
Ini adalah panduan Surah al Waqiah rumi (transliterasi)
Anda akan dibimbing secara lengkap bacaan surah ini secara ayat demi ayat. Maksud ayat dan bantuan audio juga disediakan.
Semoga membantu anda yang memerlukan panduan transliterasi sebegini.
Pengenalan Surah Al Waqiah
Surah Al Waqiah terdiri daripada 96 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan selepas Surah Taha.
Surah ini dinamakan Al Waqiah (Hari Kiamat), diambil daripada perkataan “Al Waaqi’ah” yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Bacaan Surah Al Waqiah Rumi (Transliterasi)
1.

iลผฤ waqaโatil-wฤqiโah
Maksudnya:
Apabila berlaku hari kiamat itu,
2.

laisa liwaqโatihฤ kฤลผibah
Maksudnya:
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
3.

khฤfiแธatur rฤfiโah
Maksudnya:
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
4.

iลผฤ rujjatil-arแธu rajjฤ
Maksudnya:
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
5.

wa bussatil-jibฤlu bassฤ
Maksudnya:
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
6.

fa kฤnat habฤ’am mumbaแนกแนกฤ
Maksudnya:
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
7.

wa kuntum azwฤjan แนกalฤแนกah
Maksudnya:
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
8.

fa aแนฃแธฅฤbul-maimanati mฤ aแนฃแธฅฤbul-maimanah
Maksudnya:
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
9.

wa aแนฃแธฅฤbul-masy’amati mฤ aแนฃแธฅฤbul-masy’amah
Maksudnya:
Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
10.

was-sฤbiqลซnas-sฤbiqลซn
Maksudnya:
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
11.

ulฤ’ikal-muqarrabลซn
Maksudnya:
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
12.

fฤซ jannฤtin-naโฤซm
Maksudnya:
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
13.

แนกullatum minal-awwalฤซn
Maksudnya:
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
14.

wa qalฤซlum minal-ฤkhirฤซn
Maksudnya:
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
15.

โalฤ sururim mauแธลซnah
Maksudnya:
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
16.

muttaki’ฤซna โalaihฤ mutaqฤbilฤซn
Maksudnya:
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
17.

yaแนญลซfu โalaihim wildฤnum mukhalladลซn
Maksudnya:
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, –
18.

bi’akwฤbiw wa abฤrฤซqa wa ka’sim mim maโฤซn
Maksudnya:
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
19.

lฤ yuแนฃaddaโลซna โanhฤ wa lฤ yunzifลซn
Maksudnya:
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
20.

wa fฤkihatim mimmฤ yatakhayyarลซn
Maksudnya:
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
21.

wa laแธฅmi แนญairim mimmฤ yasytahลซn
Maksudnya:
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
22.

wa แธฅลซrun โฤซn
Maksudnya:
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
23.

ka’amแนกฤlil-lu’lu’il-maknลซn
Maksudnya:
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
24.

jazฤ’am bimฤ kฤnลซ yaโmalลซn
Maksudnya:
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
25.

lฤ yasmaโลซna fฤซhฤ lagwaw wa lฤ ta’แนกฤซmฤ
Maksudnya:
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; –
26.

illฤ qฤซlan salฤman salฤmฤ
Maksudnya:
Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).
27.

wa aแนฃแธฅฤbul-yamฤซni mฤ aแนฃแธฅฤbul-yamฤซn
Maksudnya:
Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
28.

fฤซ sidrim makhแธลซd
Maksudnya:
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
29.

wa แนญalแธฅim manแธลซd
Maksudnya:
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
30.

wa แบillim mamdลซd
Maksudnya:
Dan naungan yang tetap terbentang,
31.

wa mฤ’im maskลซb
Maksudnya:
Dan air yang sentiasa mengalir,
32.

wa fฤkihatin kaแนกฤซrah
Maksudnya:
Serta buah-buahan yang banyak,
33.

lฤ maqแนญลซโatiw wa lฤ mamnลซโah
Maksudnya:
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
34.

wa furusyim marfลซโah
Maksudnya:
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
35.

innฤ ansya’nฤhunna insyฤ’ฤ
Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
36.

fa jaโalnฤhunna abkฤrฤ
Maksudnya:
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
37.

โuruban atrฤbฤ
Maksudnya:
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
38.

li’aแนฃแธฅฤbil-yamฤซn
Maksudnya:
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
39.

แนกullatum minal-awwalฤซn
Maksudnya:
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
40.

wa แนกullatum minal-ฤkhirฤซn
Maksudnya:
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
41.

wa aแนฃแธฅฤbusy-syimฤli mฤ aแนฃแธฅฤbusy-syimฤl
Maksudnya:
Dan puak kiri, – alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
42.

fฤซ samลซmiw wa แธฅamฤซm
Maksudnya:
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
43.

wa แบillim miy yaแธฅmลซm
Maksudnya:
Serta naungan dari asap hitam,
44.

lฤ bฤridiw wa lฤ karฤซm
Maksudnya:
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
45.

innahum kฤnลซ qabla ลผฤlika mutrafฤซn
Maksudnya:
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
46.

wa kฤnลซ yuแนฃirrลซna โalal-แธฅinแนกil-โaแบฤซm
Maksudnya:
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
47.

wa kฤnลซ yaqลซlลซna a’iลผฤ mitnฤ wa kunnฤ turฤbaw wa โiแบฤman a’innฤ lamabโลซแนกลซn
Maksudnya:
Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
48.

awa ฤbฤ’unal-awwalลซn
Maksudnya:
“Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? “
49.

qul innal-awwalฤซna wal-ฤkhirฤซn
Maksudnya:
Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
50.

lamajmลซโลซna ilฤ mฤซqฤti yaumim maโlลซm
Maksudnya:
“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum.
51.

แนกumma innakum ayyuhaแธ-แธฤllลซnal-mukaลผลผibลซn
Maksudnya:
“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
52.

la’ฤkilลซna min syajarim min zaqqลซm
Maksudnya:
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
53.

fa mฤli’ลซna minhal-buแนญลซn
Maksudnya:
“Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
54.

fa syฤribลซna โalaihi minal-แธฅamฤซm
Maksudnya:
“Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
55.

fa syฤribลซna syurbal-hฤซm
Maksudnya:
“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.
56.

hฤลผฤ nuzuluhum yaumad-dฤซn
Maksudnya:
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
57.

naแธฅnu khalaqnฤkum falau lฤ tuแนฃaddiqลซn
Maksudnya:
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
58.

afa ra’aitum mฤ tumnลซn
Maksudnya:
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
59.

a’antum takhluqลซnahลซ am naแธฅnul-khฤliqลซn
Maksudnya:
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
60.

naแธฅnu qaddarnฤ bainakumul-mauta wa mฤ naแธฅnu bimasbลซqฤซn
Maksudnya:
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
61.

โalฤ an nubaddila amแนกฤlakum wa nunsyi’akum fฤซ mฤ lฤ taโlamลซn
Maksudnya:
(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
62.

wa laqad โalimtumun-nasy’atal-ลซlฤ falau lฤ taลผakkarลซn
Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
63.

afa ra’aitum mฤ taแธฅruแนกลซn
Maksudnya:
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
64.

a’antum tazraโลซnahลซ am naแธฅnuz-zฤriโลซn
Maksudnya:
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
65.

lau nasyฤ’u lajaโalnฤhu แธฅuแนญฤman fa แบaltum tafakkahลซn
Maksudnya:
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
66.

innฤ lamugramลซn
Maksudnya:
(Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
67.

bal naแธฅnu maแธฅrลซmลซn
Maksudnya:
“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) “
68.

afa ra’aitumul-mฤ’allaลผฤซ tasyrabลซn
Maksudnya:
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
69.

a’antum anzaltumลซhu minal-muzni am naแธฅnul-munzilลซn
Maksudnya:
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
70.

lau nasyฤ’u jaโalnฤhu ujฤjan falau lฤ tasykurลซn
Maksudnya:
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
71.

afa ra’aitumun-nฤrallatฤซ tลซrลซn
Maksudnya:
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
72.

a’antum ansya’tum syajaratahฤ am naแธฅnul-munsyi’ลซn
Maksudnya:
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
73.

naแธฅnu jaโalnฤhฤ taลผkirataw wa matฤโal lil-muqwฤซn
Maksudnya:
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
74.

fa sabbiแธฅ bismi rabbikal-โaแบฤซm
Maksudnya:
Oleh yang demikian – (wahai orang yang lalai) – bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
75.

fa lฤ uqsimu bimawฤqiโin-nujลซm
Maksudnya:
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, –
76.

wa innahลซ laqasamul lau taโlamลซna โaแบฤซm
Maksudnya:
Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, –
77.

innahลซ laqur’ฤnun karฤซm
Maksudnya:
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
78.

fฤซ kitฤbim maknลซn
Maksudnya:
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
79.

lฤ yamassuhลซ illal-muแนญahharลซn
Maksudnya:
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
80.

tanzฤซlum mir rabbil-โฤlamฤซn
Maksudnya:
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
81.

afa bihฤลผal-แธฅadฤซแนกi antum mud-hinลซn
Maksudnya:
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
82.

wa tajโalลซna rizqakum annakum tukaลผลผibลซn
Maksudnya:
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
83.

falau lฤ iลผฤ balagatil-แธฅulqลซm
Maksudnya:
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, –
84.

wa antum แธฅฤซna’iลผin tanแบurลซn
Maksudnya:
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, –
85.

wa naแธฅnu aqrabu ilaihi minkum wa lฤkil lฤ tubแนฃirลซn
Maksudnya:
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
86.

falau lฤ in kuntum gaira madฤซnฤซn
Maksudnya:
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), –
87.

tarjiโลซnahฤ in kuntum แนฃฤdiqฤซn
Maksudnya:
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
88.

fa ammฤ in kฤna minal-muqarrabฤซn
Maksudnya:
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “,
89.

fa rauแธฅuw wa raiแธฅฤnuw wa jannatu naโฤซm
Maksudnya:
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
90.

wa ammฤ in kฤna min aแนฃแธฅฤbil-yamฤซn
Maksudnya:
Dan jika ia dari puak kanan,
91.

fa salฤmul laka min aแนฃแธฅฤbil-yamฤซn
Maksudnya:
Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”.
92.

wa ammฤ in kฤna minal-mukaลผลผibฤซnaแธ-แธฤllฤซn
Maksudnya:
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
93.

fa nuzulum min แธฅamฤซm
Maksudnya:
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
94.

wa taแนฃliyatu jaแธฅฤซm
Maksudnya:
Serta bakaran api neraka.
95.

inna hฤลผฤ lahuwal แธฅaqqul-yaqฤซn
Maksudnya:
Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
96.

fa sabbiแธฅ bismi rabbikal-โaแบฤซm
Maksudnya:
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
alhamdulillah tuan…
semoga pahala berpanjangan buat tuan …
Alhamdulillah, sama-sama ใ
Alhamdulillah.. Tkasih Tuan.
Sangat memudahkan bacaan.
Alhamdulillah sama-sama.
Terima kasih atas maklumbalas.
Allhamdulillah tq tuan menyengkan untuk bacaan cuma saya cari surah Ali Imran tak jumpa kalau boleh tuan admin masukkan sekali surah ali imran..tq admin
Walaikumsalam.
InsyaAllah saya akan cari masa untuk lengkapkan surah-surah yang lain ya. Terima kasih atas sokongan tuan.
baik terima kasih semoga Allah kurniakan seribu kebaikan untuk tuan
Alhamdulillah mudah utk sy mualaf…semoga segala kebaikkan utk Tn M.Naim…
Alhamdulillah, sama-sama.
Gembira saya mengetahui panduan ini telah memberi manfaat kepada tuan.
Alhamdulillah, semoga tuan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. Setiap tulisan tuan yakni surah-surah (ayat-ayat suci al Quran) sangat membantu saya kerana disertai dengan audio. Terima kasih yang tidak terhingga untuk tuan kerana memudahkan serta membantu saya dalam memperbetul bacaan.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mempermudahkan setiap urusan kita. Saya amat bersyukur kerana usaha kecil ini dapat membantu puan memperbaiki bacaan Al-Quran.
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT, dan semoga kita diberi kekuatan untuk terus memperbaiki diri serta mendekatkan diri kepadaNya. Terima kasih juga atas doa dan sokongan tuan.
Alhamdulillah dengan adanya tulisan tuan surah surah yg dapat saya baca tulisan yg senang di baca dan difahami terima kasih semoga Allah merahmati hidup tuan.. terima kasih semoga Allah membalas semua jasa tuan memudahkan kami yg membaca dan menghafalnya
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur mendengar bahawa tulisan-tulisan yang disediakan telah memudahkan anda dalam membaca dan memahami surah-surah yang diinginkan. Semoga Allah merahmati anda juga dan membalas segala kebaikan serta usaha yang anda lakukan dalam mempelajari dan menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.
Semoga kita semua terus mendapat keberkatan dan petunjuk dari Allah SWT dalam setiap langkah kehidupan kita. Terima kasih atas doa dan kata-kata yang baik. Saya doakan semoga anda terus istiqamah dalam ibadah dan berjaya dalam usaha menghafal Al-Quran. Aminn. ใ
orang yang baik adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Alhamdulillah. Terima kasih mempermudahkan.
Alhamdulillah, sama-sama ใ
Alhamdulillah jelas terang dan faham terima kasih semoga Allah yg membalasnya dgn kebaikan aamiin3
Terima kaseh berkongsi ilmu akhirat, moga Allah SWT permudahkan urusan kita di dunia may pun akhirat. Aamiin
๐ค
Terima kasih
Terbaik tuan,semoga pahala mengalir sepertinya air mengalir dari gunung tanpa henti.
Terima kasih berkongsi ilmu bekalan Akhirat .. saya menangis setiap kali baca surah di dalam alWaqiah sebb terbaca sekali maksudnya .. Subhanallah
Terima kaseh berkongsi ilmu akhirat, moga Allah SWT permudahkan urusan kita di dunia may pun akhirat. Aamiin
Assalammualaikum warahmatullahiwabaratuh…trmksh dgn perkongsian ilmu
Terima kasih perkongsiannya
Terima kasih di atas ilmu yang dikongsi,sedikit sebanyak dapat membantu sy memperbaiki diri..
Sama-sama, saya gembira dapat membantu.
syukur alhamdulillah..moga allah permudahkan segala urusanku dunia dan akhirat…
Assalamulaikum terima Kaseh dan syukur ya Allah ..ntah berapa lama sy membaca surah2 di aku Islam ..baru ni sy dapat mengutarakan mcj sy..terima Kaseh atas segala kebaikkan ustaz dgn adanya surah2 yg di susun rapi sebegini rupa.hanya Allah yg akan membalas segala kebaikkan itu.terima Kaseh ustaz..