤซlum minal-ฤkhirฤซn
Maksudnya:
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
15.

โalฤ sururim mauแธลซnah
Maksudnya:
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
16.

muttaki’ฤซna โalaihฤ mutaqฤbilฤซn
Maksudnya:
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
17.

yaแนญลซfu โalaihim wildฤnum mukhalladลซn
Maksudnya:
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, –
18.

bi’akwฤbiw wa abฤrฤซqa wa ka’sim mim maโฤซn
Maksudnya:
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
19.

lฤ yuแนฃaddaโลซna โanhฤ wa lฤ yunzifลซn
Maksudnya:
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
20.

wa fฤkihatim mimmฤ yatakhayyarลซn
Maksudnya:
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
21.

wa laแธฅmi แนญairim mimmฤ yasytahลซn
Maksudnya:
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
22.

wa แธฅลซrun โฤซn
Maksudnya:
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
23.

ka’amแนกฤlil-lu’lu’il-maknลซn
Maksudnya:
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
24.

jazฤ’am bimฤ kฤnลซ yaโmalลซn
Maksudnya:
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
25.

lฤ yasmaโลซna fฤซhฤ lagwaw wa lฤ ta’แนกฤซmฤ
Maksudnya:
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; –
26.

illฤ qฤซlan salฤman salฤmฤ
Maksudnya:
Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).
27.

wa aแนฃแธฅฤbul-yamฤซni mฤ aแนฃแธฅฤbul-yamฤซn
Maksudnya:
Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
28.

fฤซ sidrim makhแธลซd
Maksudnya:
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
29.

wa แนญalแธฅim manแธลซd
Maksudnya:
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
30.

wa แบillim mamdลซd
Maksudnya:
Dan naungan yang tetap terbentang,
31.

wa mฤ’im maskลซb
Maksudnya:
Dan air yang sentiasa mengalir,
32.

wa fฤkihatin kaแนกฤซrah
Maksudnya:
Serta buah-buahan yang banyak,
33.

lฤ maqแนญลซโatiw wa lฤ mamnลซโah
Maksudnya:
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
34.

wa furusyim marfลซโah
Maksudnya:
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
35.

innฤ ansya’nฤhunna insyฤ’ฤ
Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
36.

fa jaโalnฤhunna abkฤrฤ
Maksudnya:
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
37.

โuruban atrฤbฤ
Maksudnya:
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
38.

li’aแนฃแธฅฤbil-yamฤซn
Maksudnya:
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
39.

แนกullatum minal-awwalฤซn
Maksudnya:
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
40.

wa แนกullatum minal-ฤkhirฤซn
Maksudnya:
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
41.

wa aแนฃแธฅฤbusy-syimฤli mฤ aแนฃแธฅฤbusy-syimฤl
Maksudnya:
Dan puak kiri, – alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
42.

fฤซ samลซmiw wa แธฅamฤซm
Maksudnya:
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
43.

wa แบillim miy yaแธฅmลซm
Maksudnya:
Serta naungan dari asap hitam,
44.

lฤ bฤridiw wa lฤ karฤซm
Maksudnya:
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
45.

innahum kฤnลซ qabla ลผฤlika mutrafฤซn
Maksudnya:
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
46.

wa kฤnลซ yuแนฃirrลซna โalal-แธฅinแนกil-โaแบฤซm
Maksudnya:
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
47.

wa kฤnลซ yaqลซlลซna a’iลผฤ mitnฤ wa kunnฤ turฤbaw wa โiแบฤman a’innฤ lamabโลซแนกลซn
Maksudnya:
Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
48.

awa ฤbฤ’unal-awwalลซn
Maksudnya:
“Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? “
49.

qul innal-awwalฤซna wal-ฤkhirฤซn
Maksudnya:
Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
50.

lamajmลซโลซna ilฤ mฤซqฤti yaumim maโlลซm
Maksudnya:
“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum.
51.

แนกumma innakum ayyuhaแธ-แธฤllลซnal-mukaลผลผibลซn
Maksudnya:
“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
52.

la’ฤkilลซna min syajarim min zaqqลซm
Maksudnya:
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
53.

fa mฤli’ลซna minhal-buแนญลซn
Maksudnya:
“Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
54.

fa syฤribลซna โalaihi minal-แธฅamฤซm
Maksudnya:
“Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
55.

fa syฤribลซna syurbal-hฤซm
Maksudnya:
“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.
56.

hฤลผฤ nuzuluhum yaumad-dฤซn
Maksudnya:
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
57.

naแธฅnu khalaqnฤkum falau lฤ tuแนฃaddiqลซn
Maksudnya:
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
58.

afa ra’aitum mฤ tumnลซn
Maksudnya:
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
59.

a’antum takhluqลซnahลซ am naแธฅnul-khฤliqลซn
Maksudnya:
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
60.

naแธฅnu qaddarnฤ bainakumul-mauta wa mฤ naแธฅnu bimasbลซqฤซn
Maksudnya:
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
61.

โalฤ an nubaddila amแนกฤlakum wa nunsyi’akum fฤซ mฤ lฤ taโlamลซn
Maksudnya:
(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
62.

wa laqad โalimtumun-nasy’atal-ลซlฤ falau lฤ taลผakkarลซn
Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
63.

afa ra’aitum mฤ taแธฅruแนกลซn
Maksudnya:
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
64.

a’antum tazraโลซnahลซ am naแธฅnuz-zฤriโลซn
Maksudnya:
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
65.

lau nasyฤ’u lajaโalnฤhu แธฅuแนญฤman fa แบaltum tafakkahลซn
Maksudnya:
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
66.

innฤ lamugramลซn
Maksudnya:
(Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
67.

bal naแธฅnu maแธฅrลซmลซn
Maksudnya:
“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) “
68.

afa ra’aitumul-mฤ’allaลผฤซ tasyrabลซn
Maksudnya:
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
69.

a’antum anzaltumลซhu minal-muzni am naแธฅnul-munzilลซn
Maksudnya:
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
70.

lau nasyฤ’u jaโalnฤhu ujฤjan falau lฤ tasykurลซn
Maksudnya:
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
71.

afa ra’aitumun-nฤrallatฤซ tลซrลซn
Maksudnya:
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
72.

a’antum ansya’tum syajaratahฤ am naแธฅnul-munsyi’ลซn
Maksudnya:
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
73.

naแธฅnu jaโalnฤhฤ taลผkirataw wa matฤโal lil-muqwฤซn
Maksudnya:
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
74.

fa sabbiแธฅ bismi rabbikal-โaแบฤซm
Maksudnya:
Oleh yang demikian – (wahai orang yang lalai) – bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
75.

fa lฤ uqsimu bimawฤqiโin-nujลซm
Maksudnya:
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, –
76.

wa innahลซ laqasamul lau taโlamลซna โaแบฤซm
Maksudnya:
Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, –
77.

innahลซ laqur’ฤnun karฤซm
Maksudnya:
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
78.

fฤซ kitฤbim maknลซn
Maksudnya:
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
79.

lฤ yamassuhลซ illal-muแนญahharลซn
Maksudnya:
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
80.

tanzฤซlum mir rabbil-โฤlamฤซn
Maksudnya:
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
81.

afa bihฤลผal-แธฅadฤซแนกi antum mud-hinลซn
Maksudnya:
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
82.

wa tajโalลซna rizqakum annakum tukaลผลผibลซn
Maksudnya:
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
83.

falau lฤ iลผฤ balagatil-แธฅulqลซm
Maksudnya:
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, –
84.

wa antum แธฅฤซna’iลผin tanแบurลซn
Maksudnya:
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, –
85.

wa naแธฅnu aqrabu ilaihi minkum wa lฤkil lฤ tubแนฃirลซn
Maksudnya:
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
86.

falau lฤ in kuntum gaira madฤซnฤซn
Maksudnya:
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), –
87.

tarjiโลซnahฤ in kuntum แนฃฤdiqฤซn
Maksudnya:
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
88.

fa ammฤ in kฤna minal-muqarrabฤซn
Maksudnya:
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “,
89.

fa rauแธฅuw wa raiแธฅฤnuw wa jannatu naโฤซm
Maksudnya:
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
90.

wa ammฤ in kฤna min aแนฃแธฅฤbil-yamฤซn
Maksudnya:
Dan jika ia dari puak kanan,
91.

fa salฤmul laka min aแนฃแธฅฤbil-yamฤซn
Maksudnya:
Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”.
92.

wa ammฤ in kฤna minal-mukaลผลผibฤซnaแธ-แธฤllฤซn
Maksudnya:
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
93.

fa nuzulum min แธฅamฤซm
Maksudnya:
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
94.

wa taแนฃliyatu jaแธฅฤซm
Maksudnya:
Serta bakaran api neraka.
95.

inna hฤลผฤ lahuwal แธฅaqqul-yaqฤซn
Maksudnya:
Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
96.

fa sabbiแธฅ bismi rabbikal-โaแบฤซm
Maksudnya:
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Alhamdulillah.. Terima kasih..Sgt membantu sy dlm memperbaiki mutu sebutan dan bacaan sy. Semoga dipermudahkan segala urusan tuan dan sentiasa mendapat rahmat dr Allah swt kerana mempermudahkan urusan org lain. Terima kasih hanya Allah mampu membalas jasa tuan. Amin..
alhamdulillah semoga allah permudahkan urusanku dunia dn akhirat โค๏ธ
Alhamdulillah.. terimakasih perkongsiannya semoga memperolehi rahmat dariNya
Terima kasih … syukur Alhamdulillah mudah2an tuan sentiasa diberikan rahmat Allah SWT dan panjang umur murah rezeki Aamiin
Terima kasih.. Alhamdulillah syukur๐๐๐๐
Assalamualaikum..Alhamdulillah terima kasih
Syukur Alhamdulillah sangat membantu saya mudah2an tuan sentiasa dibwh Rahmat Allah SWT, dipanjangkan umur murah rezeki Aamiin
Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi mendoakan kebaikan untuk saya.
Assalamualaikum tuan. terdapat sedikit kesilapan pada rumi ayat 95. mohon tuan betulkan.
Wassalam. Terima kasih atas makluman. InsyaAllah saya perbaiki.
Alhamdulillah syukur..saya baru jumpa portal ini..dan ia sangatยฒ membantu saya untuk saya rujuk ketika membaca surah..Terima kasih untuk ilmu yang bermanfaat ini..
Alhamdulillah, sama-sama :-)
Assalamualaikum . Alhamdulillah syukur. Setiap kali saya perlukan rujukan utk bacaan Al Quran atau solat , saya pasti gunakan portal ni. Terima kasih untuk perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Jazakallahu Khairan Kathira.
Wassalam.
Alhamdulillah, terima kasih atas maklumbalas yang diberikan.
Gembira saya mendengarnya.
Ini yg terbaik saudaraku
Assalammualaikum ustaz, ayat 67 tiada ayat ruminya. Terima kasih
Allah.. Maaf ya, nanti sy tambah segera
Terima kasih ustaz, website akuislam.com ni banyak membantu saya membetulkan solat malah menambahkan amalan tajwid lepas solat. Semoga Allah membalas kebaikan tuan , dan dilimpahi segala keberkatan dunia.
Alhamdulillah, terima kasih atas maklumbalas yang diberikan.
Dan terima kasih juga atas doa yang dititipkan terhadap saya.
assalamualaikum ustaz.. boleh tambah surah an-Naba’.. ๐ tulisan rumi, audio serta maksud sangatยฒ membantu saya.. alhamdulillah..
terima kasih ๐
Wassalam. InsyaaAllah, request puan telah saya masukkan dalam queue untuk transliterasi surah seterusnya
Assalammualaikum ustaz . Boleh tambah surah maryam dan surah yusuf? Terima kasih banyak banyak
Wassalam. InsyaaAllah saya cuba usahakan.
Alhamdulillah, terima kasih atas usaha tuan ,telah ada audio…
Alhamdulillah sama-sama
Assalammualaikum ustaz.saya sangat memerlukan audio bacaaan ayat ini kerana ia boleh membimbing saya membaca dgn betul. Jika tanpa audio saya tak tau samada bacaan saya ITU betul atau Salah . Harap ustaz dapat membantu saya. Bagi saya dgn Ada nya bantuan audio saya dapat memperbetulkan bacaaan saya nanti. Terima kasih.
Wassalam. Telah ditambah audio untuk surah ini
Terima kasih banyak2 ustaz, amat membantu saya
Sama-sama
Assalamualaikum, boleh tambah audio kerana ia penting .. terima kasih
InsyaAllah saya cuba usahakan
Terima kasih, jika Tuan dah tambah , harap maklumkan ya Tuan …
Teringat audio surah Yassin , sedap betul suara alunannya , tetapi siapa ya yang mengalunkannya ?
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Diharapkan jika tuan berkesempatan sudilah kiranya tuan tambahkan 3 ayat terakhir surah albaqarah dan 2 ayat terakhir surah attaubah.
Terkma kasih
Wassalam. InsyaAllah
salam tuan.. boleh x tambah sirah al hasyr, surah ad dukhan, al kahfi dan as sajadah sy tringin sgt nak blajar.. smoga tuan sntiasa dilimpahi rezeki yg byk aminn..
Wassalam. Surah al-Hasyr dan al-Kahf insyaaAllah saya siapkan hujung minggu ini.
Wassalam,
Minggu ni saya dah tambah:
InsyaaAllah Surah ad-Dukhan dengan As-Sajdah saya cuba siapkan minggu ni dan upload pada minggu depan ya.
terima kasih byk2 tuan.. smoga tuan sntiasa dimurahkn rezeki dilimpahi rezeki yg byk dn dipermudh sgla urusn dunia akhirat.. amin ya rabbal alamin.. trima kasih byk tuan.
Alhamdulillah, sama-sama.
Terima kasih juga kerana sudi mendoakan