NIAT & CARA SOLAT JENAZAH GHAIB (Panduan Lengkap Rumi)

SOLAT JENAZAH GHAIB

Ini adalah panduan lengkap Solat Jenazah Ghaib.

Panduan ini disediakan secara langkah demi langkah dan setiap bacaan dipermudahkan dengan transliterasi Rumi untuk membantu anda membaca teks arab.

Semoga panduan ini membantu anda.

Maksud Solat Jenazah Ghaib

Solat Jenazah Ghaib ialah solat ke atas jenazah yang tidak ditemui atau jauh tempatnya serta sukar untuk pergi ke sana. Solat jenazah ghaib berserta doa merupakan penghormatan terakhir daripada waris dan kenalan yang tidak dapat menatap wajah individu berkenaan

Solat jenazah terbahagi kepada dua, iaitu:

  • Solat Jenazah Hadir – Iaitu solat yang mayat berada dihadapan jemaah solat
  • Solat Jenazah Ghaib – Solat yang dilakukan tanpa mayat dihadapan

Tatacara melaksanakan solat jenazah ghaib adalah sama seperti solat jenazah biasa, cuma ia berbeza dari segi niat, kerana jenazah tidak ada di hadapan. 

Hukum Solat Sunat Jenazah Ghaib

Hukum mengerjakan Solat Jenazah Ghaib adalah sunat. Ia sunat dilakukan apabila mendengar berita kematian seseorang walaupun masa meninggal dunia sudah berlalu sehingga sebulan.

Menurut ulama mazhab asy-syafi’e seperti Imam an-Nawawi, jika mayat sudah dikebumikan dan seseorang itu masih belum melakukan solat jenazah ke atas mayat tersebut, maka sunat baginya melakukan solat ghaib untuk mayat tersebut.

Solat Jenazah Ghaib Di Atas Kubur

SOLAT JENAZAH GHAIB

Ibnu Qudamah (ulama mazhab Hanbali) mengatakan hukumnya adalah harus melakukan solat ghaib di atas kubur mayat tersebut.

Hujahnya:

Abdullah bin ‘Abbas melaporkan, “Pada suatu hari Nabi Muhamad berhenti pada sebuah kubur, lalu para sahabat menyusun saf di belakang Baginda dan mereka menunaikan solat ghaib untuk mayat dalam kubur tersebut

— Riwayat Bukhari dan Muslim

Syarat Solat Sunat Jenazah Ghaib

Cara melaksanakan solat jenazah ghaib adalah sama seperti Solat Jenazah biasa, namun terdapat beberapa syarat yang perlu diketahui sebelum mengerjakannya.

Antaranya adalah:

  • Solat Ghaib hanya boleh dikerjakan apabila mayat sudah selesai dimandikan [1]
  • Solat ini sunat dilakukan setelah jenazah selesai dikapankan

Bagi si mati yang tidak ditemui jasadnya seperti tertimbus atau hilang, maka tidak diharuskan solat ke atasnya kerana jasad tidak dapat dimandikan.

Tetapi sekiranya jasad itu cedera, melecur atau rosak seperti disebabkan kemalangan, kebakaran dan tidak dapat dimandikan, maka mayat akan ditayamumkan dan disolatkan seperti jenazah biasa.

Waktu Solat Jenazah Ghaib

Ulama tidak menetapkan tempoh masa khusus untuk dilakukan solat jenazah ghaib. Ia boleh dilakukan selepas sehari, dua hari atau seminggu kematian tersebut. Yang penting adalah, maklumat mengenai kematian berkenaan kita baru terima.

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bermula dari saat berita kematian dan berlanjutan selama tiga hari. Ini kerana tiga hari itu adalah tempoh bertakziah menurut yang maklum dari kitab-kitab fiqh. 

Namun pendapat yang muktamad adalah harus solat jenazah ghaib selama mana beliau adalah ahli solat ketika kematian berlaku [2]

Kita juga perlu pastikan, jika kematian itu baru berlaku, solat itu mestilah dilakukan selepas jenazah dikafankan dan dikebumikan.

Niat Solat Jenazah Ghaib

Berikut adalah cara lafaz niat untuk solat jenazah ghaib.

Perhatian: Jika anda solat sebagai makmum, lafaz “makmuman” hendaklah disebut sebelum “Lillahi Taala”

Niat Solat Jenazah Ghaib Yang Diketahui Nama

NIAT SOLAT JENAZAH GHAIB

 Usolli ‘Alal Mayyiti (Nama Arwah) Al-Ghoo-Ibi Arba’ Takbiratin Fardol Kifayati, Lillahi Ta’ala 

Niat dalam Melayu:

Sahaja aku solat ke atas mayat ……(Nama Arwah)……. yang ghaib, empat kali takbir fardu kifayah kerana Allah Ta’ala


Niat Solat Jenazah Ghaib Yang Diketahui Jantina

* Untuk jenazah perempuan, dibaca niat yang dalam kurungan

NIAT SOLAT JENAZAH GHAIB TAHU JANTINA

 Usolli ‘Alal Mayyiti (Mayyitati) al-Ghoo-Ibi (al-Ghoo-Ibati) Arba’ Takbiratin Fardol Kifayati, Lillahi Ta’ala 

Niat dalam Melayu:

Sahaja aku solat ke atas mayat lelaki (perempuan) yang ghaib, empat kali takbir fardu kifayah kerana Allah Ta’ala


Niat Solat Jenazah Ghaib Yang Ramai

NIAT SOLAT JENAZAH GHAIB RAMAI

 Usolli ‘Ala Ha-Ulaa-e AmWa-Itil-Ghoo-Ibi Arba’ Takbiratin Fardol Kifayati, Lillahi Ta’ala 

Niat dalam Melayu:

Sahaja aku solat ke atas semua mayat ghaib, empat kali takbir fardu kifayah kerana Allah Ta’ala

Nota Tambahan
  1. Boleh juga dilintaskan dalam hati  dengan niat ringkas berikut;
  • Sahaja aku solat ke atas (ibuku /bapaku /anakku) yang ghaib
  • Sahaja aku solat ke atas (…… bin /binti ……) yang ghaib
  •  Sahaja aku solat ke atas (mayat-mayat) yang ghaib di …. (nama tempat)

2.  Tidak diwajibkan sebut nama arwah tetapi sekiranya tersalah nama, maka solat jenazah ghaib tersebut menjadi tidak sah

Cara Solat Jenazah Ghaib

Cara sembahyang jenazah adalah TIDAK sama seperti solat-solat yang lain.

Perlu diingati bahawa solat ini TIADA rukuk dan sujud. Ia dilakukan secara berdiri sahaja

Cara mengerjakan Solat Jenazah adalah seperti berikut:

1. Berdiri tegak dan berniat untuk solat jenazah

Berdiri dengan tegak dan selesa. Mata memandang ke arah tempat sujud.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat dalam hati serentak.

Jika anda sukar niat serentak dengan takbir, anda boleh niat dahulu sejurus sebelum takbiratul ihram1

Niat boleh diucapkan dalam Arab mahupun Bahasa Melayu.


2. Membaca al-Fatihah.

Selepas selesai mengangkat takbiratul ihram, letakkan tangan di atas perut. Kemudian terus baca surah al-Fatihah.

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn

Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


3. Angkat Takbir Kedua & Selawat

Setelah selesai membaca al-Fatihah, maka angkat takbir kedua.

Selepas takbir kedua, letakkan tangan kembali di atas perut.

Kemudian baca selawat ke atas Rasulullah SAW sekurang-kurangnya:

selawat ke atas nabi

  Allahumma Solli A’la Sayyidina Muhammad 

Selawat yang paling baik yang boleh dibaca adalah Selawat Ibrahimiyyah.


4. Angkat Takbir Ketiga & Baca Doa Minta Ampun Untuk Jenazah

Setelah selesai membaca selawat, maka angkat takbir ketiga.

Selesai takbir ketiga, bacalah doa minta ampun untuk jenazah sekurang-kurangnya:

Doa Jenazah Lelaki

doa untuk jenazah lelaki

  Allahumagfirlahu Warhamhu Wa ‘Aafihi Wagfu ‘Anhu 

Maksudnya:

Ya Allah ampunilah dia dan rahmatilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya

Doa Jenazah Perempuan

*Sekiranya jenazah perempuan tukarkan “hu” kepada “ha”

doa untuk jenazah perempuan

  Allahumagfirlaha Warhamha Wa ‘Aafiha Waghfu ‘Anha  

Maksudnya:

Ya Allah ampunilah dia dan rahmatilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya


5. Angkat Takbir Keempat & Membaca Doa

Setelah selesai membaca doa jenazah, maka lakukanlah takbir keempat

Selesai takbir keempat, disunatkan membaca doa berikut:

  Allahumma Laa TahrimNaa Ajrohu WaLaa TafTinNaa Ba’Dahu Waghfirlanaa Walahu 

Maksudnya: 

Ya Allah janganlah Engkau mencegah kami mendapat pahalanya, jangan Engkau datangkan keresahan kepada kami sesudahnya, ampunilah kami dan si mati.


6. Memberi Salam

Selesai membaca doa di atas, akhiri sembahyang jenazah ghaib dengan memberi salam.

Kemudian bacalah doa selepas solat jenazah seperti yang dinyatakan pada bahagian di bawah ?

Doa Selepas Solat Jenazah

Selepas selesai memberi salam, maka disunatkan membaca doa ini:

Bacaan dalam kurungan (……) dengan tanda ‘*‘ adalah untuk jenazah wanita

doa selepas solat jenazah

Bismillahi Rahmanirrahim

Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin. Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil ‘Anbiya’i Wal Mursalin Wa ‘Ala Alihi Wa Sohbihi Ajmain.

Allahumma Bihaqqi Muhammadin Wa Ali Muhammadin Ala Tuazziba Hazal Mayyiti *(Mayyitati).

Allahummaj-‘Al Qobrohu *(Qobraha) Raudhotan Min Riyadhil Jannati Walaa Taj’al Qobrohu *(Qobraha) Hufratan Min Hufarinniirani.

Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala  Alihi Wa Ashaabihi Ajmain Walhamdulillahi Robbil ‘Alamin.

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad semulia-mulia rasul dan ke atas kaum keluarga serta para Sahabat sekalian. Ya Allah, dengan kemuliaan Nabi Muhammad dan ahli keluarganya, janganlah Engkau siksa jenazah ini. Ya Allah jadikan kuburnya sebagai taman daripada taman-taman syurga dan janganlah Engkau jadikan kuburnya sebagai lubang daripada lubang neraka. Selawat dan salam Allah ke atas Junjungan kami Muhammad, dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Penutup

Janganlah berasa kesal jika tidak direzekikan menatap wajah arwah buat kali terakhir.

Lakukanlah solat ghaib sebagai penghormatan terakhir dan doakan lah arwah moga-moga diampunkan dosa dan diberi rahmat Allah.

Semoga panduan ini memberi kefahaman kepada anda dalam melaksanakan solat jenazah ghaib.

1 al-Taqrirat al-Sadidah, hlm 385 dan al-Fiqh al-Manhaji, 1/600

2 al-Tanbih hal. 38, al-Umm 1/244 dan Mughni al-Muhtaj,1/346

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

18 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Aishah
Aishah
2 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz. Solat jenazah ni boleh buat lebih dari sekali ke ustaz? Terima kasih atas jawapan.

restu
restu
1 tahun yang lalu

doa jenazah apa tak salah? wa’aafiha wa’fu’anha, tapi tertulis waghfu’anha?

Najmie
Najmie
1 tahun yang lalu

Macam mana nak doa minta ampun untuk jenazah kalau jenazah ramai?

Mohd said
Mohd said
2 tahun yang lalu

Alhamdulillah…syukran…manfaat

Siti Fazilah binti Man
Siti Fazilah binti Man
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum boleh dilakukan walaupun dah sebulan lebih solat ghaib ini… Kerana keadaan x mengizinkan

Malau
Malau
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum. Boleh saya dptkan kepastian ?. Pada takbir ke-4 lalu berdoa. Ada seperti kesilapan huruf pada kalimat (tahrimna).

Banana
Banana
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

Salah eja tu tgok betul2 balik

maaruf
maaruf
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

maksudnya huruf ha diganti dgn kha

Norazman Ahmad.
Norazman Ahmad.
3 tahun yang lalu

Setinggi tinggi tkasih tuan, segala perkongsian serta panduannya amat dihargai dan bermanfaat serta berguna sebagai ilmu utk kita mendepani kehidupan seharian….

Zura
Zura
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum Tuan,

Saya nak tanya, kalau kita solat jenazah ghaib 2minggu selepas kematian boleh ke? Dengan alasan baru belajat ilmu solat ghaib.